BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Monday, April 29, 2013

KEK KUKUS DFLOWERS CAKE


Kek buah kukus yang telah siap dipek.

KEK buah lazimnya hanya mudah diperoleh pada musim perayaan seperti hari raya mahupun Krismas.
Namun disebabkan cara membuatnya agak rumit, agak sukar untuk mencari kek buah yang betul-betul menepati cita rasa. Selalunya yang ada, keknya terlalu manis, kering dan berderai.
Dua masalah itu tidak timbul lagi jika berpeluang menjamah kek buah kukus istimewa keluaran D’flowers Cake, yang bukan saja boleh dinikmati pada bila-bila masa tanpa menunggu musim perayaan, bahkan lebih penting rasanya boleh membuatkan anda jatuh hati.
Tekstur keknya lembut, tidak terlampau manis dan kandungan buah-buahan keringnya memang seimbang.
Dengan tekstur yang lembap serta tidak terlalu berminyak, kek buah kukus ini sesuai untuk dinikmati oleh semua peringkat umur sebagai hidangan minum petang seisi keluarga atau pada majlis keraian.
Kek buah kukus yang diusahakan dan dihasilkan mengikut resipi pengusahanya, Zanifah Md. Nor, ketika ini bagai satu fenomena apabila mendapat tempahan melebih 1,000 biji setiap minggu termasuk daripada kalangan orang kenamaan (VIP).
Perkembangan ini memberi keyakinan kepada beliau untuk membawa kek buah kukus ini pergi lebih jauh.
Menurut Zanifah yang ditemui baru-baru ini di premisnya yang terletak di Rawang, Selangor, dia begitu mementingkan kualiti, rasa dan rupa kek.
“Istimewanya kek buah kukus ini dikukus selama empat jam dan boleh tahan selama lebih sebulan jika disimpan pada suhu bilik. Tetapi jika disimpan dalam chiller (peti sejuk) kek ini mampu bertahan sehingga tiga bulan malah sehingga setahun jika diletakkan di bahagian sejuk beku.
“Ini kerana saya mempastikan setiap kek buah ini dikukus mengikut masa ditetapkan dan kandungan gula yang seimbang.
“Saya juga menggunakan bahan-bahan terpilih dan bermutu tinggi seperti mentega dan buah-buahan campuran yang segar.
“Kek buah kukus ini juga sesuai untuk dikirim kepada anak-anak atau rakan-rakan di luar negara kerana ia tahan lama dan lasak tidak mudah rosak.
“Selain itu kami juga menyediakan khidmat pembungkusan untuk majlis perkahwinan dan keraian," katanya yang sudah 15 tahun melibatkan diri dalam bidang pembuatan roti dan kek.
Zanifah mengakui menerima tempahan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak terutama melalui laman sosial Facebook.
Selain di kedai bakeri D’flower Cake, di Rawang, kek buah kukus ini juga terdapat di La Boheme, AEON Setiawangsa.
Harga pasaran kek buah kukus D’Flowers adalah RM25 bagi kek 500 gram (gm) dan RM50 bagi kek seberat 1 kilogram (kg) di kedainya, Rawang manakala harga di pasaran La Boheme RM28 (500gm) dan RM55 (1Kg).
Disebabkan potensi yang tinggi, Zanifah mengalakan pembelian secara online yang mana kek akan dihantar terus ke rumah dan mengalu-alukan penglibatan mereka yang berminat untuk menjadi pengedar.
“Sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar kecil atau menjual di pejabat, kami menggalakkan anda membuat tempahan 100 biji bagi kek bersaiz 500gm dan 50 biji untuk kek bersaiz 1kg. Penghantaran tidak menjadi masalah kerana kami akan poskan mengikut alamat yang diberi.
“Bagi pengedar yang mengambil kek dari kedai kami harganya lebih rendah iaitu RM23 bagi kek bersaiz 500g dan RM45 untuk kek bersaiz 1kg.
“Sementara itu, bagi yang berminat untuk jadi stokis mikro mereka perlu membeli sekurang-kurangnya 1,000 biji kek buah kukus dan 500 biji kek buah kukus bersaiz 1kg. Manakala stokis makro pula digalakkan membeli 2,000 biji kek buah kukus bersaiz 500gm dan 1,000 biji kek buah bersaiz 1kg.
“Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli kek buah kukus D’Flowers secara online atau menjadi pengedar boleh hubungi talian 019-2727768 atau melalui facebook bernama Zanifah Md. Nor," katanya.
Para pelanggan juga bolehlah mengunjungi premis D’ Flowers Cake, di No. 30, Jalan Bersatu 8, Taman Bersatu, Rawang.

No comments:

Post a Comment