BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Monday, May 21, 2012

SK SERKAT CANTUM JALUR GEMILANG 4 KM


Peserta perarakan membawa sebanyak 220 Jalur Gemilang sejauh 4 kilometer.

PONTIAN - Satu kelainan cuba ditonjolkan oleh para pelajar dan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Serkat, Kukup, di sini, apabila bersama-sama berarak membawa sebanyak 220 helai Jalur Gemilang yang dicantumkan sempena Sambutan Hari Guru baru-baru ini.Seramai 220 peserta itu mengambil jarak sejauh kira-kira empat kilometer (km) iaitu bermula dari perkarangan sekolah terbabit dan berakhir di Tanjung Piai Resort. Pemangku Guru Besar SK Serkat, A Rashid Omar berkata, perarakan Jalur Gemilang sangat unik kerana bukan sahaja dilakukan di penghujung benua Asia, malah ia adalah yang pertama kali dilakukan bersempena Sambutan Hari Guru.
“Kami gembira dengan kerjasama semua pihak yang bersama-sama menjayakan program ini.“Ia juga diharap menjadi galakan dan rangsangan kepada pihak kami untuk berusaha dengan lebih gigih bagi menjadikan pelajar-pelajar luar bandar berjaya dalam pelbagai bidang,” katanya selepas majlis pelancaran oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kukup, Datuk Md. Othman Yusof.Hadir sama, Pengerusi PDK Penerok, Datin Noredah Mahmood dan Yang Dipertua PIBG SK Serkat, Zarulail Moez.
Program julung kali ini turut mendapat kerjasama Malakoff Corportion, Hicom Power, ahli Persatuan Belia Sungai Kuali, kakitangan Kolej Matrikulasi Teknikal Johor, Balai Polis Permas, Rela Serkat dan Klinik Kesihatan Serkat.A Rashid berharap program itu juga mampu memantapkan jalinan perkongsian bijak di antara kedua-dua belah pihak sekolah dan masyarakat .“Pihak sekolah juga mahu memberikan peluang kepada masyarakat setempat merai dan menghargai warga pendidik sekolahnya dengan cara yang cukup patriotik,” katanya.Selain pelajar dan guru katanya, mereka yang terlibat menjayakan perarakan tersebut adalah ahli jawatankuasa PIBG SK Serkat, PDK Penerok, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Ketua Kampung Tanjung Piai.Beliau berkata, penglibatan dan sokongan yang diberikan menunjukkan orang ramai, agensi kerajaan, syarikat korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), menyahut transfomasi kerajaan bagi meningkatkan lagi bidang pendidikan di luar bandar.

No comments:

Post a Comment