BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Monday, March 17, 2014

ATASI KESESAKAN PEKAN NANAS

  • Atasi kesesakan Pekan NenasLaluan di Pekan Nenas sering mengalami kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.
 1 / 1 
PONTIAN - Pembinaan jalan baharu menghubungkan Pontian-Johor Bahru yang dijangka menelan kos RM500 juta hanya akan dimulakan selepas mendapat peruntukan Kerajaan Persekutuan yang dijangka tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, laluan sepanjang 18 kilometer yang dicadangkan itu merupakan usaha kerajaan negeri mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pekan Nenas.

“Pembinaan laluan ini membabitkan tiga fasa yang akan menghubungkan laluan terus ke Lebuhraya Utara Selatan serta Gelang Patah sekali gus memendekkan perjalanan dari kedua-dua hala.

“Pembinaan jalan baharu ini turut mendapat perharian Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang pernah mengadakan lawatan ke Pontian tahun lalu,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) ke-29, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Penggawa Barat, di sini, semalam.

Hadir sama, Yang Dipertua PIBG SMK Dato Penggawa Barat, Datuk Nasir Safar, Pengetua SMK Dato Penggawa Barat, Hashim Md Dom dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Pontian, Mohammad Hood Md Noh.

Hasni berkata, kesesakan lalu lintas di Pekan Nenas berlaku di waktu puncak susulan kedudukannya sebagai penghubung Pontian dan Johor Bahru hingga menimbulkan rasa kurang selesa penduduk di situ.

“Projek ini telah diberikan keutamaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor memandangkan pertambahan pengguna setiap hari dari Pontian untuk bekerja di Johor Bahru, Nusajaya dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

“Kerajaan negeri prihatin dengan isu dibangkitkan pengguna yang inginkan keselesaan untuk mereka berulang alik ke tempat kerja tanpa berhadapan kesesakan setiap hari,” katanya.
Tambahnya lagi, pembinaan jambatan yang menyeberangi Sungai Pulai dari Pontian akan dilaksanakan sebaik kerja-kerja PBT selesai dilakukan JKR Johor, tahun ini.

“Kedua-dua projek pembinaan jalan dan jambatan baharu ini akan memberikan keselesaan kepada penduduk dengan jarak perjalanan lebih pendek,” katanya.

No comments:

Post a Comment