BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Tuesday, April 30, 2013

NASI ARAB 3 RASA- TAMAN LARKIN IDAMAN JB


ZULRAHIM Yusuf (dua dari kiri) membantu pekerjanya dari Palestin menyediakan makanan di Restoran Al-Hanin di Larkin Perdana, Johor Bahru baru-baru ini.

MENU nasi Arab ini mungkin sama seperti di kebanyakan restoran sajian Asia Barat lain di negara ini. Mungkin apa yang berbeza adalah cara penyediaan yang membuatkan setiap hidangan di restoran ini mempunyai keunikan tersendiri.
Restoran Al-Hanin yang dimiliki Zulrahim Yusof, 41, menjanjikan kelainan di sebalik pelbagai menu lazim makanan Arab yang dihidangkan di restoran di Taman Larkin Idaman, Johor Bahru ini.
Cukup terkenal dengan tiga hidangan istimewanya iaitu nasi Maqlubah, nasi Mandy dan nasi Kabsa, restoran yang menjadi pilihan ramai itu telah memberi ilham kepada Zulrahim untuk mencipta satu resipi baharu yang menggabungkan ketiga-tiga sajian nasi tersebut.
Katanya, menu yang diberi nama Nasi Arab 3 Rasa itu memberi pilihan kepada pelanggan untuk menikmati ketiga-tiga hidangan nasi Arab dalam satu hidangan.
"Setiap hidangan mempunyai keenakan tersendiri dan pelanggan saya selalu bertukar menu setiap kali menjamu selera di sini. Lazimnya, pelanggan sukar membuat keputusan untuk memilih antara tiga menu nasi tersebut. Ini kerana ada di antara mereka amat menyukai ketiga-tiganya.
"Jadi, saya memudahkan mereka dengan menggabungkan kesemuanya dalam satu hidangan agar mereka dapat menikmatinya secara serentak," katanya kepada S2 ketika ditemui di restorannya yang membawa maksud idaman.
Bukan itu sahaja, bekas guru JQaf yang pernah menetap selama enam tahun di Jordan itu memberitahu, keistimewaan makanan Arab yang disajikan turut terletak di tangan chef yang berkhidmat di situ yang diimport khas dari Palestin.
Ujarnya, empat tukang masak warga Palestin menjadikan setiap hidangan di Restoran Al-Hanin mempunyai sentuhan asli bangsa Arab.
"Hidangan di sini adalah 'original'. Ia resipi asli, dimasak dan dihidangkan oleh orang Arab sendiri. Ini dilakukan bagi membantu dan beramal kepada warga Palestin terbabit, selain tidak mahu mengecewakan pelanggan.
"Selain itu, dekorasi dalaman dan susun atur restoran ini juga dihias menyerupai restoran di Asia Barat bagi mewujudkan suasana sebenar negara Arab," katanya yang mengusahakan perniagaan itu sejak dua tahun lalu.
Mengenai cara memasak yang unik di dapur restorannya, menurut Zulrahim, nasi Mandy dimasak bersama daging ayam dan kambing di dapur tanah bagi mendapatkan aroma yang asli dan secara tidak langsung memberikan kelazatan terhadap hidangan tersebut.
Di samping tiga menu popular berkenaan, restoran itu juga menyediakan pelbagai menu sampingan seperti kebab Gaza Palestin, kambing kuzi, sup kacang dal, falafel, kacang pool Gaza Palestin dan hummus.
Pada masa akan datang, beliau berhasrat untuk mengetengahkan satu lagi menu istimewa iaitu nasi Mansaf.
"Lauknya disediakan melalui teknik merebus ayam atau kambing dengan menggunakan susu kambing atau yogurt,"ujarnya yang memberitahu nasi Mansaf amat popular di negara Jordan.

Monday, April 29, 2013

CEGAH SLIP DISC


CARA duduk yang salah seperti membongkok di hadapan komputer terlalu lama boleh menyebabkan sakit belakang dan menyumbang berlakunya cakera teranjak.

SAKIT belakang terutama bahagian tulang belakang sering dianggap perkara biasa akibat daripada kerja keras seperti mengangkat barang terlalu berat atau menyertai sukan lasak seperti ragbi.
Bagi menghilangkan kesakitan tersebut, ramai yang sering sekadar mengambil ubat penahan sakit, berurut atau menjalani rawatan alternatif dan tidak bertemu dengan pakar bagi memeriksa masalah yang dihidapi.
Bukan tidak pernah mendengar apa itu cakera teranjak atau lebih dikenali sebagai 'slipped disc', tetapi mereka terutamanya golongan muda berasa tidak mungkin menghidapi masalah tersebut kerana ia sering dikaitkan dengan golongan tua.
Memang kebanyakan pesakit cakera teranjak berusia 40 tahun ke atas, tetapi sekarang dilihat semakin ramai golongan muda menghidap masalah yang sama malah ada yang baru berusia belasan tahun.
Memburukkan keadaan, cakera teranjak boleh menyebabkan pesakit hilang kualiti kehidupan kerana pelbagai perkara tidak dapat dilakukan dan jika masalah itu berlaku di bahagian leher, pesakit mampu lumpuh.

Perunding Ortopedik, Artroplasti dan Pembedahan Sukan Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Soong Kean Leong berkata, perubahan kelompok usia penghidap cakera teranjak kepada mereka yang lebih muda berkemungkinan berpunca daripada perubahan gaya hidup dan kurang langkah pencegahan dilakukan.
"Kelompok usia yang ramai mengidap masalah cakera teranjak masih 40 tahun ke atas tetapi semakin ramai golongan muda seawal usia 20-an yang berdepan dengan masalah tersebut.
"Perubahan tersebut dipercayai berpunca gaya hidup yang tidak sihat. Ramai yang tidak mengambil berat penjagaan tulang belakang dari muda seperti postur badan yang betul ketika berjalan, duduk dan tidur.
"Memang betul sakit belakang tidak semestinya petanda masalah cakera teranjak, tetapi lebih elok mengambil langkah berjaga-jaga dengan memeriksanya di hospital," ujarnya yang pernah merawat pesakit cakera teranjak berusia 17 tahun.
Punca dan gejalaSelalunya, cakera teranjak berpunca daripada proses penuaan iaitu pengurangan kandungan cecair di dalam cakera yang menyebabkan ia lebih mudah rosak atau pecah apabila menerima hentakan.

Selain itu, ia juga boleh terjadi akibat kecederaan seperti kemalangan.
Terang Dr. Soong, cakera teranjak berpunca daripada cakera rawan di antara tulang vertebra yang berfungsi sebagai kusyen untuk penyerap hentakan tersembul dari kedudukan sebenar.
Perubahan tersebut mungkin terkena bahagian saraf tunjang menyebabkan rasa sakit di bahagian-bahagian tertentu yang dikawal saraf tersebut seperti kaki, tangan dan leher selain tulang belakang.
Kesakitan yang melampau akan menyebabkan anggota badan menjadi kebas dan pergerakan akan turut terbatas.
Namun, ujar Dr. Soong, kajian di AS menunjukkan 20 peratus daripada mereka yang berusia lingkungan 40 tahun yang disahkan mengalami cakera teranjak tidak berdepan dengan apa-apa simptom.
Ini kerana bahagian tengah cakera yang rosak retak itu tidak mempunyai deria dan hanya terasa sakit jika ia mengena saraf.
Kesannya mungkin hanya dirasai apabila pesakit semakin berusia.
Jika cakera teranjak berlaku di bahagian atas iaitu vertebra serviks, pesakit berkemungkinan menjadi lumpuh.
Namun, jika di bahagian bawah, ia tidak akan menyebabkan lumpuh, cuma akan berasa sakit atau kebas yang akan menyebabkan kualiti hidup terganggu.
DiagnosisUjar Dr. Soong, cakera teranjak dapat didiagnosis melihat kepada simptom yang dihidapi seperti bahagian yang berasa sakit kerana setiap saraf mengawal bahagian yang berbeza.

Doktor juga akan merujuk kepada sejarah pesakit seperti gaya hidup atau ada kemalangan yang menyebabkan kecederaan.
Menerusi imbasan sinaran-X, perbezaan ketinggian setiap lapisan tulang belakang dapat dilihat penanda berlaku perubahan pada cakera kerana setiap tulang selalunya mempunyai ketinggian yang konsisten.
Ujian MRI dapat menentukan masalah sebenar pada tulang belakang yang dihidapi.
RawatanPembedahan selalunya hanya dipertimbangkan jika apabila rawatan lain gagal.
"Rawatan bergantung kepada beberapa perkara seperti usia dan seteruk mana masalah tersebut mengganggu hidup.
"Perkara pertama akan dilakukan ialah mengawal kesakitan tersebut seperti penggunaan ubat.
"Cara penjagaan tulang belakang turut akan diajar kepada pesakit supaya tidak memburukkan lagi keadaan," ujar Dr. Soong yang begitu menitik-beratkan penjagaan tulang belakang dari peringkat awal.
Terangnya lagi, fisioterapi perlu dilalui pesakit bagi mengurangkan rasa sakit yang dihidapi kerana masalah cakera teranjak tidak akan hilang begitu saja.
Beberapa cara senaman perlu dipraktikkan oleh pesakit bagi menguatkan otot-otot dan tulang belakang.
Jika kesakitan masih berterusan dan amat mengganggu pesakit, pembedahan iaitu 'PECD scope' akan dilakukan bagi menyahmampatkan saraf yang terkena cakera tersebut.

DIRI ANDA ADALAH APA YANG ANDA MAKAN


KETAGIHAN bukan terhad kepada dadah dan minuman keras sahaja. Ia boleh berlaku dalam pelbagai keadaan. Antaranya ketagihan judi, seks dan makanan.
Apa sahaja yang diambil secara berlebihan dan menimbulkan mudarat dikira sebagai ketagihan. Ini termasuk makanan segera dan minuman manis berkarbonat.
Ketagihan makanan berlaku apabila seseorang terlalu banyak memikirkan tentang makanan sahaja sepanjang hari.
Golongan ini makan bukan sekadar kerana lapar tetapi untuk membuat diri sendiri rasa lebih selesa.

Mereka terus makan walaupun perut telah menghantar isyarat kenyang.
Ketagihan makanan berbahaya seperti pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan penyakit kencing manis.
Dalam keadaan teruk menyebabkan pesakit memerlukan rawatan suntikan insulin untuk mengawal paras gula dalam darah.
Badan memerlukan tenaga yang mencukupi dari makanan.
Tenaga ini diperlukan untuk berfikir dan melakukan aktiviti fizikal.
Apabila makanan diambil secara berlebihan, tenaga yang diperolehi sudah tentu melebihi dari keperluan sebenar dan ini boleh menyebabkan kegemukan atau obesiti.
Makanan berkolesterol tinggi boleh menyebabkan risiko serangan penyakit jantung manakala makanan bergaram pula boleh menyebabkan penyakit darah tinggi.
Tanda-tanda ketagihan makananSeseorang yang ketagihan makanan selalunya makan secara berlebihan dalam setiap hidangan.

Mereka mengambil hidangan utama sama seperti hidangan tengah hari walaupun pada waktu sarapan pagi, minum petang atau tengah malam.
Mereka sering kali merancang aktiviti makan secara besar-besaran.
Contohnya, keluar membeli makanan, minuman dan coklat dalam kuantiti yang banyak dan kemudiannya mereka boleh menghabiskan kesemua makanan dalam satu masa.
Mereka teruja apabila kekenyangan. Tetapi perasaan menyesal biasanya timbul selepas mereka memikirkan akibatnya pula ke atas diri sendiri.
Mereka takut sekiranya makanan kegemaran mereka habis di pasaran. Ini menyebabkan mereka memborong dalam kuantiti yang banyak.
Malangnya, makanan ini selalunya dibazirkan kerana mereka sebenarnya mewah dengan pelbagai makanan lain dan mereka sendiri telah terlupa dengan stok simpanan tersebut.
Ada juga yang menyorok makanan kerana tidak mahu berkongsi dan hendak mengelakkan perasaan malu sekiranya tabiat mereka diketahui oleh orang lain.
Mereka ini biasanya mempunyai tempat simpanan makanan rahsia di rumah dan tempat kerja.
Mereka obses terhadap makanan. Mereka kerap berfikir ke hadapan seperti apakah yang perlu dimakan pada waktu tengah hari nanti walhal pada waktu itu dia baru sahaja bersarapan pagi dan masih kekenyangan.

Apabila bercerita sahaja tentang makanan, sinar keriangan jelas terpancar di wajah mereka.
Golongan ini makan bukan kerana lapar. Mereka sentiasa mencari alasan untuk makan walaupun hanya untuk menggembirakan diri sendiri.
Mereka selalu dilihat makan seorang diri. Mungkin kerana malu diperli rakan-rakan.
Atau mengambil kesempatan makan terlebih dahulu dan kemudiannya makan sekali lagi buat kali kedua seolah-olah belum makan apabila rakan-rakan datang makan bersama-sama.
Mereka berbelanja banyak untuk makanan. Sama seperti ketagihan lain, keutamaan berbelanja bagi golongan ini tetap kepada makanan.
Malah ada yang 'mengumpul duit' untuk menjamu selera di restoran mewah atau memasang cita-cita menikmati santapan tertentu mengalahkan orang mengidam.
Tanda terakhir adalah obesiti. Malangnya, bukan semua penagih jenis ini gemuk. Kebanyakan pesakit anorexia misalnya dilihat kurus kering kerana mereka memuntahkan kembali makanan yang telah ditelan.

Bagaimana mengatasi masalah ini?Langkah pertama ialah kesedaran bahawa ketagihan ini telah menjadi satu masalah dan perlu dirawat sama ada merawat penyakit-penyakit yang disebabkan oleh tabiat makan tersebut atau untuk menjaga berat badan unggul.
Ubah kepada gaya hidup yang lebih sihat. Jangan simpan atau beli terlalu banyak makanan yang membolehkan seseorang makan diluar kawalan.
Mulakan senaman kardiovaskular untuk menggunakan simpanan tenaga yang telah banyak tersimpan di dalam badan.
Bagi mereka yang makan untuk menggembirakan diri pula, jumpa doktor untuk mengenal pasti punca permasalahan.
Jika puncanya ialah penyakit bulimia atau anorexia, rawatan ubat-ubatan dan terapi tingkah laku secara profesional boleh diberi.
Diri anda ialah apa yang dimakan. Yang penting, cuba dapatkan semula pengawalan ke atas corak pemakanan anda.

4 LANGKAH GAYA HIDUP SIHAT


Pastikan ada buah-buahan dan sayuran dalam sajian harian anda.
ADAKAH anda bangun tidur sebelum matahari terbit dan pulang ke rumah setelah terbenamnya matahari? Atau adakah anda sering bergegas dari satu mesyuarat ke mesyuarat yang lain setiap hari? Mungkin anda pernah mengalami situasi tersebut malah sering berulang.
Sebaik-baiknya, pencegahan terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes, penyakit jantung, kanser dan sebagainya, harus dimulakan sejak kecil, namun masih belum terlambat untuk dimulakan sekarang. Jangan lagi bertangguh atau menunggu sehingga anda mengalami sakit dada baru anda mengambil berat tentang kesihatan. Mula amalkan pemakanan sihat dan kehidupan aktif sekarang.

Langkah 1 - Amalkan pemakanan sihat
Sarapan - Kajian saintifik membuktikan jika anda memulakan hari dengan sarapan yang seimbang, anda boleh fokus, meningkatkan tahap tumpuan, kepintaran dan daya ingatan.
Makan tengah hari - Jangan sesekali tinggalkan makan tengahari tidak kira sibuk manapun anda. Namun begitu, elakkan makan terlalu kenyang yang boleh menyebabkan anda berasa kembung, mengantuk dan tidak produktif.
Makan Malam - Sentiasa ingat untuk mengambil makanan yang seimbang, pelbagai dan tidak makan berlebihan. Pulang awal ke rumah untuk makan makanan yang dimasak di rumah dengan ahli keluarga.

Langkah 2 - Pilih makanan dengan bijak
 Sentiasa memilih makanan yang disediakan dengan cara sihat seperti mengukus, membakar atau sup berbanding makanan bergoreng.
Pilih makanan rendah lemak, gula dan garam.
Pastikan ada buah-buahan dan sayuran dalam sajian harian anda
Elakkan mengambil terlalu banyak kuah, kerana ia biasanya tinggi lemak dan garam.
Pilih makanan berasaskan bijirin penuh.
Pilih makanan tinggi serat.
Minum banyak air kosong dan elakkan minuman manis dan bergas.
Langkah 3 - Jadi lebih aktif dengan bersenam.
Langkah 4 - Pantau kesihatan anda

Rancang jadual pemeriksaan kesihatan anda secara berkala iaitu bulanan, suku tahun atau tahunan kerana anda perlu sentiasa mengetahui kedudukan tahap kesihatan anda. Anda juga boleh melakukan pemantauan diri sendiri seperti mengukur ketinggian dan berat badan supaya sentiasa dalam keadaan normal.

IKAN BAKAR RESTORAN SEDAP RASA, BANDAR SUNGAI BUAYA


Ikan talapia bakar dicicah air asam yang menjadi resipi turun temurun.

AROMA ikan yang dibakar bersama balutan daun pisang pastinya mampu membuka selera sesiapa sahaja yang terbau akan keharumannya.
Keenakannya bukan sahaja terasa tatkala menikmatinya begitu sahaja tetapi ikan bakar amat sinonim dengan air asam sebagai penyedap rasa.
Bagi mereka yang meminati hidangan ini pastinya lokasi-lokasi seperti Tanjung Harapan, Kelang; Tanjung Lumpur, Kuantan; Umbai Melaka menjadi pilihan untuk menikmati ikan bakar segar.
Kini disebabkan permintaan yang semakin tinggi dalam kalangan peminat-peminat ikan bakar, banyak restoran yang telah menyediakan menu tersebut untuk memudahkan peminat-peminat hidang tersebut untuk menikmatinya tanpa perlu bersusah payah ‘berjalan’ jauh.
Bagi mereka yang tinggal di sekitar kawasan Rawang, hari ini mereka boleh menikmati ikan bakar di Restoran Sedap Rasa yang terletak di No. 11, Jalan Kesumbasari 1, Bandar Sungai Buaya, Rawang, Selangor.
Menurut pemilik restoran tersebut, Norhayati Ramli, 39, ikan bakar yang ditawarkan di restorannya itu terdiri daripada ikan talapia, kembung, pari dan juga cencaru.
Katanya lagi, keistimewaan ikan bakar yang ditampilkan di Restoran Sedap Rasa ialah terletak pada keenakan air asamnya yang dihasilkan daripada resipi turun temurun.
“Ikan bakar lazimnya sinonim dengan air asam yang dicicah bersama dan di sinilah terletaknya keistimewaan ikan bakar Restoran Sedap Rasa ini.
“Ini kerana air asam yang dihasilkan menggunakan resipi turun temurun daripada keluarga dan sudah pasti resipinya adalah asli.
“Pada masa yang sama, ikan yang diperap bersama bahan-bahan seperti halia, bawang merah, bawang putih, cili besar, kunyit, serai, dan garam selama lebih kurang dua hingga tiga jam menjadikan hidangan ini lebih enak ketika dinikmati," ujarnya ketika ditemui di premis perniagaannya baru-baru ini.
Bercerita lanjut mengenai hidangan tersebut, ulas Norhayati lagi, satu lagi keistimewaan yang ditampilkan ialah ikan talapia.
Ini kerana katanya, ikan talapia lazimnya susah untuk didapati apatah lagi untuk dinikmati warga kota.
Selain itu, ikan bakar yang dijual di sini juga dibalut dengan daun pisang di mana bau harum semerbak daun pisang yang dibakar menjadikan ikan lebih sedap.
Dibakar dengan menggunakan arang yang berkualiti serta dibakar di dalam tempat khas, ikan bakar yang dibakar di sini hanya mengambil masa selama lima minit.
Di sinilah terletak keenakan ikan bakar Sedap Rasa dan uniknya apabila anda perlu membuka sendiri ikan bakar yang dibalut dengan daun pisang.
Dijual pada harga yang berpatutan, Norhayati turut memberitahu harga selalunya berdasarkan jenis serta saiz ikan yang dijual.
Mengakui menu tersebut merupakan menu terbaru yang dijual di restorannya, Norhayati berkata, ia adalah penambahan menu untuk memberi pelbagai pilihan kepada para pelanggannya.
Mengusahakan restoran makanan panas sejak 11 tahun lalu, Restoran Sedap Rasa menyediakan hidangan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam kepada para pelanggan.
Begitupun, Norhayati menjelaskan untuk ikan bakar, ia hanya ditawarkan bermula pada pukul 5 petang hingga tengah malam.
Dia yang juga menawarkan francais perniagaan tersebut (ikan bakar) kepada sesiapa yang berminat boleh hubungi talian 01118554298 untuk keterangan lanjut.
“Menawarkan francais kepada mereka yang ingin berniaga ikan bakar adalah sebahagian daripada perancangan untuk memperkembangkan lagi perniagaan ini (ikan bakar).
“Saya berpendapat tidak salah sekiranya ia dikongsi bersama dan di samping itu ini adalah salah satu cara untuk memperkenalkan ikan bakar Sedap Rasa di pasaran.
“Apa yang diharapkan agar dengan pertambahan menu ini ia dapat memberi pilihan serta kemudahan kepada warga kota menikmati ikan bakar mengikut cita rasa mereka," katanya sebelum mengakhiri bicara.

KEK KUKUS DFLOWERS CAKE


Kek buah kukus yang telah siap dipek.

KEK buah lazimnya hanya mudah diperoleh pada musim perayaan seperti hari raya mahupun Krismas.
Namun disebabkan cara membuatnya agak rumit, agak sukar untuk mencari kek buah yang betul-betul menepati cita rasa. Selalunya yang ada, keknya terlalu manis, kering dan berderai.
Dua masalah itu tidak timbul lagi jika berpeluang menjamah kek buah kukus istimewa keluaran D’flowers Cake, yang bukan saja boleh dinikmati pada bila-bila masa tanpa menunggu musim perayaan, bahkan lebih penting rasanya boleh membuatkan anda jatuh hati.
Tekstur keknya lembut, tidak terlampau manis dan kandungan buah-buahan keringnya memang seimbang.
Dengan tekstur yang lembap serta tidak terlalu berminyak, kek buah kukus ini sesuai untuk dinikmati oleh semua peringkat umur sebagai hidangan minum petang seisi keluarga atau pada majlis keraian.
Kek buah kukus yang diusahakan dan dihasilkan mengikut resipi pengusahanya, Zanifah Md. Nor, ketika ini bagai satu fenomena apabila mendapat tempahan melebih 1,000 biji setiap minggu termasuk daripada kalangan orang kenamaan (VIP).
Perkembangan ini memberi keyakinan kepada beliau untuk membawa kek buah kukus ini pergi lebih jauh.
Menurut Zanifah yang ditemui baru-baru ini di premisnya yang terletak di Rawang, Selangor, dia begitu mementingkan kualiti, rasa dan rupa kek.
“Istimewanya kek buah kukus ini dikukus selama empat jam dan boleh tahan selama lebih sebulan jika disimpan pada suhu bilik. Tetapi jika disimpan dalam chiller (peti sejuk) kek ini mampu bertahan sehingga tiga bulan malah sehingga setahun jika diletakkan di bahagian sejuk beku.
“Ini kerana saya mempastikan setiap kek buah ini dikukus mengikut masa ditetapkan dan kandungan gula yang seimbang.
“Saya juga menggunakan bahan-bahan terpilih dan bermutu tinggi seperti mentega dan buah-buahan campuran yang segar.
“Kek buah kukus ini juga sesuai untuk dikirim kepada anak-anak atau rakan-rakan di luar negara kerana ia tahan lama dan lasak tidak mudah rosak.
“Selain itu kami juga menyediakan khidmat pembungkusan untuk majlis perkahwinan dan keraian," katanya yang sudah 15 tahun melibatkan diri dalam bidang pembuatan roti dan kek.
Zanifah mengakui menerima tempahan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak terutama melalui laman sosial Facebook.
Selain di kedai bakeri D’flower Cake, di Rawang, kek buah kukus ini juga terdapat di La Boheme, AEON Setiawangsa.
Harga pasaran kek buah kukus D’Flowers adalah RM25 bagi kek 500 gram (gm) dan RM50 bagi kek seberat 1 kilogram (kg) di kedainya, Rawang manakala harga di pasaran La Boheme RM28 (500gm) dan RM55 (1Kg).
Disebabkan potensi yang tinggi, Zanifah mengalakan pembelian secara online yang mana kek akan dihantar terus ke rumah dan mengalu-alukan penglibatan mereka yang berminat untuk menjadi pengedar.
“Sesiapa yang berminat untuk menjadi pengedar kecil atau menjual di pejabat, kami menggalakkan anda membuat tempahan 100 biji bagi kek bersaiz 500gm dan 50 biji untuk kek bersaiz 1kg. Penghantaran tidak menjadi masalah kerana kami akan poskan mengikut alamat yang diberi.
“Bagi pengedar yang mengambil kek dari kedai kami harganya lebih rendah iaitu RM23 bagi kek bersaiz 500g dan RM45 untuk kek bersaiz 1kg.
“Sementara itu, bagi yang berminat untuk jadi stokis mikro mereka perlu membeli sekurang-kurangnya 1,000 biji kek buah kukus dan 500 biji kek buah kukus bersaiz 1kg. Manakala stokis makro pula digalakkan membeli 2,000 biji kek buah kukus bersaiz 500gm dan 1,000 biji kek buah bersaiz 1kg.
“Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli kek buah kukus D’Flowers secara online atau menjadi pengedar boleh hubungi talian 019-2727768 atau melalui facebook bernama Zanifah Md. Nor," katanya.
Para pelanggan juga bolehlah mengunjungi premis D’ Flowers Cake, di No. 30, Jalan Bersatu 8, Taman Bersatu, Rawang.

RESTORAN MAKANAN SEDAP, KOTA DAMANSARA



BAK nama restorannya, Restoran Makanan Sedap yang terletak di Bistari De'Kota, Kota Damansara memang sedap belaka masakannya.
Wajar dicuba! Hidangan asam pedas ekor, menu yang sering dihidangkan di kebanyakan hotel. Sajian istimewa dari Melaka ini disediakan sedikit cair seperti sup hingga boleh dihirup begitu sahaja.
Bau harum semerbak dari renehan air asam bersama bunga kantan dan daun kesum pasti membuatkan pelanggan tidak sabar menikmatinya ditambah dengan ekor lembu yang menggantikan lauk biasa seperti ikan atau daging.
Tidak lupa tomyam makanan laut di Restoran Makanan Sedap. Jangan terkejut bila melihat ketam berada di dalam mangkuk tomyam anda dan rasa manis dari renehan ketam yang segar itu menyeimbangkan rasa masam dan pedas hidangan terkena Thailand itu.
Ayam kampung goreng kunyit di restoran ini juga tidak kurangnya. Kesegaran ayam kampung pasti membuatkan anda menambah nasi di pinggan.
Selain masakan Melayu, restoran tiga tingkat ini turut menghidangkan pelbagai masakan Cina dan Barat bagi memenuhi selera pelanggan.
Jangan malu bertanya dengan chef cara masakan atau hidangan lain yang tidak ada dalam menu, kerana apa yang anda idamkan mungkin dapat dipenuhi.
Ujar Ketua Chef, Zul Azuwar, Restoran Makanan Sedap menggunakan konsep pesanan bebas kepada pelanggan mengikut cita-rasa sendiri.
"Orang sekarang semakin pandai menikmati makanan. Jika bahan-bahan untuk hidangan yang dipesan khas ada di dapur, ia boleh diusahakan.
"Konsepnya seperti meminta ibu anda masak mengikut selera anda. Kami juga akan cuba menepati selera pelanggan," ujarnya yang berpengalaman bekerja di beberapa buah hotel terkenal di sekitar Lembah Kelang sebelum ini.
Bagi yang mengidam masakan Barat, boleh mencuba ayam bakar bersama lapisan keju yang dihidang bersama sos BBQ atau lamb chop yang menggunakan daging kambing segar bersama sos rosemary.
Jangan pulang dulu sebelum mencuba manisan mereka iaitu karamel krim atau pai epal bagi melengkapkan kunjungan di Restoran Makanan Sedap yang sungguh tenang dan selesa.
Restoran yang banyak bermain dengan warna tanah dan berkonsepkan semulajadi di dalam tata hias turut menyediakan set makan tengah hari iaitu gabungan nasi putih, air dan pilihan lauk seperti tomyam, ayam paprik dan daging goreng kunyit bermula RM10 bagi memudahkan pelanggan.

Tuesday, April 23, 2013

KOLAGEN: CANTIK TANPA UBAT


Bagi produk kolagen yang digunakan secara luaran, atau sapuan pada kulit tidak mempunyai masalah kepada ibu yang hamil. - Gambar hiasan

Bilangan kolagenDr. Zaman memberitahu, biasanya manusia memerlukan 250 hingga 300 miligram kolagen untuk kilo pada badan manusia. Kolagen biasanya diperlukan oleh sendi dan tulang manakala pengambilan kolagen secara konsisten selama 12 minggu dapat memperbaiki keadaan dan struktur kulit, tulang dan sendi.
Walau bagaimanapun, beliau memberitahu, keadaan ini bergantung pada umur dan keadaan kulit anda di sekitar muka dan mata.
"Sesetengah individu melihat keputusan yang lebih baik apabila mengambil 10,000 miligram setiap hari. Pastikan anda makan kolagen setiap hari dalam dos mengikut keperluan umur anda," katanya.
Kesan sampinganSekiranya kita menggunakan produk kolagen yang diuji dan dipasarkan mengikut piawaian, kita dapati kesan sampingannya sangat kurang atau hampir tiada.
Jika dilihat dari sudut klinikal , penggunaan kolagen untuk setiap manusia adalah berbeza-beza dan kesan sampingan pula berbeza-beza.
Menurut Dr. Zaman, setiap orang perlu melakukan ujian kesihatan terhadap badan anda untuk memastikan kesan sampingan terhadap mana produk.
"Tetapi untuk mereka yang telah berumur 30 tahun ke atas, pengambilan makanan tambahan perlu untuk menjaga kesihatan dan membekalkan kolagen secukupnya dalam badan," ujarnya.
Kolagen dan plasentaTerdapat juga kekeliruan antara kolagen dan plasenta yang terkandung dalam produk kecantikan. Dr. Zaman menjelaskan, kedua-dua ini merupakan bahan yang berbeza.
"Kolagen dihasilkan daripada ekstrak protein, plasenta pula juga dikenal sebagai ari-ari berfungsi sebagai media nutrisi untuk embrio yang ada dalam kandungan. Plasenta pula adalah kawasan tengah yang memegang biji epal dan tempat penahanan benih," katanya.
Tambah Dr. Zaman, semasa proses pertumbuhan buah epal, kawasan ini adalah tempat saluran makanan dan sumber nutrien kepada buah epal. Sama seperti plasenta manusia, ia adalah satu kawasan sumber khasiat tinggi dan saluran utama nutrien kepada bayi.
Sementara itu, plasenta daripada tumbuhan adalah lebih baik daripada plasenta haiwan kerana berunsurkan serat dan sumber yang diekstrak dari proses fotosintesis (lebih mikro) dan mudah diserap kulit.
Jelas Dr. Zaman, pengunaan plasenta yang berasakan haiwan perlu diperiksa dengan teliti dan dipastikan halal kerana terdapat juga sesetengah produk ekstrak plasenta daripada babi dan sumber yang tidak dibenarkan oleh Islam.
Wanita hamilBagi produk kolagen yang digunakan secara luaran, atau sapuan pada kulit tidak mempunyai masalah kepada ibu yang hamil.
Bagi golongan ini, terdapat kes pengambilan parasitamol juga boleh menyebabkan masalah pada kandungan.
"Nasihat saya untuk yang ingin mengambil produk kolagen pastikan jangan mengambil pada trimester satu kehamilan. Tetapi untuk produk kolagen yang digunakan secara pengambilan dalaman harus mendapatkan nasihat doktor dan tidak mengambilkan tanpa pengetahuan," katanya.
KesanSama seperti produk-produk kecantikan lain, sudah tentu orang ramai inginkan kesan yang cepat.
Dr. Zaman menjelaskan, kesan pada individu bergantung kepada jenis produk yang digunakan.
Katanya, terdapat pelbagai jenis produk yang mempunyai peratus kolagen yang berbeza-beza.
Jadi, untuk produk yang mempunyai peratus dan kualiti kolagen yang tinggi, hasilnya dapat dilihat seawal seminggu.
"Pengalaman pengguna yang mengunakan produk saya yang mempunyai kandungan kolagen seperti krim pemutih badan, krim muka dan set pemutih muka dapat dilihat seawal seminggu," ujarnya.
Ini jelas menunjukkan faktor penting yang perlu diambil kira ialah kandungan produk yang digunakan. Pastikan anda faham kandungan itu boleh membantu kulit anda jadi lebih sihat.
Dalam pada itu, sekiranya pengguna telah menggunakan produk kecantikan kulit seperti B kompleks, vitamin C dan lain-lain, mereka masih boleh gunakan produk kolagen untuk kulit mereka. Produk kolagen kami terutamanya telah menggabungkan semua ekstrak kolagen bersama ekstrak vitamin dan khasiat daripada ekstrak semulajadi tumbuhan seperti Vitamin C, B Kompleks, B12 dan lain-lain nutrien secara semula jadi yang terdapat pada tumbuhan.

BUKU RESEPI PESAKIT DIALISIS





















BUKU Resipi Pesakit Dialisis 2013 dihasilkan HKL untuk panduan orang ramai.

"MAKAN kena pantang. Tak boleh makan nasi biasa, yang berkanji dan tinggi karbohidrat. Tak boleh juga ambil banyak makanan manis, tinggi kandungan protein dan garam. Jangan sampai terlebih ayam, ikan, daging, hati dan soya. Semuanya kena hati-hati kalau nak makan. Kalau dah semua tak boleh, habis saya nak makan apa?"
Demikian antara keluhan yang sering ditimbulkan oleh kebanyakan pesakit yang menjalani rawatan dialisis kerana berdepan dengan masalah ginjal.
Malah, kebanyakan pesakit mengakui mereka lebih ditekankan mengenai apa yang tidak boleh dimakan berbanding apa yang boleh dimakan sehingga mendatangkan stres.
Seharusnya panduan pemakanan yang sihat boleh membawa keseronokan dalam kehidupan pesakit dialisis untuk diamalkan dalam pengurusan pemakanan dan diet mereka.
Atas keprihatinan itu, baru-baru ini Hospital Kuala Lumpur (HKL) melancarkan buku Resipi Pesakit Dialisis 2013 khusus untuk pesakit yang menjalani rawatan dialisis.
Ramai abai pengurusan makanan
"Isi kandungan buku ini menganjurkan cara pemakanan dan gaya hidup sihat. Diharapkan dengan pelancaran buku ini, ia dapat membantu meningkatkan pemahaman dan kepentingan pengurusan pemakanan kepada pesakit dialisis", kata Ketua Jabatan Nefrologi HKL dan Ketua Perkhidmatan Nefrologi bagi Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Ghazali Ahmad.
Di Malaysia, penyakit buah pinggang kronik adalah masalah kesihatan serius yang memerlukan rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang agar pesakit boleh meneruskan kehidupan.
Menurut statistik terbaharu HKL, negara mempunyai 25,688 pesakit dialisis dan 1,884 penerima buah pinggang berdaftar pada tahun 2011.
Kebanyakan orang menganggap hanya rawatan dialisis dan pemindahan buah pinggang adalah jalan terbaik bagi mengawal penyakit itu sehingga sanggup mengabaikan peranan penting pengurusan pemakanan.




















PESAKIT buah pinggang perlu menjalani rawatan dialisis untuk membersihkan darah. - Gambar hiasan

Pelbagai resipi
Menurut Pakar Pemakanan HKL, Datin Nor Sharita Mohd. Saad, buku resipi itu bukan sahaja memaparkan pelbagai jenis hidangan yang boleh dicuba oleh pesakit, malah turut menyatakan jumlah dan sukatan yang bersesuaian untuk satu hidangan empat orang.
Turut disediakan adalah panduan sukatan yang betul mengikut sukatan peralatan yang sedia ada di dapur biasa.
Jika panduan itu diikuti dengan betul, pesakit dialisis akan dapat menikmati masakan seperti asam pedas, daging masak halia, ayam goreng berempah, nasi goreng Cina, asam laksa, cendol, samosa dan karipap.
"Resipi yang tersedia dalam buku ini adalah hasil yang diubah suai berdasarkan komen pesakit dan pegawai perubatan setelah sesi uji rasa dijalankan," jelas Nor Sharita.
Resipi yang dimuatkan mematuhi jumlah garam (sodium) yang dibenarkan. Selain turut mengandungi analisis makanan yang menunjukkan jumlah sebenar kandungan kalori, protein, potasium dan fostat dalam makanan itu.
Malah, cara penyediaannya mudah dan boleh dimasak sama ada oleh pesakit atau pun penjaga.
Buku resipi dialisis berbahasa Melayu yang diterbitkan oleh Jabatan Nefrologi dan Jabatan Dietetik dan Sajian HKL dengan usahasama AbbVie Sdn. Bhd. itu juga bakal diterjemahkan dalam bahasa Inggeris, Tamil dan Mandarin. Ia juga boleh dimuat turun di www.hkl.gov.my 

Sunday, April 21, 2013

BERIANI ALA JOHOR DI RUZ ALADIN, AMPANG



INGIN menjamu selera nasi beriani kaki kambing ala Johor tetapi terletak di Kuala Lumpur, apa kata ke Restoran Ruz Aladdin yang terletak berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) sederet dengan Hotel Falmingo, Ampang.
Rasa nasinya yang lembut beraroma diselang dengan keenakan rempah beriani pada lauk kambing bagai memberikan satu kesempurnaan.
Restoran ini menghidangkan pelbagai pilihan nasi beriani ayam kampung goreng, nasi beriani ayam merah dan paling istimewa nasi beriani kaki kambing.
Selain itu terdapat juga mi bandung, mi rebus, rojak buah, rojak tauhu serta masakan Barat dan terkini pilihan asam pedas bagi mereka yang ingin nasi campur.
Berkonsepkan restoran keluarga, Ruz Aladdin menawarkan pelbagai jenis menu yang sesuai sama ada untuk dewasa atau kanak-kanak.
Pelanggan juga memilih pelbagai pencuci mulut seperti sagu gula melaka dan aiskrim pisang dengan air bandung atau kalamansi.
Pengurus yang juga anak pemilik Ruz Aladdin, Mohd Hafiz Hashim, 30 berkata, keistimewaan nasi beriani mereka terletak pada adunan rempah rahsia.
"Resipi rempah beriani kami turun temurun daripada datuk dan kami kembangkan menjadi perniagaan keluarga.
"Buat masa ini kami belum menjual rempah beriani walaupun menerima banyak permintaan pelanggan," katanya yang dibantu tiga orang tukang masak berpengalaman.
Graduan kejuruteraan awam ini tidak betah kerja makan gaji bagai menyambung legasi keluarga yang melibatkan diri dalam perniagaan.
Mohd Hafiz berharap suatu hari nanti rempah berianinya akan berada di pasaran dan terjual di seluruh negara.
Selain itu Ruz Aladdin yang boleh memuatkan sehingga 250 pelanggan pada satu-satu masa juga menerima tempahan katering bagi majlis perkahwinan, hari jadi, doa selamat dan majlis keraian lain.

Friday, April 19, 2013

NASI KANDAR AYAM KAPITAN ARA DAMANSARA


Nasi ayam lada hitam menampilkan kelainan daripada nasi ayam biasa.

NASI putih yang ‘dibanjiri’ dengan campuran kuah kari beserta lauk pauk pilihan merupakan tanda dagang nasi kandar.
Sememangnya dihidang dengan dicampurkan kesemua lauk pilihan di atas nasi dalam satu pinggan, secara tidak langsung menjadikan nasi kandar begitu popular di kalangan penggemarnya.
Tidak hanya terletak pada keunikan cara ia dihidangkan tetapi keenakan lauk pauk yang disajikan juga tidak kurang lazatnya.
Bagi memberi pilihan kepada orang ramai, sebuah lagi restoran nasi kandar telah dibuka di Ara Damansara.
Terletak di 13-G-09, Blok B, Jalan PJU 1A/7A, Oasis Square, Ara Damansara, Nasi Kandar Penang Kapitan menawarkan pelbagai lauk pauk yang enak untuk dinikmati bersama nasi putih mahupun nasi beriani.
Tidak terhad hanya kepada lauk pauk untuk nasi kandar, restoran ini turut menyediakan hidangan lain untuk pilihan para pelanggannya.
Menurut pengarah restoran tersebut, Ameen Mohamed, Nasi Kandar Kapitan merujuk kepada menu ayam kapitan yang disajikan di situ.
Katanya lagi, ayam kapitan adalah sejenis masakan ayam yang amat popular untuk dinikmati bersama nasi kandar.
“Di sini kami menyediakan pelbagai lauk pauk seperti yang disediakan di restoran-restoran nasi kandar lain tetapi istimewanya kami menyajikan sajian ayam kapitan yang ramuannya amat istimewa.
“Sudah pasti kesemua lauk pauk yang dimasak adalah makanan yang berasal dari Pulau Pinang kerana nasi kandar sememangnya makanan yang berasal dari situ.
“Yang pasti, kesemua lauk yang dihidangkan di sini boleh disesuaikan dengan nasi putih, nasi tomato atau pun nasi beriani," ujarnya ketika ditemui di premis perniagaanya baru-baru ini.
Berbicara lanjut mengenai lauk pauk yang dihidangkan di restorannya itu, ulas Ameen, mereka menggunakan resipi turun-temurun dari Pulau Pinang yang diwarisi isteri serta ibu mentuanya.
Tambahnya lagi, kesemua lauk yang dihidangkan di kedainya menggunakan resipi asli isterinya dan tidak ketinggalan mengggunakan rempah ratus tempatan di samping rempah ratus istimewa yang disediakan isterinya.
Ternyata apa yang dikatakan adalah benar kerana setiap lauk yang disajikan mempunyai perbezaan rasa antara satu sama lain.
Bukan itu sahaja malah bahan-bahan yang digunakan dalam masakan turut terasa dan ini sekali gus menjadikan lauk-lauk di Nasi Kandar Penang Kapitan berbeza.
Walaupun restoran tersebut menyajikan hidangan utamanya nasi kandar tetapi Ameen memberitahu pihaknya turut menyediakan sajian sampingan yang lain dalam usaha memberikan pelbagai pilihan kepada orang ramai.
“Di sini kami tidak hanya terhad menyediakan nasi kandar tetapi turut menyediakan hidangan panas seperti masakan bergoreng, kebab, sate, roti naan dan tidak ketinggalan masakan barat dan juga masakan Thai.
“Dan disebabkan restoran ini menu utamanya adalah dari Pulau Pinang, sudah pasti laksa Penang turut disediakan.
“Yang pasti setiap pelanggan yang melangkah masuk ke restoran ini mempunyai pelbagai pilihan mengikut cita rasa masing-masing," katanya lanjut.
Dibuka setiap hari seawal 7 pagi hingga 11 malam, restoran tersebut merupakan cawangan keempat. Tiga cawangan yang dibuka sebelum ini semuanya terletak di sekitar kawasan Petaling Jaya.
Lagi satu keistimewaan restoran ini ialah kesemua masakan yang terdapat di keempat-empat cawangannya dimasak di dapur utama yang terletak di Ara Walk.
Terang Ameen, mereka memilih untuk menggunakan dapur utama adalah kerana ingin mengekalkan rasa yang sama di setiap cawangan di samping hanya seorang tukang masak utama yang mengendalikan setiap masakan.
Nasi Kandar Penang Kapitan yang dimiliki oleh Kapitan Station sebenarnya turut dikendalikan bersama Datuk Wan Ab Ghani Wan Yusuf.

KHASIAT EKSTRAK DELIMA


Rumawi Kasolan bersama sebahagian daripada produk Biodelima yang berasaskan ekstrak buah delima.

MENGAMALKAN sunnah junjungan Nabi Muhammad SAW bukan sahaja tertumpu kepada perbuatan dan aktiviti seharian, malah melalui pengambilan makanan seharian juga digalakkan di sisi Islam.
Makanan yang diambil secara berkhasiat dan kaya dengan bahan yang baik dapat membantu menyihatkan badan. Antara buah-buahan yang digalakkan dalam Islam adalah buah delima.
Khasiatnya turut disebut dalam hadis mauquf di mana antara lain Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa buah delima adalah antara daripada buah-buahan syurga, tidak ada satu pun buah delima yang kalian tanam melainkan ia dibuahi dengan biji buah delima syurga.
Menyedari kekurangan produk minuman yang dihasilkan berlandaskan minuman sunnah, Pemilik Gofocus International Sdn. Bhd., Rumawi Kasolan mengetengahkan minuman BioDelima.
"Di pasaran ketika ini terdapat pelbagai jenis minuman jus buah-buahan dari luar negara, tetapi tidak semua jus yang kita beli itu terjamin dari segi halal dan cara pembuatan yang berlandaskan syariat Islam.
"Sebagai umat Islam kita bertuah kerana Allah telah sebutkan beberapa jenis buah-buahan syurga dalam al-Quran yang baik untuk kesihatan.
"Bertitik tolak dari situ, saya bersama-sama rakan iaitu Dr. Abdul Razak Ibrahim telah menghasilkan produk BioDelima ," katanya.
Ujar Rumawi, syarikatnya yang beroperasi sejak dua tahun lalu, kini mempunyai lima produk minuman berasaskan ekstrak buah delima di samping gabungan buah-buahan lain.
"Produk pertama yang dihasilkan oleh syarikat kami adalah Jus Biodelima yang kaya dengan kandungan phytochemical untuk kebaikan jantung dan kelancaran saluran darah.
"Jus delima mengandungi pelbagai khasiat seperti mineral dan vitamin yang amat diperlukan bagi membantu mengekalkan dan menangani masalah kesihatan serta menyihatkan tubuh badan.
"Produk ini boleh digunakan seawal peringkat bayi dalam kandungan sehinggalah kepada warga emas.
"Kini produk ini boleh didapati dalam lima jenis yang berlainan bentuk iaitu BioDelima kolagen, BioDelima Steamcell, Kopi BioDelima, Jus BioDelima Kolagen dan BioDelima Minda," katanya.
Menurut Rumawi, bahan-bahan untuk menghasilkan produk tersebut diimport dari negara-negara Asia Barat selain madu yang diambil dari Malaysia.
Antara bahan utama yang digunakan untuk produk itu adalah buah delima, kurma, zaitun, biji anggur, madu, habbatus sauda, menna dan goji.
"Mengikut buku perubatan Parsi, buah delima boleh membantu membaik pulih fungsi hati dan limpa. Juga membantu mencuci buah pinggang dan salur kencing serta sistem penghadaman.
"Di samping itu ia juga membantu membuang lemak-lemak berlebihan, membantu membaik pulih masalah jantung, membantu mengelakkan alahan bagi wanita mengandung, membantu merawat pesakit kencing manis dan menambahkan tenaga," kata Rumawi.
Ujarnya, ketika ini Jus BioDelima premium paling mendapat sambutan di kalangan pelanggan yang mengamalkan pemakanan sunnah.
Kesemua produk Bio Delima melalui proses Amalan Pengilangan Islam atau lebih dikenali dengan IMP (Islamic Manufacturing Practice).
"IMP diwujudkan untuk pengusaha industri yang beragama Islam atas kesedaran keperluan umat Islam pada zaman ini kepada pemakanan yang suci dari aspek rohani dan jasmani.
"Kesucian dari aspek rohani bermaksud tangan-tangan yang mengusahakan produk adalah tangan Muslim.
"Mereka yang memahami dan terikat dengan hukum-hukum Islam serta patuh kepada perintah Allah akan menambah keberkatan terhadap apa yang diusahakannya.
" Ini adalah kerana nur Islam yang ada pada dirinya adalah nilai yang tidak terdapat pada pengusaha bukan Islam," katanya.
Kata Rumawi lagi, bagi membantu orang ramai menambah pendapatan dengan menjadi pengedar produk BioDelima, syarikatnya telah menganjurkan Program Usahawan BioDelima Nasional.
"Program ini dianjurkan kepada lulusan universiti yang masih menganggur, belia dan suri rumah yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan menambah pendapatan.
"Selain itu, syarikat kami juga sedang mencari pekerja yang berminat untuk memohon jawatan sebagai eksekutif pemasaran yang mempunyai kelayakan diploma dan ijazah sarjana muda," katanya.
Sebarang maklumat lanjut mengenai produk ini boleh hubungi talian 013-2834777/ 03 5512 0058 atau berkunjung ke No 72A, Jalan Pelabur A, 23/A, Seksyen 23, 40300 Shah Alam Selangor. Pelanggan juga boleh layari laman sesawang www.biodelima.com.my.

Thursday, April 18, 2013

KL-SINGAPORE HIGH SPEED TRAIN: HOW IT WILL AFFECT MALAYSIANS


High speed train
With the news announced on Tuesday, February 19, of the opening of a new high speed rail link between Singapore and Kuala Lumpur, much noise has been made about how it could affect the two cities.
The journey is to be slashed to a mere 90 minutes to travel from KL to Singapore, making it the fastest and most convenient way to travel between the two countries. It's timetabled to open in 2020, although the plans are far from set in stone yet.
However, what could this new high speed rail link mean for the tourism industry in 2020? We imagine the future in 7 years' time...

1) Less flying

The first, most obvious, consequence of a 90 minutes high-speed train is that flying between the two cities would become less common. Having to drive an hour or so to the airport, get stuck in traffic, wait 90 minutes at the airport, fly for 55 minutes, wait for 30 minutes to clear immigration, then drive around 30 minutes or so to your destination, really adds up: four and a half hours wasted! If you lived in the centre, it would probably be shaved down to around three hours (including immigration, getting to the stations) and would be a lot less stressful. 
Of course, the real factor in this will be the cost of taking the train - if it prices itself out of the average person's salary, then those four and a half hours taking the plane are still going to look pretty reasonable versus an extortionate amount of money. And you can bet that the airlines will slash their fares to tempt passengers to the skies in desperation.
High speed train lines are nothing new; the Eurostar, linking Paris and London will celebrate its 19th anniversary of opening this year and now takes 81% of the total air and rail traffic between the two cities. Potentially, many of the low cost carriers flying between KL and Singapore could cut their routes, no longer being so lucrative.

2) Food & shopping tourism

For Londoners and Parisians, a day trip from one city to the other is the norm: visiting Paris for lunch and some shopping is quite common. With the price disparity between KL and Singapore, I am sure that the high speed rail link will work the same. Singaporeans can hop on a train over the weekend, indulge in some serious shopping and eat delicious cuisine in cheaper KL, then head back to Singapore in the same day.  
A knock-on effect of that could be restaurants in central locations raising their prices, as more demand and a greater budget could mean that they feel justified in doing so. But that could restrict the number of weekday customers able to afford the menus.
Will it work the other way, with KL-ites heading to Singapore and returning the same day? Perhaps, with day trips avoiding the hefty hotel bill that comes with staying in Singapore. But I'd guess they aren't going to find things quite as cheap as their neighbours do.

3) Using both cities as an air hub

Another effect of the high speed train line might be that there is an increased choice for air passengers as to where they want to fly from.
See Singapore Airlines has a great deal to Europe and that flying direct, rather than via KL, could save you a thousand ringgit or so? Nothing to stop you from booking that flight and getting to the airport in Singapore via the train, saving you money. And the same could easily work the other way. 
This flexibility could force Malaysia Airlines and Singapore Airlines to carefully rethink their promotions, each trying to price themselves cheaper than the other to encourage passengers to fly with them and through their national air hub.
Of course, Malaysia Airlines is at a disadvantage as it stands now when it comes to international destinations outside of Asean: with less European and American routes, travellers may simply decide to take the train direct to Singapore, then a direct flight on to their destination, if the price is right. So MAS joining oneworld might be one of their smartest moves, meaning code shares with partners such as British Airways and American Airlines.

4) Decreased opportunity cost for business travel

As we all know, time is money, and no more so for business travellers, who bemoan hours wasted in airports and on planes, unable to make those crucial calls. If they are residents in KL, Singapore or even visiting from abroad, the high speed rail will speed up business for them, meaning that they can travel between the two cities quickly to make those critical meetings and catch up on emails and phone calls on the way there. 
So will the new high speed rail between KL and Singapore benefit everyone? Only if you are living in or near the two cities (and possibly JB, if the train stops there) - for people living in Ipoh, Penang, Alor Setar and elsewhere, it won't make much difference at all to the way you'll travel. 

Tuesday, April 16, 2013

HIDANGAN DI BAWAH BAYU-RESTORAN BUNGA EMAS, HOTEL ROYAL CHULAN


Chef Shaiful Hailmi bersama hidangan pilihannya.

APABILA terfikir untuk menjamu selera, pasti anda mahu memilih tempat makan yang terbaik khususnya yang menyajikan makanan lazat, layanan memuaskan, persekitaran bersih dan konsep dekorasi yang menyenangkan.
Memenuhi semua permintaan itu, Restoran Bunga Emas, Hotel Royal Chulan menjadi pilihan yang tepat.
Sambil mendengar melodi tradisional Melayu, pelanggan disajikan makanan tradisional dalam suasana eksklusif.
Restoran yang turut menyediakan tiga bilik privasi dan dua bilik bersila ini mengangkat konsep makanan mengikut negeri-negeri di Malaysia.
Sup kekapis selasih (puding dan selasih), ekor sapi asam pedas, kambing bakar lada hitam dan pucuk manis lemak labu biru antara menu April ini.
Kedengaran pelik tetapi menu yang berasal dari negeri di Bawah Bayu, Sabah ini sememangnya membangkit selera.
Kebanyakan hidangan menggunakan rempah dan cili untuk memberi rasa pedas.
Menurut Chef Shaiful Hailmi, restoran ini menyediakan pelbagai jenis masakan tradisonal setiap negeri dan untuk April ini, mereka menyediakan hidangan dari Sabah.
"Kami menyediakan enam jenis sajian utama kepada pelanggan seperti ayam goreng cili madu rimba, udang Semporna ketumbar, ikan dua musim mempelam muda dan pucuk manis lemak labu biru.
Sabah sememangnya terkenal dengan makanan laut dan sebab itulah kami memilih udang dan ikan sebagai sajian utama.
Set ini turut dihidangkan bersama sayur-sayuran seperti hinava(salad Sabah), jelatah (acai) dan ulam-ulaman.
Lauk-pauk ini boleh dimakan bersama nasi kukus atau nasi minyak pandan," ujarnya.
Uniknya, daging kambing dan udang yang disediakan diimport khas dari New Zealand dan Sabah.
Tambah Shaiful, segala bahan yang disediakan mengikut resipi asli dan diolah sedikit.
Turut dihidangkan tiga jenis manisan mulut masakan Sabah iaitu pisang gamilan, puteri mandi dan aiskrim kacang merah.