BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Wednesday, November 21, 2012

MEE KARI KETAM DI SHAH ALAM & DATO KERAMAT


MI kari ketam dan mi kari udang galah menjadi buruan pengunjung restoran.

Bagi berkongsi rasa bersama orang ramai, Usamah bersama adik kembarnya, Ubaidah membuka restoran khas menyajikan resipi rahsia neneknya, mi kari ketam iaitu Restoran Mee Ketam KL di Kompleks Anjung 7, Shah Alam pada 2010 dan kini menguruskan cawangannya di Bangunan Flat Baitulmal, Dato Keramat sejak Mei lalu.
Cerita Usamah, mi kari ketam turut menjadi pilihan untuk diketengahkan memandangkan hidangan kari merupakan selera universal yang boleh diterima ramai.
"Pulau Pinang sememangnya terkenal dengan keenakan pelbagai resipi malah ada yang menganggap ia syurga makanan melihat kepada variasinya.
"Namun, susah untuk melihat hidangan mi kari ketam di Kuala Lumpur berbanding menu Pulau Pinang yang lain sedangkan hidangan ketam agak terkenal di sana dalam pelbagai resipi seperti mi rebus dan sup kicap.
"Rahsia keenakannya ialah pengawalan api ketika menumis kari sehingga pecah minyak sebelum memasukkan rempah-rempah lain kerana jika kari hangit, maka keseluruhan kuah kari ketam itu tidak menjadi.
"Keunikan kuah kari ketam berbanding kari lain juga datang daripada rasa manis ketam yang melengkapkan rasa rempah kuah kari tersebut," ujarnya yang menggunakan sehingga 70 ekor ketam sehari dalam satu periuk besar.
PelbagaiSelain mi kari ketam, restorannya turut menghidangkan pelbagai hidangan makanan laut lain yang fokus kepada ketam dan udang galah iaitu bihun sup ketam, mi kari ketam nipah dan mi kari udang galah.
Malah, hidangan ketam dan udang galah dalam pelbagai teknik masakan seperti kari, sup, masak cili dan lada hitam yang dihidang bersama nasi putih turut menjadi buruan pengunjung di sini.
Terang Usamah, dia memastikan kesemua bahannya segar dimana ketam nipah diambil dari Pulau Ketam, Kelang manakala udang galah diimport dari Sabah kerana ia lebih besar malah tangan udang penuh dengan isi.
Harga ketam bunga bermula dari RM4 seekor, ketam Nipah pula dari RM7 seekor manakala udang galah gred A yang segar bermula RM10 dan ternyata lebih murah berbanding kebanyakan restoran lain.

No comments:

Post a Comment