BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Saturday, November 3, 2012

'AUTO CITY' DI NUSAJAYA


JOHOR BAHRU 2 Nov. - UEM Land Holdings Bhd. sedang dalam perancangan untuk membina 'Auto City' di Nusajaya, sebuah kawasan pembangunan khusus untuk mereka yang meminati segala perkara tentang aktiviti permotoran.
Menurut Pengerusinya, Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin Ali, pembangunan 'Auto City' itu akan dilaksanakan di kawasan seluas 32 hektar (80 ekar) berhampiran Gerbang Nusajaya, tidak lama lagi.
"Kita mempunyai banyak projek pembangunan (di Nusajaya) dalam pelanperancangan yang akan dilaksanakan. Pasti ada, Insya-Allah tidak lama lagi, apa yang dikenali sebagai Auto City untuk peminat permotoran," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Sidang Kemuncak Kelestarian Iskandar Malaysia 2012, di sini.
Selain itu katanya, UEM Land Holdings Bhd juga merancang membina sebuah kompleks membeli-belah yang mempunyai konsep unik di Nusajaya serta beberapa pembangunan lain.
"Ada beberapa pembangunan menarik dalam tempoh beberapa tahun akan datang (di Nusajaya)," katanya.
Baru-baru ini UEM Land Holdings menandatangani perjanjian dengan syarikat Singapura, Ascendas, untuk membina taman industri berteknologi tinggi bernilai lebih RM3 bilion di Nusajaya.
Nusajaya yang menjadi ibu kota pentadbiran kerajaan negeri Johor, kini mulai mengalami perubahan dan muncul sebagai destinasi pilihan untuk bekerja dan kediaman, kata Ahmad Tajuddin.
Menerusi pembukaan Legoland Malaysia serta Taman Tema Keluarga Puteri Harbour, Nusajaya kini mempunyai kehidupannya yang tersendiri, dengan lebih banyak syarikat beroperasi, sekali gus menyediakan lebih banyak pekerjaan untuk penduduknya.
"Kita berharap UEM Land Holdings dapat memainkan peranannya dalam membangunkan Iskandar Malaysia," kata Ahmad Tajuddin, sambil menambah, syarikat juga bekerjasama dengan kerajaan dalam pembangunan perumahan mampu milik di Nusajaya.
Mengenai pembinaan bangunan pentadbiran kerajaan persekutuan, beliau berkata, syarikat itu sedang menunggu kelulusan akhir daripada kerajaan pusat mengenai perkara itu.

No comments:

Post a Comment