PONTIAN 11 Mei - Jeti Sungai Rambah dekat ini yang sinonim dengan keenakan mi udang akan mempunyai tarikan tambahan dengan cadangan membina pusat jualan ikan segar yang diusulkan kerana mengambil kira kedatangan orang ramai yang ingin mendapatkan bekalannya pada setiap hari.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Suhaimi Salleh berkata, walaupun Persatuan Nelayan Rambah menyediakan ruang untuk nelayan melakukan urusan jual beli, namun ia perlu dinaik taraf dari segi kemudahan serta ruang yang lebih besar.
Dengan kedudukan di laluan utama pelancongan Pontian, pusat jualan segar boleh menarik pelawat yang datang ke Pontian termasuk warga Singapura terutama pada hujung minggu. Kami akan memajukan cadangan ini kepada pihak berkenaan bagi membangunkan sebuah pusat jualan ikan segar termasuk hasil laut lain.
Turut disediakan ialah kemudahan menyimpan ikan selain menawarkan perkhidmatan pembungkusan bagi hasil-hasil laut supaya ia sentiasa segar bagi perjalanan yang jauh," katanya kepada pemberita selepas melawat sebahagian jeti yang runtuh di sini semalam.
Yang turut hadir Pengerusi Persatuan Nelayan Rambah, Mohamad Marto; Ketua Kampung Kawasan (4) Mukim Rimba Terjun, Sanusi Parto dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tanjung Piai, Zarina Mohd. Bain.
Menurut Suhaimi, pembangunan secara bersepadu kelak mampu memberikan nilai tambah kepada kawasan Sungai Rambah yang turut mempunyai tarikan Muzium Bugis manakala kawasan pantainya sering dikunjungi bagi melihat matahari terbenam.
Pihak persatuan perlu mengenal pasti ahli-ahli untuk menyertai pusat jualan ikan segar bagi membantu mereka menjual terus hasil tangkapan. Bagi mereka yang bergantung kepada peranan orang tengah disebabkan masalah hutang, usaha perlu dilakukan dengan bantuan dari agensi seperti Tekun, Bank Agro dan sebagainya," ujarnya.
Menyentuh mengenai jeti yang runtuh itu, Suhaimi memberi jaminan untuk membaikinya dalam tempoh sebulan menggunakan peruntukan di bawah projek kecil pembangunan Pejabat Daerah Pontian.
Oleh itu katanya, beliau akan berbincang dengan Pegawai Daerah Pontian bagi membolehkan satu peruntukkan khas disalurkan bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan jeti tersebut
BANNER KEMANGI

FACILITIES

Sunday, May 11, 2014
PUSAT JUALAN IKAN SEGAR DI JETI SUNGAI RAMBAH
10 PEMBOHONGAN KANSER PAYUDARA
1/ Saya terlalu muda untuk mendapat kanser payudara !
Tidak dinafikan semakin meningkat usia maka risiko mendapat kanser di kalangan wanita juga akan meningkat. Tetapi kanser payudara boleh terjadi seawal usia 20-an. Lebih membimbangkan apabila kanser payudara di kalangan wanita muda adalah lebih agresif dan sukar dirawat. Kanser juga lebih cepat merebak dan bertambah dari tahap 1 ke tahap 4.
2/ Petanda kanser payudara hanyalah benjolan
Kehadiran ketulan atau benjolan merupakan salah satu petanda kanser payudara, dan ia juga mungkin merujuk kepada kehadiran benigna (sejenis tumor yang tidak merebak). Namun selain kemunculan benjolan, terdapat 11 petanda lain yang perlu diambil perhatian dan antaranya termasuklah kerutan, pengerasan, keluar cairan dan sebagainya. Oleh itu, dengan menjalani mamogram, ia boleh mengesan kehadiran kanser sebelum apa-apa gejala dirasai atau dilihat sama sekali.
3/ Hanya wanita yang mengalami kanser payudara
Walaupun statistik menunjukkan kanser payudara adalah lebih dominan di kalangan wanita, namun golongan lelaki tidak terkecuali untuk turut diserang kanser payudara. Di kalangan lelaki, kanser payudara sering dikaitkan dengan sejarah keluarga dan faktor genetik.
4/ Risiko diserang kanser payudara hanya bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga
Hanya 5 hingga 10 peratus daripada semua jenis kanser payudara adalah diwarisi daripada keturunan disebabkan oleh perubahan dalam gen. Perubahan genetik seperti ini lebih kerap berlaku kepada sekumpulan etnik tertentu seperti kaum Ashkenazi (Eropah tengah dan timur) dan kaum Norwegian dan Icelandic. Ini adalah kerana mereka berkahwin dengan keluarga yang terdekat dan berkongsi salasilah keturunan yang sama sejak awal generasi. Maka perubahan pada genetik akan berlaku dengan lebih kerap dan mudah.
5/ Diet tidak mempengaruhi berlakunya kanser !
Para penyelidik bersetuju bahawa tidak ada makanan tunggal yang terbukti secara langsung menyebabkan kanser payudara. Namun, pengambilan makanan tertentu secara berlebihan boleh meningkatkan risiko untuk mendapat kanser payudara. American Cancer Society mendapati kafein boleh meningkatkan risiko tumor payudara atau juga dikenali sebagai benjolan fibrokistik.
6/ Mamogram itu menyakitkan !
Mamogram sememangnya tidak selesa untuk dilakukan, namun kebanyakkan wanita yang menjalani mamogram mengatakan ia tidak begitu menyakitkan. Lebih tinggi tekanan yang dikenakan, maka akan bertambah ketidakselesaan yang ditanggung oleh pesakit. Namun, perlu diingat bahawa semakin tinggi tekanan, maka imej yang akan dirakam adalah lebih jelas dan memudahkan petugas radiologi untuk menaakul.
7/ Breast-self examination (BSE) tidak membantu !
Ramai wanita yang enggan dan malas untuk membuat pemeriksaan bulanan payudara, malah tidak mengejutkan jika terdapat segelintir golongan yang tidak mengetahui langkah dan prosedur yang betul untuk melakukannya. Ini amatlah merugikan kerana pemeriksaan ini bukan sahaja amat mudah untuk dilakukan, tetapi juga amat membantu untuk mengesan tanda-tanda awal dan ianya boleh menyelamatkan nyawa.
8/ Berat badan dan kanser payudara tiada kaitan
Aktiviti senaman bukan sahaja dapat mengawal berat badan malah boleh meningkatkan kecergasan kardio-pulmonari dan pengaliran darah. Berat badan yang berlebihan akan mengundang pelbagai masalah kepada kesihatan dan menurut Cancer Research UK, obesiti mempunyai kaitan yang erat dengan kanser payudara. Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan dianjurkan untuk kerap melakukan senaman dan mengamalkan diet yang seimbang.
9/ Buah-buahan dan sayuran hanya untuk meredakan sembelit
Buah-buahan dan sayuran bukan sahaja baik untuk penghadaman dan perkumuhan malah memberi pelbagai faedah kepada kesihatan. Masyarakat yang kurang makan buah-buahan dan sayuran akan menghadapi dua kali ganda risiko untuk diserang kanser termasuklah kanser payudara. Rahsianya adalah kerana buah-buahan dan sayuran kaya dengan kandungan fitokimia yang bersifat pelindung dan antioksidan semulajadi yang bukan sahaja melambatkan penuaaan malah menggalakkan pertumbuhan sel-sel yang sihat dan menyingkirkan sel-sel rosak penggalak kanser.
10/ Rawatan alternatif tidak memberikan kesan positif
Salah satu kaedah alternatif yang semakin berkembang pesat adalah dengan menggunakan Laetrile atau Vitamin B17. Vitamin B17 terkenal mempunyai sifat anti-neoplastik yang kuat, iaitu mampu menyerang dan membunuh sel-sel kanser. Vitamin B17 diekstrak daripada teras biji aprikot dan ia boleh dikapsulkan, dijadikan tablet, atau diberikan dalam bentuk suntikan. Apabila Vitamin B17 masuk ke dalam badan kita, ia akan terurai kepada elemen sianida dan bezaldehyde oleh enzim Beta-glucosidase yang hanya terdapat pada sel-sel kanser. Kedua-dua elemen ini akan bertindak menyerang dan membunuh sel-sel kanser dalam badan pesakit.

Sunday, May 4, 2014
RESTORAN CHAR KOAY TEOW SIMPLY DELICIOUS PENANG MAI-KOTA DAMANSARA

Serina turut mengambil inisiatif untuk mempelbagaikan menu di restorannya.
Restoran milik Serina Redzuawan anak chef selebriti Redzuawan Ismail atau lebih dikenali dengan Chef Wan memang minat dengan char koay teow Penang. Dulu jika rindu atau setiap kali teringin menjamah char koay teow, Serina akan ke Pulau Pinang tetapi kini restorannya menjadi tempatnya melepas rindu.
Lebih menarik, Serina mengambil semua bahan 'rahsia' dari Pulau Pinang bagi memberikan rasa yang saling tidak tumpah bagaikan di Pulau Mutiara itu.
"Saya memang gemar char koay teow dan setiap kali teringin saya akan turun ke sana. Jadi apa salahnya saya bawa bahan 'rahsianya ke sini," katanya semasa ditemui di restorannya di Kota Damansara.
Restoran yang dibuka hampir setahun lalu beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri mendapat sambutan menggalakkan terutama daripada peminat serta rakan-rakan yang sentiasa menyokongnya.
Bermula dengan hanya beberapa menu, kini dengan maklum balas dan sokongan peminat dan pelanggan, Serina telah mempelbagaikan menunya dengan bermacam-macam jenis seperti nasi goreng, sate, otak-otak, murtabak, karipap, pau dan menu terbaru - ais krim goreng dan crepe durian.
Selain itu pelanggan boleh memilih minuman panas, sejuk serta jus buah-buahan mengikut selera masing-masing.
"Bagi minuman, saya sukakan minuman yang biasa supaya pelanggan tidak susah untuk menyebutnya," katanya.
Restoran bertemakan warna merah jambu ceria ini boleh memuatkan kira-kira 300 pelanggan turut sedia menerima tempahan untuk pelbagai jenis acara dan katering.
Serina mengalu-alukan peminat untuk datang menjamu selera sambil bersantai dengan rakan artis lain.
Thursday, May 1, 2014
GUNA SEMULA KILANG LAMA
PONTIAN - Pekan Nenas yang pernah menjadi pengeluar utama produk berasaskan nanas sekitar tahun 1970an perlu dibangunkan semula, agar dapat menjadi destinasi pelancongan di negeri ini.
Adun Kukup, Suhaimi Salleh menyarankan, agar satu-satunya kilang nenas yang masih utuh di Pekan Nenas dijadikan pusat maklumat proses pembuatan produk nanas yang pernah dihasilkan di situ.
Jelasnya, kilang nanas yang dibuka tahun 1964 pernah menjadi tumpuan penduduk setempat mencari rezeki, tidak lagi beroperasi sejak enam tahun lalu.
“Kedudukan bangunan itu strategik di tengah kawasan tumpuan penduduk dan rugi sekiranya ia terus dibiarkan kosong.
“Kerajaan negeri perlu mengambil alih pengurusan dan tapak kilang tersebut kerana nilai sejarah yang dimiliki di mana jentera, mesin dan peralatan lama masih disimpan di situ,” katanya.
Beliau ditemui pada majlis perasmian Dana Peladang Kebangsaan di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pontian Timur, semalam.
Menurutnya, selain dijadikan pusat maklumat, kilang berkenaan juga boleh menjadi pusat jualan produk tempatan seperti tat nanas dan kerepek.
“Selain menjana sektor pelancongan, kilang yang bakal dimajukan kelak dapat memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
“Malah golongan peniaga dan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) turut menerima manfaat,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi PPK Pontian Timur, Selamat Othman berkata, kilang tersebut memberi banyak kenangan kepada penduduk Pekan Nenas kerana rata-rata mereka pernah bekerja di situ.
Beliau yang pernah menjadi pengurus kilang di situ selama 31 tahun bermula 1977 berharap agar kerajaan negeri membantu usaha menjadikan kilang itu sebagai destinasi pelancongan.
Jelasnya, bangunan itu sesuai dijadikan pusat jualan produk di daerah ini kerana belum ada tempat seperti itu.
“Pekan Nenas mempunyai banyak jajaran kawasan tanah gambut yang sesuai untuk penanaman nanas.
“Justeru itu, ia sesuai dibangunkan sebagai destinasi agro pelancongan berasaskan nanas,” katanya.

NASI AYAM GOLEK DI TAM NASI AYAM-SHAH ALAM SEKSYEN 23
SUDAH serata tempat penulis mencari restoran yang menyajikan nasi ayam lain dari yang lain.
Jenuh juga pencarian tersebut, namun bila seorang rakan mencadangkan agar mencuba nasi ayam di Tam Nasi Ayam, penulis mula berkira-kira untuk ke sana.
Setibanya di Tam Nasi Ayam, restoran dipenuhi orang ramai daripada pelbagai kaum. Sedikit terkejut dengan situasi ini, penulis tertarik untuk mengetahui lebih dekat apakah keistimewaan yang ada di restoran yang cukup besar ini.
Pesanan di buat dan selepas mencuba sendiri, ternyata benarlah kata ramai orang, nasi ayam di sini adalah yang terbaik. Memang sedap dan puas kala menikmatinya.
Dengan sepotong ayam yang telah dikukus dan dibakar, dilimpahi pula dengan sos cili buatan sendiri, sup ayam serta air asam, memang wajar nasi ayam golek ini menjadi buah mulut masyarakat sekitar.
Itu baru lauk pauknya, nasinya pula usah cakap. Memang sedap dan cepat kenyang walau makan sedikit cuma. Sepertimana yang dikatakan pemiliknya, Muhammad Zubair Ismail, nasi ayam yang dimasak itu datangnya daripada beras khas yang diimport dari Kedah.
"Beras Kedah cukup berkualiti dan kualitinya dapat dilihat apabila selesai masak, ia tidak hancur seperti beras lain. Apabila dihidangkan pada pelanggan, kelihatan nasi ayam cukup menyelerakan tambahan pula bila dihias dengan hirisan timun dan salad di sebelah nasi
tersebut," ujar anak kelahiran Kedah berusia 32 tahun ini.
Nasi ayam golek, menurut Zubair, adalah nasi ayam yang paling mendapat permintaan di Tam Nasi Ayam. Dengan harga RM6.50 sepinggan, pelanggan pasti puas hati dan akan membuat tempahan sekali lagi untuk dibawa pulang buat keluarga tersayang.
Kata Zubair, sememangnya bukan mudah untuk menarik pelanggan untuk menikmati menu nasi ayam di restorannya.
"Sebab itu kami sangat menitik beratkan kualiti makanan dan cara penyediaan supaya pelanggan yang datang ke sini, tidak merungut mengenai perkhidmatan, kepuasan dan hidangan yang di tawarkan," katanya.
Variasi selera
Selain nasi ayam golek, pengunjung boleh menikmati hidangan lain yang disajikan seperti nasi ayam biasa RM5, mee kari, bihun sup, aneka tomyam, sup tulang dan sup ayam.
Manakala minuman istimewanya, laici kang, durian belanda, markisa, mangga kuini dan banyak lagi ada di sini.
Tam Nasi Ayam turut menyediakan 11 jenis menu tambahan yang boleh dipilih pelanggan mengikut selera masing-masing.
Menu-menu seperti takoyaki, durian crepe, sotong bakar dan pelbagai sate dari Satay AK24 ada terjual.
Roti nan tandoori, western food, otak-otak, char kuey teow, pisang goreng cheese dan ice cream cheese ada juga. Menariknya, setiap hidangan itu dijual di kiosk berasingan di sekitar Tam Nasi Ayam dan harga cukup murah serta berpatutan.
Cepat dan pantas
Penulis terpaku seketika bila melihat pesanan yang diambil pekerja restoran. Mereka tidak lagi menggunakan pen dan kertas semasa mengambil order, sebaliknya ia diganti dengan iPad untuk mengambil pesanan.
Zubair berkata, sistem berkenaan telah beroperasi pada Disember 2013. Seramai 10 pekerja yang ditugaskan mengambil pesanan akan dibekalkan iPad setiap seorang.
Mereka akan pergi ke meja pelanggan dan menyerahkan sekeping kad token. Pekerja akan menekan apa sahaja menu yang telah diminta oleh pelanggan. Setelah selesai, pesanan akan segera sampai di dapur tukang masak dan mereka akan memasak masakan pesanan
pelanggan.
Untuk pembayaran, pelanggan hanya perlu menyerahkan semula kad yang diberi dan harga akan tertera di skrin kaunter. Unik, kreatif dan mudah bukan?
Dengan sistem hebat ini, penulis yakin kunjungan anda ke Tam Nasi Ayam pasti memberi kepuasan berganda.
INFO
-Dibuka setiap hari, bermula jam 10.30 pagi hingga 12 malam.
-Mempunyai 38 pekerja termasuk empat tukang masak berpengalaman dalam bidang masakan.
-Makanan istimewa, nasi ayam golek RM6.50 sepinggan.
-Restoran ini telah menggunakan kemudahan iPad untuk mengambil pesanan pelanggan.
-Sebanyak 11 kiosk pelbagai jenis makanan memenuhi ruang hadapan restoran. Antara yang dijual adalah durian crepe, satay AK24, sotong bakar, otak-otak, western food, pisang goreng cheese, char kuey teow, roti nan tandoori dan takoyaki.
-Sepanjang Ramadan, Tam Nasi Ayam akan beroperasi dari jam 4 petang hingga 1 pagi. Pelbagai jenis kuih akan dijual dengan harga yang cukup berpatutan.
-Lokasi: Tam Nasi Ayam, No. 1G, 3G, 5G, Jalan Pelabur, B 23/B, Seksyen 23, 40300 Shah Alam, Selangor. -Facebook: Tam Nasi Ayam

UTAMAKAN PENGHASILAN PRODUK HALAL

PEKERJA PPMSB mengasingkan bahagian ayam untuk dibungkus.
Keperluan dunia terhadap pemakanan halal kian meningkat dan Malaysia merupakan peneraju dan penggerak terhadap pengenalannya lebih dikenali sebagai Halalan Toyyiban iaitu halal, bersih dan selamat dimakan atau digunakan.
Hakikat itu dapat dilihat kerana sejak sedekad lalu, Malaysia menjadi tumpuan 600 perwakilan merangkumi pakar industri halal, pemimpin kerajaan, industri dan pengeluar dari seluruh dunia semata-mata untuk menghadiri Persidangan Halal Sedunia yang sering diadakan di negara ini.
Salah sebuah syarikat yang amat mementingkan aspek halal adalah Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) yang mengeluarkan pelbagai produk makanan halal berasaskan ayam seperti telur, ayam proses dan produk hiliran berasaskan ayam menerusi anak syarikatnya, PPNJ Poultry & Meat Sdn. Bhd. (PPMSB) sejak lebih 10 tahun lalu di kawasan Perindustrian Makanan Peladang, Machap.
Pengurus Besar PPMSB, Dr. Rosnizam Abdul Rahman berkata, semua aspek pemprosesan dan produk hiliran berasaskan ayam di kilang tersebut berlandaskan konsep halal.
Maknanya, dalam menterjemahkan konsep Halalan Toyyiban, kami memang tidak bertolak ansur malah ada sesetengah kaedah itu kita lebihkan sedikit apa yang dibenarkan oleh Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).
Sebagai contoh, penyembelihan yang disarankan Jakim adalah tiga setengah minit, tapi kita buat tujuh minit sebab kita mahu proses penyembelihan dan pendarahan berlaku dengan sempurna," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
Selain itu, PPMSB turut memperoleh Sijil Kesihatan Veterinar (VHM) yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) pada 2005 iaitu perakuan dan pengiktirafan bahawa kilang ayam milik PPNJ itu mematuhi semua prosedur yang ditetapkan oleh jabatan berkenaan.
Dr. Rosnizam berkata, antara langkah proaktif yang diambil oleh syarikat untuk mendapatkan sijil tersebut adalah memastikan setiap proses yang rumit dan memerlukan penelitian rapi dilakukan bermula dengan penerimaan ayam hidup, seterusnya proses penyembelihan sehingga daging ayam tersebut dijual dalam pasaran.
Sebagai contoh, air yang diperlukan untuk memproses seekor ayam adalah 23 liter, maknanya kita tidak menggunakan air yang dikitar semula.
Suhu badan ayam yang siap diproses mestilah di bawah empat darjah Celsius bagi mengelakkan pembiakan kuman dan bakteria yang boleh menjejaskan kualiti ayam yang dihasilkan," katanya.
Menurutnya, bagi memastikan semua prosedur VHM dipatuhi, pihaknya mempunyai eksekutif kawalan kualiti yang diketuai Faranorlia Abd. Rahman dan Bahagian Halalan Toyyiban dikendalikan oleh Anuar Mohd. Kusasir.
Beliau berkata, usaha mendapat sijil VHM dan halal bukan semata-mata untuk mengejar nilai komersial, malah untuk memenuhi tuntutan fardu kifayah bagi menyediakan produk yang halal, bersih dan selamat untuk dimakan.
RM 33 BILLION SUNTIKAN TERBARU PIPC

Mohd. Yazid Jaafar menyampaikan taklimat pada majlis taklimat media mengenai
pelaksanaan projek Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang di Johor Bahru, semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif Johor Petroleum Development Corporation Bhd. (JPDC), Mohd. Yazid Jaafar berkata, usaha menarik beberapa konsortium antarabangsa itu sedang giat dijalankan sekali gus yakin ia dapat direalisasikan.
Tanpa mahu mendedahkan konsortium antarabangsa yang dimaksudkan, beliau memaklumkan, satu daripada pihak terlibat kini dalam proses perbincangan, manakala dua lagi sedang menjalankan kajian kebolehsaknaan projek di kawasan berkenaan.
Buat masa ini kita tidak boleh mendedahkan lebih lanjut berhubung perkara tersebut, namun kita akan membuat pengumuman bila sampai waktunya," katanya pada sesi taklimat media berhubung perkembangan projek PIPC di sini hari ini.
Projek pembangunan PIPC melibatkan pembangunan tanah seluas 8,000 hektar dengan potensi pelaburan dijangka mencecah lebih RM170 bilion dengan impak kepada Pendapatan Kasar Negara (GNI) mampu mencapai RM48 bilion apabila siap kelak.
Buat masa ini, Petronas bakal membangunkan projek milik syarikat itu di atas tanah seluas 2,520 hektar manakala pembangunan terminal laut dalam oleh Pengerang Independent Terminal Sdn. Bhd. (PITSB) melibatkan tanah seluas 538 hektar.
Mohd. Yazid berkata, usaha menarik konsortium antarabangsa terlibat dibuat susulan usaha menarik sebuah syarikat dari Taiwan untuk melabur di situ tidak berjaya kerana dipercayai berminat untuk membuat pelaburan di tempat lain.
Biarpun laporan mengenai penarikan syarikat Taiwan tidak memberi gambaran baik, namun beliau percaya Pengerang menerusi projek PIPC mampu menarik minat pelabur lain terutama dengan pelbagai kelebihan yang dimiliki di kawasan berkenaan.
Dalam pada itu, beliau berkata, pengumuman Petronas meluluskan Keputusan Pelaburan Akhir (FID) pembangunan Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) bernilai RM89 bilion dilihat mampu memberi keyakinan kepada pelabur lain.
Kita menerima banyak pertanyaan beberapa pihak yang berminat untuk terlibat dalam projek PIPC selepas pengumuman Petronas itu, sekali gus kita yakin ia dapat membantu untuk kita menarik pelabur lain ke situ," katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)