BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Friday, July 20, 2012

FELDA D'SAJI KE MADINAH


Mohd. Isa Samad (tengah) tertarik dengan nasi arab sambil diperhatikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Felda D'Saji, Ahmad Zaki Abdullah (kanan) di majlis pelancaran Buffet Ramadhan Felda D'Saji di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur, kelmarin.

KUALA LUMPUR 19 Julai - Felda telah mengenal pasti tiga lokasi strategik di Madinah untuk membuka cawangan restorannya, Felda D'Saji pada musim haji akan datang.
Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Samad berkata, rancangan pembukaan restoran tersebut di Madinah berikutan kejayaan serta sambutan baik yang diterima daripada jemaah haji dan umrah di Mekah.
Katanya, pembukaan restoran berkenaan akan memberi kemudahan kepada jemaah haji serta umrah dari Malaysia untuk menikmati makanan Melayu asli.
"Kita buka cawangan di Mekah dan sambutan yang diterima di kalangan jemaah amat menggalakkan. Jadi kita mahu buka pula di Madinah.

No comments:

Post a Comment