BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Monday, March 11, 2013

HOTEL & BUTIK KUCING


DICERITAKAN dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing bernama Mueeza.
Suatu ketika, di kala baginda hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza tidur dengan santai di atas jubahnya. Tak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi memotong bahagian lengan jubahnya tempat Mueeza tidur.
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas, nabi bersabda: “Ya, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak najis".
Mengambil teladan daripada kisah inilah, timbul idea Layla Lazim untuk membuka butik kecantikan dan penjagaan kucing.
Dibuka pada 14 Februari lalu, Layla selaku Pengarah Urusan Pets Heaven Store ketika ditemui wartawan ZULKIFLI JALIL memberitahu, butik sehenti kucing yang diusahakannya bersama seorang rakan kongsi mengutamakan perkhidmatan yang eksklusif dan berkualiti.
Hotel kucing bertaraf lima bintang yang diperkenalkan di butiknya antara perkhidmatan yang mendapat sambutan daripada pemilik haiwan itu.
Katanya, hotel berkenaan menyelesaikan sementara masalah penjagaan kucing malah turut menerima arnab dan hamster peliharaan apabila pemiliknya bercuti atau balik kampung.
"Di hotel ini kami sediakan sangkar untuk kucing dan arnab yang dilengkapi jaring khusus bagi mengelak penyakit bawaan nyamuk.
"Makanan disediakan mengikut jadual dan menu sama dihidangkan pemilik kucing di rumah. Malah, kucing akan dibawa bermain di taman mainan dalam hotel selama kira-kira 30 minit diiringi alunan `zikir terapi," katanya.
Pets Heaven Store yang terletak lima minit dari Kompleks PKNS Bangi itu turut memperkenalkan perkhidmatan klinik dan farmasi untuk kucing.
Kata Layla, kebiasaannya penyakit rutin haiwan itu berkisar serangan kutu, hama serta kurap yang boleh mengakibatkan bulu gugur serta mencederakan telinga kucing.
"Di sini kami merawat penyakit ini termasuk selesema, batuk dan cirit-birit tanpa pembedahan," katanya.
Perkhidmatan tatarias atau grooming berkonsepkan salun dan spa juga mendapat sambutan. Antara perkhidmatan ditawarkan, potong kuku, membersih telinga, membentuk semula bulu mata, membersih tapak tangan, tapak kaki dan alat sulit, memandi dan mengeringkan kucing.
"Kadangkala pemilik tidak menyedari kucing biasanya akan menguis serta menyapu bulu di tangan dan kaki sehingga bulu-bulu itu masuk ke perut dan berselirat. Jadi, kami menyediakan sejenis bahan yang akan melancarkan sistem pencernaan haiwan ini," katanya.
Butik sehenti Layla turut menjual baju, klip kepala dan barang permainan serta perhiasan di bawah jenama Pets Heaven Store malah turut menyediakan khidmat penghantaran ke rumah-rumah sekitar Bangi.
Beroperasi setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 10 malam, Pets Heaven Store boleh dikunjungi di No. G-59, Jalan 8/35, Seri Bangi, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor atau dihubungi di talian 012-3113431 , 012-6898634 atau 03-89208898.

No comments:

Post a Comment