BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Thursday, April 21, 2011

MAKRUH GUNA BAJA NAJIS

TANAMAN menggunakan baja najis mughalazah harus dimakan namun lebih baik jika dapat dielakkan.

Manusia memerlukan sumber makanan yang bersih dan halal untuk meneruskan survival kehidupan di dunia ini. Islam sangat syumul dalam pemilihan makanan dengan menekankan yang bersih dan halal. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: "Makanlah apa yang dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda yang halal lagi bersih. Bersyukurlah dengan nikmat Allah jika kamu benar-benar menyembah Allah.
"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang sembelihan bukan kerana Allah. Maka, sesiapa dalam keadaan yang terpaksa memakannya, sedang dia tidak sengaja dalam mencarinya, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha penyayang." (Surah An-Nahl :114-115).
Ia akan menjamin kesihatan dan kecergasan tubuh untuk sentiasa beribadah kepada Allah Taala. Namun wajar kita memastikan sumber makanan itu daripada yang bersih dan halal.
Merujuk kepada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-2 yang bersidang pada 12-13 Mei 1981 telah memutuskan bahawa berdasarkan nas daripada kitab tersebut, mesyuarat Jawatankuasa Fatwa menyatakan bahawa baja yang diperbuat daripada tahi babi adalah najis mughalazah, sementara hukum menggunakannya sebagai baja adalah harus serta makruh.
Hasil tanaman yang menggunakan baja daripada najis mughalazah harus dimakan kerana telah berubah daripada zat nutrien kepada pokok dan seterusnya membuahkan hasil.
Ia juga sama seperti berubahnya arak daripada nira kelapa kepada bentuk tuak yang tidak memabukkan. Seandainya terdapat salah satu daripada bau, rasa atau warna pada hasil tanaman tersebut, maka ia wajib dibersihkan dan jika was-was elok dibuang sahaja. Namun, jika kita telah mengetahui terlebih dahulu bahawa terdapat penggunaan najis babi sebagai baja, maka wajib kita elakkannya.
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu". (Riwayat Muslim)

1 comment:

  1. sebelum beli sayur,kene tau dulu tanam letak baja ape..x gitu abang haji

    ReplyDelete