BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Friday, April 13, 2012

JAKIM KELUAR 30 SURAT AMARAN

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengeluarkan 30 surat amaran dalam fasa kedua bermula 1 April lalu hingga semalam terhadap premis makanan di sekitar Lembah Klang atas kesalahan mempamer sijil dan logo halal tidak diiktiraf jabatan itu.
Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Jakim, Azizan Shaari berkata, sebanyak 330 pemeriksaan dibuat dalam tempoh itu termasuk pemeriksaan di restoran mamak.

“Dalam operasi fasa kedua ini, masih ada pengusaha premis makanan salah faham atau keliru dengan tempoh masa yang ditetapkan.
“Selain itu, terdapat pengusaha degil dan belum memohon sijil halal Malaysia walaupun menyedari tempoh penguatkuasannya makin hampir,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.

Akta Perihal Dagangan 2011 (APD 2011) dijangka dikuatkuasakan Julai ini.

Untuk rekod, peringkat pertama Januari hingga Mac lalu, operasi penguatkuasaan Jakim lebih bersifat mendidik selain menggunakan kaedah berlembut apabila pengusaha makanan hanya diberikan nasihat dan panduan memohon Sijil Halal Malaysia.
Manakala April hingga Jun, surat amaran akan dikeluarkan kepada premis degil.

Azizan berkata, bagi mengelak sebarang masalah, peniaga dinasihatkan tidak menggunakan orang tengah sebaliknya berhubung terus dengan Bahagian Hab Halal Jakim atau melayari laman web di www.halal.gov.my.

Mengikut APD 2011, bagi kesalahan memperdaya atau mengelirukan, setiap pertubuhan atau perbadanan dikenakan tidak lebih RM5 juta dan kesalahan kedua atau berikutnya, RM10 juta, manakala bukan pertubuhan denda RM1 juta atau tiga tahun penjara manakala bagi kesalahan kedua dan seterusnya dikenakan denda RM5 juta atau lima tahun penjara.

No comments:

Post a Comment