BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Tuesday, July 31, 2012

CAP GESA PENGUSAHA RESTORAN PAMER HARGA SEBENAR

GEORGE TOWN - 31 Julai 2012: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pengusaha restoran supaya secara automatik mengenakan caj perkhidmatan pada harga makanan mereka supaya pengguna tahu kos sebenar makanan itu.

Presidennya S.M Mohamed Idris turut menyaran pengusaha menyatakan nilai sebenar cukai perkhidmatan dalam bentuk nilai mutlak dan bukan dalam bentuk peratus.

"Pengguna keliru berapa kos sebenar yang sepatutnya mereka perlu bayar untuk makan di restoran apabila caj tambahan yang hanya dinyatakan dalam nilai peratus tidak dimasukkan ke dalam harga individu," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata tidak adil pengusaha meletakkan harga lebih rendah pada menu atau iklan mereka, sedangkan pelanggan sebenarnya terpaksa membayar lebih untuk makanan mereka.

Mohamed Idris juga mencadangkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)memantau perolehan pengusaha restoran yang mengenakan cukai perkhidmatan supaya tidak berlaku penipuan dan penindasan terhadap pengguna.

Beliau turut mengesyorkan JKDM mengarahkan pengusaha restoran mencetak nombor lesen kebenaran mengutip cukai pada resit harga makanan untuk memudahkan pengguna menyemak dengan jabatan berkenaan jika terdapat sebarang keraguan berhubung perkara itu.

"Terdapat pengusaha restoran yang tidak layak mengutip cukai kerana perolehan mereka kurang dari RM3 juta setahun, tetapi mereka kutip juga (cukai) dan ada juga yang letak kadar cukai terlalu tinggi sedangkan perkhidmatan yang diberi tidak seberapa," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment