BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Sunday, January 26, 2014

MALAYSIAN ROCK CAFE-JLN GENTING KLANG

BURGER dan kentang goreng bagi mereka yang mahu menikmatinya.

CUKUP segala-galanya. Itulah yang dapat digambarkan apabila menikmati hidangan yang disajikan di Malaysian Rock Cafe yang terletak di No. 1-1, PV 128, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur.
Bukan sahaja bahan perapan terasa sehingga ke daging masakan tetapi segala sajian yang dihidangkan terasa kelainan setiap satunya.
Tidak hanya untuk masakan berasaskan Barat, masakan tempatan seperti nasi goreng dan Cantonese kuetiau juga mempunyai rasa tersendiri.
Sememangnya dihasilkan oleh chef tempatan yang cukup berpengalaman dalam bidang masakan, menurut pengurus makanan dan minuman kafe berkenaan, Syahrul Azreel, segala masakan yang disajikan di Malaysian Rock Cafe adalah mengikut selera dan cita rasa masyarakat setempat.
Yang pasti, ulas Syahrul apa yang disajikan diharap dapat membuatkan para pelanggan mengunjungi kafe tersebut untuk hari-hari seterusnya.
Memulakan operasi sekitar Oktober tahun lalu, Syahrul memberitahu kafe tersebut dibuka setiap hari dari jam empat petang hingga dua pagi kecuali hari Ahad serta cuti umum.
Menampilkan konsep yang cukup santai serta terbuka, Malaysian Rock Cafe juga merupakan sebuah kafe keluarga di mana turut menampilkan sesi karaoke yang boleh dinyanyikan pada bila-bila masa serta sesiapa sahaja dari meja makan masing-masing.
Untuk memeriahkan lagi suasana, Malaysian Rock Cafe turut menampilkan kumpulan pemuzik yang popular untuk menghiburkan para pelanggan setiap malam bermula pukul 10.
Berbalik pada makanan yang disediakan di sini, sememangnya bersesuaian dengan selera masyarakat tempatan kerana tidak terhad kepada masakan Barat tetapi menyeluruh.
Bukan itu sahaja hidangan kanak-kanak turut disediakan kepada mereka yang datang mengunjungi kafe tersebut bersama keluarga tersayang.
"Kami di sini sentiasa menitik beratkan kepuasan para pelanggan dan untuk itu kami menyediakan pelbagai hidangan untuk pilihan para pelanggan.
"Jadi kepada sesiapa yang tidak suka kepada masakan Barat mereka boleh memilih untuk menikmati masakan tempatan ataupun sebaliknya.
"Kami turut menyediakan hidangan untuk kanak-kanak kerana mereka ada yang datang bersama keluarga dan tidak ketinggalan anak-anak kecil," ujarnya ketika ditemui di premis perniagaannya baru-baru ini.
Sentiasa memberikan hidangan yang segar, sudah pasti segala barangan mentah yang dibeli juga adalah segar.
Jelas Syahrul, pihaknya sentiasa mendapatkan bahan-bahan mentah yang berkualiti dan segar dan semuanya adalah bahan-bahan tempatan kecuali daging untuk stik yang diimport.
Untuk itu, sekiranya anda menikmati hidangan di sini maka tidak hairanlah kerana selain diperap dengan bahan-bahan tempatan secara tidak langsung ada juga hidangan yang diolah untuk disesuaikan dengan ‘tekak’ masyarakat setempat.
Tambah Syahrul, pihaknya turut menyediakan sendiri sesetengah makanan seperti kentang lenyek serta sos untuk masakan Barat seperti sos lada hitam.
Ia bertujuan untuk mengelakkan daripada rasa yang sama seperti di kebanyakan restoran-restoran yang sedia ada dan secara tidak langsung juga merupakan keistimewaan yang ditampilkan kafe ini.
Jadi kepada mereka yang ingin mencuba masakan di kafe ini bolehlah membuat pilihan sama ada ingin menikmati hidangan Barat seperti lamb chop, chicken chop, ayam panggang, burger, dan sebagainya atau memilih untuk mencuba masakan tempatan seperti nasi goreng Rock Cafe, nasi ayam percik, mi goreng Cantonese, dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, minuman yang disediakan juga mempunyai pelbagai perasa dan pilihan seperti frozen jus, MRC sunrise, deep blue, dan banyak lagi.
Apa yang perlu dilakukan ‘tepuk dada tanyalah selera’ semuanya cukup berbaloi dengan harga berpatutan di sini.

No comments:

Post a Comment