BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Monday, May 21, 2012

AMOI JEPUN YANG CINTAKAN NASI LEMAK


WAKTU pagi merupakan masa paling sibuk di sebuah gerai nasi lemak tepi jalan berhampiran Kuil Mariamman di Bangsar, Kuala Lumpur. Sementara pemandu kenderaan bersesak-sesak di jalan raya untuk pergi ke tempat kerja, peniaga gerai itu tidak menang tangan melayan pelanggan yang berkerumun di gerainya.Pada hari tertentu, kemunculan seorang gadis Jepun yang cantik pasti menarik perhatian tuan kedai dan pelanggan yang lain.
"Saya gemar makan nasi lemak yang dijual di tepi jalan. Saya sukakan suasana itu dan rasanya yang lebih sedap," kata Mariko Konno, 30.Gadis berkulit putih gabus ini merupakan Pengurus Besar Stasia Capital Malaysia (M) Sdn. Bhd., iaitu sebuah syarikat hartanah yang berpejabat di Menara Citibank Kuala Lumpur."Nasi lemak merupakan antara makanan kegemaran saya sebab rasanya pedas, ia berbeza daripada makanan Jepun yang tidak berempah," tambah Mariko, wanita pemalu setinggi 163 sentimeter itu.
Suasana pejabatnya tenang dan segar dengan aroma semula jadi. Sebuah patung pahlawan Jepun yang diletakkan di ruang menunggu sudah cukup untuk menggambarkan akar umbi gadis yang berasal dari Shinagawa, Tokyo ini."Saya ini nama sahaja orang Jepun tetapi saya telah tinggal lebih lama di Malaysia berbanding negara sendiri iaitu selama 24 tahun," katanya.Mariko, anak bongsu daripada tiga beradik berpindah ke Malaysia pada tahun 1988 kerana mengikut bapanya yang bekerja di Kuala Lumpur.Mariko ketika itu berusia tujuh tahun. Beliau mempunyai seorang abang dan kakak, kedua-duanya berumur sembilan tahun lebih tua daripada Mariko.
Mariko bersekolah di Sekolah Antarabangsa Jepun di Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan dan perniagaan antarabangsa di Universiti Monash, Petaling Jaya."Di universiti, saya juga berpeluang mempelajari tentang psikologi dan tingkah laku manusia yang berguna untuk bidang pemasaran dan perniagaan."Sebenarnya, saya suka menganalisis dan membaca pemikiran orang," katanya ketawa.Mariko mengakui beliau sudah beberapa kali menukar cita-cita. Semasa menuntut di Universiti Monash pada tahun 1998, beliau tertarik dengan sukan lumba kereta Formula Satu yang sedang diadakan di Sepang.Namun selepas itu kerjaya itu difikirkan tidak sesuai dengan dirinya.
Beliau juga melepaskan kerjaya sebagai pembekal tenaga kerja kepada syarikat-syarikat kerana berpendapat itu bukanlah matlamat hidupnya.Bagaimanapun, sebuah novel bertajuk The Dip tulis Seth Godin telah mengubah pandangan Mariko."Buku itu mengajar saya bila kita perlu berhenti dan bila kita harus kekal dalam satu-satu pekerjaan," ulau beliau.Mariko berasal dari Shinagawa, antara bandar tertua di Jepun yang masih mengekalkan bangunan-bangunan lama berusia hampir 100 tahun. Mariko mengaku beliau sering merindui keluarganya di tanah air.
Selepas keluarganya pulang ke Jepun pada tahun 1999, Mariko yang ketika itu berusia 17 tahun terpaksa menguruskan segala-galanya daripada mendapatkan rumah sewa hinggalah pengajiannya di Malaysia."Ada juga orang yang mempertikaikan kerakyatan kononnya saya ialah warganegara Malaysia kerana begitu lama menetap di negara ini."Sebenarnya, saya masih warga Jepun, tetapi saya seorang hibrid yang selesa dengan kedua-dua budaya."Saya sukakan makanan dan budaya rakyat negara ini. Malaysia sudah menjadi rumah kedua saya dan saya tidak sekali-kali akan meninggalkannya," kata yang tinggal di Mont Kiara memandangkan majoriti penghuni di situ merupakan orang Jepun.
Menurut Mariko, selain nasi lemak, beliau menyukai makanan India, nasi daun pisang dan capati serta masakan Cina, pummy.Di sebalik kesibukan sebagai pengurus hartanah, Mariko yang boleh berbahasa Melayu sedikit sebanyak gemar mendekati golongan merempat di sekitar Pudu. Di situ, beliau akan menghulurkan bantuan makanan kepada lebih 150 orang yang memerlukan pada setiap hari Ahad.Sebenarnya, kawan saya yang bekerja di sebuah kuil Buddha di Brickfields yang membawa saya mendekati golongan itu."Hati saya tersentuh melihat keadaan mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal. Mereka mungkin sebaya ayah saya," katanya yang sering melakukan meditasi untuk menenangkan fikiran dan menguatkan minda.
Menurut Mariko, sebagai tanda sayang kepada negara ini, beliau sering menulis artikel berkaitan ekonomi dan pelaburan di Malaysia dalam majalah perniagaan dalam talian Jepun iaitu JB Press.Begitupun, bencana tsunami yang melanda Fukushima pada tahun lalu mencemaskan Mariko."Dalam kejadian itu, rumah bapa mertua kakak saya di Hitachi musnah dihanyutkan air tetapi mujurlah dia dan keluarganya selamat," katanya yang gemar bercuti ke Pulau Langkawi dan Pulau Tioman seorang diri.

No comments:

Post a Comment