BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Tuesday, May 22, 2012

2 SYARIKAT DIDAKWA HANTAR SMS IKLAN MENGELIRUKAN


SEPANG 22 Mei - Sebuah syarikat pembekal kandungan, Everest Mobile Sdn. Bhd. didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menghantar iklan mengelirukan kepada pelanggan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Syarikat itu didenda setelah Pengurus Pemasarannya, Toh Hong Siang, 27, mengaku bersalah atas tuduhan pindaan mengiklankan notis mengelirukan menggunakan kod ringkas 63300 yang diperuntukkan kepadanya oleh pihak Celcom.
Gagal bayar denda, wakil syarikat terbabit boleh dihukum penjara lapan bulan.
Iklan tersebut yang dihantar kepada nombor pelanggan Celcom menyatakan: ``RM0.00 Notis: Anda diminta taip ON DQ ke 37272 segera untuk aktifkan SMS Content Terbaru sekrg! Tanpa caj pendaftaran.’’
SMS itu didapati mengelirukan pelanggan kerana tiada maklumat harga perkhidmatan langganan dan maklumat penyedia kandungan seperti yang diperuntukkan di bawah Syarat Lesen 2.2, Lesen No. ASP/C/2005/3 yang dikeluarkan kepada syarikat berkenaan.
Dalam pada itu, Hakim Zuhrina Mohamed Nor menetapkan 27 Jun depan bagi sebutan kes satu lagi syarikat pembekal kandungan, Makro Kiosk Berhad atas tuduhan berlainan setelah wakil syarikat tersebut mengaku tidak bersalah.
Premis itu didakwa menghantar SMS kepada pelanggan Celcom iaitu: ``RM0.00 SMS/MMS content* Telefon bimbit anda perlu diaktifkan semula skrg! Sila sms ON DM dan ON DN ke-32655. Hubungi 21643273 utk optout servis.*3gp''.
Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan akhbarnya memaklumkan, pihaknya bertindak tegas terhadap pembekal kandungan yang aktif menghantar SMS mengelirukan dan memperdaya pengguna untuk `bersetuju' agar kredit mereka dipotong secara beransur-ansur tanpa disedari. 

No comments:

Post a Comment