BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Friday, August 16, 2013

ANEKA RASA STIMBOT-BANDAR SERI KEMBANGAN

Untuk merasai lebih keenakan ketika menikmati stimbot ataupun barbeku, lima sos disediakan termasuk sos hijau dan merah Thai, sos cili dan sos cili padi.

LAZIMNYA jika ingin menikmati pelbagai jenis makanan laut segar, destinasi yang dituju tentunya restoran atau gerai yang terletak berdekatan pantai.
Bagi warga Lembah Klang, mereka tidak perlu pergi jauh kerana terdapat restoran-restoran yang menawarkan hidangan makanan laut yang disaji dengan pelbagai cara.
Itulah keunikan dan keistimewaan yang ditawarkan di Brader Kafe Steamboat & BBQ.
Anda bukan sahaja boleh menikmati keenakan sup ayam dan tomyam yang ditawarkan untuk hidangan stimbot malah pelbagai jenis makanan laut secara barbeku.
Terletak di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor, stimbot restoran ini menawarkan pelbagai jenis bebola makanan laut termasuk ikan, ketam dan udang di samping sayur-sayuran.
Restoran ini diusahakan tiga sahabat baik, Mohd. Nizam, Mohd. Iszham Torman dan Mohd Harayyanto Johari.
"Saya sebenarnya lebih dikenali dengan panggilan brader Joe. Daripada situ, lahirlah ilham menamakan restoran ini dengan Brader Kafe," ujar Mohd. Nizam.
Menurutnya lagi, hidangan stimbot yang disediakan di restoran ini istimewa kerana turut menawarkan masakan secara barbeku dalam satu periuk yang sama.
Tambah istimewa, sos-sosnya dihasilkan sendiri.
Untuk merasai lebih keenakan ketika menikmati stimbot ataupun barbeku, lima sos disediakan termasuk sos hijau dan merah Thai, sos cili dan sos cili padi.
"Di sini kami menawarkan pelbagai jenis makanan laut yang segar setiap hari. Harganya berpatutan iaitu RM 24.90 untuk seorang makan.
"Kami akan sentiasa memastikan setiap bahan yang disajikan kepada pelanggan adalah segar dan sos-sos yang disediakan juga adalah hasil air tangan kami sendiri.
"Untuk stimbot, kami menawarkan pilihan sup ayam atau tomyam," ujarnya ketika ditemui di premis perniagaannya baru-baru ini.
Berbeza dengan restoran-restoran yang sedia ada, restoran ini ini menawarkan kambing barbeku setiap hari selain hidangan sampingan seperti nasi goreng, buah-buahan dan manisan mulut.
Restoran ini juga mengetengahkan konsep satu meja satu dapur yang memberi peluang kepada mereka merebus dan memanggang sendiri mengikut selera masing-masing.
Untuk memberikan keselesaan kepada para pengunjung, restoran ini turut menyediakan ruang solat untuk pelanggan
Brader Kafe Steamboat & BBQ juga sesuai untuk pelbagai majlis seperti makan malam, sambutan hari lahir atau ulang tahun perkahwinan.
Restoran ini beroperasi dari pukul 6 petang hingga 12 tengah malam dan dibuka setiap hari.
Bagi mereka yang ingin membuat tempahan bolehlah menghubungi talian 013-9121219 (Mohd. Nizam).

No comments:

Post a Comment