BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Friday, January 11, 2013

JOHOR PENERAJU MINYAK, GAS


PEMANDANGAN di Pusat Maritim dan Petrokimia di Terminal Tanjung Bin, Pontian, Johor. 

PONTIAN 10 Jan. - Kerajaan meluluskan permohonan lima syarikat minyak dan gas (O&G) luar negara untuk melibatkan diri dalam sektor itu dalam usaha merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara pada masa akan datang.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kebanyakan syarikat itu akan beroperasi di sekitar negeri ini. khususnya di Pengerang dan melibatkan pelaburan bernilai berbilion ringgit.
Beliau berkata, penglibatan kesemua syarikat itu adalah hasil daripada program Insentif Global Perdagangan (GIFT) yang memberikan pelbagai kelebihan kepada mereka termasuk cukai industri yang rendah.
"Selain lima syarikat itu, kerajaan juga sedang mempertimbangkan permohonan lima lagi syarikat yang menyatakan hasrat untuk terlibat di dalam sektor ini.
"Kedudukan Malaysia yang strategik selain Johor yang terletak berhampiran Singapura menjadikannya lokasi terbaik kepada syarikat-syarikat untuk mengembangkan perniagaan mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Terminal Penyimpanan Minyak ATP di Tanjung Bin di sini hari ini.
Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MISC Berhad, Datuk Nasarudin Md. Idris; Ketua Pegawai Eksekutif Vitol Group Companies, Ian Taylor dan Pengerusi Pelabuhan Tanjung Pelepas, Datuk Mohd. Sidik Osman.
Mustapa berkata, Johor yang kini menjadi pusat perkembangan ekonomi utama negara dilihat bakal menjadi peneraju di dalam sektor minyak dan gas dalam tempoh beberapa tahun lagi.
Beliau berkata, kedudukannya yang berhampiran dengan Singapura memberikannya kelebihan untuk menjadi pusat perdagangan minyak utama di rantau ini.
"Pembabitan beberapa syarikat yang menjadikan beberapa lokasi seperti Pengerang, Tanjung Langsat dan Tanjung Bin dilihat akan mengukuhkan kedudukan Malaysia di dalam sektor berkenaan.
"Kejayaan ini adalah hasil kerjasama erat di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang bersama-sama ingin melihat ekonomi di negeri ini terus maju pada masa akan datang," katanya lagi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130111/ko_02/Johor-peneraju-minyak-gas#ixzz2HvWuFFsb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment