BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Monday, August 19, 2013

KARNIVAL MAKANAN JOHOR NOVEMBER

PAGOH 18 Ogos - Kerajaan negeri akan menganjurkan Karnival Produk Makanan Johor 2013 membabitkan pengusaha-pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di Pusat Pembangunan Pertanian Moden Air Hitam, Kluang, akhir November ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamed berkata, karnival tersebut adalah sebagai kemuncak kepada siri jelajah mengenai pelbagai bidang makanan yang akan dimulakan di beberapa daerah sebelum itu.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang berkata, Jabatan Vetarinar akan mengetuai siri jelajah berkaitan industri makanan berasaskan ternakan dan tenusu di daerah Kota Tinggi.
"Pameran bergerak di Muar pula akan dipelopori olah Jabatan Pertanian manakala Bioteknologi Johor akan mempamerkan aktiviti bioteknologi di Pasir Gudang," katanya dalam sidang akhbar sempena Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri DUN Bukit Serampang dan Badan Perhubungan Perhubungan UMNO Johor di Dewan Serbaguna Kundang Ulu, dekat sini, hari ini.
Yang turut hadir Ketua Pemuda UMNO Johor, Datuk Zulkarnain Kamisan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri serta Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tebrau merangkap Pengerusi Gerakan Belia 4B Johor, Syahrin Md. Jamaludin.
Ismail berkata, karnival berkenaan akan memberi peluang kepada pengusaha terbabit untuk mempromosikan produk masing-masing selain memberi pengalaman baharu kepada mereka termasuk bertukar-tukar pengalaman.

No comments:

Post a Comment