BANNER KEMANGI
FACILITIES
Sunday, December 30, 2012
DOA RASULULLAH BUAT MUSLIMIN
ADA sebuah doa yang biasa dibaca oleh Nabi SAW dan jika direnung dan dihayati secara mendalam, ternyata sangat mencakupi pelbagai permohonan.
Daripada Abu Musa al-Asyaari ra, Rasulullah berdoa: Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, dan perbuatanku yang berlebihan dalam urusanku, serta ampunilah kesalahanku yang Engkau lebih mengetahui daripadaku. Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kemalasanku, kesengajaanku, kebodohanku, gelak tawaku yang semua itu ada pada diriku. Ya Allah, ampunilah aku atas dosa yang telah berlalu, dosa yang mendatang, dosa yang aku samarkan dan dosa yang aku perbuat dengan terang-terangan, Engkaulah yang mendahulukan dan Engkaulah yang mengakhirkan, serta Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu. (riwayat Bukhari)
Tema di dalam doa itu adalah seorang hamba Allah SWT memohon keampunan-Nya. Sekurang-kurangnya terdapat 13 petunjuk yang diajukan hamba tersebut kepada Allah SWT. Semuanya dengan harapan dan permohonan keampunan-Nya.
1Ya Allah, ampunilah kesalahanku. Kesalahan dapat mencakup perintah Allah yang dilalaikan atau larangan Allah yang dilanggar.
2Ya Allah, ampunilah kebodohanku. Manusia tidak luput daripada kebodohan. Tidak ada manusia yang memiliki pengetahuan sempurna. Kebodohan seseorang sering kali menyebabkan tingkah lakunya yang tidak terpuji, sehingga ia perlu memohon ampunan Allah SWT atas kebodohan dirinya itu.
3Ya Allah, ampunilah perbuatanku yang berlebihan dalam urusanku. Kadang-kala kita mengerjakan suatu perbuatan secara tidak adil atau tidak profesional. Perbuatan berlebihan tersebut mungkin menyakiti hati, bahkan menzalimi orang lain. Maka kita berharap ampunan Allah atas perbuatan berlebihan di dalam berbagai urusan.
4Ya Allah, ampunilah kesalahanku yang Engkau lebih mengetahui daripadaku. Manusia sering mengerjakan kesalahan tanpa ia menyedarinya.
Boleh jadi ia lebih mudah dilihat oleh oang lain, tetapi tidak bagi diri sendiri. Maka untuk urusan seperti itu seorang mukmin memohon ampunan Allah Yang Maha Mengetahui segala sesuatunya.
Seorang mukmin mengakui bahawa Allah SWT merupakan Zat Yang Maha Mengetahui perkara yang ghaib mahupun nyata, maka ia pun mengembalikan semua dosa yang ia sendiri tidak ketahui kepada Allah SWT.
5Ya Allah, ampunilah kesalahanku. Manusia boleh terlibat di dalam banyak kesalahan. Maka ia memohon kembali ampunan Allah atas kesalahannya pada hal sebelumnya dia telah melakukannya kepada Allah SWT.
6Ya Allah, ampunilah kemalasanku. Kemalasan dapat menjadi musuh utama yang menyebabkan seseorang menunda, bahkan melalaikan suatu kewajipan yang mesti dikerjakan.
Pengakuannya di hadapan Allah SWT bahawa dirinya kadang-kadang dilanda kemalasan yang mesti disertai dengan permohonan ampunan Allah atasnya.
7Ya Allah, ampunilah kesengajaanku. Harus diakui bahawa kadang-kadang kita secara sengaja melakukan suatu kesalahan.
Entah kerana emosi atau terpengaruh lingkungan atau pelbagai alasan lain. Yang jelas, semua kesengajaan itu mestilah disusuli dengan istighfar dan permohonan keampunan-Nya.
8Ya Allah, ampunilah kebodohanku. Maha Suci Allah, ternyata Rasulullah SAW sangat mengerti akan kelemahan kita yang satu ini. Manusia memang selalu kekurangan ilmu sehingga mustahil terluput daripada kebodohan. Oleh itu permohonan ampunan Allah atas kebodohan diri perlu diajukan berulang kali.
9Ya Allah, ampunilah gelak tawaku yang semua itu ada pada diriku. Apakah ketawa itu berdosa? Tentunya tidak. Tetapi bila dilakukan secara tidak profesional atau melampaui, ia akan mendatangkan masalah. Firman Allah: Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak, sebagai pembalasan daripada apa yang selalu mereka kerjakan. (at-Taubah: 82)
Selain sabda Rasulullah SAW: Demi Allah, andai kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu jarang tertawa dan sering menangis. (riwayat Tirmizi)
10Ya Allah, ampunilah aku atas dosa yang telah berlalu. Setiap orang perlu berhati-hati terhadap dosa lampau yang pernah dilakukan dahulu. Berkemungkinan dosa-dosa itu belum sempat kita menyesalinya. Maka tiba masanya untuk kita mengakui dan menginsafi di hadapan Allah SWT seterusnya memohon keampunan-Nya.
11Ya Allah, ampunilah aku atas dosa yang mendatang. Seorang mukmin pasti menyedari bahawa kehidupan ini bukan sekadar masa lalu dan masa kini. Ia juga meliputi perkara mendatang.
Begitu juga dengan perlakuan dosa yang dikerjakan. Ia tidak hanya terjadi di masa lalu dan masa kini semata-mata. Tetapi boleh terjadi di masa akan datang.
Oleh kerana itu, dengan penuh kejujuran kita mengharapkan keampunan Allah atas dosa yang akan datang dan cuba mengelakkannya daripada terjebak kepadanya.
12Ya Allah, ampunilah aku atas dosa yang aku samarkan. Seorang mukmin sangat khuatir dengan dosa yang dilakukan secara sembunyi atau berselindung. Sabda Rasulullah SAW: Sungguh aku mengetahui bahawa ada suatu kaum daripada umatku yang datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih, lalu Allah menjadikan kebaikan itu debu yang berterbangan.
Thauban berkata: Wahai Rasulullah, sebutkanlah ciri-ciri mereka kepada kami dan jelaskanlah tentang mereka kepada kami, supaya kami tidak menjadi seperti mereka sedangkan kami tidak mengetahuinya.
Baginda bersabda: Sesungguhnya mereka adalah saudara-saudara kamu dan daripada golongan kamu, mereka solat malam sebagaimana kamu mengerjakannya tetapi mereka adalah kaum yang melakukan perbuatan yang diharamkan Allah sedang mereka berkhalwat (menyendiri). (riwayat Ibnu Majah)
13Ya Allah, ampunilah aku atas dosa yang aku perbuat dengan terang-terangan. Sedangkan dosa yang dikerjakan secara senyap atau tersembunyi itu kita khuatir, apa lagi dosa yang dilakukan secara terbuka. Oleh itu, keampunan daripada Allah SWT amat diharapkan.
Sungguh amat luar biasa, kesemua doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah itu adalah merupakan dosa dan kesalahan yang sering dilakukan oleh setiap daripada kita lelaki atau perempuan, sama ada secara disedari mahupun sebaliknya. Maka itu, betapa bertuah umat Islam sekiranya mereka juga berdoa sebagaimana yang didoakan oleh Baginda SAW ini.
Friday, December 28, 2012
"HALAL" MENGELIRUKAN DILARANG MULAI JANUARI 2013
KUALA LUMPUR 28 Dis. - Mulai 1 Januari depan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melarang penggunaan logo halal dan ungkapan halal seperti perkataan "ditanggung halal" , "makanan orang Islam", "buffet Ramadan" dan lain-lain lambang Islam yang boleh mengelirukan dan memperdayakan orang Islam.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha dalam satu kenyataan hari ini berkata mulai 1 Jan 2013 tindakan akan diambil ke atas pihak yang masih menggunakan logo dan ungkapan halal selain logo halal yang dikeluarkan Jakim atau majlis agama Islam negeri (MAIN).
"Sebuah pertubuhan atau perbadanan yang didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM500,000.
"Pihak selain dari pertubuhan atau perbadanan yang didapati bersalah pula boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya," katanya.
Wednesday, December 26, 2012
WASPADA PENYAKIT "SENYAP" BERISIKO
Keadaan sedemikian menyebabkan golongan tersebut berisiko tinggi menghidapi penyakit berbahaya seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan paras kolesterol dalam darah yang tinggi.
Bagi menangani masalah tersebut, Kementerian Kesihatan menganjurkan program-program masyarakat yang bersifat hiburan tetapi bermaklumat kepada orang ramai seperti Karnival Jelajah Sihat dan Ekspo Aspirasi Sihat di seluruh negara termasuk di negeri ini.
Salah satu lokasi program tersebut adalah di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Mohd. Yunos Sulaiman, Pekan Nanas baru-baru ini yang berjaya menarik penyertaan hampir 5,000 pengunjung sepanjang dua hari program berlangsung.
Ekspo yang memberi tumpuan tentang kesedaran kesihatan kepada orang ramai bermula dengan acara berjalan 10,000 langkah yang disertai kira-kira 1,000 orang termasuk pemimpin tempatan.
Turut diadakan pemeriksaan kesihatan, basikalthon dan senamrobikthon yang dipimpin oleh jurulatih bertauliah daripada Kementerian Kesihatan di samping demonstrasi masakan dan pertandingan resipi makanan sihat serta pameran gaya hidup sihat.
Penampilan watak kartun terkenal, Upin dan Ipin serta permainan padang seperti gladiator dan sukaneka berjaya menarik minat kanak-kanak dan golongan muda untuk turut mengambil bahagian bagi menguji kecergasan fizikal dan mental.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam teks ucapan perasmian yang dibacakan Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Wee Jeck Seng menyeru orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap penyakit tidak berjangkit dengan mengamalkan gaya hidup sihat bermula dari usia muda.
Menurutnya, penyakit tidak berjangkit merupakan satu masalah besar yang dihadapi di kebanyakan negara termasuk Malaysia yang menyebabkan seseorang tidak menyedari mereka sedang menghidapi penyakit berkenaan.
"Sikap lupa dan tidak mengutamakan gaya hidup sihat menyebabkan ramai penduduk di negara ini menghidapi penyakit seperti lemah jantung, diabetes, stres, obesiti dan tekanan darah tinggi yang tidak mempunyai tanda-tanda awal sehingga ia menjadi kronik," katanya.
Justeru, beliau berharap dengan adanya kempen seumpama itu, masyarakat akan didedahkan dengan pelbagai langkah yang perlu diambil seperti amalan pemakanan sihat dan cara-cara menangani stres.
KANSER PAYU DARA LELAKI
"Namun begitu tidak bermakna lelaki harus mengabaikan segala perubahan yang terjadi di bahagian payu dara mereka kerana sikap tersebut boleh menyebabkan mereka yang sendiri menanggung penderitaannya," ujar pakar onkologi dari Hospital Pantai Bangsar, Kuala Lumpur, Dr. John Low.
Walaupun peratusan kes kanser payu dara lelaki amat sedikit berbanding wanita tetapi menurut Dr. John, jumlah penghidapnya meningkat dari tahun ke tahun.
"Kalau wanita kanser payu dara menjadi pembunuh nombor satu tetapi bagi lelaki tahapnya belum sampai begitu jadi kesedaran di kalangan mereka amat rendah.
"Lelaki selalunya kalau ada bengkak atau kelainan pada payu dara memang tidak akan terfikir tentang kanser. Tapi mereka tidak tahu jika kelainan tersebut tidak dikesan lebih awal maka ia boleh merebak dengan lebih cepat.
"Kerap berlaku apabila kanser dikesan ia sudah berada di tahap yang agak lewat dan sukar untuk dirawat menyebabkan peratus untuk sembuh menurun," katanya.
Menurut Dr. Low, penyakit ini juga ada kaitan dengan gen atau keturunan iaitu jika lelaki tersebut mempunyai ibu atau saudara mara wanita yang menghidap kanser payu dara maka risiko untuk dia menghidap kanser yang sama tetap ada.
"Ia juga berkaitan dengan apa yang dipanggil sebagai sindrom Klinfelter yang mana lelaki normal mempunyai kromosom XY tapi bagi lelaki yang mempunyai sindrom ini mereka mempunyai kromosom XXY dan mendedahkan mereka dengan penyakit kanser payu dara.
"Salah satu ciri yang ada pada penghidap sindrom ini adalah testisnya kecil dan banyak hormon wanita di dalam tubuhnya.
"Namun perlu saya ingat di sini bahawa kes sebegini sangat jarang berlaku," katanya.
Tambah Dr. Low, lelaki yang mengalami sirosis hati juga mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidap kanser payu dara.
Dalam pada itu, kanser payu dara lelaki ini boleh merebak ke organ-organ lain seperti ke kelenjar limfa, ketiak atau sehingga ke paru-paru dan tulang.
Dr. John berkata antara faktor risiko lain ialah pengambilan makanan yang berlemak tinggi, kerap makan daging merah dan makanan segera serta berminyak.
Dari segi prosedur diagnosis dan rawatan pula, ia tidak jauh berbeza dengan kanser payu dara wanita.
"Lelaki yang ada bengkak di payu dara juga akan dikehendaki menjalani ujian mamogram, ultra bunyi dan biopsi.
"Prosedur tersebut bagi mengesan kehadiran sel-sel kanser kerana mungkin juga kelainan yang dilihat pada payu dara tersebut disebabkan jangkitan kuman dan tidak semestinya kanser.
"Bagaimanapun bagi kes di mana kanser payu dara telah merebak ke limfa dan paru-paru, pembedahan segera perlu dijalankan.
"Pembedahan tersebut dinamakan mastektomi dan kami akan mengeluarkan nodus (nodes) limfa untuk mengetahui peringkatnya dan kemudian menentukan rawatan yang perlu diambil," katanya.
Menurut Dr. Low, ia akan diikuti dengan pengambilan ubat-ubatan hormon untuk mengurangkan hormon wanita yang ada dalam tubuh lelaki tersebut.
Bagi rawatan kimoterapi dan radioterapi pula bergantung kepada tahap keseriusan penyakit tersebut.
"Biasanya untuk lelaki, kami sarankan radioterapi supaya penyakit tersebut tidak berulang lagi.
"Penyakit ini kalau dikesan lebih awal memang boleh diubati malah pesakit mungkin tidak perlu melalui porses kimoterapi sebaliknya hanya ambil pil hormon selama lima tahun.
"Kesemua data yang digunakan untuk merawat kanser payu dara lelaki kami ambil daripada data kanser payu dara wanita.
"Cara rawatan kedua-duanya memang sangat serupa. Nasihat saya, lelaki patut sedar tentang penyakit ini terutama jika di kalangan ahli keluarga mereka ada yang menghidap kanser payu dara, jadi jika perlu pergilah menjalani ujian secara berkala," ujarnya mengakhiri bicara.
Monday, December 17, 2012
APRIKOT B17: ALTERNATIF BUAT PESAKIT KANSER
JIKA disebut sahaja penyakit kanser, sudah pasti ia menjadi istilah menggerunkan kerana ia bukan sahaja menyebabkan penderitaan malah menjadi punca kepada kematian. Statistik daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah membuktikan bahawa penyakit kanser adalah penyebab utama kematian di seluruh dunia apabila ia telah membunuh 7.6 juta orang pada tahun 2008. Statistik ini sudah cukup membuktikan akan bahayanya penyakit ini.
Malah, lebih memburukkan lagi apabila pada tahun 2030, dijangka kadar pesakit kanser akan meningkat sehingga 12 juta kes. Di Malaysia sahaja, seramai 45,000 rakyat Malaysia menghidap penyakit kanser setiap tahun dengan tiga daripada empat pesakit kanser gagal diselamatkan atau sembuh (Data Majlis Kanser Nasional, MAKNA).
Apakah faktor yang menyebabkan peningkatan kanser?
Menurut pakar pemakanan dan perubatan seluruh dunia, punca kepada peningkatan bilangan kes kanser ini dikaitkan dengan faktor pemakanan yang tidak seimbang. Realiti pemakanan kebelakangan ini amat membimbangkan apabila hampir 90 peratus daripada makanan seharian kita bersifat asid dan mengandungi pelbagai bahan perisa dan pengawet yang merupakan agen kepada kanser.
Realiti ini jauh berbeza seperti yang disyorkan oleh pakar pemakanan seluruh dunia di mana tubuh yang sihat memerlukan 20 peratus makanan berasid dan 80 peratus beralkali. Pengambilan makanan berasid dalam kuantiti yang tinggi menyebabkan keadaan badan berasid yang boleh melemahkan sistem antibodi dan imunisasi. Seterusnya, ia boleh mengundang pelbagai penyakit kronik terutamanya kanser.
Sel kanser adalah sel tidak normal yang membahagi dan membiak membentuk ketulan asing di tubuh badan. Untuk membentuk satu ketulan kanser, ia memerlukan kira-kira 1000 juta sel tidak normal. Biasanya pada diagnosis awal, bilangan sel kanser mencecah satu billion. Rawatan konvensional bukan sahaja mampu membunuh sel kanser, malah turut membunuh sel-sel yang normal. Ini membawa kepada pencarian kaedah semulajadi bagi menghapuskan sel kanser sahaja. Penemuan Vitamin B17 sebagai penawar semulajadi kanser telah mendapat perhatian para saintis di seluruh dunia.
Adakah sel kanser dapat direncatkan?
Pada tahun 1950, pakar biokimia Dr Ernest T Krebs telah berjaya mencungkil kehebatan Vitamin B17 dalam rawatan kanser. Pakar kanser Jerman, Dr. Dean Burk pula berkata, "Di bawah mikroskop, kami memasukkan Vitamin B17 ke atas sel kanser dan kami dapati sel-sel kanser tersebut mati dengan cepat sekali". Selain itu, beberapa saintis perubatan yang lain juga turut memperakuinya. Antaranya, Dr. Michael Tait, Fountain of Life Clinic, Gold Coast, Australia yang berkata, "kanser adalah penyakit metabolik, terdapat bukti kukuh bahawa berlaku pengurangan Vitamin B17 dalam makanan harian menjadi penyebab utama seseorang mendapat kanser".
Kajian ke atas Puak Hunza di pergunungan Pakistan mengukuhkan kenyataan ini apabila didapati pengambilan biji aprikot di kalangan mereka mampu melanjutkan usia mereka sehingga 120 tahun tanpa menghidapi sebarang kanser.
Situasi yang sama juga berlaku pada haiwan liar dimana ia tidak akan dijumpai mati akibat kanser, tetapi sebaliknya haiwan yang dipelihara di dalam zoo kemungkinann besar akan mati akibat kanser walaupun diberi makanan yang kaya nutrien namun tidak mengandungi Vitamin B17.
Vitamin B17 - Anugerah Semulajadi
Tahukah anda bahawa Vitamin B17 boleh didapati pada 1200 jenis tumbuh-tubuhan atau buah-buahan terutamanya biji aprikot. Pakar perubatan berpengalaman dan bekas Ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM yang juga penaung produk berjenama Farmas Health, Profesor Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa mengakui biji aprikot mengandungi Vitamin B17 paling tinggi berbanding tumbuhan lain serta mampu membantu meningkatkan kesihatan sekaligus membantu mengurangkan risiko menghidap penyakit-penyakit kronik metabolik.
Dalam terapi metabolik, apabila Vitamin B17 bertindak balas dengan sel kanser, enzim Beta-glucosidase dalam sel kanser itu berupaya menguraikan elemen Vitamin B17 dan seterusnya membunuh sel kanser. Lebihan Vitamin B17 akan ditukar kepada elemen-elemen positif oleh enzim Rhodanese yang terdapat dalam tubuh badan.
Kajian juga menunjukkan Vitamin B17 mampu membantu meningkatkan keseimbangan pH dalam tubuh, memperlahankan penyebaran sel abnormal, mengurangkan kandungan kolestrol dan membantu mengimbangi kandungan gula dalam darah.
Walau bagaimanapun, beliau tidak menggalakkan pengambilan biji aprikot yang mentah kerana dikhuatiri terdedah kepada bakteria, kulat dan radikal bebas sewaktu proses penghantarannya ke Malaysia. Ini amat merbahaya kepada kesihatan manusia apabila boleh menyebabkan keracunan serta kesan sampingan yang negatif terhadap tubuh badan.
Prof. Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa juga menggalakkan pengambilan biji aprikot yang telah diproses dan dikapsulkan daripada 100% biji aprikot terpilih mengikut piawaian teknologi farmaseutikal yang tinggi melalui penyelidikan klinikal dan telah mendapat kelulusan dari Biro Farmaseutikal Kebangsaan serta telah didaftarkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.
Ini amat penting bagi memastikan kandungan Vitamin B17 masih kekal dan tidak rosak serta bakteria, kulat dan sebarang radikal bebas dapat disingkirkan dan selamat dimakan.
Sementara itu, Pakar Kesihatan Awam yang juga Presiden Kelab Prostar Malaysia, Dr Ismail Lasa berkata, "Aprikot kaya dengan Vitamin B17 yang dapat membantu meningkatkan kecergasan seseorang dan sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap ubat-ubatan yang lain".
Keberkesanan Vitamin B17 atau biji aprikot dalam membantu mencegah dan merawat kanser telah diperakui dan telah mendapat testimoni yang menakjubkan oleh pesakit kanser bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Antaranya, Jason Vale, 35 tahun, telah menghidap kanser untuk 3 kali berturut-turut iaitu pada usia 18,19 dan 26 tahun. Sebagai langkah terakhir, beliau mencuba rawatan terapi metabolik dengan pengambilan Aprikot B17 dan kesannya sangat mujarab dan menakjubkan. Sebatian-sebatian sianida dalam Aprikot B17 juga cukup selamat dan tidak beracun. Hal ini mengandungi jawapan tentang bagaimana mencegah dan merawat kanser secara semulajadi.
KHASIAT UBI KENTANG
KALAU kanak-kanak mungkin mereka boleh makan kentang goreng tetapi saya mesti makan nasi setiap hari," kata seorang rakan apabila mendengar saranan menggantikan hidangan nasi kepada ubi kentang.
Sebenarnya, hidangan ubi kentang bukan hanya kentang goreng seperti yang terdapat di restoran-restoran segera yang menjadi sumber lemak, meningkatkan kolesterol, melonjakkan risiko darah tinggi dan penyebab obesiti.
Hakikatnya, bukanlah ubi kentang yang menentukan sama ada baik atau buruk untuk kesihatan. Yang penting bagaimana bahan ini disediakan untuk dimakan.
Umum mengetahui ubi kentang sumber nutrisi karbohidrat popular di seluruh dunia.
Bagi menikmati khasiat sebenar ubi kentang, anda boleh menghasilkan hidangan seperti kek coklat kentang atau sup berkrim kentang.
Tahukah anda selain membekalkan sumber karbohidrat, kentang mempunyai khasiat lain untuk kesihatan?
Kajian menunjukkan dengan mengambil kira-kira 150 gram kentang, kita dapat memenuhi keperluan vitamin C untuk satu hari. Kandungan kalium dalam kentang pula boleh melegakan hipertensi.
Pakar Kesihatan dan Kesejahteraan, Carina Lipold memberitahu, ubi kentang mengandungi banyak manfaat kesihatan sekiranya dijadikan sebahagian amalan diet.
Katanya, ubi kentang kaya dengan serat, vitamin, mineral, fitokimia, rendah kalori dan pada masa sama mempunyai indeks kekenyangan tinggi.
"Sebiji kentang bersaiz sederhana (kira-kira 150 gram) yang dikukus dan dimakan dengan kulitnya, memberi sehingga 48 peratus daripada pengambilan harian Vitamin C yang disyorkan untuk seseorang, lebih kalium atau potasium daripada pisang serta mineral penting lain.
"Secara kesimpulan, saya boleh katakan kentang adalah ubi yang banyak kebaikan dan sesuai untuk sebarang amalan diet," katanya pada majlis pengenalan menu dengan ramuan ubi kentang oleh Lembaga Kentang Amerika Syarikat di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurut Carina, gluten merupakan bahan protein yang terdapat pada bijirin seperti gandum, barli dan rai.
Para pesakit yang menghidap penyakit gangguan gastrousus akan mendapat manfaat besar daripada kentang kerana makanan ini dinyah hidrat amat sesuai sebagai pengganti tepung yang mengandungi gluten.
Jadi tidak hairanlah, makanan ini sesuai untuk semua peringkat umur dan budaya, kentang malah menjadi makanan bayi yang baru bercerai susu.
Dalam piramid makanan, dua biji kentang bersaiz kecil sama dengan satu mangkuk nasi, dua keping roti dan satu setengah mangkuk mi.
Ubi kentang juga mengandungi potasium tinggi yang mampu mengurangkan risiko hipertensi, strok, melindungi jantung dan menolong transmisi pusat saraf serta melawan dinyah hidrat.
Saturday, December 15, 2012
RESTORAN JUAADAHS, SEKSYEN 13 SHAH ALAM
Menikmati hidangan cukup mudah. Makan sahaja apa yang dihidangkan di depan mata. Namun untuk mencari kenikmatan hidangan agak sukar kerana ia hanya ada dalam sajian yang terbaik sahaja.
Jika anda berada di sekitar Shah Alam atau berhampiran dengannya, apa kata anda mencuba hidangan di Restoran Juaadahs yang menyajikan hidangan Cina Muslim.
Tipikal sememangnya memberitahu, hidangan Cina Muslim biasa-biasa sahaja. Tetapi di Restoran Juaadahs, anda dapat menikmati rasa yang luar biasa meskipun ia sajian Cina Muslim.
Terletak di Seksyen 13, Shah Alam, Restoran Juaadahs menyajikan hidangan biasa dengan rasa yang luar biasa.
Pertama kali mengunjungi restoran ini atas ajakan teman sepejabat. Penulis menikmati bihun tomyam seafood. Seakan tidak percaya, restoran Cina Muslim boleh menyajikan menu ini dengan rasanya yang setanding restoran masakan Thai. Mungkin lebih bagus.
Petang itu juga, penulis menghubungi Chef Loong yang merupakan orang kuat Restoran Juaadahs ini untuk mengatur sesi fotografi ruangan ini.
Lebih 100 pilihan hidangan
Chef Loong, 52, atau nama asalnya Soon Ching Meng menyambut mesra kedatangan penulis dan jurugambar.
Menurutnya, restoran ini baru dibuka pada April lalu dan sambutannya amat menggalakkan.
“Pada waktu makan tengah hari, restoran ini agak sibuk sedikit dan dipenuhi pelanggan berbanding waktu lain,” katanya.
Dengan lebih 100 pilihan hidangan terutamanya masakan Cina, kini masyakat Islam boleh menikmati hidangan kaum Tiong Hwa itu tanpa ragu-ragu.
Antara menu yang menjadi pilihan pelanggan adalah marmite chicken yang mempunyai rasa manis dan beraroma wangi yang terhasil daripada penggunaan marmite sauce.
“Bijian bijan goreng ditabur di atasnya untuk memberi kelainan pada marmite chicken," katanya.
Beliau berkata, pilihan lain bagi menu ayam adalah welt butter chicken.
“Apabila welt butter chicken menjengah ke dalam mulut, anda dapat rasai keenakannya. Ia mempunyai rasa kari, sedikit pedas dan berlemak.
“Restoran ini tidak menggunakan santan dalam hidangan namun menggantikannya dengan susu cair untuk lebih kenikmatan,” katanya.
Bagi penggemar ikan, anda boleh mencuba asam steam fish. Anda boleh membuat pilihan sama ada mahukan ikan siakap, kerapu atau ikan merah.
Sewaktu penulis membuat sesi fotografi ini, Chef Loong memilih ikan siakap untuk kami cuba. Rasanya cukup lembut. Apa yang penting, anda tidak perlu risaukan mengenai tulangnya kerana ia telah dibuang terlebih dahulu sebelum dimasak.
“Dengan limpahan sos asam jawa dan pelbagai bahan lain, ia menjadikan hidangan anda cukup sempurna terutamanya pada waktu tengah hari,” katanya.
Sedapnya Manggo Sago Lo!
Telur masin cukup sebati dengan masyarakat Cina. Bukan sahaja untuk dimakan begitu saja, namun turut digunakan dalam masakan sebagai penyedap rasa.
Restoran Juaqdahs menawarkan pilihan salted egg soft crab atau salted egg squid.
“Kedua menu ini mempunyai rasa yang sama. Telur masin kuning dihancurkan terlebih dahulu sebelum digoreng bersama sotong dan ketam.
“Walau bagaimanapun ramai pelanggan lebih menggemari sotong berbanding ketam,” katanya.
Jika di restoran lain, sayur kailan akan dimasak bersama ikan masin, namun di sini, Restoran Juadaahs menawarkan menu kailan dua rasa.
“Batang akan dimasak bersama bawang putih manakala daunnya akan digoreng sehingga rangup sebelum ditaburi dengan ikan bilis halus untuk melengkapkan aromanya,” katanya.
Untuk pencuci mulut, anda boleh memesan Manggo Sago Lo yang tidak mengecewakan.
“Buah mangga masak ranum akan dikisar bersama ais, manakala potongan mangga akan diletakkan ke atas sagu. Ia sememangnya sangat digemari pelanggan,” katanya.
Bagi memilih minuman, anda boleh mencuba laici kang yang dapat membantu menurunkan suhu badan ataupun rebina special.
“Kesemua item tersebut adalah kegemaran pelanggan Restoran Juaadahs,” katanya.
Setimpal dengan harga
Chef Loong berkata, setiap pesanan akan sampai tidak kurang daripada 15 minit kepada pelanggan.
“Kami tidak mahu pelanggan menunggu lama sehingga mengganggu selera untuk menikmati hidangan,” katanya.
Dibantu oleh lima orang di dapur, jadi, tidak hairanlah jika pesanan cepat sampai ke meja anda.
Menurutnya, setiap resipi dihasilkan oleh beliau sendiri dan adakalanya bersama pengurusan serta pembantunya.
“Jika ada terdengar mengenai masakan baru, saya pasti akan mencubanya sehingga ia boleh ditawarkan kepada pelanggan restoran ini,” katanya.
Untuk mendapatkan maklum balas, Chef Loong akan memastikan setiap kakitangan terutama pelayan restoran bertanyakan hal tersebut terus daripada pelanggan.
“Apabila pelanggan hendak membayar, pelayan akan merisik mengenai hidangan yang dinikmati.
“Setakat ini maklum balas pelanggan sangat baik. Mereka berpuas hati makanan yang dinikmati berbaloi dengan harga,” katanya.
-Terletak berdekatan dengan Tesco Extra Seksyen 13, Shah Alam.
-Dibuka setiap hari bermula jam 10.30 pagi sehingga 10 malam pada hari bekerja dan 11 pagi sehingga 11 malam pada hujung minggu dan cuti umum.
-Boleh memuatkan sehingga 150 orang pada satu-satu masa.
Jika anda berada di sekitar Shah Alam atau berhampiran dengannya, apa kata anda mencuba hidangan di Restoran Juaadahs yang menyajikan hidangan Cina Muslim.
Tipikal sememangnya memberitahu, hidangan Cina Muslim biasa-biasa sahaja. Tetapi di Restoran Juaadahs, anda dapat menikmati rasa yang luar biasa meskipun ia sajian Cina Muslim.
Terletak di Seksyen 13, Shah Alam, Restoran Juaadahs menyajikan hidangan biasa dengan rasa yang luar biasa.
Pertama kali mengunjungi restoran ini atas ajakan teman sepejabat. Penulis menikmati bihun tomyam seafood. Seakan tidak percaya, restoran Cina Muslim boleh menyajikan menu ini dengan rasanya yang setanding restoran masakan Thai. Mungkin lebih bagus.
Petang itu juga, penulis menghubungi Chef Loong yang merupakan orang kuat Restoran Juaadahs ini untuk mengatur sesi fotografi ruangan ini.
Lebih 100 pilihan hidangan
Chef Loong, 52, atau nama asalnya Soon Ching Meng menyambut mesra kedatangan penulis dan jurugambar.
Menurutnya, restoran ini baru dibuka pada April lalu dan sambutannya amat menggalakkan.
“Pada waktu makan tengah hari, restoran ini agak sibuk sedikit dan dipenuhi pelanggan berbanding waktu lain,” katanya.
Dengan lebih 100 pilihan hidangan terutamanya masakan Cina, kini masyakat Islam boleh menikmati hidangan kaum Tiong Hwa itu tanpa ragu-ragu.
Antara menu yang menjadi pilihan pelanggan adalah marmite chicken yang mempunyai rasa manis dan beraroma wangi yang terhasil daripada penggunaan marmite sauce.
“Bijian bijan goreng ditabur di atasnya untuk memberi kelainan pada marmite chicken," katanya.
Beliau berkata, pilihan lain bagi menu ayam adalah welt butter chicken.
“Apabila welt butter chicken menjengah ke dalam mulut, anda dapat rasai keenakannya. Ia mempunyai rasa kari, sedikit pedas dan berlemak.
“Restoran ini tidak menggunakan santan dalam hidangan namun menggantikannya dengan susu cair untuk lebih kenikmatan,” katanya.
Bagi penggemar ikan, anda boleh mencuba asam steam fish. Anda boleh membuat pilihan sama ada mahukan ikan siakap, kerapu atau ikan merah.
Sewaktu penulis membuat sesi fotografi ini, Chef Loong memilih ikan siakap untuk kami cuba. Rasanya cukup lembut. Apa yang penting, anda tidak perlu risaukan mengenai tulangnya kerana ia telah dibuang terlebih dahulu sebelum dimasak.
“Dengan limpahan sos asam jawa dan pelbagai bahan lain, ia menjadikan hidangan anda cukup sempurna terutamanya pada waktu tengah hari,” katanya.
Sedapnya Manggo Sago Lo!
Telur masin cukup sebati dengan masyarakat Cina. Bukan sahaja untuk dimakan begitu saja, namun turut digunakan dalam masakan sebagai penyedap rasa.
Restoran Juaqdahs menawarkan pilihan salted egg soft crab atau salted egg squid.
“Kedua menu ini mempunyai rasa yang sama. Telur masin kuning dihancurkan terlebih dahulu sebelum digoreng bersama sotong dan ketam.
“Walau bagaimanapun ramai pelanggan lebih menggemari sotong berbanding ketam,” katanya.
Jika di restoran lain, sayur kailan akan dimasak bersama ikan masin, namun di sini, Restoran Juadaahs menawarkan menu kailan dua rasa.
“Batang akan dimasak bersama bawang putih manakala daunnya akan digoreng sehingga rangup sebelum ditaburi dengan ikan bilis halus untuk melengkapkan aromanya,” katanya.
Untuk pencuci mulut, anda boleh memesan Manggo Sago Lo yang tidak mengecewakan.
“Buah mangga masak ranum akan dikisar bersama ais, manakala potongan mangga akan diletakkan ke atas sagu. Ia sememangnya sangat digemari pelanggan,” katanya.
Bagi memilih minuman, anda boleh mencuba laici kang yang dapat membantu menurunkan suhu badan ataupun rebina special.
“Kesemua item tersebut adalah kegemaran pelanggan Restoran Juaadahs,” katanya.
Setimpal dengan harga
Chef Loong berkata, setiap pesanan akan sampai tidak kurang daripada 15 minit kepada pelanggan.
“Kami tidak mahu pelanggan menunggu lama sehingga mengganggu selera untuk menikmati hidangan,” katanya.
Dibantu oleh lima orang di dapur, jadi, tidak hairanlah jika pesanan cepat sampai ke meja anda.
Menurutnya, setiap resipi dihasilkan oleh beliau sendiri dan adakalanya bersama pengurusan serta pembantunya.
“Jika ada terdengar mengenai masakan baru, saya pasti akan mencubanya sehingga ia boleh ditawarkan kepada pelanggan restoran ini,” katanya.
Untuk mendapatkan maklum balas, Chef Loong akan memastikan setiap kakitangan terutama pelayan restoran bertanyakan hal tersebut terus daripada pelanggan.
“Apabila pelanggan hendak membayar, pelayan akan merisik mengenai hidangan yang dinikmati.
“Setakat ini maklum balas pelanggan sangat baik. Mereka berpuas hati makanan yang dinikmati berbaloi dengan harga,” katanya.
-Terletak berdekatan dengan Tesco Extra Seksyen 13, Shah Alam.
-Dibuka setiap hari bermula jam 10.30 pagi sehingga 10 malam pada hari bekerja dan 11 pagi sehingga 11 malam pada hujung minggu dan cuti umum.
-Boleh memuatkan sehingga 150 orang pada satu-satu masa.
NASI AYAM PAK MAL
Sebut sahaja nama restoran ini, pasti ramai yang mengetahuinya kerana ia sudah terkenal sejak 30 tahun lalu. Bermula dari berniaga tepi jalan, kemudiannya ke gerai, kini ia terus mengorak langkah dengan membuka restoran di Seksyen 10 sejak tiga tahun lalu.
Seperti namanya, nasi ayam hasil resipi Kamarul Hilal atau lebih dikenali sebagai Pak Mal terus mendapat sambutan.
Nasi ayam yang ditawarkan di sini cukup berbeza di tempat lain kerana ia mempunyai keistimewaannya yang tersendiri, mampu menarik ramai pelanggan sama ada sedia ada mahupun baru.
Restoran Nasi Ayam Pak Mal di Seksyen 10 ini diuruskan oleh anaknya, Ameerul Izham, 27, yang komited dengan segala urusan berkaitan.
Nasi ayam dihidangkan di dalam pinggan berasingan dengan lauknya bagi membolehkan anda menikmatinya dengan mengikut selera sendiri.
Di dalam pinggang berasingan, potongan ayam diletakkan bersama sos istimewa.
“Resipi Nasi Ayam Pak Mal menggabungkan kicap dan sambal untuk memberi kelainan rasa ketika anda menikmatinya,” katanya.
Di dalam pinggang berasingan, potongan ayam diletakkan bersama sos istimewa.
“Resipi Nasi Ayam Pak Mal menggabungkan kicap dan sambal untuk memberi kelainan rasa ketika anda menikmatinya,” katanya.
Bagi memenuhi permintaan pelanggan, sos tambahan juga disediakan di setiap meja.
“Pelanggan sangat menggemari sos ini dan kami sediakan sos tambahan kepada mereka yang inginkannya,” katanya.
Menurutnya, sebanyak 50 ekor ayam atau 600 pinggan habis dijual setiap hari dan ia akan meningkat jika terdapat tempahan.
“Rata-rata pelanggan yang datang memilih untuk menikmati nasi ayam,” katanya.
Mesra pelanggan
Waktu makan tengah hari merupakan masa kemuncak di sini. 42 meja yang disediakan di dalam dan luar dipenuhi pelanggan.
“Kesemua 20 kakitangan restoran ini akan bertugas pada waktu makan tengah hari, termasuk saya kerana kami mahu memberikan yang terbaik kepada pelanggan,” katanya.
Walaupun sibuk, anda boleh menikmati makanan yang dipesan kurang daripada lima minit.
“Kakitangan di sini dilatih untuk terus melayan pelanggan sebaik memasuki restoran ini,” katanya.
“Pelanggan sangat menggemari sos ini dan kami sediakan sos tambahan kepada mereka yang inginkannya,” katanya.
Menurutnya, sebanyak 50 ekor ayam atau 600 pinggan habis dijual setiap hari dan ia akan meningkat jika terdapat tempahan.
“Rata-rata pelanggan yang datang memilih untuk menikmati nasi ayam,” katanya.
Mesra pelanggan
Waktu makan tengah hari merupakan masa kemuncak di sini. 42 meja yang disediakan di dalam dan luar dipenuhi pelanggan.
“Kesemua 20 kakitangan restoran ini akan bertugas pada waktu makan tengah hari, termasuk saya kerana kami mahu memberikan yang terbaik kepada pelanggan,” katanya.
Walaupun sibuk, anda boleh menikmati makanan yang dipesan kurang daripada lima minit.
“Kakitangan di sini dilatih untuk terus melayan pelanggan sebaik memasuki restoran ini,” katanya.
Anda pasti kagum melihat pelayan restoran mampu membawa banyak pesanan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan mereka. Ini sekali gus mempercepatkan lagi hidangan sampai ke meja pelanggan.
“Nasi ayam dijual pada harga RM4.50 sepinggan atau sebungkus,” katanya.
Selain nasi ayam, Restoran Pak Mal Nasi Ayam turut menawarkan pilihan kegemaran lain seperti nasi kukus, nasi ayam goreng berempah, mi kari, soto dan banyak lagi.
“Menu ini menjadi pilihan kepada pelanggan yang mahu mencuba selera lain,” katanya.
Nasi kukus didatangkan bersama ayam goreng, semangkuk kecil gulai daging, sambal belacan serta sayuran seperti salad menjadikannya hidangan lengkap.
“Selain nasi ayam, nasi kukus ini turut menjadi pilihan pelanggan,” katanya.
Kerja-kerja memasak nasi ayam dimasak secara berperingkat untuk menjamin kualiti setiap hidangan.
“Kami bukan sekadar menghidangkan hidangan, tapi juga kualiti,” katanya.
Sebagai tambahan, pengunjung boleh menikmati hidangan Barat dan tempatan pada sebelah malam.
“Selain nasi ayam, nasi kukus ini turut menjadi pilihan pelanggan,” katanya.
Kerja-kerja memasak nasi ayam dimasak secara berperingkat untuk menjamin kualiti setiap hidangan.
“Kami bukan sekadar menghidangkan hidangan, tapi juga kualiti,” katanya.
Sebagai tambahan, pengunjung boleh menikmati hidangan Barat dan tempatan pada sebelah malam.
“Banyak pilihan hidangan Barat seperti steak, chicken chop, fish and fries, nasi goreng dan juga selera Thai seperti tomyam,” katanya.
Francais jenama Restoran Pak Mal Nasi Ayam
Beliau berkata, selain makanan, terdapat beberapa minuman yang menjadi pilihan pelanggannya antaranya sirap bandung, air jagung, air batu campur (ABC).
“Warna merah sirap dan susu diasingkan bagi memberi kelainan dalam food presentation. Bukan sahaja menarik, namun ia juga sedap.
“Kelainan pada air jagung adalah dengan meletakkan bijian jagung bagi menambahkan lagi rasa asli,“ katanya.
Beliau berkata, sewaktu memutuskan untuk membuka restoran ini, beliau dan keluarga bersama-sama membuat kajian mengenai konsep yang ingin diketengahkan.
“Jadi, inilah hasilnya setelah dikaji. Konsep ini lebih santai dan dengan ruang terbuka. Pelanggan boleh menikmati hidangan dengan selesa,” katanya.
Menyentuh mengenai perancangan masa depan Restoran Pak Mal Nasi Ayam, Ameerul Izham berkata, beliau berhasrat untuk menjadikan restoran ini sebagai francais di seluruh negara dengan konsep centre kitchen.
“Ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan bagi memudahkan urusan francais dilaksanakan. Jadi saya sasarkan lima tahun lagi, konsep ini akan diperkenalkan dan dilancarkan,” katanya.
GULAI TELUR ITIK DENGAN KULIT RAMBAI
Bahan-bahan:
15 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
1 biji kelapa – ambil santan
10 biji telur itik
20 biji kulit rambai – hiris halus
Cara membuat:
1. Tumbuk cili padi dan kunyit hingga lumat.
2. Masukkan cili dalam periuk, tambah santan dan masak atas api sederhana. Kacau selalu agar santan tidak pecah minyak.
3. Apabila santan mendidih, masukkan garam secukup rasa dan kulit rambai.
4. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji.
5. Biarkan sebentar sebelum diangkat.
AIR PASANG BESAR DI TANJUNG PIAI
PONTIAN – Taman Negara Johor Tanjung Piai (TNJTP) di sini mula menjadi tumpuan ramai sejak kelmarin berikutan fenomena air pasang besar setinggi 3.6 meter di kawasan tersebut.
Pengunjung dari kampung berhampiran dan pelancong luar mengunjungi taman negara terbabit semalam untuk menyaksikan fenomena tersebut selain mengambil kesempatan bermain air deras yang melimpah ke halaman Dataran Pelanggan.
Seorang pengunjung, Julia Mustafa, 36, berkata, setiap tahun apabila berlaku fenomena terbabit, dia dan suami serta lima anaknya tidak melepaskan peluang berkunjung ke situ.
“Dahulu saya tidak berani datang atas faktor keselamatan tetapi sejak dataran ini dibina, saya lihat keselamatan anak-anak bermain air terjamin,” katanya.
Friday, December 14, 2012
PERSOALAN MAKANAN HALAL HARAM TIDAK BOLEH AMBIL MUDAH
HALAL membawa maksud luas mengenai tatacara hidup orang Islam yang menitikberatkan aspek halalan thoyyiba iaitu kesucian, amalan kebersihan dan kehidupan sihat. Dari sudut pandangan Islam, makanan yang baik lagi halal mampu membentuk ketrampilan peribadi seseorang yang akhirnya menyumbang kepada pembentukan ummah.
Sebagai umat Islam kita wajib memastikan sumber makanan dan minuman adalah halal dan memenuhi panduan pemakanan syariat Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 168)
Ibn kathir dalam kitabnya Tafsir Ibn Kathir menyatakan, perkataan toyyiba itu membawa maksud baik, bermanfaat serta elok dari segi tabiat dan syarak. Thoyyiba merangkumi dua perkara iaitu soal fizikal dan kerohanian.
Ia mestilah selari dengan syariat, tidak bercanggah dan disertai keikhlasan kepada Allah SWT. Makanan halal di sisi syarak adalah makanan bersih zatnya, suci kaedah perolehannya serta bebas dari sebarang kemudaratan, sebaliknya makanan haram sekalipun lazat tetap keji di sisi Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu.” (Hadis riwayat Muslim)
Oleh itu, seorang Islam sama ada pengusaha makanan halal dan individu hendaklah mengambil kira setiap perkara dari segi modal perniagaan, pelaburan, hasil pendapatan serta hendaklah dijauhi unsur haram seperti judi, riba atau rasuah.
Ajaran Islam amat menitikberatkan persoalan makanan halal dan bersih kerana makanan haram yang dimasukkan ke dalam tubuh seseorang akan membawa kepada kesan mendalam terhadap tingkah laku, budi pekerti, kejernihan hati serta penerimaan doa kepada Allah SWT.
Panduan pemakanan dalam Islam adalah berlandaskan konsep memberi kemudahan, menjaga nyawa, menjamin kesihatan tubuh badan dan akal. Kerana itu setiap makanan yang memberi manfaat kepada tubuh badan dan akal fikiran dibenarkan oleh syarak.
Firman Allah yang bermaksud: “Oleh itu, makanlah dari apa yang dikurniakan Allah kepadamu dari yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu menyembah-Nya. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa sedang ia tidak dianiaya dan tidak melampaui batas; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Manakala yang haram dan memudaratkan fikiran serta badan diharamkan dan ditegah.” (Surah al-Nahl ayat 114-115)
Syed Qutb dalam Tafsir Fi Zilalil Quran menyatakan, sama ada ilmu manusia dapat mengetahui hikmah pengharaman sesuatu perkara atau tidak, namun yang pasti, Allah Maha Mengetahui dan amat mengatasi keupayaan kita untuk mengetahui sesuatu perkara. Allah tidak mengharamkan sesuatu, kecuali pasti perkara itu mempunyai bahaya dan kemudaratannya.
Ulama terkenal, Abdullah Sahl al-Tusturi berkata, sesiapa yang makan makanan haram, maka akan bermaksiatlah anggota tubuhnya sama ada atas kehendaknya atau tidak, sama ada dia tahu atau tidak dan sesiapa makan makanan yang halal, maka seluruh anggota tubuhnya akan tunduk taat dan mudah melaksanakan kebajikan. Berdasarkan kepada pandangan ini menunjukkan pemakanan halal mempunyai kedudukan penting dalam kehidupan di dunia ini dan berkait rapat dengan balasan hari akhirat.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Mana-mana hamba, dagingnya itu tumbuh dari perkara yang haram dan amalan riba, api nerakalah yang patut (untuk membakar dan menghilangkan) daging itu.” (Hadis riwayat Ibn Marduiah)
Dalam mengharungi perkembangan semasa di era global dunia hari ini, banyak makanan dan minuman ditawarkan kepada kita perlu diperiksa dan diteliti sebaiknya. Perkara yang halal lagi baik hendaklah menjadi keutamaan manakala yang haram dan tidak baik semestinya dihindari.
Kita juga dituntut menjauhi barang syubhah yang mengelirukan dan tidak jelas hukumnya. Kita sepatutnya berwaspada supaya tidak mengambil atau mencubanya melainkan setelah dipastikan halal dan kebaikannya kerana makanan dan minuman syubhah boleh mengheret kepada penggunaan barangan haram secara tidak disangka-sangka.
Ada peniaga yang tidak bertanggungjawab memperdayakan pengguna seperti memalsukan logo halal atau menggunakan logo halal pada produk haram. Walaupun matlamat perniagaan untuk mencari rezeki dan mendapat keuntungan, namun soal keberkatan dan keikhlasan tidak boleh diketepikan atau dipandang remeh.
Mereka yang melakukan penipuan ini sebenarnya telah mengkhianati masyarakat Islam dan melakukan amalan syaitan yang menyesatkan. Akta Perihal Dagangan 2011 diharap dapat membantu mengatasi masalah ini dan semua pihak perlu mematuhi akta yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012.
BUKAN SEKADAR MAKANAN HALAL
Oleh Dr Norman Mohd Norawi
MAKANAN adalah untuk menyediakan khasiat, zat atau nutrien yang secukupnya kepada tubuh manusia. Budaya pemakanan zaman moden sekarang banyak menjurus kepada pelbagai masalah kesihatan. Islam amat menggalakkan penjagaan kesihatan dengan pelbagai nas daripada sumber Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad s.a.w.
Setiap hari kita akan berdoa kepada Allah agar dikurniakan kesihatan yang baik ketika solat atau di luar solat. Ini jelas membuktikan penjagaan kesihatan amat diutamakan dalam Islam. Faktor pemakanan yang betul dan sihat amat penting untuk mendapat kesihatan terbaik.
Prinsip asas yang dilandaskan Islam berkenan pemakanan adalah prinsip boleh guna atau harus guna atas setiap benda. Semua diciptakan Allah S.W.T di atas muka bumi ini atau di dalam perut bumi boleh digunakan oleh manusia demi menjamin kelangsungan hidup.
Tiada satu pun yang dicegah atau diharamkan kecuali apa yang sudah termaktub dalam al-Quran dan hadis sahih yang diperjelaskan oleh Nabi. Ini adalah seperti Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 29 yang bermaksud: “Dialah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu.” Terdapat pelbagai faktor menyumbang kepada kesihatan yang baik, tetapi faktor pemakanan sihat adalah utama sebagaimana satu hadis Nabi yang bermaksud: “Perut itu tempat penyakit dan berpantang itu adalah penyembuh yang utama.” Maksud berpantang di sini adalah pemilihan makanan tertentu iaitu makanan yang menyihatkan amat penting untuk mencegah penyakit. Dengan makanan kita akan menguatkan tubuh fizikal dengan penjanaan tenaga daripada makanan.
Makanan tidak sihat juga menjadi punca kepada pelbagai jenis penyakit. Manusia makan untuk kelangsungan hidup, bukan hidup untuk makan, tetapi kadangkala tidak kita sedari ramai manusia yang makan untuk ‘mati’.
Ini adalah kerana banyak makanan yang kita makan menyebabkan kita mendapat penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, strok, obesiti, kanser dan sebagainya.
Faktor pemakanan berkait langsung dengan setiap amalan kebaikan seperti mana yang dinyatakan dalam surah Al-Mukminun ayat 51 yang bermaksud: “Wahai Rasul, makanlah daripada yang baik-baik dan beramallah dengan amalan yang soleh.” Islam amat menekan pemakanan halal dan ‘toyyiban’ iaitu makanan halal lagi baik. Apakah maksud ‘toyyiban’ ini sebenarnya? Daripada aspek sumber makanan hendaklah makanan itu kita beli atau kita peroleh daripada sumber halal untuk mendapat keberkatan Allah.
Oleh kerana itu makanan daripada sumber duit yang haram seperti hasil judi atau rasuah dan sebagainya tidak baik dan tidak berkat. Di samping faktor ini, ‘toyyiban’ juga bermaksud baik dari sudut menjaga kesihatan. Kerana makanan yang memudaratkan kesihatan akan menyebabkan tubuh badan kita menjadi rosak dalam jangka masa panjang.
Badan sakit dan tidak sihat akan mengganggu kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai Muslim dari aspek ibadah dan pekerjaan seharian.
Makanan halal mungkin akan dilihat melalui persijilan halal oleh pihak berkuasa, tetapi tidak semua makanan halal itu ‘toyyib’ dari sudut kesihatan. Contohnya makanan ringan adalah halal kerana dibuat daripada gandum dan bahan halal. Tetapi dari aspek kesihatan makanan ini tidak sihat dan akan memudaratkan kesihatan kerana tidak mengandungi zat cukup dan hanya mempunyai kalori semata-mata.
Oleh itu makanan baik hendaklah kedua-dua aspek ini dipenuhi iaitu makanan halal dan baik dari aspek kesihatan. Mungkin kerana inilah apabila perkataan ‘halal’ disebut dalam al-Quran, akan disambung dengan perkataan ‘toyyiban’, dengan ini jelaslah keperluan kita umat Islam menitik beratkan faktor makanan yang menyihatkan ini dalam pemilihan makanan seharian kita.
Makanan proses yang kaya dengan gula, lemak tepu, lemak ‘trans’, pengawet, perwarna, perasa tiruan dan garam berlebihan adalah contoh makanan yang tidak sihat. Makanan proses amat sinonim dengan kehidupan kita sekarang. Restoran makanan segera tumbuh bagai cendawan, membawa satu budaya kurang sihat dalam masyarakat kita hari ini.
Makan tersedia dan makanan segera yang diproses seperti mi segera, makanan tin, makanan sejuk beku, pelbagai jenis biskut, kerepek dan sebagainya amat banyak di pasaran.
Semua jenis makanan ini jika terlalu kerap diambil akan membawa kepada pelbagai jenis penyakit sebagaimana terbukti daripada kajian sains yang banyak dilaporkan dalam jurnal perubatan. Oleh kerana itu meninggalkan makanan seperti ini juga dituntut oleh Islam demi kesihatan yang baik.
Nabi adalah contoh terbaik mengamalkan pemakanan yang halal lagi menyihatkan. Makanan Rasulullah adalah makanan segar seperti kurma segar, tembikai, madu, labu, buah tin dan minyak zaitun.
Baginda juga makan roti yang dikisar sendiri daripada gandum dan barli yang kaya dengan serat. Di dalam al-Quran banyak kali disebut buah-buahan dalam banyak surah. Makanan syurga juga terdiri daripada pelbagai jenis buah-buahan.
Kenapa buah-buahan ini selalu di sebut dalam al-Quran? Sudah pasti ada banyak kelebihannya dari sudut kesihatan. Sekarang dengan ribuan kajian dilaporkan dalam jurnal perubatan mengenai khasiat buah-buahan menjaga kesihatan yang baik, terbuktilah bahawa apa dinyatakan dalam al-Quran sejak 1,400 tahun dulu lagi.
Satu lagi aspek penting dalam soal pemakanan seharian adalah jumlah makanan yang kita makan setiap hari. Rasulullah tidak melampau dalam jumlah makanan yang dimakan sebagaimana sabdanya dalam satu hadis yang bermaksud: “Kami adalah kaum yang makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.” Islam amat menekankan konsep bersederhana dalam mengambil makanan dan amat mengeji perbuatan membazir dalam pemakanan.
Melampau dan berlebih-lebihan ketika makan akan menyebabkan masalah kesihatan serius dan obesiti. Makan secara sederhana amat selari dari aspek kesihatan dan tuntutan Islam.
Sebagai Muslim yang sejati, pemakanan halal lagi baik adalah panduan amat baik untuk kita amalkan setiap hari untuk mendapat keberkatan daripada rezeki yang Allah kurniakan dan mendapat kesihatan terbaik. Insya-Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)