BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Friday, November 2, 2012

PUSAT INDUSTRI HALAL GLOBAL


SONGKHLA, Thailand 1 Nov. - Kolaborasi antara Malaysia dan Thailand akan menjadikan kedua-dua buah negara sebagai pusat industri halal dunia bagi memenuhi permintaan kira-kira 1.8 bilion umat Islam.Ketua Pegawai Eksekutif Halal Industry Development Corporation (HDC), Datuk Seri Jamil Bidin berkata, kedua-dua buah negara itu perlu bekerjasama dan bukannya menjadi pesaing sekiranya hasrat untuk memenuhi permintaan produk halal dunia ingin dicapai.Beliau berkata, pasaran industri halal di seluruh dunia amat besar dan gabungan kedua negara hanya mampu memenuhi sebahagian kecil daripada permintaan tersebut."Kolaborasi ini amat mustahak, kita tidak boleh lihat ia sebagai pesaing walaupun banyak pihak suka buat perbandingan di antara Malaysia dan Thailand yang mana eksport negara itu hanya AS$$3 bilion (RM9 bilion), manakala eksport produk halal kita AS$$11 bilion (RM33 bilion)."Kalau gabungkan Malaysia dan Thailand amat kecil daripada permintaan global produk halal, bermakna masih ramai yang belum mendapat bekalan halal, jadi di sini kita tengok ia tidak sepatutnya menjadi pesaing kerana ia saling lengkap melengkapi," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas misi perdagangan dan pelaburan yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri bersama HDC dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di sini hari ini.Misi tersebut diketuai oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.Jamil berkata, kolaborasi di antara kedua buah negara itu akan mewujudkan situasi menang-menang kerana kedua-duanya mempunyai kekuatan yang tersendiri."Sebagai contoh, kita kuat kerana sudah 40 tahun melaksanakan industri halal dan penerimaan logo halal Malaysia lebih tinggi dari negara-negara lain."Thailand pula mempunyai kelebihan dalam industri pertanian dan boleh menjadi pembekal yang kuat untuk bahan mentah bagi diproses di Malaysia kerana penerimaan halal Malaysia di seluruh dunia," katanya.Pada masa yang sama, beliau mengakui usaha mewujudkan kerjasama itu bukan satu perkara yang mudah walaupun ia telah dimulakan sejak 2009."Di negara ini, tidak ada agensi seperti HDC, mereka cuma ada Pusat Komuniti Islam Thailand (CICOT) sebuah persatuan yang hanya mengeluarkan sijil halal."Kita juga bekerjasama dengan Universiti Chulalongkorn dan dengan penubuhan persatuan usahawan halal di kedua-dua negara, usaha kolaborasi ini akan ditingkatkan," katanya.

No comments:

Post a Comment