BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Thursday, February 2, 2012

NASI BERIANI LAPIS, BATU PAHAT

HIdangan nasi beriani lapis Batu Pahat yang menyelerakan.
APABILA berbicara soal makanan, sudah pasti pelbagai menu terpampang di ruang mata dan yang membuatkan masing-masing terliur.
Bermula daripada makanan ringan seperti kuih hinggalah makanan berat seperti nasi, ia secara tidak langsung menjadikan Malaysia syurga pelbagai jenis makanan.
Kita tinggalkan sebentar menu-menu yang lain kerana kali ini ruangan selera ingin membawa anda menikmati hidangan beriani lapis Batu Pahat.
Secara umumnya, beriani merupakan antara masakan Johor yang semakin popular ketika ini.
Ia bukan sahaja hidangan yang boleh dinikmati begitu sahaja tanpa lauk, malah cara masakan juga begitu unik jika diteliti.
Menurut pengusaha beriani lapis Batu Pahat, Norazizan Ismail, 49, apa yang membezakan beriani masakannya dengan beriani yang lain ialah cara memasaknya.
Jika beriani gam dimasak dengan nasinya menimbus lauk dan penutupnya 'digam' rapat menggunakan doh tepung gandum supaya wap yang terhasil dalam periuk tempayan tidak keluar tetapi nasi beriani lapis Norazizan dimasak secara berlapis dengan rempah ratus yang digunakan.
"Saya yakin resipi ini begitu istimewa berdasarkan maklum balas yang saya terima daripada para pelanggan.
"Sebenarnya, resipi yang digunakan merupakan resipi turun temurun keluarga dan ia digunakan sejak dahulu lagi.
"Sudah pasti saya mengekalkan keaslian resepinya dalam usaha menjaga kualitinya," ujarnya ketika ditemui di premis jualannya yang terletak di Taman Ehsan Ibu, Rawang, Selangor.
Beroperasi sejak awal November tahun lalu, penggemar-penggemar nasi beriani seharusnya merasainya.
Ini kerana selain rempah ratusnya yang diadun sempurna bersama beras yang direbus, keistimewaan beriani lapis Batu Pahat Norazizan juga boleh dirasai pada butiran nasinya.
Ia tidak terlalu berminyak ataupun terlalu lembut dan bergumpal-gumpal serta beras yang digunakan juga merupakan beras yang berkualiti tinggi iaitu beras basmathi.
Terdapat tujuh jenis nasi beriani yang dijual iaitu nasi beriani kambing, nasi beriani ayam, nasi beriani daging, nasi beriani ayam masak merah, nasi beriani ayam kampung, nasi beriani tulang rusuk goreng dan nasi beriani burung puyuh.
Kesemua sajian tersebut disajikan secara set beserta dalca, papadom dan acar timun.
Harga satu set nasi beriani kambing ialah RM10; nasi beriani ayam, RM7.50; nasi beriani daging, RM8.50; nasi beriani ayam masak merah, RM7.50; nasi beriani ayam kampung, RM9.50; nasi beriani tulang rusuk, RM 11 dan nasi beriani burung puyuh, RM8.50.
Begitu pun, menurut Norazizan lagi, bagi nasi beriani kambing, ayam daging serta ayam masak merah, ia boleh didapati setiap hari manakala untuk nasi beriani ayam kampung hanya boleh didapati setiap Isnin; tulang rusuk goreng, Selasa dan burung puyuh setiap Rabu.
Selain itu, Norazizan turut menyediakan sajian lain bagi mereka yang ingin mengubah selera seperti nasi putih sup tulang.
Sajian ini akan disajikan bersama sambal belacan dan juga ulam-ulaman.
Set ini ditawarkan pada harga RM6 dan ia boleh dinikmati pada setiap Khamis.
Bagi mereka yang ingin mencuba nasi beriani lapis Batu Pahat ini bolehlah mengunjungi gerai Norazizan pada bila-bila masa kecuali hari Jumaat.
Dibuka dari pukul 11 pagi hingga 3 petang, Norazizan turut mengambil upah masak untuk kenduri kahwin ataupun untuk majlis doa selamat.
Untuk itu, Norazizan boleh dihubungi di talian 012-3756580.

No comments:

Post a Comment