BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Saturday, March 22, 2014

HUTANA LIPUR GUNUNG PULAI 1 MUNGKIN DIBUKA SEMULA

KULAIJAYA - Kerajaan negeri sedang mempertimbang membuka semula Hutan Lipur Gunung Pulai 1 kepada orang awam memandangkan terdapat permintaan penduduk setempat untuk menghidupkan kembali kawasan tarikan
pelancong itu. 
Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihaknya telah meminta agar Jabatan Perhutanan membuat laporan dan kajian menyeluruh mengenai kawasan hutan lipur itu.
"Kajian itu akan melihat kalau dibuka, sejauh manakah kita dapat meminimumkan kesan (risiko) atau meningkatkan keselamatan pengunjung dan penduduk yang tinggal di kawasan itu," katanya ketika berucap sewaktu lawatan
kerja sulungnya di daerah itu, di sini hari ini. 
Hutan lipur itu ditutup sejak 2001 atas nasihat dan kajian Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (Johor) selepas peristiwa banjir lumpur pada tahun yang sama, yang menyebabkan struktur tanah menjadi kurang stabil.
Tragedi banjir lumpur itu mengorbankan lima nyawa dan menghanyutkan empat buah rumah di Kampung Seri Gunung Pulai, di kaki Gunung Pulai. 
Sementara itu, menteri besar berkata kerajaan negeri telah mengenalpasti dua sektor baru iaitu kesihatan dan pemprosesan makanan yang berpotensi untuk dibangunkan di daerah itu.
Selain itu, kerajaan negeri juga meminta Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) mengambilkira pembangunan daerah Kulaijaya untuk dimasukkan ke dalam Pelan Pembangunan Komprehensif 2 Wilayah Iskandar yang kini dalam proses kajian.
Pelan itu, yang merupakan kesinambungan kepada pembangunan Wilayah Iskandar, dijangka siap suku kedua tahun ini

No comments:

Post a Comment