BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Monday, November 5, 2012

SATE KAJANG HJ. SAMURI BAKAL KE JOHOR



JOHOR BAHRU 3 Nov. - Sate Kajang Hj. Samuri merancang mengembangkan perniagaannya dengan membuka cawangan terbaharunya di negeri ini khususnya di kawasan Iskandar Malaysia.
Pengurus pentadbirannya, Ahmad Syazwan Yahya berkata, perancangan itu berdasarkan maklum balas yang diberikan warga bandar raya ini yang mahukan Sate Kajang Hj. Samuri beroperasi di negeri ini selepas membuka cawangan di Port Dickson dan Senawang, Negeri Sembilan.
"Mereka mahu kita membuka cawangan di negeri ini bagi membolehkan bukan sahaja warga tempatan, malah warga Singapura yang sering berkunjung ke sini mendapatkan makanan istimewa termasuk sate.
"Memang ada kewajarannya berbuat demikian kerana bukan sahaja penduduk mempunyai kuasa beli yang tinggi, malah bandar raya ini sedang berkembang pesat berikutan kewujudan Iskandar Malaysia, sudah pasti menjanjikan pelaburan yang menguntungkan khususnya perniagaan sate," katanya.
Beliau ditemui Mingguan Malaysia dalam Karnival Makan-Makan 1Malaysia di Padang Plaza Angsana, di sini hari ini.
Karnival Makan-Makan 1Malaysia selama empat hari bermula Khamis lalu itu merupakan anjuran Crest Media & Events dan Majlis Belia Negeri Johor.
Sebanyak 10 gerai menjual pelbagai jenis makanan serta 50 gerai jualan membabitkan produk industri kecil dan sederhana (IKS) dibuka dalam karnival tersebut.
Selain itu, pelbagai program sampingan turut disediakan bagi memeriahkan lagi karnival antaranya pertandingan memasak, kemahiran ukiran buah, peraduan mewarna untuk kanak-kanak dan mencipta logo.

No comments:

Post a Comment