BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Sunday, April 21, 2013

BERIANI ALA JOHOR DI RUZ ALADIN, AMPANG



INGIN menjamu selera nasi beriani kaki kambing ala Johor tetapi terletak di Kuala Lumpur, apa kata ke Restoran Ruz Aladdin yang terletak berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) sederet dengan Hotel Falmingo, Ampang.
Rasa nasinya yang lembut beraroma diselang dengan keenakan rempah beriani pada lauk kambing bagai memberikan satu kesempurnaan.
Restoran ini menghidangkan pelbagai pilihan nasi beriani ayam kampung goreng, nasi beriani ayam merah dan paling istimewa nasi beriani kaki kambing.
Selain itu terdapat juga mi bandung, mi rebus, rojak buah, rojak tauhu serta masakan Barat dan terkini pilihan asam pedas bagi mereka yang ingin nasi campur.
Berkonsepkan restoran keluarga, Ruz Aladdin menawarkan pelbagai jenis menu yang sesuai sama ada untuk dewasa atau kanak-kanak.
Pelanggan juga memilih pelbagai pencuci mulut seperti sagu gula melaka dan aiskrim pisang dengan air bandung atau kalamansi.
Pengurus yang juga anak pemilik Ruz Aladdin, Mohd Hafiz Hashim, 30 berkata, keistimewaan nasi beriani mereka terletak pada adunan rempah rahsia.
"Resipi rempah beriani kami turun temurun daripada datuk dan kami kembangkan menjadi perniagaan keluarga.
"Buat masa ini kami belum menjual rempah beriani walaupun menerima banyak permintaan pelanggan," katanya yang dibantu tiga orang tukang masak berpengalaman.
Graduan kejuruteraan awam ini tidak betah kerja makan gaji bagai menyambung legasi keluarga yang melibatkan diri dalam perniagaan.
Mohd Hafiz berharap suatu hari nanti rempah berianinya akan berada di pasaran dan terjual di seluruh negara.
Selain itu Ruz Aladdin yang boleh memuatkan sehingga 250 pelanggan pada satu-satu masa juga menerima tempahan katering bagi majlis perkahwinan, hari jadi, doa selamat dan majlis keraian lain.

No comments:

Post a Comment