BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Monday, March 11, 2013

ISKANDAR MALAYSIA SIAP 2025


KEDIAMAN berkonsep masa depan menjadi pilihan pembangunan hartanah di Iskandar Malaysia.

KUALA LUMPUR 10 Mac - Projek-projek pemangkin yang dijalankan oleh Iskandar Investment Bhd. (Iskandar Investment) telah mula memberi impak terhadap kawasan pertumbuhan Iskandar Malaysia, Johor.
Antara projek-projek pemangkin yang dilaksanakan Iskandar Investment adalah Educity, Legoland, Mall of Medini, Nusajaya dan Puteri Harbour.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim berkata, kebanyakan projek-projek pemangkin di Iskandar Malaysia telah siap dan mula beroperasi sepenuhnya.
Katanya, sambutan orang ramai, pelancong dan para pelabur terhadap projek-projek itu juga amat menggalakkan sama ada dalam bidang hartanah, pelancongan atau hiburan keluarga.
Menurutnya, Iskandar Investment cuba menjadikan Iskandar Malaysia sebagai sebuah bandar sejahtera dan bandar yang penuh dengan aktiviti dan bandar raya itu dijangka siap sepenuhnya 2025.
"Pembinaan infrastruktur yang baik dan akses yang mudah ke Iskandar Malaysia yang telah dijalankan di bawah Rancangan Malaysia ke sembilan (RMK-9) telah mempercepatkan pertumbuhan bandar di wilayah selatan berkenaan.
"Suatu masa dahulu, Iskandar Malaysia dianggap sebagai kawasan terpencil. Sekarang, bandar ini sangat berubah, malah, ramai tidak percaya daripada kawasan hutan dan ladang kelapa sawit, ia mampu bertukar kepada sebuah kawasan bandar yang moden dan canggih," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Iskandar Investment telah memulakan projek di Iskandar Malaysia pada 2006 dan kebanyakan projek pemangkin siap tahun lalu.
Ketika ditanya mengenai cabaran membangunkan Iskandar Malaysia pada tahun ini, kata Syed Mohamed, pihaknya optimis dan berhati-hati dalam membangunkan bandar raya metropolis tersebut.
Katanya, Iskandar Investment sepatutnya membina lebih lima buah hotel di Iskandar Malaysia bagi menampung pelancong yang semakin meningkat.
"Kami mempunyai masalah bilik hotel di Iskandar Malaysia pada waktu ini," ujarnya.
Beliau menambah, walaupun dunia mengalami krisis kewangan, masih terdapat banyak permintaan dan minat terhadap pelaburan di Iskandar Malaysia.
"Di Iskandar Malaysia, kami telah berjaya mendapat pelaburan dari Timur Jauh termasuk Jepun, China dan Korea Selatan," katanya.

No comments:

Post a Comment