BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Sunday, April 1, 2012

PARLIMEN PONTIAN WUJUDKAN GR1M

PONTIAN 1 April - Jika kerajaan Pusat menubuhkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang mendapat sambutan hangat masyarakat, Pejabat Ahli Parlimen Pontian pula mewujudkan Gerai Rakyat 1Malaysia (GR1M) bagi tujuan sama.
Idea penubuhan GR1M dicetuskan oleh Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan dengan pembinaan lima GR1M di Parit Betak (Mukim Benut), Kampung Parit Mastar (Mukim Sungai Pinggan), Kampung Parit Panjang (Mukim Ayer Baloi), Kampung Parit Dahlan (Mukim Api-Api) dan Kampung Parit Bugis (Mukim Pontian).
Ahmad semasa melancarkan GR1M di Kampung Parit Bugis kelmarin memberitahu, setiap sebuah GR1M diwujudkan dengan kos RM150,000 menerusi peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Menurutnya, penubuhan GR1M merupakan usaha bagi memberi peluang kepada peniaga atau usahawan kecil memulakan perniagaan di lokasi strategik dengan kemudahan yang lebih selesa manakala pengurusannya diserahkan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang akan mengutip sewa bagi dimasukkan ke dalam tabung JKKK berkenaan.
"Kadar sewa yang dikenakan oleh JKKK amat berpatutan iaitu RM100 sebulan dan ia tidak membebankan mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia perniagaan yang mencabar itu.
"Selepas kejayaan awal ini, saya akan mencari lagi peruntukan bagi membina lima buah lagi GR1M supaya lebih ramai penduduk berpeluang menceburi bidang perniagaan di tempat masing-masing," katanya.
Beliau yang juga Timbalan Menteri di JPM berharap GR1M Parlimen Pontian akan menjadi ikutan atau contoh kepada kawasan Parlimen lain di seluruh negara untuk turut serta menjayakan program tersebut.
"Saya akan menyarankan juga kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah supaya turut menjadi 'model Pontian' sebagai contoh menerus agensi seperti RISDA, Mara dan Kemas untuk melaksanakan GRIM di tempat lain," katanya.
Ahmad berkata, GRIM Parlimen Pontian juga berperanan sebagai pusat pengumpulan terutama bagi produk industri kecil dan sederhana (IKS) yang dihasilkan golongan wanita luar bandar.

No comments:

Post a Comment