BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Friday, August 31, 2012

LEGOLAND BAKAL BAWA REZEKI KEPADA PENDUDUK JOHOR

JOHOR BAHARU - Pembukaan Legoland Malaysia, taman tema baharu di Iskandar Malaysia yang dijadual pada September ini, sememangnya dinanti-nantikan semua pihak di negeri ini termasuk usahawan kecil.
Bendahari Gabungan Persatuan Teksi Berdaftar Johor Baharu (Gapet) Hadi Mohamed berkata pembukaan taman tema itu akan memberi rezeki tambahan kepada mereka.
"Ramai dalam kalangan penumpang, terutama dari Singapura kerap bertanya tentang pembukaan taman ini dan dan kami sendiri pengusaha teksi, kereta sewa dan kereta ekslusif tidak sabar menunggu untuk taman tema itu dibuka secara rasmi pada 22 Sept nanti," katanya kepada Bernama, di sini.
Katanya ramai antara pengusaha teksi juga mengambil inisiatif mempromosi taman tema tersebut dengan mengedarkan risalah mengenainya.

"Kami yakin apabila taman tema itu dibuka nanti ia mampu memberikan lebih pendapatan kepada kami," katanya.
Sementara itu, pengiat bidang pelancongan Liza Alip yang juga Pengarah Urusan Eascost Adventure Travel and Tour Sdn Bhd, Legoland merupakan satu lagi produk pelancongan bercorak kekeluargaan yang boleh dipromosikan bukan sahaja kepada pelancong tempatan tetapi juga luar negara.   
"Kalau dahulu, kita mungkin hanya mempromosikan keindahan pulau-pulau yang ada di Johor seperti Tioman dan juga makanan laut, namun kini kita mempunyai satu ikon pelancongan baru yang boleh dipromosikan untuk percutian keluarga.
"Jika Singapura boleh berbangga dengan Universal Studionya, kini kita boleh berbangga dengan Legoland dan ia merupakan dua taman tema yang mempunyai konsep berbeza," katanya.
Beliau turut melahirkan keyakinan dengan adanya taman tema itu pelancong, terutama yang berkeluarga, akan tinggal lebih lama di Johor berbanding sebelum ini.
Sementara itu Pengurus Pemasaran dan Komunikasi Thistle Hotel Aidah Abd Rahman berkata pembukaan taman tema interaktif tersebut dijangka meningkatkan tempahan bilik terutama ketika musim cuti persekolahan.

"Dengan adanya ikon baru ini, ia memberikan satu pulangan besar jangka masa panjang bukan sahaja untuk bidang perhotelan tetapi juga industri lain. Jadi kebanyakan penggiat indsutri perhotelan sekarang sedang bersedia meningkatkan kualiti perkhidmatan untuk menerima kehadiran pelancong," katanya.
Taman tema itu dibangunkan oleh Theme Attractions and Resorts, sayap operasi dan pengurusan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) bersama Merlin Entertainments dengan kos RM720 juta di atas kawasan seluas 31 hektar di Medini North.
Legoland Malaysia yang bertempat di Nusajaya itu  merupakan yang keenam di dunia selepas Legoland Billund, Legoland Windsor, Legoland California, Legoland Deutschland dan Legoland Florida. 

KEK LAPIS DAYANG SALHAH




KEK Lapis Dayang Salhah bukan satu nama baru dalam industri kek lapis di Bumi Kenyalang. Bahkan, keenakan kek tersebut menjulang nama pemiliknya, Dayang Salhah hingga ke Sabah, Semenanjung bahkan ke negara jiran, Brunei dan Singapura.
Kunjungan ke bandar raya Kuching, Sarawak bagaikan tidak lengkap andai pengunjung tidak membeli kek lapis Dayang Salhah sebagai buah tangan untuk dibawa pulang.Kek lapis moden Sarawak dipercayai telah lama diperkenalkan di Sarawak sekitar tahun 1990.Mungkin tidak ramai yang mengetahui kisah di sebalik kejayaan jenama Kek Lapis Dayang Salhah yang diusahakan sendiri oleh Dayang Salhah Awang Weldan, 48.Sejak zaman kanak-kanak, Dayang Salhah rajin membantu ibunya membuat kuih-muih selain berniaga secara kecil-kecilan berhampiran rumah mereka di Kampung Gersik, Petra Jaya.
Berkat kesungguhan dan jerih perih yang dilalui berjaya mengubah kehidupan suri rumah ini. Dahulu, beliau menyara hidup dengan menjaja kuih-muih dan pisang goreng. Kini, beliau ialah usahawan kek lapis.Dayang Salhah hanya menamatkan pelajaran hingga ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Abang Haji Openg, Petra Jaya. Dengan kelulusannya itu, tidak ada pekerjaan lain yang dapat dilakukan melainkan membantu ibu membuat kuih-muih secara kecil-kecilan.
Menu utama
“Saya tidak mempunyai pendidikan formal dalam berniaga, saya hanya belajar selok-belok perniagaan daripada ibu yang berniaga kuih.“Ibu banyak mewariskan kemahiran memasaknya kepada saya. Ketika itu, saya membantu ibu mendapatkan duit poket sekali gus meringankan beban keluarga,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini di Kampung Gersik, Petra Jaya.

SALAH satu corak kek lapis tradisional Sarawak.


Anak kedua daripada enam beradik ini memberitahu, bertitik-tolak daripada ilmu perniagaan yang diperoleh secara tidak formal itu, dia merancang memulakan perusahaan menjual kek lapis secara kecil-kecilan di rumah sekitar tahun 1997. Dayang Salhah bersetuju bahawa kek lapis sebagai bukti atau gambaran terhadap ketekunan wanita Sarawak.Bahkan, kek lapis juga cukup sinonim dengan penduduk Sarawak yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan etnik.
Lebih unik, setiap kali perayaan tidak kira Tahun Baru Cina, Hari Gawai, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha serta Krismas, kek lapis akan menjadi menu utama setiap rumah di Sarawak.Bagaimanapun, Dayang Salhah menjelaskan, teknik pembuatan kek lapis tidak semudah seperti yang disangka. Pembuat kek perlu kreatif dalam menentukan corak di samping perlu mempunyai kesabaran yang tinggi.Setiap lapis kek perlu dibakar dengan sempurna untuk menjaga kualiti kek. Proses tersebut benar-benar menguji kesabaran dan ketekunan pembuatnya.Semakin unik corak sesuatu kek lapis semakin banyak usaha yang perlu dicurahkan. Dengan erti kata lain, proses pembuatannya sebagai menghasilkan kek di dalam kek.
“Proses yang paling sukar ialah menghasilkan corak kek lapis kerana lebih unik sesebuah kek lapis itu, maka lebih banyak usaha diperlukan.“Motif pada kek lapis itu akan kelihatan jelas apabila ia dipotong menegak sekali gus mempamerkan bahagian dalamnya yang bercorak. Secara tidak langsung, corak-corak tersebut melambangkan kejujuran, kreativiti, keunikan serta ketelitian pembuatnya yang rata-rata terdiri daripada kalangan wanita,” jelasnya.Sejak tahun 1997, Dayang Salhah memulakan operasi kek lapis di No. 40, Kampung Gersik dengan 10 tenaga kerja. Kesemuanya terdiri daripada ahli keluarga dan saudara-maranya.
Ramai kepakaran
Kemudian, Dayang Salhah menyertai Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuching pada Ogos 2002. Bergalaskan jenama Kek Lapis Dayang Salhah, produknya itu semakin dikenali ramai di Sarawak, Sabah dan Semenanjung.“PPK banyak membantu saya mengembangkan perniagaan kek lapis ini sama ada dari segi nasihat, bimbingan dan kewangan.“Berpegang kepada prinsip tidak mudah berasa selesa dan ingin memajukan perniagaan, saya menubuhkan syarikat sendiri yang dikenali sebagai Dayang Salhah Enterprise pada 19 Mei 2006,” katanya.

KERJA-KERJA membungkus kek juga dilakukan di kilang Kek Lapis Dayang Salhah di SMI Industrial Park Demak Laut.


Menerusi syarikat tersebut, Dayang Salhah menjalankan perniagaan pembuatan makanan iaitu kek dan biskut dengan jenama sendiri.Jenama tersebut kini menumpukan kepada pengeluaran kek lapis Sarawak dan swiss roll.“Kini syarikat milik saya ini mempunyai kepakaran dan juga tenaga kerja seramai 160 orang bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat setiap hari.
“Kita tidak menggunakan sebarang strategi pemasaran, sebaliknya lebih mementingkan kualiti produk kek lapis terutama dari segi rasa,”kata anak jati Kuching, Sarawak ini.Tidak hairanlah para pengunjung termasuk pelancong asing yang pertama kali datang untuk mendapatkan kek lapis di kedainya di tebingan Sungai Sarawak akan datang semula selepas menikmati kek lapis Dayang Salhah.Beliau juga menerima banyak maklum balas positif yang memuji rasa kek lapisnya yang tidak berubah sejak dahulu lagi.
“Mereka yang pernah datang ke kedai kek lapis Dayang Salhah ini akan datang semula bersama ahli keluarga atau rakan-rakan yang secara tidak langsung mempromosikan produk kami dari mulut ke mulut,” ujar wanita yang murah dengan senyuman ini.Bagi mengembangkan perniagaannya, syarikat Dayang Salhah Enterprise kini mempunyai dua buah kilang. Sebuah kilang terletak di Demak Laut Industrial Estate manakala yang baharu beroperasi sejak tiga bulan lalu pula terletak di SMI Industrial Park, Demak Laut.Dalam tempoh 15 tahun menjadi pengusaha kek, Dayang Salhah mengakui banyak rintangan yang dilaluinya. Namun, sifat putus asa atau cepat mengalah tidak pernah wujud dalam diari hidup beliau.Ujian paling besar sepanjang mengusahakan kek lapis ialah apabila mentega Golden Churn Creamy Butter diisytiharkan tidak halal tahun lalu.
Ikon kek lapis

SALAH seorang pekerja kilang melakukan kerja-kerja membuat kek lapis.


“Ekoran isu tersebut, jualan kek lapis saya merudum hingga mengakibatkan kerugian besar walaupun saya tidak menggunakan mentega tersebut dalam kek lapis saya,” jelasnya.Adakah Dayang Salhah merasakan dia merupakan ikon kek lapis moden Sarawak? Ujar beliau: “Untuk meletakkan jenama ini sebagai ikon kek lapis Sarawak terlalu tinggi, lagipun banyak saingan kerana kek lapis ini merupakan jati diri wanita Sarawak.“Kepakaran membuatnya diturunkan daripada satu generasi ke generasi dan meliputi seluruh etnik yang terdapat di negeri ini,” ujarnya merendah diri.Sementara itu, para pengunjung boleh datang sendiri ke kedainya yang menyediakan ruang pameran dan jualan yang luas untuk para pengunjung memilih 63 jenis kek lapis pelbagai corak dan rasa.Dayang Salhah berkata, beliau sentiasa menambah baik kualiti kek di samping mempelbagaikan lagi jenis kek lapisnya.Antara perasa kek lapis yang mendapat sambutan di kedai Dayang Salhah ialah kek lapis masam manis, kek lapis sisik ikan, kek lapis India dan banyak lagi.Lebih menarik, pengunjung boleh melihat sendiri semua proses penghasilan kek lapis Dayang Salhah ini.

Thursday, August 30, 2012

SOLAT DAN 5 JENIS GOLONGAN


SUDAH lama kita bersolat, tetapi nampaknya keajaiban dan jaminan solat yang disebut Allah masih samar-samar dalam kehidupan kita.
Allah memberi jaminan dalam firman-Nya, bermaksud: "Sudah pasti berjaya orang mukmin iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya." (Surah al-Mukminun: 1,2)
Bukannya konsep kejayaan dan cara hendak mencapai khusyuk, tetapi ada beberapa jenis dan golongan serta gaya bersolat di kalangan orang Islam yang semuanya akan mempengaruhi perangai dan cara hidup.

* Jenis Pertama
Hari ini, ramai umat Islam yang tidak bersolat, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak bersolat. Ada yang menafikan kewajipan solat, mereka jatuh kafir sebab itu kadangkala perangainya dengan si kafir tidak ada beza.

* Jenis Kedua
Orang yang melakukan solat secara zahir saja, malah bacaan pun masih tidak betul, taklid buta dan main ikut-ikut orang lain.
Jadi, golongan ini sekejap bersolat, sekejap tidak. Jika ada masa dan emosi baik, dia bersolat. Kalau sibuk dan ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, dia tidak bersolat.
Orang ini jatuh fasik. Tidak belajar solat mahupun secara rasmi atau tidak rasmi. Ilmu mengenai solat ialah apa yang dipelajari ketika kecil dan tadika saja. Golongan ini tertolak, bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah.

* Jenis Ketiga

Golongan yang melakukan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solat, Fatihah, doa Iftitah dan tahiyatnya, tetapi tidak dihayati dalam solat itu.
Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia tanpa menghayati solat. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ‘awamul Muslimin’ dan jika dididik serta ditambah mujahadah (kesungguhan), dia akan berjaya dalam solat.

* Jenis Keempat

Golongan ini baik sedikit daripada golongan sebelumnya, tetapi main tarik tali dalam solatnya.
Sesekali dia khusyuk, sesekali lalai pula. Apabila teringat sesuatu dalam solatnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya.
Apabila teringat Allah secara tiba-tiba, insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hati serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimah dan bacaan dalam solat. Begitulah sehingga selesai solatnya.
Peringkat ini orang terbabit akan mula memasuki zon ‘memelihara solat’, tetapi masih belum seronok dengan solat.

Jenis Kelima

Golongan yang melakukan solat tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz dalam solatnya.
Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekeliling sehingga pekerjaan serta apa pun yang dilakukan atau difikirkan di luar solat itu tidak mempengaruhi so latnya.
Walaupun dia memiliki harta dunia, menjalankan kewajipan dan tugas keduniaan seperti perniagaan, semua itu tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah dalam solat. Golongan ini disebut orang soleh.
Sebenarnya banyak lagi peringkat solat, tetapi keterbatasan ruangan sekadar lima tahap ini rasanya sudah boleh mu hasabah diri mengenai tahap solat yang kita lakukan.
Jika kita berada di peringkat satu, dua dan tiga, kita sebenarnya belum selamat dan mungkin solat tidak mampu mendapat jaminan Allah.
Ibadat solat boleh membangunkan jiwa dan iman, men jauhkan daripada yang buruk dan merungkai mazmumah (sifat keji), menanamkan mahmudah (sifat terpuji), me lahirkan disiplin hidup dan akhlak yang agung. Semoga solat kita akan berlangsung sebagai mi'raj.

Tuesday, August 28, 2012

PENIAGAAN TERJEJAS



PERSIMPANGAN lampu isyarat Parit Semerah yang menimbulkan kesulitan kepada penduduk dan orang ramai untuk ke luar ke Jalan Alsagoff dan Parit Semerah, Pontian.

PONTIAN 27 Ogos - Kerajaan sedia menimbang rayuan 500 penduduk di empat buah lorong di Jalan Alsagoff supaya mereka dapat keluar ke Jalan Alsagoff menggunakan lampu isyarat di persimpangan Jalan Parit Semerah di sini.
Pada masa ini, mereka terpaksa menggunakan persimpangan di Taman Megah sejauh kira-kira 1.5 kilometer jika hendak ke Jalan Alsagoff yang tentu memberi kesulitan terutama pada waktu puncak.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong berkata, selain penduduk, turut terjejas dengan sistem lampu isyarat tersebut adalah enam peniaga di kawasan tersebut.
Menurutnya, penduduk yang terjejas ialah mereka yang tinggal di Lorong Gudawara, Lorong Syukur, Lorong Bahagia dan Lorong Aman yang terpaksa menggunakan laluan jauh sekiranya ingin ke Jalan Alsagoff.
"Anggaran kos yang diperlukan bagi mengubah semula sistem lampu isyarat di Persimpangan Parit Semerah adalah sebanyak RM60,000 daripada tiga laluan kepada empat laluan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Siew Kiong berkata, beberapa agensi dan jabatan kerajaan telah membuat kajian kesesuaian perubahan sistem lampu isyarat tersebut termasuk pihak polis, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Daerah Pontian (MDP).
Beliau berkata, sistem lampu isyarat sedia ada itu mula beroperasi setelah siap laluan empat lorong ke bandar Pontian yang bermula dari Pontian Besar sehingga ke Batu 34 Jalan Johor Bahru-Pontian, lima tahun yang lalu.
Sementara itu wakil peniaga, Baby Ng, 49, memberitahu, enam kedai yang terjejas adalah dua kedai runcit, manakala selebihnya kedai mengisar rempah, membaiki pendingin hawa, menjual peralatan pertanian dan bengkel besi.
Menurutnya, kebanyakan pelanggan membatalkan hasrat untuk singgah ke kedai berkenaan kerana terpaksa berpusing jauh sekiranya ingin keluar sama ada ke Jalan Alsagoff mahupun untuk ke Jalan Parit Semerah.
"Mereka yang datang dari arah Benut pula bimbang akan disaman memandangkan telah dipasang tanda dilarang membuat pusingan U di kawasan persimpangan tersebut," katanya.

Monday, August 27, 2012

KETUPAT PALAS SRI PEKAN: 50 BIJI RM 30 !

KEMBALI ATAS PERMINTAAN RAMAI !!! DAPATKAN SEBELUM KEHABISAN STOK !!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ketupat Daun Palas cukup sinonim bagi penduduk Utara Semenanjung Malaysia tatkala menyambut Aidilfitri dan  Aidiladha.Lemak pulut yang ditanak dengan santan bersalut aroma segar daun palas yang dikukus mesra, cukup untuk membuatkan penggemar-penggemar tegar Ketupat Daun Palas merasa serba tidak kena sekiranya juadah hari lebaran sepi tanpanya.

Untuk waktu dan stok yang terhad, dapatkan Ketupat Daun Palas segar di Restoran Kemangi untuk 1 bungkus 50 biji dengan harga hanya RM 30.

Sunday, August 26, 2012

GOUT: TOLONG JAGA PEMAKANAN

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
WALAUPUN telah seminggu kita menyambut Hari Raya Aidilfitri, kemeriahannya masih terasa dengan sambutan dan jemputan menghadiri rumah terbuka.
Setelah sebulan organ perut ‘direhatkan’ kini segala organ dalam badan mula bekerja keras semula.
Pemakanan yang tidak terkawal boleh mengundang pelbagai jenis penyakit misalnya gout.
Penyakit gout kini semakin banyak menyerang terutama di kalangan lelaki berusia 40 tahun ke atas namun terdapat juga mereka yang berusia bawah 30 tahun menghidapinya.
Apa sebenarnya penyakit gout? Pakar Runding Perubatan, Pusat Perubatan Taman Desa, Datuk Dr. G. Selvaraju berkata, gout adalah sakit yang melibatkan sendi-sendi kecil pada kaki dan tangan.
“Paling biasa berlaku pada sendi-sendi jari kaki dan tangan tetapi boleh juga berlaku di pergelangan tangan, siku dan lutut," katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.
Keadaan ini berlaku disebabkan oleh peningkatan asid urik di dalam darah dan apabila tahap asid urik ini terus meningkat, sebahagiannya membentuk kristal pada bahagian sendi lalu menyebabkannya sakit, sukar bergerak dan bengkak.

Asid urik
Dari manakah datangnya asid urik? Dr. Selvaraju berkata, asid urik terdapat dalam semua jenis makanan daripada haiwan dan purine dalam tumbuhan tetapi tahap kandungannya pelbagai.
“Asid urik yang berlebihan akan bertukar menjadi kristal dan berkumpul pada sendi menjadi gout atau dalam buah pinggang sebagai batu karang," katanya.
Sebaik-baiknya jelas Dr. Selvaraju, ambillah makanan yang kurang kandungan purine atau asid urik.
Seelok-eloknya elakkan daging merah, organ dalaman haiwan, makanan laut terutama yang mempunyai cengkerang, ikan dengan lemak tinggi, produk tenusu, sayuran seperti bunga kubis, cendawan, bayam, sayur kacang dan brokoli.
Mereka juga perlu menggelakkan minuman beralkohol dan minuman bergas.
“Walaupun tidak menghidap gout, seelok-eloknya ambil makanan yang kurang purine dan asid urik seperti ayam, ikan kurang lemak dan sayuran berdaun," katanya.
Bagaimanapun terdapat juga keadaan kesihatan yang menyebabkan gout seperti psoriasis dan penyakit berkaitan darah misalnya limfoma, leukemia dan hemolitik anemea.
Penyakit berkenaan yang menyebabkan sel darah merah tidak sihat dan cepat terurai membebaskan asid urik.
Pesakit yang telah menjalani pemindahan buah pinggang juga mempunyai kandungan asid urik tinggi kerana ubat penolakan cyclosporine yang diambil.
Selain itu, kanak-kanak mempunyai kandungan asid urik yang tinggi kerana sel yang sentiasa pecah tetapi mereka tidak diserang gout kerana sel berkenaan sentiasa diperbaharui.
Kata Dr. Selvaraju, adakalanya gout sukar dijelaskan kerana ada pesakit yang mempunyai kandungan asid urik yang tinggi tidak diserang gout.
“Mungkin juga asid urik tadi berkumpul dalam buah pinggang dan menyebabkan batu karang," katanya.
Dalam pada itu, menurut Dr. Selvaraju, pengurangan berat badan secara mendadak menyebabkan kandungan asid urik meningkat kerana kemusnahan sel.
“Justeru jika ingin berat badan ideal, lakukan dengan perlahan-lahan dengan mendapat nasihat doktor," katanya.
Apa yang lebih unik jelasnya, wanita tidak ramai menghidap gout tetapi mendapatnya selepas menopaus atas sebab yang masih tidak diketahui.
Sebenarnya kata Dr. Selvaraju, asid urik adalah salah satu risiko penyebab sakit jantung selain kolestrol, darah tinggi dan kencing manis.
“Tapi ada juga yang mendapat pseudo gout dengan simptom sama seperti gout tetapi ia berkaitan dengan kalsium," katanya.
Dr. Selvaraju menegaskan, manusia perlu makan apa yang diperlukan untuk hidup dan bekerja kerana makanan yang berlebihan akan mendatangkan mudarat kepada kesihatan.
“Makan bukan apa yang anda inginkan tetapi makan apa yang diperlukan oleh badan," nasihatnya.

Saturday, August 25, 2012

MELBOURNE SYURGA MAKANAN HALAL


City mosque antara lebih 30 masjid di sekitar Melbourne untuk kemudahan umat Islam bersolat.

PERNIAGAAN berkonsep halal terbesar di Melbourne yang terdapat di sepanjang Sydney Road di Brunswick, menjadi lebih sibuk daripada biasa sepanjang Ramadan di mana umat Islam bertumpu untuk berbuka puasa.
Jangan terkejut! Terdapat banyak restoran, kafe dan kedai runcit di sekitar bandar itu yang menjual dan menyediakan makanan halal bagi memenuhi selera dan keperluan semua.
Di kawasan Brunswick Hill, terdapat banyak barangan eksotik, manisan dan pastri, roti Lebanon dan Turki yang tebal dan juga piza yang dibakar dengan ketuhar, menggunakan resipi dari Asia Barat. Semua ini terletak di deretan kedai dan pasar Brunswick yang memberikan kenikmatan kepada pengunjung yang menginginkan rasa masakan tulen Arab.
Antara kedai makan yang paling terkenal dan digemari di kawasan Sydney Road - Tiba's. Ia dikenali dengan makanan tradisional Lebanon berkualiti tinggi dan terhasil daripada buatan sendiri.
Jika anda inginkan satu persekitaran yang lebih meriah, Adanali, sebuah restoran Turki yang terletak berhampiran Tiba's menawarkan masakan yang menyelerakan di samping persembahan muzik dan tarian gelek.
Berbanding restoran Turki lain yang terdapat di kawasan ini, Adanali antara yang terbaik dari segi suasana, nilai dan kualiti makanan. Aghadeer - satu lagi pilihan terbaik di Sydney Road, menyediakan Pizza Pide yang dibakar dengan kayu api - bagi semua penggemar juadah Turki.
Abla, yang terletak di Elgin Street di Carlton dan beroperasi sejak 1979, dikendalikan oleh Abla Ahmad dan anak-anak perempuannya. Restoran ini terkenal dengan juadah Lebanon bertaraf tinggi, dihidangkan dengan dekorasi menarik dan suasana teres menyamankan, untuk anda dan keluarga menikmati juadah.
Rumi - satu lagi restoran Asia Barat terkenal, yang terletak di Lygon Street di East Brunswick. Ia menawarkan juadah ringkas, bukan seperti makanan Asia Barat biasa. Hidangan istimewanya disenaraikan di dalam satu menu padat antaranya 'sigara boregi' - sejenis keju 'haloumi' berbentuk sebatang cerut, 'fetta' dan gulungan filo yang diisi keju 'kasseri' - yang sungguh menyelerakan sehingga anda pasti kembali untuk mengunjungi restoran ini beberapa kali.
Bagi yang menginginkan sesuatu berbeza, kunjungi Moroccan Soup Bar yang terletak di Fitzroy North di St. Georges Road. Sup menjadi keistimewaan restoran ini yang menawarkan juadah lazat dan mengenyangkan, pada harga murah.
Kunjungi pula Gaylord di Tattersalls Lane untuk beberapa restoran yang menawarkan juadah khas dari India Utara hasil kepakaran dan pengalaman Chef Musharraf Khan.
Untuk penggemar makanan segera, Lord of the Fries semestinya tempat yang perlu dikunjungi, dengan enam lokasi berbeza di Brunswick Street, Chadstone Shopping Centre, Chapel Street, Elizabeth Street, Flinders Street dan Melbourne Central. Ia menawarkan hidangan vegetarian, Kosher dan halal, termasuk hidangan Vegan dan bebas-Gluten bagi mereka yang menyukai makanan segera yang sihat. Jika inginkan makanan vegetarian sepenuhnya, kunjungi Kafe Vegetarian Madame K di Brunswick Street, Fitzroy yang baru saja dibuka. Kafe ini terletak berhadapan Veg Out yang terkenal dengan pelbagai juadah Thai, China dan Malaysia.
Makanan lautMelbourne juga tidak asing lagi untuk para penggemar makanan laut, tanpa perlu rasa bimbang tentang kesahihan status halalnya. Restoran Masakan Laut dan Panggang Pescatores, yang terletak bersebelahan Empress Hotel di pusat bandar Inner Harbour, harus dikunjungi. Ambil 'teksi air' dari Inner Harbour dan berbuka puasalah di Barb's Fish and Chips yang terletak di kawasan pelabuhan Fisherman's Wharf bagi memuaskan selera menikmati makanan laut, dengan kombinasi makanan dan suasana yang hebat.
Bagi yang merindui kampung halaman dan menginginkan masakan tempatan Malaysia, Melbourne menawarkan juadah yang pelbagai. Little Malaysia di Liverpool Street adalah tempat terbaik yang menawarkan suasana asli seperti di rumah, dengan juadah dari gerai yang boleh dinikmati dalam satu persekitaran sederhana.
Satay Anika di Lygon Street, Brunswick menawarkan pelbagai jenis masakan kegemaran rakyat Malaysia seperti laksa dan sate. Restoran ini juga menyediakan makanan untuk majlis atau parti di dalam bilik khas, sekiranya anda inginkan privasi.
Satu lagi pilihan restoran untuk rakyat Malaysia di Melbourne Central adalah Chillipadi, yang terletak di persimpangan Elizabeth Street dan Londsdale Street. Ia menawarkan juadah mengikut citarasa dan bajet anda daripada pelbagai jenis mi, sup, masakan gerai dan juga dumpling atau ladu.
Umat Islam di Melbourne juga dapat beribadat dengan selesa sepanjang bulan suci Ramadan kerana terdapat 30 masjid di sekitar bandar antaranya Brunswick Mosque dan Coburg Isna Mosque di Sydney Road, berdekatan dengan restoran halal.
Rakyat Malaysia boleh merasai kenikmatan dan keselesaan seperti berada di negara sendiri, dengan kemudahan bersolat dan kedai makan halal.

Thursday, August 23, 2012

BAS KE LEGOLAND BERMULA 15 SEPTEMBER

23 Ogos 2012

KUALA LUMPUR - Legoland Malaysia di Iskandar Malaysia tidak lama lagi boleh diakses melalui perkhidmatan bas langsung mulai 15 September bersempena pembukaan rasmi taman itu pada hari yang sama.
Perkhidmatan bas harian akan beroperasi dari cawangan Johor Bharu, Larkin, Gelang Patah Sentral dan Johor Premium oleh Konsortium Transnasional Bhd.
Setiap perjalanan dikenakan bayaran RM12.
"Matlamat kami ialah untuk menjadikan perjalanan ke taman itu semudah mungkin, terutama sekali bagi keluarga yang mempunyai anak.
"Melalui perkhidmatan dari perhentian bas ke taman itu, para pelawat akan tiba di taman itu dengan selesa dan dijamin perjalanan masing-masing tidak meletihkan," kata Pengurus Besar Legoland Malaysia Siegfried Boerst dalam satu kenyatan.
Taman Legoland adalah berdasarkan pembinaan produk permainan Lego yang popular. 

CAP CADANG ROKOK MALAYSIA IKUT AUSTRALIA


GEORGETOWN - Malaysia harus mencontohi Australia yang menjadi negara pertama memperkenalkan undang-undang pembungkusan rokok, kata Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini.
Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris berkata, Malaysia harus menjadi negara pertama yang menyokong usaha itu di wilayah ASEAN ini.
Beliau berkata, usaha yang diambil oleh Perdana Menteri Australia, Julia Gillard itu adalah berani bagi menjaga kepentingan rakyat walaupun negara itu bakal menerima ancaman daripada syarikat gergasi tembakau.
"Ia adalah tindakan yang wajar dipraktikkan di negara ini kerana setiap tahun lebih 10,000 kematian disebabkan merokok dilaporkan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Undang-undang di bawah akta 'Tobacco Plain Packaging Act 2011' yang akan berkuatkuasa di Australia Disember ini mensyaratkan tiada sebarang logo dipamerkan pada kotak rokok dan akan digantikan dengan amaran kesihatan manakala kotak rokok diseragamkan kepada warna hijau zaitun. 

Tuesday, August 21, 2012

SNEK TENAGA MALAYSIA

TERDAPAT empat pilihan perisa granola bar Moola yang boleh menjadi pilihan.


SNEK bar atau lebih dikenali sebagai ‘energy bar’ (bar tenaga) bukanlah snek makanan yang sering menjadi pilihan kebanyakan masyarakat kita.Kebiasaannya, bar tenaga sering menjadi kegemaran atlet atau mereka yang terlibat dengan aktiviti lasak. Di kebanyakan negara Barat pula, bar tenaga turut dibekalkan kepada anggota tentera.Makanan tenaga yang berisi kekacang seperti badam, buah-buahan dan lapisan coklat itu kemudian dipadatkan dalam bentuk bar dan ia dianggap sebagai snek sihat kerana kandungan nutriennya yang berkhasiat.Bergantung kepada kandungan campurannya, sebatang bar tenaga tersebut mampu memberikan tenaga segera kepada seseorang. Ia juga menjadi pengganti makanan bagi mereka yang mengamalkan diet.Jika sebelum ini kebanyakan bar tenaga diimport atau dihasilkan syarikat luar negara, kini telah ada produk keluaran syarikat tempatan yang menggunakan inovasi dibangunkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi).Ia berbentuk granola bar iaitu adunan bijirin dan bertih beras yang dicampur bersama madu serta ditambah dengan khasiat kacang badam. Ia juga diperkaya dengan buah-buahan sebenar sebelum dipadatkan dalam bentuk bar yang rangup.Granola bar menggunakan jenama Moola itu merupakan kerjasama komersial Agro Jerneh Sdn. Bhd. (Agro Jerneh) yang diterajui usahawan muda kelahiran Pulau Pinang, Mohsein Shariff, 33.

MOHSEIN menunjukkan bar tenaga Moola yang dikomersialkan oleh Agro Jerneh hasil inovasi Mardi.


Beliau yang juga pengarah eksekutif syarikat tersebut memberitahu, penyelidikan oleh Mardi telah berjaya menghasilkan makanan tenaga yang berkualiti setanding dengan produk luar negara.Kata Mohsein, hasil kerjasama beberapa tahun pihaknya dengan Mardi akhirnya berjaya membangunkan produk makanan tenaga itu untuk dikomersialkan.“Kita menggunakan 100 peratus buah-buahan asli tempatan tanpa perisa dan pewarna tiruan yang dijadikan jus pekat semasa proses mengadun bahan-bahan campuran di dalam mesin.“Setiap bar mengandungi serat pemakanan tinggi dan penuh dengan nutrien yang dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol, risiko penyakit jantung, hipertensi dan obesiti.“Rasanya lazat dan diperkaya dengan pelbagai jenis nutrien yang seimbang. Dengan kandungan serat yang tinggi dan tanpa unsur gluten, Moola adalah snek yang berkhasiat,” ujarnya.
Terdapat empat perisa granola bar Moola iaitu badam pisang, badam roselle, badam kurma dan badam kelapa dengan tiap satu dibezakan menerusi corak plastik pembungkusannya.Malah, granola bar yang sama iaitu perisa roselle pernah dibekalkan Mardi kepada angksawan negara, Datuk Sheikh Syed Muzaphar semasa misi ke angkasa lepasnya dahulu.Paling utama ia dapat membekalkan khasiat nutrisi seperti produk-produk import, tetapi pada harga yang jauh lebih rendah.

BAR tenaga yang diperkaya dengan badam, kekacang dan buah-buahan sememangnya baik untuk kesihatan.


Mohsein yang aktif dalam sukan ragbi dan aktiviti lasak memberitahu, bar tenaga bercita rasa tempatan itu dijual pada harga RM2 bagi bungkusan bersaiz 22 gram atau 70 peratus lebih murah daripada produk luar negara.Kini, pihaknya giat memasar serta memperkenalkan Moola ke pasaran tempatan sebagai snek berkhasiat untuk semua golongan serta menjadi makanan ringan berkhasiat untuk kanak-kanak.Ia juga sesuai dijadikan sarapan ringkas untuk golongan dewasa yang lebih sihat berbanding sebungkus nasi lemak atau sepiring roti canai.“Moola dapat memberi nutrien seimbang yang diperlukan tubuh untuk kehidupan yang aktif bertenaga terutamanya bagi mereka yang sentiasa sibuk,” jelas Mohsein.

Monday, August 20, 2012

JOHOR BAKAL MUNCUL "IBU KOTA TAMAN TEMA MALAYSIA"

JOHOR BAHARU- Apabila taman tema Legoland pertama Asia di Nusajaya dibuka pada orang ramai September ini, ia menandakan kemunculan Iskandar Malaysia dan Johor sebagai destinasi pelancongan utama negara dan serantau. 
Selepas pembukaan taman tema Legoland bernilai RM750 juta itu, Iskandar 
Malaysia akan menerima tarikan baharu menerusi pembukaan taman tema keluarga Puteri Harbour pada November tahun ini pula. 
Kedua-dua taman tema bertaraf antarabangsa ini sudah semestinya akan menjadi 
daya penarik kepada jutaan pelancong dalam dan luar negara yang merancang untuk berkunjung ke Iskandar Malaysia dan Johor.
Menurut Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) 
Datuk Ismail Ibrahim, Iskandar Malaysia mampu merealisasi potensi besarnya dalam sektor pelancongan menerusi pelaksanaan beberapa projek infrastruktur.   
"Kami percaya Iskandar Malaysia akan menyediakan destinasi pelancongan 
sempurna untuk bersantai dan berhibur pada harga berpatutan dan kompetitif di rantau Asia Tenggara dan Asia Pasifik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis taklimat tentang taman tema keluarga Puteri Harbour oleh anak syarikat Khazanah Nasional, Themed Attractions and Resort (TAR) Sdn Bhd baru-baru ini.
Taman tema keluarga Puteri Harbour yang juga terletak di Nusajaya dibina 
dengan kos RM115 juta, akan menampilkan beberapa watak animasi kegemaran kanak-kanak seperti Hello Kitty, Bob The Builder, Angelina Ballerina, Pingu dan Thomas  And Friends.
Ia juga akan menempatkan "Lat's Place," iaitu restoran kartunis kesayangan 
negara, Datuk Mohd Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai "Lat",  yang pertama di Malaysia.
Selain kedua-dua taman tema yang berkonsepkan keluarga itu, TAR juga 
merancang membuka dua lagi taman tema bertaraf antarabangsa di pusat peranginan Desaru, di timur Johor.
Kedua-dua taman tema di Desaru itu, Ocean Splash dan Ocean Quest itu akan 
dibina oleh TAR pada kos  RM267 juta dan dijangka siap untuk dibuka pada orang ramai pada pertengahan 2014. 
Pembukaan taman tema Legoland, Puteri Harbour, Ocean Quest dan Ocean Splash di dalam waktu terdekat di Johor dengan kos keseluruhan melebihi RM1 bilion, sememangnya akan melonjakkan sektor pelancongan Johor ke tahap yang tidak pernah diimpikan sebelum ini. 
Malah sudah ada pemerhati industri pelancongan yang melabelkan Johor sebagai 
"ibu kota taman tema Malaysia", berikutan pembukaan satu demi satu taman tema di negeri selatan tanah air ini. 
Iskandar Malaysia menurut Ismail sentiasa berusaha menarik lebih banyak 
pengendali taman tema untuk beroperasi di zon ekonomi khas itu, sebagai tambahan kepada taman-taman tema sedia ada. 
"IRDA sentiasa mencari untuk mempunyai lebih banyak taman tema di Iskandar 
Malaysia dan sekitaranya, yang memberi tumpuan pada hiburan dan pendidikan bercorak kekeluargaan," katanya kepada pemberita. 
Pembangunan taman-taman tema tidak sekadar di Iskandar Malaysia dan Desaru 
kerana di bawah projek "Mersing Laguna" bernilai RM22 bilion, perancangan juga telah dibuat untuk menempatkan beberapa taman tema antarabangsa. 

Sunday, August 19, 2012

MAMOGRAM ATAU ULTRASOUND

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
STATISTIK menunjukkan peningkatan kes kanser payudara di kalangan wanita. Insiden penghidap kanser payudara adalah 1:19 di negara ini menjadikannya kanser yang biasa di kalangan semua etnik di negara ini.
Imbasan biasanya dapat mengesan kanser pada peringkat 1 dan 2 dan kemungkinan besar masih boleh diubati.
Pakar Runding Radiologi Pusat Perubatan Kelana Jaya, Datin Dr. Fatimah Moosa berkata, bagi kanser peringkat 1, hampir 90 peratus boleh dipulihkan.
"Menurut piawaian Amerika Syarikat (AS) wanita yang berusia lebih 40 tahun disarankan membuat pemeriksaan mamogram setahun sekali sehingga berusia 50 tahun bagi pemeriksaan dua tahun sekali.
"Selepas berusia 70 tahun, mamogram boleh dilakukan pada bila-bila masa diperlukan," katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.
Semua wanita mempunyai risiko mendapat kanser payudara bagaimanapun lebih 70 peratus kes yang berlaku tidak dapat dikenal pasti punca.
Dr. Fatimah menambah, biasanya risiko mendapat kanser payudara bertambah dengan peningkatan usia tetapi wanita dengan keluarga yang mempunyai sejarah kanser mempunyai peluang yang tinggi menghidapinya.
Wanita yang pernah diserang kanser mempunyai risiko yang tinggi untuk diserang sekali semula.
Wanita yang mempunyai lobular carcinoma juga lebih kerap diserang kanser serta mereka yang datang haid awal dan menopaus lewat selepas usia 55 tahun.
Selain itu wanita yang tidak melahirkan anak atau melahirkan selepas usia 35 tahun lebih terdedah kepada kanser payudara.
Mereka yang mengambil diet tinggi lemak, alkohol dan merokok juga terdedah kepada risiko kanser payudara.
Justeru bagi mengelakkan kanser payudara, ujian perlu dilakukan bagi mengesannya.
Biasanya mamogram digunakan untuk mengesan kanser di peringkat awal yang potensi pemulihan adalah lebih tinggi.
Imbasan penting kerana rawatan awal boleh dilakukan dan biasanya mereka yang didiagnos dengan kanser payudara tidak mempunyai risiko.
Mamogram pula hanya dilakukan pada wanita yang berusia 40 tahun ke atas kerana sel lemak telah mula berkurangan.
Jika mamogram hanya untuk wanita berusia 40 tahun ke atas bagaimana untuk mendiagnosis wanita 40 tahun ke bawah?
Dr. Fatimah berkata, wanita berusia bawah 40 tahun disarankan menggunakan teknik ultrasound jika disyaki menghidap kanser payudara.
"Bagaimanapun ultrasound hanya mengimbas kawasan tertentu saja dan bergantung kepada operator mahir serta hanya untuk kawasan sasaran," katanya.
Ultrasound sangat sensitif tetapi tidak spesifik seperti mamogram.
"Ultrasound tidak boleh mengimbas sebuah bahagian payudara," katanya.
Bagaimanapun jangan bimbang menjalani ujian berkenaan kerana dos radiasinya adalah rendah dan boleh dilakukan setiap tahun.
Justeru pesan Dr. Fatimah, jika terdapat kelainan di bahagian payudara, jangan segan untuk berjumpa doktor walaupun belum berusia 40 tahun.

KAWAL PEMAKANAN KETIKA BERAYA


Sekiranya kita tidak menjaga pemkanan sepanjang syawal, , ada kemungkinan badan tidak dapat melakukan proses detox dengan baik. - Gambar Hiasan

SYURGA makanan." Itulah ungkapan yang sesuai digambarkan apabila tiba 1 Syawal. Selagi tidak penuh makanan di meja, seperti tidak lengkap menu di pagi raya.
Lauk-pauk, kuih-muih, pencuci mulut dan minuman disediakan untuk hidangan keluarga di pagi raya.
Ada yang bertanya, "cukup tak makanan kita hari ni?" Ada pula yang berkata, "tidak seronok pula tanpa manisan serta minuman sejuk."
Selepas tiga hari menyambut Aidilfitri, timbul pula persoalan. Adakah berat badan akan bertambah atau kenapa badan semakin letih? Perkara ini biasa berlaku disebabkan tabiat pemakanan sepanjang Syawal.
Mungkin ramai yang tidak mengetahui, badan kita baru sahaja melalui proses detox secara semula jadi sepanjang Ramadan. Sekiranya, amalan pemakanan kita bertukar, ada kemungkinan badan tidak dapat melakukan proses detox dengan baik.
Apa itu detox?Menurut Pakar Diet, Nurul Husna Abdul Karim dari Hospital Pakar DEMC Shah Alam, Selangor, amalan puasa dapat membantu individu mengawal pemakanannya. Sebaliknya, ramai yang terlupa amalan ini perlu diteruskan sepanjang Syawal.
"Detox adalah proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari sistem tubuh badan. Ramai mengandaikan detox boleh dilakukan dengan kaedah luaran sahaja seperti mengambil jus detox, teh herba, sauna dan lain-lain.
"Sebenarnya badan sendiri mempunyai sistem detox semula jadi iaitu organ hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan detox secara semula jadi.
Apabila tiba Aidilfitri, kita mungkin tidak berjaya melakukannya secara semula jadi kerana faktor hidangan makanan yang pelbagai. Justeru, saya menyarankan umat Islam melakukan diet detox di bulan ini," katanya.
Secara ringkasnya pembuangan toksin dan nyah toksin menerangkan tentang proses penyingkiran toksin dari dalam tubuh badan.
"Manusia memilih untuk melakukan detox untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya, memastikan kulit bersih dan segar serta memastikan sistem buah pinggang dan hati berjalan lancar.
"Apabila semua organ penyingkiran toksin ini berjalan dengan sepatutnya barulah tubuh kita boleh mengeluarkan toksin secara berkesan dan maksimum," jelasnya.
Menambah lanjut, menurutnya, pembuangan toksin amat penting bagi memastikan kesihatan tubuh badan. Tubuh badan mestilah menjalani pembuangan toksin setiap hari atau seseorang itu mungkin berhadapan dengan risiko penyakit
Tambah Nurul, diet detox tidak perlu dilakukan dalam tempoh yang panjang kerana ia memadai dilakukan dua hingga tiga hari sahaja sama seperti amalan puasa enam.
"Sebenarnya proses pembuangan toksin adalah lebih mudah sekiranya kita mengamalkan pemakanan sihat dengan mengambil makanan berserat tinggi, diet organik semula jadi dan menjalani kehidupan secara natural," katanya.
Siapa yang perlukan diet detox?Mereka yang kerap berasa letih akibat tekanan kerja, tidak menjaga pemakanan (kerap makan makanan segera atau proses), kerap sakit seperti selesema atau demam perlu mengamalkan diet detox.
"Selain itu, mereka yang mengalami masalah penghadaman atau sering sakit kepala juga perlu melakukannya. Namun, orang ramai perlu tahu bahawa amalan ini bukan untuk rawatan atau menyembuhkan penyakit. Ia bertujuan meningkatkan kecekapan organ detox badan. Sementara itu, golongan berpenyakit kronik, ibu mengandung atau ibu menyusu tidak sesuai melakukan diet detox," ujarnya.
Tempoh masaTambah Nurul, bagi merangsang, meningkatkan aktiviti dan kecekapan organ detox, diet ini boleh dilakukan dua hingga tiga hari berturut-turut.
"Ia bukan untuk jangka masa panjang. Bagi mereka yang berminat melakukan diet ini, tiga prinsip utama perlu diamalkan iaitu pertama, buah-buahan dan sayur-sayuran (kaya dengan fitokimia dan vitamin C). Kedua, kita mengamalkan produk bijiran seperti fosforus dan laksatif. Prinsip yang terakhir sayur-sayuran hijau termasuk brokoli, kubis, kubis bunga, kubis daun, kubis brussels termasuk sulfur baik untuk detox hati," ujarnya.
Persediaan diet detox perlu dilakukan satu hingga dua minggu sebelum melakukan diet detox. Selain itu, walaupun hidangan Syawal mungkin menguji kesabaran selera anda, Nurul menasihatkan orang ramai mengurangkan pengambilan kafein, gula dan makanan karbohidrat.
Anda juga tidak digalakkan mengambil makanan berminyak dan berlemak selain makanan segera atau proses. Hanya satu benda digalakkan mengambil secara berlebihan iaitu air!

RAIKAN AIDILFITRI


HARI Raya Puasa atau Hari Raya Aidilfitri adalah hari kebesaran yang disambut oleh seluruh umat Islam seluruh dunia. Ia besar bagi umat Islam yang dirayakan pada 1 Syawal setiap tahun setelah berakhir puasa di bulan Ramadan.
Aidilfitri adalah lambang kejayaan dalam menunaikan satu perintah Allah SWT. Ia merupakan kemenangan dalam bentuk maknawi. Aidilfitri juga adalah tanda tamatnya satu tempoh latihan kerohanian. Kegembiraan yang dirasai adalah atas dasar kesyukuran kerana mendapat sesuatu yang berharga iaitu iman dan takwa.
Pada hari itu juga segala dosa umat Islam yang telah menunaikan puasa Ramadan sebulan penuh dan membayar zakat fitrah akan dibersihkan sehingga seperti bayi yang baru dilahirkan ke dunia.
Hari Raya Aidilfitri seharusnya dirayakan mengikut sunah Nabi SAW. Antaranya disunatkan bangun pagi awal daripada biasa. Digalakkan memberus gigi dan membersihkan badan. Mandi sunat hari raya dan berpakaian indah mengikut syariat.
Umat Islam juga digalakkan memakai pakaian terbaik (yang tidak semestinya baru). Hal ini bagi mengelakkan supaya seseorang itu tidak berhutang atau melampaui batasan Islam dalam kesederhanaan berpakaian. Digalakkan memakai minyak wangi yang dibolehkan dibawa sembahyang.
Tunaikan solat hari raya, pada kebiasaannya bagi Mazhab Syafi'e dilakukan di masjid dan boleh juga dilakukan di kawasan terbuka jika masjid penuh iaitu di kawasan padang dan tanah lapang yang terbuka lagi bersih.
Digalakkan makan sedikit sesuatu yang manis pada Hari Raya Aidilfitri sebagai contoh kurma dengan bilangan ganjil, iaitu satu atau tiga biji kurma sudah memadai. Ini bagi mengelakkan perut terasa lapar sewaktu solat yang mengambil masa yang agak lama.
Disunatkan pergi ke tempat solat pada awal waktu bagi mengelakkan kesesakan di jalan dan terlambat dalam menunaikan solat Aidilfitri. Digalakkan berjalan kaki ke tempat solat hari raya, jika ia dalam lingkungan yang tidak jauh mengikut jarak perjalanan. Gunakan jalan yang berlainan pergi dan balik dari tempat solat Hari Raya Aidilfitri bagi mengenali jiran dan merapatkan silaturahim.
Mengikut mazhab Syafi'e digalakkan membaca takbir dengan kerap dan boleh dibaca dengan kuat. Apabila tiba di masjid lakukan solat sunat dua rakaat tanpa azan atau iqamah. Adalah dilarang untuk menunaikan solat sunat sebelum atau selepas solat hari raya di padang. Tetapi boleh dilakukan jika bersolat di dalam masjid , umpamanya solat Dhuha dan Tahiyatul Masjid.
Lakukan solat sunat dua rakaat apabila tiba di rumah iaitu setelah selesai solat sunat Aidilfitri. Selepas itu digalakkan menerima tetamu yang berkunjung ke rumah bagi mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat kejiranan.
Semasa solat hari raya, dalam rakaat pertama , Rasulullah SAW akan membaca surah al-A'la dan surah al-Ghasiyaah dalam rakaat kedua. Boleh juga dibaca surah Qaaf pada rakaat pertama dan al-Qamar pada rakaat kedua.
Diriwayatkan pada zaman Rasulullah SAW, apabila selesai menunaikan solat hari raya baginda akan berdiri menghadap orang ramai yang sedang duduk dalam barisan mereka, memberi khutbah, mengeluarkan arahan dan memerintahkan umat Islam melakukan kebaikan.
Jika ingin menghantar tentera atau jemaah, baginda akan lakukan dan begitu juga mengeluarkan arahan yang khusus yang baginda inginkan.
Khutbah diberikan selepas solat hari raya. Khutbah hari raya adalah sunat tetapi mendengarnya adalah wajib. Adalah dilarang keras (haram) untuk berjalan sekeliling, berbual atau menunaikan solat semasa khutbah.
Hal ini penting bagi mendengar amanat yang ingin disampaikan oleh Imam kepada makmum. Jika para makmum tidak memberi perhatian yang khusus sudah tentu amanat yang ingin disampaikan tidak tercapai.
Bersalaman antara satu sama lain adalah dibenarkan tetapi janganlah dilakukan sebagai adat atau dengan keterlaluan.
Bertemu dengan orang yang datang dari jauh dengan berjabat tangan atau dengan berpelukan apabila bertemu mereka adalah dibolehkan.

Saturday, August 18, 2012

KEENAKAN KULIT KERBAU SALAI

DAGING kerbau sememangnya digemari di Kampung Lukut dan Kampung Bukit Lintang, Kota Tinggi, Johor. Ia disifatkan lebih pejal, lebih manis dan tidak berbau seperti daging lembu ternak.Tidak hairanlah permintaan daging kerbau di kampung itu tidak pernah menyusut. Malah, setiap kali Syawal, hampir semua rumah akan menyediakan rendang kerbau dan lemang sebagai juadah istimewa Aidilfitri.
"Bila tiba sahaja bulan puasa, kami akan keluar memburu kerbau bertuan yang hidup meliar pinggir di kampung ini. Permintaan terhadap daging kerbau liar memang tinggi di kampung ini, malah orang luar juga sudah pandai mencari daging kerbau setiap kali raya tiba.

"Masa itu, bukan sahaja daging, semua bahagian kerbau akan habis terjual. Daripada tanduk, tulang, kepala, kulit, tidak ada yang tertinggal," ujar pemburu kerbau liar, Nurul Hisham Norden atau Dodot.Selain rendang kerbau dan kerbau salai masak lemak cili api, jangek adalah menu berasaskan kerbau yang menjadi signatur kampung itu.
"Jangek adalah kepingan kulit kerbau yang dibakar, dikikis dan diketuk berulang kali sehingga bersih daripada bulu-bulu.
"Selepas itu, ia akan disalai beberapa hari sehingga kering dan keras. Kemudian, kepingan itu diketuk menggunakan tukul besi sehingga warnanya yang hitam menjadi kekuningan.
"Apabila hendak dimasak, ia direbus terlebih dahulu sehingga lembut dan warna bertukar menjadi lut sinar seperti agar-agar.
"Setelah lembut, sejukkan terlebih dulu sebelum dipotong kecil-kecil dan sedia untuk dimasak," ujar Sareh Soho, 67.
Tambah isterinya, Sapiah Mohd. Yusof, 63, jangek enak dimasak lemak cili api bersama labu manis ataupun ubi kayu.
"Kalau suka, jangek juga boleh dimasak dengan rebung. Penyediaannya memang rumit, tetapi rasanya yang lembut tetapi sedikit kenyal sungguh enak.
"Malah, setiap kali ada rewang sempena kenduri kahwin ataupun anak-anak berkumpul sempena raya, mereka pasti meminta saya menyediakan hidangan jangek masak lemak cili api.
"Bagi yang pertama kali menikmatinya, pasti akan mencuba untuk kali kedua. Malah, besan saya dari Pulau Pinang turut menggemari hidangan ini," ujar ibu kepada 12 cahaya mata ini.
Kedua-dua kampung ini yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari bandar Kota Tinggi, Johor memang kaya dengan keunikan budaya dan adat warisannya.Ia dibuka pada tahun 1890 oleh Raja Lajim Raja Syed yang merupakan waris keturunan Raja Melewar dari Negeri Sembilan yang berhijrah dari Lukut di Port Dickson, Negeri Sembilan bersama lapan lagi saudaranya.Biarpun sudah 122 tahun berlalu, warisan Minangkabau dan adat Perpatih masih diamalkan di negeri Johor yang mengamalkan adat Temenggung hingga ke hari ini.Paling ketara, gaya percakapan penduduk di kampung ini yang menuturkan loghat asli Negeri Sembilan cukup untuk membuatkan orang luar yang bertandang ke sini beranggapan mereka berada di Negeri Sembilan, bukannya di Johor.

ZAKAT NIAGA PONTIAN MENINGKAT SETIAP TAHUN


PONTIAN 17 Ogos - Pembayaran zakat perniagaan yang diterima di daerah ini didapati meningkat daripada setahun dan setahun sejak 2008, sekali gus menunjukkan perkembangan mengenai kesedaran dalam kalangan usahawan beragama Islam untuk menunaikan kewajipan masing-masing.
Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon berkata, ia juga secara tidak langsung menunjukkan jumlah usahawan dan ahli perniagaan muslim sudah meningkat dan sumbangan yang diberikan dapat membantu lebih ramai golongan memerlukan.
"Sebagai contoh pada tahun 2010, bayaran zakat perniagaan yang diterima oleh Baitulmal Daerah Pontian ialah sebanyak RM386,000 dengan 184 pembayar zakat berbanding RM592,000 pada tahun 2011 dengan 192 pembayar zakat.
"Baitulmal diharap dapat terus menjalankan kempen serta penerangan kepada ahli-ahli perniagaan muslim mengenai kepentingan membayar zakat perniagaan seperti mana yang dituntut di dalam Islam," katanya ketika berucap pada Majlis Pembayaran Zakat Perniagaan dan Penyerahan Bantuan oleh lima syarikat bumiputera di Tanjung Piai Resort, Serkat di sini semalam.
Bagi penerima, Hamdan Ahmad, 49, sumbangan RM10,000 daripada Syarikat Penjuru Benua akan digunakan untuk membiayai sebahagian daripada kos pembedahan jantung anaknya, Siti Nor Alisa Diana, 10, di Institut Jantung Negara (IJN) pada tahun lalu yang masih belum selesai dibayar.
Dia yang berasal dari Lorong Pinang di sini berkata, pendapatan kurang RM1,000 sebulan sebagai pengawal keselamatan tidak cukup untuk membayar kos tersebut, di samping keperluan mereka sekeluarga.
"Syukur selepas pembedahan itu, keadaan kesihatan Nor Alisa bertambah baik dan dapat menjalankan kehidupan seharian seperti mana kanak-kanak lain pada usia 10 tahun," katanya lagi.
Seorang lagi penerima, Farid Asraf Omar, 20, yang menerima RM900 daripada MZ Enterprises bagi membayar yuran pengajian di Universiti Teknikal Melaka yang belum dapat diselesaikan sepenuhnya.
Katanya, beliau merupakan anak kedua daripada tujuh beradik bersyukur dan berterima kasih kepada pihak yang telah memberikan sumbangan tersebut kerana dapat meringankan beban kewangannya dan berazam untuk mengikuti pengajian dengan bersungguh-sungguh bagi mengubah nasib keluarga dan menjadi contoh kepada adik-beradik lain.

Thursday, August 16, 2012

PEK MENU SEJUK BEKU SRI KULAI

NASI lemak antara pek sedia makan yang ditawarkan Sri Kulai.


MESKIPUN Syawal bakal menjelma dalam beberapa hari lagi, jenama perintis makanan sejuk beku yang halal, Sri Kulai masih memanjangkan tempoh promosi menu edisi khas Ramadan sehingga bulan September 2012.Kepada mereka yang mungkin merancang untuk menunaikan puasa enam pada bulan Syawal, menu ayam gulai lemak tradisional dan ayam kurma tradisional sesuai disajikan untuk bersahur atau berbuka puasa.Kedua-dua menu tersebut yang mendapat permintaan tinggi daripada pengguna sudah tiga kali diperkenalkan di pasaran. Dijual sejak awal Ramadan lalu, produk tersebut boleh didapati di stesen-stesen (RTE) Ready To Eat Sri Kulai.Setiap pek lauk seberat 360 gram hingga 400 gram boleh dikongsikan bersama tiga orang dan boleh dimakan selepas dipanaskan selama enam minit dalam ketuhar. Enak dimakan bersama nasi atau roti, kedua-dua menu tersebut dijual pada harga RM7.90 setiap pek sepanjang promosi hingga September ini.

PRODUK Sri Kulai boleh didapati di pusat beli-belah dan pasar raya besar terpilih.

Sebagai bonus, Sri Kulai turut memperkenalkan kad kesetiaan ideal buat mereka yang ingin mendapatkan produk tersebut tanpa memeningkan kepala. Kepada pemegang kad, anda berpeluang mendapat dua pek menu percuma bagi setiap pembelian enam pek produk Sri Kulai atau empat menu percuma yang lengkap untuk setiap pembelian 10 pek produk Sri Kulai.Sebagai memberi pilihan kepada pelanggan, anda boleh terus ke stesen Sri Kulai yang menawarkan 30 pilihan menu yang sedia dimakan. Produk Sri Kulai bebas pengawet, monosodium glutamnate (MSG) dibungkus menggunakan bahan yang mesra alam dan disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).Ia boleh didapati di pusat beli-belah Aeon Jusco, pasar raya besar Tesco, Giant, Village Grocer dan Cold Storage pada harga runcit bermula dari RM5.90.