BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Friday, June 27, 2014

MARHABAN YA RAMADHAN 1435H


Puasa bulan Ramadan difardukan pada bulan Syaaban tahun kedua Hijrah. Sebelum itu, ibadah puasa telah diamalkan dalam kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi SAW.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183)
Akan tetapi, kewajipan berpuasa pada bulan Ramadan belum disyariatkan lagi ketika itu. Persamaan antara mereka dengan umat-umat terdahulu adalah daripada segi pensyariatan puasa itu sahaja. Kemudian, umat Nabi Muhammad SAW secara khususnya telah difardukan berpuasa pada bulan Ramadan.

Pendapat Ibnu al-Qayyim yang berkata: “Puasa memberi kesan yang menakjubkan dalam menjaga anggota luaran dan kekuatan batin dan menjaganya daripada bercampur dengan benda-benda yang rosak dan membinasakan (tubuh badan) dengan membuangnya demi kesihatan tubuh badan. Ia mengembalikan kekuatan di dalam melawan hawa nafsu dan dapat menolong seseorang kepada mencapai darjat takwa."
Berdasarkan kepada ayat di atas, dapatlah disimpulkan bahawa natijah puasa itu ialah untuk mencapai ketakwaan. Inilah hikmah yang terbesar daripada perlaksanaan ibadat puasa yang penuh dengan adab dan etikanya.
Berdasarkan takrif di atas, dapat disimpulkan bahawa takwa boleh menjadikan seseorang melakukan amar makruf dan nahi mungkar, di samping taqarrub kepada Allah SWT dengan amalan sunat.
Kepentingan takwa amat jelas apabila dinyatakan bahawa manusia yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa.
Semoga puasa kita pada kali ini dan dengan kedatangan Ramadan al-Mubarak akan menjadikan kita benar-benar bertakwa kepada-Nya. Amin

No comments:

Post a Comment