BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Monday, October 25, 2010

PROTON INSPIRA: Tempah Tanpa Model ?

Sekalipun ramai khalayak terkesima dek penangan buah tangan terbaru Proton ini,teman tak pula merasa begitu. Masakan teman nak urut dada sendiri..minta sabar, minta suspense.. menunggu pelancaran dan tayangan Inspira kepada umum ? Kalau dah sedari awal diuar-uarkan Inspira adalah "cedokan" Lancer, apa perlunya lagi disimpan rasa suspense ini sampai membungkam-bungkam  ? Bahkan, teman agak kaget lagi kurang mengerti perihal peri pentingnya Proton membuka tempahan tanpa ada pratonton modelnya.Patutkah..wajarkah..cerdikkah ? "Nak panggil orang buat tempahan, kena datang showroom..tapi bila datang showroom, modelnya tak ada pulak..konsep showroom apa ke namanya kalau macam nih ?". Demikian luahan seorang kawan rapat teman.
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PROTON TERIMA TEMPAHAN 1100 INSPIRA
KUALA LUMPUR 25 Okt. - Proton Inspira telah menerima 1,100 tempahan dalam tempoh 10 hari walaupun pelancaran rasminya akan dilakukan pada 10 November depan.
Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd. (Proton), Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, walaupun hanya separuh badan kereta itu baru didedahkan, semua pusat jualan Proton kini dikunjungi oleh pelanggan bertanyakan mengenai kereta tersebut.
"Keadaan itu menggambarkan betapa minatnya orang ramai terhadap Inspira.
"Proton berterima kasih kepada mereka yang sudah membuat tempahan. Saya yakin mereka tidak akan kecewa dengan kereta keluaran terbaru kami," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Model Inspira yang dihasilkan bersama oleh Proton dan Mitsubishi Motor Corporation di bawah perikatan strategik kedua-dua pihak boleh didapati dengan dua model iaitu model 1.8 liter menggunakan transmisi manual dan transmisi automatik, serta model 2.0 liter dengan transmisi automatik
Model Inspira merupakan kereta yang telah dipertingkatkan daripada teknologi Lotus terutamanya dari segi panduan dan kawalan kereta.
Tambah beliau, tempahan yang tinggi terhadap Inspira meletakkan kereta tersebut di antara model yang mendapat tempahan tertinggi selepas Saga Saga sebanyak 9,600 buah, Persona (6,100 tempahan( manakala Exora dengan 3,600 (tempahan).

No comments:

Post a Comment