BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Monday, November 5, 2012

TAMAN TEMA PUTERI HARBOUR


Persembahan oleh Barney and Friends menjadi antara tarikan pengunjung ke Taman Tema Keluarga Puteri Harbour di Nusajaya.

NUSAJAYA 4 Nov. - Taman Tema Keluarga Puteri Harbour yang turut menempatkan Sanrio Hello Kitty Town yang pertama seumpamanya dibina di luar Jepun mendapat sambutan apabila seramai 2,500 pengunjung mengunjunginya sejak dibuka 26 Oktober lalu.
Taman tema kedua dibina dalam kawasan Iskandar Malaysia di Nusajaya dengan kos dianggarkan RM115 juta itu menyasarkan 500,000 pengunjung dalam tempoh setahun selepas memulakan operasinya.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Themed Attractions and Resorts Sdn. Bhd., Datuk Tunku Ahmad Burhanuddin Tunku Adnan berkata, pembukaan taman tema dalam bangunan itu bakal menjadi tarikan pelancongan terbaharu ke negara ini.
Menurutnya, pembinaan taman tema tersebut juga adalah bukti dan komitmen syarikat untuk meletakkan Malaysia amnya dan Johor khususnya sebagai destinasi tarikan utama pelancongan baharu di rantau ini.
“Kami komited untuk memberikan taman tema bertaraf antarabangsa dan tidak akan berhenti di sini sahaja, malah ada perancangan jangka panjang untuk membuka lebih banyak taman tema lagi di negeri ini.
“Kita menjangkakan taman tema keluarga ini dapat dibuka secara rasmi bersama dengan hotel dan tarikan lain di kawasan Puteri Harbour ini pada awal tahun depan," katanya kepada pemberita baru-baru ini.
Yang turut hadir, Ketua Pegawai Pembangunannya, Muhammad Zainal Ashikin Muhammad Rejab dan Ketua Pegawai Pemasaran, Philip Whittaker.
Taman tema setinggi empat tingkat itu menyediakan pengalaman unik dengan menampilkan tarikan karakter kanak-kanak tempatan dan global popular seperti Lat‘s Kampung Boy dan karakter The Little Big Club termasuklah Pingu, Bob the Builder dan Barney.
Dibina dengan keluasan 80,000 kaki persegi itu, taman tersebut dibuka setiap hari bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang dan untuk maklumat lanjut boleh layari laman web www.tar.com.my/puteriharbour.
Beliau berkata, pembukaan taman tema seumpama itu juga bukan sahaja menyumbang dari segi pertumbuhan landskap pelancongan negara tetapi menawarkan peluang pekerjaan dan mempelbagai jenis perniagaan.

No comments:

Post a Comment