BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Thursday, October 6, 2011

B5 DI SELURUH NEGARA 2013


KUALA LUMPUR - Bekalan bahan api baharu, biodiesel atau B5 akan diperkenal di seluruh negara seawal-awalnya pada 2013, dengan mengambil kira kerangka masa yang diperlukan syarikat-syarikat terlibat untuk membina kemudahan pengadunan dengan tepat.
Pada 1 Jun lalu, Malaysia melaksanakan program biodiesel B5 mandatori, iaitu pengadunan lima peratus metil ester sawit dengan 95 peratus bahan api fosil, bermula dengan kawasan Tengah yang meliputi Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok berkata, pada masa ini, kementerian bersama dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sedang mengkaji rancangan untuk memperluas program B5 ke seluruh negara termasuk melibatkan sektor industri.
"Program B5 akan memberikan kesan positif kepada industri sawit Malaysia, terutamanya untuk menstabilkan permintaan dan harga, selain meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa.
"Kerajaan akan terus mengekalkan harga pada RM1.80 seliter, kos yang sama seperti diesel biasa dan menanggung perbezaan harga itu," katanya selepas pelancaran program penggunaan B5 kawasan Tengah di sini semalam.
Dompok berkata, pelancaran B5 di Kuala Lumpur akan melibatkan pembekalan B5 oleh 247 buah stesen minyak dan kira-kira 890 tan metrik atau 1.03 juta liter biodiesel minyak sawit dalam sebulan.
"Ini akan menyumbang kepada penjimatan hampir 12.4 juta liter diesel fosil setahun di Kuala Lumpur," jelasnya.
Kerajaan melalui MPOB, telah memperuntuk RM43.1 juta bagi pembinaan kemudahan pengadunan biodiesel B5.
Program B5 dijangka menggunakan sejumlah 500,000 tan metrik minyak sawit mentah, sekali gus akan membantu industri mengawal paras simpanan minyak sawitnya. - Bernama

No comments:

Post a Comment