BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Tuesday, May 5, 2015

PERAIRAN PULAU KUKUP BAKAL DIWARTA

  • Perairan Pulau Kukup bakal diwartaMohamed Khaled bersama Ayub menghadiri Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia 2015 peringkat negeri Johor, di Zoo Johor, di sini, semalam.
 1 / 1 
JOHOR BAHRU – Malaysia bakal menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang mewartakan Penentuan Wilayah Laut Sensitif (PSSA) mulai Januari tahun hadapan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kawasan perairan Pulau Kukup sehingga ke Tanjung Piai, yang merangkumi anggaran kawasan seluas 550 kilometer itu, dikenal pasti sebagai kawasan yang boleh diwartakan sebagai PSSA.

Katanya, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM200,000 bagi melantik sebuah konsultan untuk menjalankan kajian teknikal tersebut sekali gus mendapatkan kelulusan Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) yang berpangkalan di London.

Mohamed Khaled berkata, kajian tersebut akan mengumpulkan maklumat mengenai gap analisis, mengenal pasti langkah pencegahan dan penguatkuasaan bagi mengurangkan impak lalu lintas perkapalan antarabangsa, selain mewujudkan draf peraturan di peringkat negeri,
negara dan antarabangsa serta latihan dan kepakaran.

“Kita dapati antara punca kerosakan tanah lembap tanah bakau disebabkan pencemaran oleh kapal-kapal berlabuh di perairan antarabangsa tetapi sampah yang dibuang ini masuk ke perairan kita.

"Kita kini berhadapan dengan isu penguatkuasaan. Oleh itu melalui PSSA dan pewartaan ini, kita boleh mengambil tindakan penguatkuasaan dari Jabatan Laut Malaysia dengan kerjasama IMO,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia 2015
peringkat negeri Johor, di Zoo Johor, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor, Datuk Ayub Rahmat dan Pengarah Perbadanan Taman Negara, Mohammed Shakib Ali.

Mohamed Khaled berkata, pada masa ini sebanyak 11 laluan laut di dunia telah digazet sebagai kawasan PSSA, antaranya di Australia, Cuba, Colombia dan Jerman.

“Dianggarkan laluan Tanjung Piai dan Pulau Kukup ini dilalui kira-kira 10,000 kapal dagang setahun. Kapal ini akan berlabuh dengan membuang sisa makanan dan melakukan pembersihan kapal, selain pencemaran minyak serta aktiviti sosial menyebabkan pencemaran.

"Oleh itu dengan perlaksanaan PSSA ini, ia akan menghalang sebarang aktiviti mencuci kapal dan sebagainya dalam jarak 2 hingga 3 batu nautika," katanya.

No comments:

Post a Comment