BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Saturday, March 29, 2014

JADIKAN PULAU PISANG DESTINASI PELANCONGAN

TEE Siew Keong (kiri) bermain-main dengan arnab yang terdapat di Sri Tanjung Leisure Farm, 
Kayu Ara Pasong, Pontian, kelmarin.

PONTIAN 28 Mac - Pontian akan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan berasaskan alam semula jadi selain aktiviti memancing di atas kelong di Pulau Pisang yang dimajukan oleh nelayan tempatan selain menikmati keindahan alam semula jadi pulau berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Tee Siew Kiong menyarankan agar aktiviti memancing di atas kelong itu juga seharusnya menggunakan perkhidmatan bot yang diusahakan oleh nelayan sebagai produk pelancongan kepada daerah ini.
"Umum mengetahui setiap daerah mempunyai keunikan serta tarikan masing-masing yang perlu diambil peluang oleh Jawatankuasa Pelancongan Daerah supaya mampu menjadi aset yang bernilai, ia sekali gus dapat memberi nilai tambah kepada pengusaha pelancongan kecil-kecilan untuk menjalankan aktiviti.
"Aktiviti memancing di atas kelong perlu dipromosikan sebagai tarikan baharu kepada pelawat dari luar Pontian terutama kaki-kaki pancing yang inginkan suasana memancing bersama keluarga," katanya kepada pemberita sempena lawatan kerja bagi mendekati sektor pelancongan tempatan di Sri Tanjung Leisure Farm, Kayu Ara Pasong, di sini semalam.
Menurut Siew Kiong, promosi tersebut pada masa sama membantu menarik pelancong ke destinasi menarik yang lain di daerah tersebut seperti Taman Negara Johor Tanjung Piai, Taman Negara Pulau Kukup, Hutan Reakreasi Sungai Peradin mahupun Hutan Paya Bakau Tampok Laut.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang menambah, lawatan kerja ke setiap daerah diharap dapat membantu meningkatkan kedatangan pelawat sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 berikutan harapan kerajaan negeri agar bilangan pelancong dapat ditingkatkan dengan tempoh menetap lebih lama.
"Saya berharap maklumat mengenai tempat-tempat penginapan termasuk pengusaha inap desa dapat dimaklumkan kepada ejen-ejen pelancongan supaya mereka mempunyai maklumat mengenainya.
"Jawatankuasa Pelancongan Daerah disarankan menyediakan risalah berkaitan tempat-tempat menarik, medan selera, pusat menjual cenderamata, pengusaha IKS mahupun tempat rekreasi," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment