BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Friday, July 20, 2012

KONDOMINIUM MEWAH DI NUSAJAYA


KUALA LUMPUR 19 Julai - Medini Iskandar Malaysia Sdn. Bhd. (Medini Iskandar) dan rakan kongsinya dari China, Qingdao Zhuoyuan Investment Holdings (Zhuoyuan) bakal membina 2,600 unit kondominium mewah dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) RM2.6 bilion di Nusajaya, Johor.
Medini Iskandar merupakan anak syarikat Iskandar Investment Bhd. (IIB).
Projek yang merangkumi dua fasa tersebut bakal dibangunkan oleh syarikat kerjasama antara Medini Iskandar dan Zhuoyuan's Square Stone Holdings Sdn. Bhd. yang dikenali sebagai Zhouyuan Iskandar Sdn. Bhd.
Ketua Pegawai Eksekutif Zhouyuan Iskandar, Wang Bin Wu berkata, projek bagi fasa pertama akan dimulakan selewat-lewatnya awal tahun depan dengan dengan anggaran kos RM600 juta sehingga RM700 juta.
"Secara keseluruhannya ia merangkumi tiga fasa pembangunan namun untuk kerjasama ini, ia akan melibatkan dua fasa sahaja di atas tanah seluas 7.3 hektar dan dijangka siap dalam tempoh lima tahun," katanya pada sidang akhbar selepas memeterai perjanjian kerjasama bagi pembangunan tersebut di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment