BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Tuesday, January 31, 2012

B17 APRIKOT TERAPI METABOLIK KANSER




TIDAK dinafikan lagi bahawa kanser adalah penyakit kronik yang menggerunkan masyarakat kerana ia bukan sahaja menyebabkan penderitaan malah menjadi punca kematian.
Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih 10 juta kes baru kanser dikesan setiap tahun. Pada 2008, sejumlah 7.6 juta orang dilaporkan mati akibat kanser. Lebih membimbangkan melalui statistik yang dikeluarkan itu, dianggarkan kadar pesakit kanser akan meningkat sebanyak 12 juta kes pada 2030.
Data Majlis Kanser Nasional (MAKNA) pula merekodkan seramai 45,000 rakyat Malaysia menghidap penyakit kanser setiap tahun dengan tiga daripada empat pesakit kanser gagal diselamatkan atau sembuh.
Menurut pakar pemakanan dan perubatan dari seluruh dunia, punca peningkatan bilangan kes kanser ini dikaitkan dengan faktor pemakanan yang tidak seimbang.
Ini kerana, pada zaman teknologi serba moden dan canggih, hampir 90 peratus makanan seharian bersifat asid dan mengandungi kadar aditif yang tinggi dan kurang berzat.
Akibatnya, tubuh badan berasid seterusnya menyebabkan sistem antibodi dan imunisasi akan menjadi lemah dan boleh mengundang penyakit kronik terutamanya kanser.
Vitamin B17 Aprikot
Sebarang pencarian mengenai rawatan dan pencegahan kanser akan membawa kepada penemuan vitamin B17. Mungkin bagi sesetengah individu vitamin B17 terlalu asing dan agak sukar untuk mempercayainya, namun ia sebenarnya telah lama ditemui dan terbukti mampu membantu terapi kanser.
Vitamin B17 adalah penawar semulajadi yang terdapat pada lebih 1200 jenis tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan terutamanya biji aprikot.
Malangnya tabiat pemakanan kita hari ini telah mengetepikan dan mengurangkan penggunaan B17 yang rasanya agak pahit tetapi berkesan mencegah kanser.
Kenyataan tersebut disokong oleh bukti kejayaan hasil penemuan pada 1950 oleh pakar biokimia, Dr. Ernest T Krebs yang berjaya mencungkil rahsia kehebatan vitamin B17 dalam rawatan kanser.
Selain itu beberapa saintis perubatan yang lain juga turut memperakuinya. Antaranya, Dr. Micheal Tait, Fountain of Life Clinic, Gold Coast, Australia yang berkata: “Kanser adalah penyakit metabolik, terdapat bukti kukuh bahawa berlaku pengurangan Vitamin B17 dalam makanan harian menjadi penyebab utama seseorang mendapat kanser.”
Pakar Kanser Jerman, Dr. Dean Burk pula berkata; “Di bawah mikroskop, kami masukkan B17 ke atas sel kanser dan kami dapati sel-sel kanser tersebut mati dengan cepat sekali.”
Daripada penyelidikan, biji aprikot yang menjadi makanan kaum Hunza menjadikan mereka bebas kanser,sihat dan lanjut usia sehingga lebih 120 tahun.
Hasil kajian juga mendapati haiwan liar tidak akan dijumpai mati akibat kanser sebaliknya haiwan yang dipelihara di dalam zoo kemungkinan besar akan mati akibat kanser walaupun diberi makanan yang kaya nutrient namun tidak mengandungi vitamin B17.
Jepun adalah contoh terbaik kerana merekodkan kadar kanser paling rendah di dunia. Walaupun dikatakan negara serba moden serta mempunyai persekitaran kehidupan yang kian terancam akibat kemodenan, namun negara tersebut mempunyai kadar kesihatan tinggi dengan usia mencecah 90 tahun, impak daripada pengamalan diet seimbang yang mengandungi vitamin B17.
Terapi kanser
Pakar perubatan berpengalaman dan bekas Ketua Jabatan Anatomi di Fakulti Perubatan UKM yang juga penaung produk Apricon Farmas Health, Profesor Madya Dr. Syed Zainal Husin Wafa mengakui biji aprikot mengandungi vitamin B17 paling tinggi berbanding tumbuhan lain dan dapat membantu mencegah dan merawat penyakit kanser.
Dalam terapi metabolik, apabila vitamin B17 bertindak balas dengan sel kanser, enzim betaglucosidase dalam sel kanser itu berupaya menguraikan elemen vitamin B17 seterusnya mematikan sel kanser.
Vitamin B17 sememangnya cukup unik kerana tugasnya hanya menyerang sel kanser dan sel-sel yang tidak normal.
Ia juga dapat membantu meningkatkan keseimbangan PH dalam tubuh, memperlahankan penyebaran kanser, mengurangkan kandungan kolestrol dan membantu merawat penyakit jantung dan diabetes.
Bagaimanapun katanya, biji aprikot mentah yang dimakan begitu sahaja amat berbahaya kerana terdedah kepada bakteria, kulat dan radikal bebas sewaktu proses penghantarannya ke Malaysia dan boleh menyebabkan keracunan serta kesan sampingan yang negatif terhadap tubuh badan.
Menyedari hakikat tersebut, syarikat pengeluar barangan kesihatan, TK Farmas Solution & Industries mengeluarkan satu produk berasaskan vitamin B17 Aprikot yang dikenali sebagai Apricon Farmas Health.
Apricon Farmas Health adalah produk terunggul di Malaysia dengan formulasi hebat 100 peratus biji aprikot yang dikisar halus dengan kawalan farmaseutikal tinggi tanpa sebarang campuran bahan kimia bagi mengekalkan kandungan vitamin B17 paling optimum, yang amat diperlukan oleh manusia untuk meningkatkan sistem ketahanan dan imunisasi tubuh badan.
Sementara itu, Presiden Kelab Prostar Malaysia, Dr. Ismail Lasa berkata; “Apricon Farmas Health kaya dengan vitamin B17 dan dapat membantu meningkatkan kecergasan seseorang sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap ubat-ubatan.
Produk Apricon farmas Health tidak perlu diragui kerana telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan dan kini berada di pasaran.

DEGUPAN JANTUNG KENCANG TANDA TIDAK NORMAL



SERANGAN strok atau angin ahmar boleh mengubah kehidupan seseorang sepanjang hayat.
Ini kerana mangsa serangan strok yang terselamat daripada maut kebiasaannya akan mengalami lumpuh dan lemah anggota badan sama ada sebelah tubuh atau keseluruhan badan.
Ini menyebabkan pesakit memerlukan rawatan dan penjagaan berterusan lebih-lebih lagi jika terlantar di katil.
Di Malaysia, strok merupakan punca kematian yang ketiga terbesar selepas sakit jantung dan kanser.
Malangnya hanya segelintir sahaja yang mengetahui tanda amaran tentang apa yang patut dilakukan sekiranya disyaki mengalami strok.
Satu masalah paling kerap menyebabkan strok ialah Fibrilasi Atrium (FA) iaitu keadaan degupan jantung tidak normal berpunca daripada kegagalan impuls elektrik jantung semula jadi.
Apabila ia berlaku, jantung berdegup dengan lebih laju.
Menurut Perunding Kanan Pulmonori dan Penjagaan Kritikal Hospital Kuala Lumpur, Prof. Datuk Dr. Jeyaindran Sinnadurai, FA merupakan rentak jantung tidak normal yang paling kerap berlaku.
Ia memberikan kesan terhadap keupayaan jantung menjalankan tugasnya.
"Keadaan itu disebabkan wujudnya aktiviti elektrikal yang tidak terkawal di atrium kiri jantung dan mengganggu pusat isyarat elektrik yang berfungsi untuk mengawal kadar denyutan jantung.
"Keadaan ini menyebabkan kadar denyutan jantung dan nadi menjadi luar biasa dan tidak stabil," ujarnya.
Kadar denyutan jantung seseorang yang normal katanya, ialah 60 hingga 100 kali seminit.
Manakala dalam keadaan FA ruang atas jantung berdegup antara 350 hingga 700 kali seminit.
Keadaan ini mengakibatkan aliran darah berkurangan antara 20 hingga 30 peratus dalam sesetengah keadaan.
Kata beliau, FA memberikan kesan yang berbeza kepada para pesakit.
Malangnya ramai yang tidak sedar mereka mengalami masalah FA dan penyakit itu sebenarnya lebih mencabar daripada pesakit jantung yang lain.
Katanya, keadaan itu menyebabkan proses mengepam darah dari jantung ke seluruh badan akan terjejas.
"Pesakit akan berasa letih dan lemah. Sebahagian darah mungkin tertinggal dan bertakung dalam atrium dan akan membentuk darah beku.
Menurutnya, darah beku akibat FA mungkin terpecah dan bergerak ke otak serta bahagian tubuh yang lain, Ini yang menyebabkan strok atau kerosakan serius kepada organ lain seperti jantung (lemah jantung).
Tambah beliau, pesakit FA mempunyai risiko lima kali ganda untuk mendapat strok berbanding mereka yang tidak mempunyai penyakit struktur atau organik jantung.
Ditanya mengenai simptom-simptom penyakit itu, beliau menegaskan seseorang yang menghidapi FA biasanya mudah berdebar secara tiba-tiba, merasa cepat letih, lemah dan juga sukar untuk bernafas.
Selain itu, penglihatan juga mungkin kelihatan kabur dan leher mudah berdenyut serta berpeluh selain panas badan.
Satu cara untuk mengetahui sama ada degupan jantung normal atau tidak ialah dengan mengira dan merasa denyutan nadi di pergelangan tangan.
Jika denyutan terlalu cepat atau tidak sekata, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Bagaimanapun pesakit FA kini tidak perlu gusar kerana terdapat penemuan baru di mana syarikat farmaseutikal, Bayer Healthcare baru-baru ini, melancarkan ubat terbaru yang dinamakan Xarelto sebagai perlindungan terhadap ancaman penyakit tersebut.
Xarelto yang juga dikenali sebagai rivaroxaban adalah ubat antipenggumpal oral yang dicadangkan pengambilannya sekali sehari pada dos yang ditetapkan tanpa perlu melakukan pemeriksaan darah secara rutin.
Pengurus Besar Bayer Healthcare Malaysia, Singapura dan Brunei, Dr. Axel Bouchon berkata, Malaysia adalah negara pertama di Asia dan yang ketiga di dunia meluluskan penggunaan pil itu.

Monday, January 30, 2012

HARTANAH MEDINI MENCURIGAKAN ?



LANGKAH diambil Khazanah Nasional (Khazanah) dalam urusan korporat sudah tentu mendapat perhatian umum kerana bukan saja ia milik Kementerian Kewangan, tetapi setiap perjanjian jual beli yang dibuat oleh Khazanah melibatkan wang berbilion ringgit.
Persoalannya, siapakah di dalam kerajaan yang memantau kegiatan Khazanah? Pemantauan di sini bukan sekadar mendapatkan taklimat atau penjelasan daripada Khazanah. Tetapi, siapakah di dalam kerajaan yang membuat analisis atau kajian terperinci mengenai tindakan-tindakan Khazanah sebelum kelulusan diberikan terhadap langkah-langkah korporat mereka?
Antara kegiatan Khazanah yang besar di dalam portfolio mereka adalah pembangunan wilayah Iskandar Malaysia. Khazanah memiliki dua syarikat pemaju utama di kawasan Nusajaya - UEM Land dan Iskandar Investment Berhad (IIB). Kedua-dua syarikat ini memiliki tanah yang besar di sana, berjumlah lebih kurang 24,000 ekar melalui pegangan mereka di dalam anak-anak syarikat yang diwujudkan untuk membangunkan projek di sana.
UEM Land adalah sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur dan wujud sebelum Iskandar Malaysia dilancarkan pada 2006. IIB pula diwujudkan untuk menjadi pemaju besar kawasan Iskandar Malaysia bagi membangunkan projek-projek pemangkin yang dapat membawa nilai pengganda tinggi untuk ekonomi negara.
Antara kawasan utama yang dibangunkan oleh IIB adalah Medini yang terletak bersebelahan dengan Kota Iskandar. Tanah seluas 2,200 ekar ini pada asalnya adalah tanah UEM yang disuntik masuk oleh Khazanah ke dalam IIB. Ia dirancang untuk menjadi tapak pembangunan bercampur bersepadu bagi menarik pelabur-pelabur yang terlibat di dalam 6 sektor perkhidmatan yang diberi insentif oleh kerajaan Malaysia iaitu sektor pendidikan, kreatif, kewangan, logistik, kesihatan dan pelancongan.
Pada Mei 2008, IIB menandatangani perjanjian penjualan hak pembangunan hartanah Medini dengan dua konsortium Arab - Mubadala dari Abu Dhabi dan Kuwait Finance House dari Kuwait. Perjanjian itu ditaksirkan bernilai AS$ 1.2 bilion, atau RM4.2 bilion (berdasarkan kadar tukaran asing pada masa itu). Jumlah transaksi yang besar ini menjadi berita hangat di seluruh negara, sekali gus memberi harapan besar untuk merealisasikan wawasan Iskandar Malaysia.
Hampir empat tahun berlalu, Medini menyaksikan beberapa pengumuman tentang komitmen pelaburan di dalam projek perumahan, taman tema Legoland, pusat membeli-belah dan hospital swasta. Baru-baru ini Khazanah mengumumkan projek kerjasama mereka dengan Temasek dan Sunway untuk membangunkan Zon E dan F di Medini. Sekali lagi, nampak seolah- olah Khazanah berjaya menarik pelaburan ke dalam Medini.
Namun, terdapat desas-desus di Johor mengenai Medini yang sepatutnya diselidiki oleh kerajaan. Soalan yang dikemukakan oleh mereka bukanlah soalan seperti berapa ramai kontraktor Melayu mendapat tender projek di Medini atau berapa ramai setinggan Melayu yang dihalau dari kawasan perkampungan mereka, tetapi lebih merujuk kepada bagaimana Medini telah menjadi satu skema projek hartanah yang mencurigakan.
Antara yang menjadi persoalan adalah atas dasar apakah IIB mewujudkan syarikat Medini Iskandar Malaysia Sdn Bhd (MIMSB) melalui kerjasama dengan sebuah syarikat British Virgin Island bernama UWI Capital (One) Ltd, yang diwakili oleh seorang warga asing dalam nisbah 75:25?
Sekiranya warga asing itu telah membantu IIB mendapatkan kedua-dua konsortium Arab melabur di Medini, bukankah lebih patut beliau dibayar komisen 2-3% daripada nilai pelaburan yang dibawa masuk, dan tertakluk kepada jumlah sebenar yang dibayar oleh pelabur-pelabur ini. Mengapa perlu memberi individu ini saham 25% di dalam Medini?
Yang lebih menghairankan, individu ini juga mewakili dua syarikat British Virgin Island lain - Alpha Four dan Alpha Five Ltd yang memegang 10% di dalam kedua-dua konsortium Arab yang melabur di Medini. Bukankah ini bermaksud individu ini mengaut keuntungan daripada penjual (Medini Iskandar Malaysia Sdn. Bhd.) dan pembeli (Mubadala dan Kuwait Finance House)?
Umum mengetahui individu berkenaan dilantik menjadi ahli lembaga pengarah di dalam ketiga-tiga syarikat ini, sehingga menimbulkan persoalan, siapakah sebenarnya individu ini? Apakah beliau memegang kepentingan orang-orang lain yang tidak dapat diketahui disebabkan kesemua syarikat pesisir (offshore) yang diwakilinya berpangkalan di British Virgin Island?
Persoalan kedua ialah apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh konsortium-konsortium Arab dalam menarik pelaburan Asia Barat ke Medini? Jika dikaji semula keratan akhbar mengenai projek-projek Medini, hampir semuanya melibatkan Khazanah dan anak-anak syarikatnya sendiri.
Sebagai contoh, projek pusat membeli-belah di Zon A Medini akan diusahakan oleh UEM Land (anak syarikat Khazanah), projek hospital Gleaneagles adalah milik Khazanah, projek pembangunan bercampur di Zon E dan F pun akan diusahakan oleh syarikat kerjasama Khazanah dengan Temasek dan Sunway.
Taman tema Legoland pun tidak boleh dilihat sebagai pelaburan asing ke Medini kerana sebahagian besar kos pembinaan RM720 juta dibiayai oleh pinjaman mudah kerajaan dan dana mudahcara. Ini bermaksud pembayar cukailah yang membiayai projek tersebut.
Sekiranya tiada usaha sebenar yang dilakukan oleh kedua-dua konsortium Arab untuk membawa masuk pelabur-pelabur Asia Barat ke Medini, dan ditambah pula dengan kenyataan bahawa Khazanah yang akhirnya melabur di Medini melalui anak-anak syarikatnya sendiri, mengapa perlu mewujudkan beberapa syarikat orang tengah?
Mengapa Khazanah tidak terus menjual tanah kepada Khazanah-Sunway JV? Mengapa transaksi tanah ini perlu melalui pelbagai syarikat tengah seperti IIB, Medini Iskandar Malaysia dan konsortium Arab? Bukankah ini membolehkan warga asing yang disebut tadi mengaut keuntungan daripada syarikat-syarikat orang tengah ini?
Persoalan ketiga yang perlu diselidiki ialah sekiranya Khazanah sendiri yang melabur di dalam projek Legoland, hospital swasta dan pusat membeli-belah di Zon A Medini, apakah ini bermaksud Khazanah atau IIB membeli semula tanah yang pada asalnya dijual kepada konsortium Arab? Desas-desus di Johor mengatakan bahawa IIB terpaksa membeli semula sebahagian dari tanah-tanah yang dijual kepada konsortium Mubadala akibat dari perjanjian berat sebelah yang ditandatangani oleh Khazanah bagi pihak IIB.
Apa yang perlu disiasat ialah apakah harga tanah yang dibeli semula oleh IIB lebih tinggi dari harga yang dijual kepada konsortium Mubadala? Jika ini benar, bukankah ia boleh membawa maksud konsortium Mubadala mendapat untung atas angin daripada perjanjian jual-beli dengan IIB.
Satu lagi yang perlu diketahui ialah apakah konsortium-konsortium Arab ini mematuhi jadual pembayaran kepada MIMSB? Desas-desus di Johor ada mengatakan bahawa MIMSB dibebankan dengan masalah aliran tunai akibat kelewatan pembayaran oleh kedua-dua konsortium Arab ini, yang mungkin berkait dengan kegagalan mereka menarik pelabur asing ke Medini.
Kegagalan membawa masuk pelabur lain ke Medini jugalah yang menyebabkan mereka terpaksa menjual semula atau memulangkan sebahagian tanah Medini kepada IIB dan MIMSB. Dalam hal sebegini, Khazanah perlu telus dengan memberitahu berapa banyakkah tanah Medini yang telah dijual balik atau dipulangkan semula kepada IIB dan anak-anak syarikatnya.
Apakah harga jualan kepada konsortium Arab ini masih kekal pada harga AS$ 1.2 bilion?
Sejauh manakah pengurangan dari jumlah asal ini sekiranya terdapat sebahagian tanah yang telah dijual balik atau dipulangkan semula kepada IIB atau MIMSB?
Yang menghairankan, walaupun MIMSB menghadapi masalah aliran tunai akibat kelewatan pembayaran dan pemulangan semula sebahagian tanah Medini oleh Mubadala, syarikat tersebut masih boleh membayar dividen sebanyak RM475 juta pada 2008? Perlu diingatkan, 25% daripada dividen ini ialah milik syarikat British Virgin Island yang diwakili oleh individu berkenaan. Mengapa MIMSB tidak sabar-sabar mahu mengagihkan dividen pada tahun tersebut sedangkan bayaran daripada konsortium-konsortium Arab belum diterima sepenuhnya.
Bukankah fokus sepatutnya diberikan untuk membelanjakan wang ke arah pembinaan infrastruktur Medini, bukannya pengagihan dividen? Apakah IIB membeli balik tanah pada harga lebih mahal daripada Temasek dan Sunway? Mengenai penjualan semula tanah Medini kepada IIB, Khazanah juga perlu telus mengenai berapakah harga tanah yang dibeli balik oleh IIB daripada konsortium Mubadala. Harga ini perlu dibandingkan dengan harga yang dibayar oleh syarikat kerjasama Khazanah dengan Temasek dan Sunway untuk Zon E dan F Medini.
Mengikut apa yang dilaporkan di Bursa Saham Kuala Lumpur, harga yang dibayar untuk Zon E dan F ialah lebih kurang RM25 sekaki persegi kawasan lantai kasar (Gross Floor Area). Berapakah harga yang dibayar oleh IIB?
Sekiranya IIB membeli semula tanah dari konsortium Mubadala pada harga yang lebih tinggi (dalam nilai RM sebenar, bukan USD) daripada apa yang dibayar oleh Sunway dan Temasek, ini bermaksud IIB disepit oleh perjanjian berat sebelah yang ditandatangani oleh Khazanah.
Bagaimana pula dengan pemulangan semula sebahagian tanah Medini kepada MIMSB? Siapakah yang dilantik oleh MIMSB atau anak syarikatnya sebagai ejen untuk mencari pelabur-pelabur asing ke Medini? Desas-desus orang Johor menceritakan bahawa sebuah syarikat tempatan yang dilantik menjadi ejen hartanah untuk pihak MIMSB. Dikatakan bahawa syarikat itu mendapat hak eksklusif untuk menjadi ejen hartanah pada kadar komisyen 30%.
Banyak perkara lain yang boleh dibangkitkan di sini mengenai peliknya skema hartanah Medini yang diuruskan oleh Khazanah pada awal penubuhan IIB. Persoalan yang penting ialah apakah pemegang saham IIB yang lain - Kumpulan Wang Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KPRJ) - diberi taklimat jelas mengenai risiko-risiko ini? Kita semua mengetahui KWSP ialah sebuah institusi pelaburan yang konservatif, tidak mungkin skema hartanah sebegini boleh diluluskan oleh Panel Pelaburan KWSP, melainkan sekiranya kertas kerja Lembaga Pengarah IIB tidak menghuraikan risiko-risiko sebegini.
Skema hartanah Medini yang dihuraikan di sini nyata sekali mencurigakan dan perlu disiasat. Transaksi-transaksi hartanah yang berlaku di Medini distrukturkan secara canggih dan rumit, berselindung di sebalik perjanjian-perjanjian jual-beli yang sukar difahami dan mengundang pelbagai soalan, seolah-olah terdapat konspirasi besar yang mahu mengaburi mata rakyat.
Sudah sampai masanya pihak kerajaan memantau lebih kuat syarikat-syarikat GLC. Memantau bukan bermaksud sekadar mendengar taklimat daripada syarikat-syarikat ini, tetapi menyiasat, mengkaji, membuat analisis dan membangkitkan soalan-soalan yang boleh memastikan tidak ada perjanjian berat sebelah yang menggadai kepentingan negara.

Sunday, January 29, 2012

TGIF UBAHSUAI MENU





KUALA LUMPUR: Chaswood Resources, pengendali restoran keluarga ala Amerika, TGI Friday’s mengambil keputusan mengubah suai semua menu serta menggunakan sos sama seperti rangkaiannya di Asia Barat bagi menarik perhatian pelanggan di negara ini, terutama beragama Islam.
Pengarah Urusannya, Andrew Reddy berkata, sos itu disediakan sendiri setiap hari bagi menjamin kualiti dan kesegaran bahan masakan.

“Chef Eksekutif TGI Friday’s, Larry Doyle datang ke Malaysia untuk membantu kami membuat semakan semula semua menu dan melatih kakitangan menyediakan makanan seperti dihidangkan di restoran kami di Asia Barat.
“Proses ini bukan mudah kerana kami bukan saja mengubah menu tetapi pada masa sama memastikan ia memenuhi cita rasa pelanggan tempatan tanpa menjejaskan keaslian rasa hidangan TGI Friday’s.

“Kami juga membuat ujian rasa makanan menggunakan sos baru; dan hasilnya memuaskan kerana kebanyakan memberi maklum balas bahawa sajian dengan sos baru lebih enak,” katanya.

Menurut Reddy, semua daging dan ayam dibeli daripada pengedar yang mendapat pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), malah beliau mengunjungi pusat penyembelihan bagi memastikan ia mematuhi peraturan ditetapkan.

Katanya, langkah berkenaan akan meningkatkan keyakinan pelanggan Muslim untuk menjamu selera di semua 12 restoran TGI Friday’s di seluruh negara tanpa was-was.

Beliau berkata, sejajar dengan perubahan itu, TGI Friday’s menawarkan daging panggang Tennessee Grill yang popular di negara Asia Barat.



Katanya, meskipun berlaku pengubahsuaian menu, keunikan dan keaslian rasa semua hidangan TGI Friday’s tetap dikekalkan kerana setiap perubahan dilakukan dengan teliti dan disempurnakan oleh pengurusan TGI Friday’s International.

Malah hampir 70 peratus menu di semua rangkaian TGI Friday’s seluruh dunia adalah sama dengan yang dihidangkan di Malaysia; bezanya sajian di restoran tempatan tidak mengandungi alkohol.


Selain itu, restoran TGI Friday’s di Menara Hap Seng adalah cawangan pertama di dunia dibenarkan menukar konsep hiasan dalaman dengan sentuhan tempatan.


Kini Chaswood Resources memberi tumpuan untuk membuka cawangan terbaru di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya, pada Mac depan dan ia dijangka menjadi restoran TGI Friday’s pertama mendapat sijil halal.


“Perancangan ini dibuat mengikut keperluan dan profil pelanggan. Jika ia berjalan lancar dan mendapat sambutan menggalakkan, tidak mustahil konsep ini diperluaskan ke cawangan lain,” katanya.


Friday, January 27, 2012

MEE BANDUNG MUAR


DARI jauh terdengar sayup-sayup suara lelaki berusia 62 tahun menyapa orang ramai yang lalu lalang supaya singgah menikmati mi bandung Muar.
"Meh singgah dulu rasa mi bandung Muar special".
Begitulah rutinnya setiap kali ada sesiapa yang melalui depan kedainya di 69-A, Jalan Abdullah, Muar, Johor Darul Takzim.
Jarang yang berlalu begitu sahaja tanpa menjamah mi bandung Muar istimewa air tangan Abu Bakar Hanipah.
Silap haribulan, jika kena dengan selera, mahu licin sepinggan mi bandung, malah siap dibungkus untuk menikmatinya di rumah.
Mengambil tempat duduk di meja di kaki lima kedai itu membuatkan penulis teringat kembali kata-kata sinis yang diungkapkan kepada seorang rakan suatu ketika dahulu.
"Apa yang ada di Muar tu? Setakat nak makan mi bandung, di Kuala Lumpur berlambak!"
Demikian respons penulis apabila seorang rakan mengajak ke Muar pada hujung minggu semata-mata untuk menikmati sepinggan mi bandung. Pelawaan tersebut dianggap tidak masuk akal kerana anda perlu menempuh perjalanan sejauh 182 kilometer dari Kuala Lumpur ke Muar.
Itu cerita beberapa bulan yang lalu. Kini, sambil menikmati sepinggan mi bandung, ada sahaja kereta yang berhenti dan singgah di kedai mi bandung Abu Bakar sama ada menjamu selera di situ atau bungkus untuk dibawa pulang.
Bisnes datuk
"Beginilah keadaan kedai setiap hari. Hujung minggu dan musim cuti lagi ramai pelanggan," sapanya yang membahasakan diri sebagai pak cik Abu Bakar selepas selesai tugas di dapur menyiapkan pesanan pelanggannya.
Bapa kepada tiga cahaya mata yang peramah itu kelihatan masih kuat dan sihat walaupun pada usia emas. Dirinya masih gagah berdiri lama untuk menyediakan mi bandung istimewa buat para pelanggan sambil dibantu isteri tercinta, Sabariah Salleh, 49.
Berasal dari Muar, Johor, Abu Bakar mula berniaga sejak tahun 1957 lagi ketika itu usianya baru tujuh tahun.
Ceritanya, perniagaan mi bandung itu dimulakan oleh datuknya iaitu Yusof Hanipah yang berasal dari Madras, India pada tahun 1930. Pada masa itu, datuknya berniaga di Panggung Wayang Rex.
Namun pengasas mi bandung Muar Istimewa itu ialah ayahnya. Abu Bakar sendiri tidak tahu dari mana idea rempah mi bandung yang menjadi perniagaan turun-temurun itu.
"Saya hanya ikut cara membuat rempah dan cara masakan ayah yang diperturunkan daripada datuk. Walaupun perniagaan mi bandung ini telah bermula sejak tahun 1930, tetapi rasanya masih sama. Cuma yang berbeza ialah harga. Kalau dahulu harga sepinggan mi bandung 50 sen, kini seiring dengan peredaran masa dan kenaikan harga barang, harganya ialah RM4 sepinggan," kata Abu Bakar.
Apakah keistimewaan mi bandung Muar Istimewa Abu Bakar Hanipah sehingga ia menggamit Presiden Singapura, S. R. Nathan dan tukang masak terkenal, Chef Wan bertandang ke sana?
Ketika soalan tersebut diajukan kepadanya, Abu Bakar hanya tersenyum.
WALAUPUN berusia 62 tahun, Abu Bakar masih kuat berdiri lama untuk menyediakan hidangan mi bandung Muar istimewa buat para pelanggannya sambil dibantu oleh isterinya, Sabariah Salleh.


Dia memberitahu, ramuan asasnya lebih kurang sama seperti yang lain cuma dia menggunakan udang kering semata-mata tanpa ditambah kacang seperti mi bandung yang lain.
Rempah segera
Rempah istimewa dibuat sehari sebelum perniagaan bermula iaitu waktu malam selepas pulang daripada berniaga.
Jika dulu pada zaman bapa dan datuknya, penyediaan rempah dibuat dengan menggunakan kaedah giling namun, kini prosesnya lebih mudah kerana menggunakan pengisar.
"Menggunakan kaedah giling lagi sedap, gunakan pengisar pun sedap juga. Selain menjual mi bandung di kedai, saya juga ada menjual rempah segera mi bandung pada harga RM10 satu bekas.
"Penjualan rempah segera ini sudah lama, cuma ia diberikan nafas baharu pada tahun 2006 hasil nasihat daripada FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) dan Jabatan Pertanian yang memberikan mesin untuk mengadun rempah," ujarnya.
Sebanyak 10 hingga 20 kilogram rempah akan diadun setiap hari untuk penggunaan di kedai dan dijual paket.
Bagi mereka yang membeli rempah, Abu Bakar tidak lokek menunjukkan cara-cara memasak mi bandung Muar Istimewa tanpa diminta walaupun sudah tertulis arahan pada paket tersebut cara memasaknya.
SIFAT ramah Abu Bakar disenangi oleh para pelanggan yang datang menjamu selera di kedainya.
"Datang jauh-jauh untuk makan dan beli rempah di sini. Nanti salah masak, rasanya tak sama macam makan di sini, kasihan pula.
"Ada juga yang datang ke rumah di Simpang Baba, Batu 4 1/2, Jalan Saleh untuk membeli rempah segera ini. Malah yang jauh pula, meminta kami melakukan penghantaran pos ke Kelantan, Terengganu, Perak dan Pulau Pinang," katanya.
Apabila ditanya mengenai pengalamannya berhadapan dengan pelanggan, Abu Bakar memberitahu, dulu ketika tahun 1960-an ada pelanggan yang kata mi bandung yang dijualnya tidak sedap dan tidak mahu membayarnya.
"Ada yang marah-marah kerana lambat hidangkan kepada mereka, ada pula yang sengaja letakkan rambut sebagai alasan tidak mahu membayar apa yang dimakan.
"Sudah adat berniaga begitu. Itu cerita dulu, kini pelanggan tidak begitu. Berniaga ada pasang surutnya, kadang-kadang ramai orang dan kadang-kadang tidak," ujarnya.
Jika anda bernasib baik, kunjungan anda pasti disambut oleh sekumpulan burung merpati yang setia menunggu Abu Bakar menjamu mereka dengan jagung di kaki lima jalan raya depan kedainya.
Setiap hari sebanyak 10 kilogram jagung diberikan kepada burung-burung merpati tersebut yang singgah pada waktu-waktu tertentu sahaja iaitu pukul 7 pagi, 12 tengah hari dan 4.30 petang.
Menurut Abu Bakar, ia adalah salah satu cara untuk bersedekah dan berkongsi rezeki dengan makhluk Allah yang lain.
Kedainya yang buka seawal pukul 6 pagi dan ditutup pukul 5 petang. Lazimnya, kedai Abu Bakar penuh dengan pelanggan pada musim perayaan dan cuti sekolah. Secara purata, Abu Bakar mampu menjual 100 pinggan sehari bergantung kepada jumlah pelanggan.
Terus diwarisi
"Saya berharap perniagaan turun temurun ini tidak putus dan terus diwarisi oleh anak cucu kelak. Kini, sudah ada tiga cawangan mi bandung Muar di daerah ini yang dijalankan oleh anak-anak saya iaitu Sabarina, di Agro Bazar Pagoh; Baharin, di Medan Selera Tanjung Emas dan sebuah lagi diberikan kepada anak bongsu saya iaitu Mohd. Azrin, 22," katanya yang melihat mereka sebagai generasi keempat perniagaan itu.
Mohd. Azrin sendiri gemar membantu ayahnya di kedai secara sukarela sejak bersekolah lagi.
"Lepas sekolah, pasti saya akan membantu ayah di kedai. Saya mahu belajar berniaga dengan ayah sebelum membuka perniagaan sendiri.
"Tidak hanya sekadar membantu menghantar hidangan kepada pelanggan, saya juga boleh masak mi bandung Muar seperti ayah," katanya yang masih mempelajari selok-belok memasak dan berniaga daripada ayahnya.
Dalam pada itu, seorang pekerja Restoran Wah San, Lee Toh, 56, yang beroperasi berdekatan dengan kedai Abu Bakar memberitahu, ramai orang tidak kira Melayu, Cina atau India datang untuk menikmati mi bandung Muar Abu Bakar Hanipah.
"Ada juga pelanggan yang sama datang banyak kali dalam seminggu," katanya ramah.
Tan Kean Eng, 71, pemilik Restoran Wah San yang sudah empat dekad berniaga di situ menjadi saksi perjalanan perniagaan Abu Bakar.
"Sejak bujang, dia sudah berniaga di sini dan perniagaannya semakin maju.
"Kalau hujung minggu dan musim cuti, penuh meja di kaki lima kedai. Walaupun tempat letak kenderaan penuh, orang sanggup berjalan jauh untuk ke sini," katanya.
Dalam pada itu, seorang pelanggan dari Kuala Lumpur, Natasha Nur Mohd. Diah, 29, sanggup meredah perjalanan selama dua jam semata-mata untuk memenuhi keinginannya menikmati mi bandung Muar Abu Bakar Hanipah.
"Ya, memang di Muar banyak menjual mi bandung, namun mi bandung di sini berlainan sekali kerana kuahnya kaya dengan rasa udang dan ia jauh lebih enak daripada yang dijual di Kuala Lumpur.
"Jika singgah di sini, selepas menikmati mi bandung, saya akan membawa pulang rempah segera mi bandung ini untuk dimasak di rumah kelak," katanya yang gemar menikmati makanan lain di Muar seperti asam pedas, kuih pau dan sate.

Wednesday, January 25, 2012

TILAPIA JADI HIDANGAN DI AS




SEREMBAN 24 Jan. - Sasaran kerajaan agar rakyat di negara ini memakan ikan air tawar mendorong sebuah syarikat, Tilapia House Sdn. Bhd. (Tilapia House) yang beribu pejabat di sini memasarkan ikan tilapia bermutu tinggi kepada orang ramai.
Bagi menjayakan wawasan itu juga, syarikat itu mengetengahkan konsep pasar kering moden dikenali sebagai Tilapia Market yang sudah dibuka di bandar ini sejak Jun tahun lalu dan Bandar Puteri Puchong pada Oktober tahun lalu.
Pengarah Urusannya, Mufadzir Huzaireen Datuk Mazlan berkata, idea memasarkan ikan air tawar tercetus apabila kerajaan menyatakan hasrat mahu meningkat pemakanan ikan jenis itu di kalangan rakyat.
Beliau berkata, secara purata seorang individu di negara ini hanya memakan lima kilogram ikan air tawar setahun berbanding 46 kilogram ikan laut.
“Kami memilih untuk memasarkan ikan tilapia hitam kerana ia kaya dengan protein dan kalori rendah.
“Ikan kami bermutu tinggi kerana ia diternak di Tasik Temenggor, Perak oleh Trapia Malaysia Sdn. Bhd. (Trapia Malaysia) menggunakan kaedah dan kepakaran teknologi dari Norway yang berpengalaman luas dalam penternakan ikan tilapia,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Menurutnya, ikan tersebut dijual dalam bentuk kepingan isi ikan tanpa tulang dengan pembungkusan berkualiti tinggi iaitu pek kedap udara bagi mengekalkan kesegaran produk berkenaan.
Tambahnya, produk itu mempunyai Sijil Kualiti Ikan (FQC) dan Sistem Analisis Bahaya dan Titik Pengendalian Kritikal (HACCP).
Mufadzir berkata, ia ditawarkan dalam dua saiz iaitu 330 gram dan 850 gram dengan harga masing-masing bermula pada RM8.90 hingga RM20.90
“Sejak beroperasi, setiap cawangan Tilapia Market mampu menjual antara 1.5 tan hingga dua tan produk tersebut sebulan,” ujarnya.
Sementara itu, Pengarah Tilapia House, Affandi Ab. Latif berkata, Tilapia House juga dilantik sebagai agen pemasaran tempatan ikan tersebut oleh Trapia Malaysia.
Katanya, setiap hari pusat penternakan ikan di Tasik Temenggor mengeluarkan 17 tan ikan tilapia yang mana 80 peratus daripadanya dieksport ke luar negara kebanyakannya ke Amerika Syarikat.
Jelasnya, baki 20 peratus dipasarkan dalam negara sama ada secara pukal kepada hotel, restoran dan katering manakala jualan runcit dilakukan melalui Tilapia Market.

Monday, January 23, 2012

BUDU CITARASA KAMPUNG


Budu Citarasa Kampung.Memang menyengat..memang malatop ! Hanya jauhari mengenal manikam, belum cuba belum tahu, lepas cuba baru tahu lazat ! Produk segar keluaran Bumiputera Islam, didatangkan terus dari Kelantan

10 KELEBIHAN AIR ALKALI



Air ALKALI dalam tubuh di antaranya berfungsi menjaga kesegaran, membantu pencernaan dan mengeluarkan toksin. Namun, korang tahu tak bahawa banyak manfaat yang diperolehi daripada Air ALKALI (alkaline water), selain nikmatnya kesegaran. Ramai orang yang tidak mengetahui khasiat air alkali selain untuk menghilangkan dahaga saja. Air alkali dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit dengan cara yang mudah dan murah. Berikut merupakan 10 manfaat air alkali yang mungkin dapat kita jadikan panduan dan sumber air minuman seharian kita.

1. Memperlancar Sistem Pencernaan
Mengkonsumsi air alkali dalam jumlah cukup setiap hari akan memperlancar sistem pencernaan sehingga kita akan terhindari dari masalah-masalah pencernaan seperti sembelit. Pembakaran kalori juga akan berjalan secara lebih efisien.

2. Air Alkali Membantu Memperlambat Tumbuhnya Zat-Zat Penyebab Kanser
Meminum air alkali membantu mencegah penyakit ginjal/masalah buah pinggang dan hati. Minum air alkali akan membuat tubuh lebih bertenaga.

3. Perawatan Kecantikan
Bila kurang minum air alkali, tubuh akan menyerap kandungan air dalam kulit sehingga kulit menjadi kering dan berkerut. Selain itu, air alkali dapat melindungi kulit dari luar, sekaligus melembabkan dan menyihatkan kulit. Untuk menjaga kecantikan pun, kebersihan tubuh pun harus benar-benar diperhatikan, ditambah lagi minum air putih 8 – 10 gelas sehari.

4. Untuk Kesuburan
Meningkatkan produksi hormon testosteron pada pria serta hormon estrogen pada wanita. Menurut hasil penelitian dari sebuah lembaga penyelidikan di London, England , jika seseorang selalu mandi dengan air dingin maka peredaran darahnya lancar dan tubuh terasa lebih segar dan bugar. Mandi dengan air alkali dingin akan meningkatkan produksi sel darah putih dalam tubuh serta meningkatkan kemampuan seseorang terhadap serangan virus.

Bahkan, mandi di waktu pagi dapat meningkatkan produksi hormon testosteron pada lelaki serta hormon estrogen pada wanita. Dengan begitu kesuburan serta kegairahan seksual pun akan meningkat. Selain itu jaringan kulit membaik, kuku lebih sihat dan kuat, tak mudah retak. Oleh itu biasakan mandi pagi dengan air pagi yang segar.

5. Menyihatkan Jantung
Air alkali juga diyakini dapat membantu menyembuhkan penyakit jantung, rematik, kerosakan kulit, penyakit saluran papas, usus, dan penyakit kewanitaan. Bahkan saat ini cukup banyak pengubatan altenatif yang memanfaatkan kebaikan dan keberkesanan air kosong.

6. Sebagai Ubat Stroke
Air alkali tak hanya digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit kulit, tapi juga efektif untuk mengubati lumpuh, seperti akibat stroke. Sebab, air tersebut dapat membantu memperkuat kembali otot-otot dan ligamen serta memperlancar sistem peredaran darah dan sistem pernafasan, meningkatkan pengaliran darah dan oksigenisasi jaringan, sehingga mencegah kekakuan otot, menghilangkan rasa nyeri serta menenangkan fikiran. Kandungan ion-ion terutama khlor, magnesium, hidrogen karbonat dan sulfat dalam air panas, membantu pelebaran pembuluh darah sehingga meningkatkan pengaliran darah. Selain itu pH airnya mampu mensterilkan kulit.

7. Efek Relaksasi
Air alkali mengandung ion negatif mampu meredakan rasa sakit, meneutralkan racun, memerangi penyakit, serta membantu menyerap dan memanfaatkan oksigen. Ion negatif dalam aliran darah akan mempercepat penghantaran oksigen ke dalam sel dan jaringan.

Bukan itu saja jika mengalami ketegangan otot dapat dilegakan dengan mandi air hangat bersuhu sekitar 37 darjah Celcius. Selagi kaki terasa pegal kita sering dianjurkan untuk merendam kaki dengan air hangat dicampur sedikit garam. Nah, jika memilik shower di rumah cubalah mandi dan nikmati hasilnya. Konon, shower juga menghasilkan ion negatif.

8. Menguruskan Badan
Air alkali juga bersifat menghilangkan kotoran-kotoran dalam tubuh yang akan lebih cepat keluar melalui air kencing. Bagi yang ingin menguruskan badan pun, minum air alkali hangat sebelum makan (sehingga merasa agak kenyang) merupakan satu cara untuk mengurangi jumlah makanan yang masuk. Apalagi air alkali ini tidak mengandung kalori, gula, ataupun lemak. Namun yang terbaik adalah minum pada suhu sedang, tidak terlalu panas, dan tidak terlalu dingin. Mahu kurus?, minum air alkali saja.

9. Tubuh Lebih Bugar
Khasiat air alkali tak hanya untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin lebih dapat bertahan kekurangan makan beberapa hari ketimbang kurang air. Sebab, air merupakan bagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.

10. Penyeimbang tubuh
Jumlah air yang menurun dalam tubuh, fungsi organ-organ tubuh juga akan menurun dan lebih mudah terganggu oleh bakteria, virus. Namun, tubuh manusia mempunyai mekanisme dalam mempertahankan keseimbangan pengambilan air yang masuk dan yang dikeluarkan. Rasa haus pada setiap orang merupakan mekanisme normal dalam mempertahankan asupan air dalam tubuh. Air yang diperlukan tubuh kira-kira 2-2,5 l (8 – 10 gelas) per hari. Jumlah keperluan air ini sudah termasuk pengambilan air dari makanan (seperti dari kuah sup, soto), minuman seperti susu, teh, kopi, sirup. Selain itu, pengambilan air juga diperoleh dari hasil metabolisme makanan yang dikonsumsi dan metabolisme jaringan di dalam tubuh.

Air juga dikeluarkan tubuh melalui air kencing dan peluh. Jumlah air yang dikeluarkan tubuh melalui air kencing sekitar 1 liter per hari. Kalau jumlah najis yang dikeluarkan oleh orang sihat sekitar 50 – 400 g/hari, kandungan aimya sekitar 60 – 90 % berat najis pejal atau sekitar 50 – 60 ml air sehari.
Sedangkan, air yang terbuang melalui peluh dan saluran nafas dalam sehari maksimum 1 liter, tergantung suhu udara sekitar. Belum lagi faktor pengeluaran air melalui pernafasan. Seseorang yang mengalami demam, kandungan air dalam nafasnya akan meningkat. Sebaliknya, jumlah air yang dihirup melalui nafas berkurang akibat rendahnya kelembapan udara di sekitarnya.

Tubuh akan menurun kondisinya bila kadar air menurun dan kita tidak segera memenuhi keperluan air tubuh tersebut. Kardiolog dari AS, Dr James M. Rippe menyarankan agar minum air paling sedikit seliter lebih banyak dari apa yang diperlukan rasa haus kita. Sebabnya, kehilangan 4% cairan saja akan mengakibatkan penurunan prestasi kita sebanyak 22 %! Maksudnya, jika kita kehilangan 7% air, kita akan mulai merasa lemah dan lesu.
Semakin banyak aktiviti harian, maka sudah tentu lebih banyak pula air yang keluar dari tubuh kita. Oleh itu, pakar kesihatan mengingatkan agar jangan hanya minum bila terasa haus. Biasakan meminum air (terutama air kosong) dengan banyak, tidak kira semasa haus atau tidak kerana ianya merupakan satu tindakan yang sihat!

Jika berada di ruang berhawa dingin, dianjurkan untuk minum lebih banyak air kerana udara yang dingin akan menyebabkan tubuh cepat mengalami dehidrasi. Banyak minum air juga akan membantu kulit tidak cepat kering. Di ruang yang suhunya tidak tetap pun dianjurkan untuk membiasakan minum meski tidak terasa haus untuk menyeimbangkan suhu.

RAHSIA DOA DUDUK ANTARA 2 SUJUD

Dengan rendah hati, nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah melalui doa ini.

“Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)”
Diam sejenak, hayatilah maksud ini semasa membuat bacaan. Buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil.

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah. Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan.

Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

“Warhamni (sayangi aku)”
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah yang kita terima. Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup.

Kemudian, berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.

“Wajburnii (tutuplah aib-aibku)”
“Warfa’nii (angkatlah darjatku)”
“Warzuqnii (berilah aku rezeki)”
“Wahdinii (berilah aku petunjuk)”
“Wa’Aafinii (sihatkan aku)”
“Wa’fuannii (maafkan aku)”
Setelah selesai, diamlah sejenak, kemudian lahirkan rasa syukur kita kepada Robbi.

Sunday, January 22, 2012

REMPAH GULAI NASI DAGANG



Rahsia kehebatan Nasi Dagang Bukit Setongkol, Kuantan ada di sini !.Produk Muslim ini sudah terbukti keaslian dan "toyyibah" nya, dibungkus dengan kemasan hasil ramuan rempah-rempah terbaik dan terpilih untuk membangkitkan aroma dan selera sesiapa sahaja.Hasilnya...Gulai Nasi Dagang sekarang bukan lagi susah !

ROJAK CHA-CHA


Try Rojak Cha-Cha ! Lengkap, rasanya semua ada ! Meehoon ditos, diadunkan pula dengan cucur udang digoreng rangup panas-panas dan kemudian digaul mesra bersama taugeh dan mentimun segar.Kuahnya pula diperisakan dengan aroma sos masam manis Thai.Hidangan yang ringan, sesuai untuk dinikmati bersama mood "santai", bersendirian mahupun dengan kawan-kawan.

Saturday, January 21, 2012

BOM ZAMAN JEPUN DITEMUI

BELOKOK - Seorang pekerja projek pembinaan jalan baru Pekan Nenas ke Tanjung Piai, terkejut apabila menemui sebutir bom di bawah

timbunan pasir ketika kerja meratakan tanah, kelmarin.

Sharifuddin Yunus, 40, berkata, pada awalnya dia menyangka objek itu adalah batu, tetapi apabila diamati ianya seperti bentuk bom.

Menurutnya, bom itu ditemui di hadapan stor menyimpan peralatan pembinaan dan kenderaan berhampiran sebuah sekolah, di sini, petang kelmarin.

“Ia seperti batu berwarna hitam, tetapi selepas menyedari objek berkenaan berkemungkinan bom saya hanya melihat dari jauh,” katanya.

Dia kemudiannya memberitahu penyelia tapak, Saiful Afendy Rashdi, 25, sebelum membuat laporan di Balai Polis Permas.

Dengan penemuan bom itu, kerja pembinaan terpaksa dihentikan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan bagi mengesahkan penemuannya.

Sementara itu, Saiful Afendy berkata, pihaknya hanya akan menyambung kerja pembinaan hari ini bagi memastikan tahap keselamatan pekerja dan bahan yang ada di stor penyimpanan.

Kawasan penemuan bom itu menjadi tumpuan orang ramai yang ingin mengetahui cerita sebenar, sejak petang kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin mengesahkan objek yang ditemui itu adalah sebutir bom yang masih aktif.

Katanya, bom seberat 25 kilogram dan sepanjang 16 inci itu dipercayai dari jenis Shell Marin iaitu sejenis bom yang digunakan tentera marin.

Selain itu, bom ini juga dipercayai telah dijatuhkan di sungai pada zaman Jepun berdasarkan kepada perkataan ‘Mark 6’ yang ada pada badan bom berkenaan.
Zahaliman berkata, bom berkenaan telah dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, kira-kira jam 8 pagi, semalam.

LINDUNGI ANAK DARIPADA OBESITI

ROSNITA (bukan nama sebenar), 10, akan makan sepapan coklat, biskut untuk snek ringan dan semangkuk nasi dengan pelbagai jenis lauk-pauk untuk makan tengah hari.
Selepas pulang dari kelas tambahan pada sebelah malam, Rosnita akan menikmati beberapa keping sandwich. Namun, diet hariannya tidak setakat itu. Pada lewat tengah malam, dia akan menghirup semangkuk mee segera sejurus sebelum melelapkan mata di katilnya. Rosnita mempunyai ketinggian 126 sentimeter (empat kaki dua inci) dengan berat badan 49 kilogram. Berat itu sebenarnya menyebabkan Rosnita 23 kilogram lebih berat daripada berat badan ideal seorang kanak-kanak perempuan pada usia dan ketinggiannya. Ini bermakna dia tergolong dalam kanak-kanak yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti.
Kanak-kanak boleh menjadi obes jika mereka lebih banyak makan dan minum daripada menggunakan badan mereka untuk melakukan aktiviti fizikal.
Pakar Diet Pantai Hospital Ampang, Nursyamimi Ahmad berkata, obesiti bukan lagi dipanggil satu keadaan tetapi penyakit.
Tegasnya, kanak-kanak obes berisiko tinggi menghidap penyakit kardiovaskular seperti kolestrol, tekanan darah tinggi dan pra-kencing manis.
“Kanak-kanak dan remaja obes turut berisiko tinggi mendapat masalah tulang dan sendi, apnea tidur, masalah sosial dan psikososial seperti rendah diri dan kurang keyakinan diri,” ujarnya.
Nursyamimi menjelaskan, banyak faktor yang menyebabkan obesiti kanak-kanak.
Antara yang paling ketara pengambilan nutrisi tidak seimbang atau makanan dengan kadar banyak atau kurang.
Tambah Nursyamimi, kanak-kanak yang tidak bersarapan dan jika mereka bersarapan dengan makanan proses, golongan ini juga berisiko obes.
“Makanan proses seperti nugget dan sosej tidak mengandungi khasiat nutrien yang banyak. Malah makanan ini membantutkan perkembangan mental kanak-kanak. Selain itu, kebanyakan isi rumah hari ini tidak menyimpan buah-buahan sebaliknya umpama stor makanan ringan.
Obesiti juga berpunca daripada iklan yang banyak menonjolkan watak kartun dan makanan ‘junk’. Ini semua tarikan kepada kanak-kanak untuk memilih makanan tersebut berbanding buah-buahan atau sayur-sayuran,” ujarnya.
Katanya lagi, ruang rumah terhad seperti di pangsapuri atau kondominium menyebabkan kurangnya aktiviti fizikal kanak-kanak.
Bahkan, kebanyakan kanak-kanak pada hari ini tidak bermain di taman kanak-kanak.
Jelasnya, secara tidak langsung, kanak-kanak yang tidak banyak melakukan aktiviti fizikal akan berada di dalam rumah sambil makan, bermain permainan video atau menonton televisyen.
Dalam situasi ibu bapa yang bekerja dan memilih untuk makan di kedai, Nursyamimi tidak menganggap ia satu masalah. Sebaliknya, mereka perlu memastikan kedai makan tersebut bersih, pilih makanan berkhasiat dan tidak rosak.
“Selain itu, pilihlah nasi dengan lauk sayur, sup ikan atau sup sayur. Bagi ibu yang berkerja, anda boleh menyediakan bahan-bahan pra memasak pada hujung minggu iaitu potong bahan masakan awal dan memasak pada hari bekerja. Dengan ini anda boleh memasak sendiri makanan yang lebih baik daripada di kedai makan,” katanya.
Begitupun, pencegahan obesiti kanak-kanak boleh dilakukan tetapi harus bermula dari rumah.
Menurut Nursyamimi, obesiti kanak-kanak biasanya berlaku akibat pengambilan makanan berlebihan dan kurang bersenam.
Justeru jalan penyelesaian paling mudah adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Misalnya, menetapkan amalan pemakanan sihat dan rajin melakukan aktiviti fizikal.
“Namun, tidak mudah untuk anak anda melakukannya sendiri. Satu kaedah paling efektif bagi mencegah masalah obesiti adalah dengan mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat seisi keluarga.
“Galakkan seluruh keluarga melakukan perubahan dalam aspek gaya hidup,” katanya.