BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Friday, May 16, 2014

KEK COKLAT ANIS

Junaidy Abu Bakar dan isteri, Sophiahanis Md Hanipah (tengah) sentiasa memantu kerjakerja
 menghasilkan kek di kilang mereka di Shah Alam, Selangor.

“SEMASA mula-mula buat kek coklat ini dahulu, kami guna periuk yang dilubangkan di tengah-tengah untuk tujuan mengukus. Ini disebabkan tempahan yang diterima terlalu banyak sedangkan kami tiada pengukus besar, jadi apa yang kami buat ialah menggunakan periuk," kata Junaidy Abu Bakar.
Peristiwa tersebut masih lagi diingati pemilik dan pengasas Kek Coklat Anis itu, walaupun telah lapan tahun berlalu.
Bersama isteri, Sophiahanis Md Hanipah, mereka tidak berputus asa dan terus menerima tempahan tidak putus-putus daripada pelanggan yang mahukan kek coklat.
“Disebabkan tidak menang tangan, pada 2010 kami menubuhkan syarikat sendiri yang diberi nama Anis Food Sdn Bhd.
“Pada awal penubuhannya, saya bawa periuk dan bekas dari rumah ke kedai kerana modal yang ada terhad, itu pun daripada wang simpanan sendiri," katanya ditemui di kilangnya di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.
Bermula dari situ katanya, pengeluaran semakin rancak dan mereka tidak berhenti-henti menerima tempahan demi tempahan sehingga meningkat ke ribuan dan jutaan bekas.
Kek coklat yang dikukus ini disediakan dalam bekas seberat 100 gram dan dijual pada harga RM5 ke atas oleh 1,000 pengedar yang terdapat di seluruh negara.
Pengedar-pengedar ini kemudian akan mengedarkan kek tersebut ke 2,000 kedai serta 400 stesen minyak, pasar raya besar, kafe dan restoran.
Lebih membanggakan apabila Kek Coklat Anis telah menjangkau hingga ke Kota Kinabalu, Singapura, Brunei dan Bandung, Indonesia.
Menurut Junaidy, buat masa ini syarikatnya mampu mengeluarkan 15,000 bekas sehari walaupun tempahan yang diterima mencecah 25,000 bekas.
Justeru, dengan pembukaan kilang baru ini beliau menyasarkan keluaran sebanyak 50,000 bekas kek sehari.

“Orang ramai boleh mengenali kek kami melalui bekas berbentuk hati dan bekas tersebut telah dipatenkan agar tidak diciplak pihak lain.
“Pada tahun lalu sahaja, sebanyak 4 juta bekas telah digunakan. Bekas kek berbentuk hati ini juga merupakan simbol penyayang yang bermaksud saling membantu antara satu sama lain.
“Kekuatan kek coklat Anis ialah sistem perkongsian yang membuat orang terpikat. Sesiapa sahaja yang ingin menjadi usahawan dan ingin belajar berniaga amat digalakkan. Mereka boleh datang berjumpa saya pada bila-bila masa sahaja.
“Saya gembira melihat pengedar-pengedar kami berjaya. Setakat ini seramai 30 orang pengedar kek coklat Anis telah pun membuka kedai sendiri di seluruh Malaysia," kata Junaidy yang mempunyai seramai 55 orang pekerja termasuk di Sabah.
Menceritakan mengenai keistimewaan kek coklat Anis, kata beliau, daripada respon pelanggan, mereka yang tidak suka makan kek coklat pun akan mula menyukainya kerana rasa yang berbeza.
Kek ini kurang manis, bahagian atas kek diliputi coklat yang cair dan ditaburi dengan butiran coklat.
Kualiti sentiasa terjaga dan kek ini tahan selama tujuh hari jika tidak disimpan di dalam peti sejuk, namun akan tahan selama sebulan jika disimpan di dalam peti sejuk.

No comments:

Post a Comment