BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Saturday, May 4, 2013

KELAINAN KEJU


Chef Noor Firuz Mohamad Noor menunjukkan sajian yang dihasilkan menggunakan keju.

KEJU, siapa yang tidak mengenali makanan yang terkenal di seluruh dunia ini. Memiliki hampir semua kandungan nutrisi pada susu seperti protein, vitamin, mineral, dan kalsium, ia ternyata sejenis makanan yang cukup digemari pelbagai lapisan masyarakat.
Bagaimanapun, keju merupakan antara makanan ruji masyarakat Barat dan kerana itulah ia boleh ditemui dalam banyak jenis sajian Barat seperti spageti, roti, salad dan kek.
Tetapi di negara ini, selain dijadikan sandwich, kek mahupun burger, keju juga boleh dimasak dan dicampurkan dengan masakan tempatan.
Menurut Chef Noor Firuz Mohamad Noor, 31, keju yang sering dijadikan makanan utama oleh penduduk di negara Barat kini boleh dijadikan sebahagian daripada bahan untuk resipi masakan tempatan.
Selain itu keju juga boleh digunakan bagi menggantikan bahan-bahan tempatan seperti santan.
"Keju seperti semua sedia maklum, ia diperbuat daripada susu segar. Selain enak dimakan begitu sahaja ia juga boleh menggantikan bahan-bahan tempatan seperti santan dalam masakan.
"Walaupun terdapat perbezaan pada rasanya tetapi ia mampu dicampur dalam setiap masakan malah ada sesetengah masakan akan menjadi lebih sedap.
"Yang pasti, penggunaan keju di dalam setiap hidangan boleh dipelbagaikan dan mengikut kreativiti individu tersebut," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran keju Mainland keluaran Fonterra di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tambah beliau lagi, sebagai seorang chef yang berpengalaman, dia sendiri pernah mencampurkan keju di dalam masakan yang dihasilkannya seperti pisang goreng keju dan wantan.
Hasilnya sudah pasti menakjubkan kerana ia memberi satu kelainan dalam cita rasa.
Bagaimanapun ulas Chef Noor Firuz lagi, tidak semua keju sesuai untuk 'digandingkan' bersama masakan-masakan tempatan dan dalam hal ini pengguna perlu mengetahui keju yang mana satu mempunyai 'kelebihan' tersebut.
Berbicara lanjut mengenai keju keluaran Fonterra ini, kata Chef Noor Firuz, keju Mainland ini merupakan keju yang berkualiti tinggi.
Ia dapat dilihat daripada penghasilannya di mana ada sesetengah keju mengambil masa sehingga 24 bulan sebelum ia boleh dimakan.
Jelas beliau lagi, keju-keju Mainland yang diperkenalkan ini pastinya memberi pelbagai pilihan kepada masyarakat untuk merasai sendiri 'kehebatan' keju-keju ini.
Menurutnya, terdapat enam jenis keju keluaran Fonterra yang setiap satunya mempunyai keistimewaan masing-masing.
"Begitupun, sudah pasti keju-keju ini memberi pilihan kepada anda untuk menghasilkan sesuatu jenis masakan dengan menggunakan keju yang tepat bagi menghasilkan rasa yang bagus.
"Yang pasti kesemua keju ini penggunaanya adalah untuk menyedapkan lagi rasa sesuatu masakan tersebut," katanya lagi.
Turut berkongsi petua bagaimana untuk menyimpan keju supaya tahan lebih lama, Chef Noor Firuz menjelaskan bahawa keju perlulah disimpan di dalam peti sejuk di bahagian sejuk dan dibalut kemas.
Ini kerana ujarnya, keju mampu menyerap bau-bauan yang berada di sekelilingnya.
"Keju ini sekiranya disimpan dengan cara yang betul, tarikh luputnya boleh mencecah sehingga dua tahun," katanya mengakhiri perbualan.

No comments:

Post a Comment