"Anytime Is Tea Time".Agenda Cameron datang lagi ! Hebatnya pukulan "teh tarik & carrot cake" di Cameron Valley Tea House ini sering meruntun hati untuk saban tahun menggagahi liku-liku 57 km dari Tapah ke Ringlet, Tanah Rata hingga Brinchang.Mungkin tidak sesedap mana, tetapi magiknya lukisan alam yang terhidang di depan mata itulah yang menambah perisa. Menghayati Carrot Cake bersulam hirupan teh tarik, sesekali disapa bayu segar Cameron Valley sambil memanjakan diri menikmati saujana hijau sepuas-puasnya adalah nikmat percuma pemberian tuhan yang tiada nilai dan taranya.Lalu.."teh tarik & carrot kek" di sini menjadi "teh tarik & carrot cake" paling sedap di dunia..
BANNER KEMANGI
FACILITIES
Tuesday, December 28, 2010
CEMERON HIGHLAND- Anytime Is Tea Time !
Monday, December 27, 2010
KARNIVAL UPIN n IPIN @ SACC
Upin dan Ipin adalah sepasang adik-beradik kembar lelaki berusia 5 tahun dan tinggal bersama kakak Ros dan Opah di sebuah rumah di Kampung Durian Runtuh setelah kematian kedua-dua ibu bapa mereka sewaktu masih bayi. Upin dan Ipin bersekolah di Tadika Mesra yang terletak dalam kawasan kampung, di mana mereka berkawan dengan kanak-kanak yang pelbagai ragamnya : Mei Mei si comel dan berpemikiran waras :Jarjit Singh yang gemar berjenaka dan berpantun :Ehsan yang penyepi, cemerkap dan kuat makan :Fizi (sepupu Ehsan) yang penuh keyakinan diri tetapi suka memerli : Mael yang berdaya keusahawanan dan pandai berkira-kira.
Sunday, December 26, 2010
MOHD. ROSDI & SITI HAWA - Dari Bangi Ke Chenderung Balai
Odi, Jejaka Idaman Malaya zon Pontian dan Pulau Pisang sessi pengajian 2007/2009 kini bukan lagi bujangan macho ! Dinikahkan sebulan sebelumnya di Chenderung Balai, majlis perkahwinan pihak lelaki telah dilangsungkan di Seksyen 3 Bangi, pada Sabtu 25 Disember 2010.Dari Bangi ke Chenderung Balai.."Tahajjud Cinta" menyahut salam..di situ,Cinta Adam & Hawapun bersulam..
Tahniah dan Selamat Pengantin Baru.Semoga kekal berbahagia ke anak cucu !
Tahniah dan Selamat Pengantin Baru.Semoga kekal berbahagia ke anak cucu !
TAHAJJUD CINTA
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan
Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan
Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud
Friday, December 24, 2010
RESTORAN JIJIK DIKOMPAUN
Harian Metro Jumaat 24 Disember 2010
GEORGETOWN: Akibat meletakkan makanan siap digoreng di atas kertas akhbar selain melakukan enam kesalahan berkaitan kebersihan, sebuah restoran nasi kandar di Air Hitam, di sini, dikompaun RM510, semalam.
Lebih menjijikkan, makanan siap dimasak dibiarkan atas lantai manakala sisa makanan dibuang dalam longkang utama menyebabkan pencemaran air.
Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Ong Ah Teong berkata, operasi kira-kira jam 10.30 pagi itu membabitkan sepasukan anggota pelbagai agensi pihak berkuasa tempatan (PBT).
Beliau berkata, pemeriksaan dilakukan selepas menerima aduan pelanggan restoran dan dalam operasi itu, enam pekerja terbabit didapati tidak mendapat suntikan tifoid termasuk tidak menggunakan apron, topi atau sarung tangan ketika bekerja.
Beliau berkata, pemeriksaan dilakukan selepas menerima aduan pelanggan restoran dan dalam operasi itu, enam pekerja terbabit didapati tidak mendapat suntikan tifoid termasuk tidak menggunakan apron, topi atau sarung tangan ketika bekerja.
Monday, December 20, 2010
ADA YANG TIDAK KENA DENGAN HARIAN METRO
Metro Ahad 19 Disember Edisi Johor/Selatan |
Malam Sabtu 18 Disember, teman menonton bolasepak dengan kawan-kawan.Punyalah taksub teman dek pukulan Malaysia membenam ego Vietnam dengan agregat 2-0 sekaligus melangkah ke final AFF Suzuki Cup selepas 14 tahun.Keesokannya, saki baki ketaksuban itu berterusan bila teman seawal pagi bergegas mendapatkan 3 tabloid utama bahasa Malaysia.Hajat dan suspen yang teman simpan untuk menghayati detik-detik cemas perlawanan semalam yang diterjemahkan melalui tulisan, jadinya sedikit terencat gara-gara Harian Metro: AHAD 19 DISEMBER 2010 Muka Depan: "SAKIT BANG !"-"Diseksa suami di ranjang".Menambahkan kejelikan, berita dan ulasan Malaysia melangkah bergaya ke final AFF Suzuki Cup selepas 14 tahun-TIADA ?
Terkedu..kalaulah teman ini menteri kanan Malaysia yang sebok merasmikan itu ini demi agenda memartabatkan bangsa dan negara, atau paling tidak teman ini K.Rajagopal yang berjaya melangsai agenda bolasepak negara selepas 14 tahun mengintai final AFF Suzuki Cup..teman selayaknya digodam kecewa yang bukan kepalang kerana "Abang yang menyiksa, dan adik yang tersiksa di ranjang" lebih memberi makna kepada wartawan-wartawan Harian Metro. Lalu teman yang dangkal etika tabloid Malaysia inipun merasa jijik, bahkan melampau rasanya kalau tabloid HARIAN.. memancing "rating" dengan topik semberono sekaligus gagal mengetengahkan isu-isu penting negara atau dunia menjadi tajuk utamanya.Kalau kempunan sangat nak siarkan cerita sensasi yang dah berkoyan-koyan dalam simpanan menunggu masa siaran..elok pihak berkenaan berikan saja Harian Metro lesen tabloid mingguan ataupun bulanan.Itu memang patut !
Saturday, December 18, 2010
MALAYSIA RANCANG DIRIKAN 2 LOJI KUASA NUKLEAR 1000 MW
2010/12/19-BERITA MINGGU
Loji pertama akan siap dan mula beroperasi pada 2021 manakala loji kedua, setahun kemudian.
"Diharapkan, menjelang 2013 atau 2014, kami akan dapat menyiapkan penilaian ini. Tentang penawaran tender, kami berharap ia dapat dilakukan menjelang 2016," katanya kepada Bernama dalam satu wawancara.
Beliau berkata Malaysia amat bergantung kepada gas dan arang batu bagi bekalan elektriknya kerana memang menjadi dasar kerajaan untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil.
Gas menyumbang 64 peratus kepada penjanaan tenaga negara manakala selebihnya disumbangkan oleh arang batu.
"Kita mesti elakkan ini. Ini amat tidak seimbang. Kita mahu hidro memainkan peranan utama kerana ia bersih tetapi ini hanya boleh dicapai di Sabah dan Sarawak yang ada banyak potensi, tetapi tidak di Semenanjung Malaysia," katanya.
Selain itu, Chin berkata, sumber tenaga lain seperti biojisim dan angin terlalu sedikit, manakala tenaga suria merupakan potensi yang baik tetapi teknologinya masih terlalu mahal.
"Biojisim dan angin, terlalu sedikit. Melainkan dan hingga tenaga suria boleh diperbaharui menjadi cukup besar, tenaga begitu hanya menambah (kepada apa yang kita sedia ada) kerana kita tidak boleh menjana banyak tenaga (suria)disebabkan oleh kosnya yang tinggi," katanya.
Chin juga berkata kerajaan perlu ada pendekatan seimbang terhadap tenaga boleh diperbaharui kerana ia tidak mahu tarif meningkat disebabkan oleh kos yang tinggi.
"Memanglah, semua orang mahukan tenaga boleh diperbaharui, tetapi kosnya? Bolehkah kita paksa orang menerima kenaikan tarif? Kita perlu kaji cara yang seimbang, itulah sebabnya kita tidak boleh bergantung kepada bahan api fosil semata-mata," katanya.
Katanya, nuklear menjadi pilihan yang semakin penting dalam mengimbangi sumber tenaga disebabkan kos penyenggaraannya dan tarifnya yang lebih rendah dalam jangka panjang.
"Contohnya, di Abu Dhabi, mereka sedang membina loji tenaga suria yang besar-besar tetapi pada masa yang sama mengimbanginya dengan loji nuklear. Mereka tidak hanya memberi tumpuan kepada bahan api fosil," katanya.
Malaysia memulakan operasi reaktor penyelidikan Triga 1 MW sejak 1982 dan mempunyai perjanjian perlindungan nuklear antarabangsa sejak 1972.
Baru-baru ini, Malaysia juga memperketat undang-undang kawalan eksport untuk mencegah kemungkinan berlaku penyeludupan teknologi nuklear.
KHARINA CAFE- Majlis Perkahwinan Nurul Emma
Sekitar majlis perkahwinan puteri kesayangan Kharina Cafe, Nurul Emma dengan pasangannya Fairuz pada Sabtu 18 Disember 2010 di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian.
Poster mempelai menggamit pengunjung |
Majlis perkahwinan bertemakan "elegant & prestige" sentuhan Adli Bridal |
Persada santapan mempelai. Pelamin dalam taman, taman dalam pelamin. |
Sorang besanggul lentik, sorang bertanjak. Sorang cantik, sorang segak ! |
Mempelai bersama keluarga-Encik Khalid & Puan Erna |
Antara jemputan yang menumpang kesempatan menepung tawar dan bergambar |
Lama menyepi..walaupun "Nazam Berkasih" lebih hits tapi "Kasih Tak Terjamah" lebih cool. |
SYURA-Memilih "Diam Diam Cinta" Ramlah Ram sebagai penutup. |
Thursday, December 16, 2010
SMK SRI PERHENTIAN
SMK SRI PERHENTIAN telah mengadakan majlis makan malam sempena persaraan Tuan Hj Nuh Bin Abd. Rahman pada 15 December 2010.
Saturday, December 4, 2010
GAHARU LAHIRKAN JUTAWAN VERSI BARU
Gaharu adalah sejenis damar yang terbentuk secara semula jadi akibat daripada tindak balas pokok ke atas serangan fungus/bakteria (penyakit). Pokok yang diserang akan menyebarkan sejenis minyak berbau bagi melindungi bahagian yang cedera (sama ada akar, batang, dahan dan sebagainya ) di mana minyak ini lama kelamaan akan menjadi keras sehingga terbentuknya damar.
Gaharu mengeluarkan bau wangi apabila dibakar.Gaharu dihasilkan daripada baka pokok kayu yang dikenali dengan nama Pokok Gaharu, Pokok Depu ataupun Pokok Karas. Nama saintifiknya pula adalah Aquilaria dari famili Thymelaecae. Hanya lapan jenis Aquilaria sahaja yang berupaya menghasilkan gaharu. Penghasilan gaharu terbanyak datangnya daripada jenis Aquilaria Crassna , Aquilaria Malaccensis, Aquilaria Agallocha and Aquilaria Sinensis.
Gaharu mengeluarkan bau wangi apabila dibakar.Gaharu dihasilkan daripada baka pokok kayu yang dikenali dengan nama Pokok Gaharu, Pokok Depu ataupun Pokok Karas. Nama saintifiknya pula adalah Aquilaria dari famili Thymelaecae. Hanya lapan jenis Aquilaria sahaja yang berupaya menghasilkan gaharu. Penghasilan gaharu terbanyak datangnya daripada jenis Aquilaria Crassna , Aquilaria Malaccensis, Aquilaria Agallocha and Aquilaria Sinensis.
KEGUNAAN GAHARU
Gaharu digunakan dalam pelbagai cara termasuk perubatan tradisional, artifek-artifek seni dan pati minyak. Gaharu dibakar untuk menghasilkan bau-bauan yang wangi sejak dahulu lagi oleh orang-orang Cina, Arab, India dan Jepun yang mana ia banyak digunakan dalam perayaan-perayaan, adat dan keagamaan. Pati minyak yang di ekstrak daripada gaharu pula digunakan sebagai bahan campuran minyak wangi sebagai contoh, minyak ‘attar’, iaitu wangian berasaskan air yang mengandungi minyak ekstrak gaharu. Wangian tersebut digunakan secara meluas oleh orang Islam.Kini ekstrak gaharu juga digunakan dalam pembuatan sabun dan sampoo wangian serta penghalau serangga.Pucuk Gaharu juga menerima permintaan tinggi kerana mempunyai mutu perubatan tersendiri, manakala akar dan ranting Gaharu digunakan untuk rawatan dan produk aromatheraphy.
NILAI GAHARU
Di pasaran tempatan teras gaharu dijual berdasarkan mutunya yang dibahagikan gred-gred tertentu iaitu di antara RM1000.00 hingga RM25,000.00/kg.
Pati minyak yang diekstrak juga dijual berdasarkan mutunya mengikut gred tertentu iaitu di antara RM350.00 – RM1200.00/pertola/ atau 12 ml.
Ketulan kayu / wood chip gaharu dijual berdasarkan mutu mengikut gred dari RM4 – RM350/kg.Bahagian-bahagian lain iaitu ranting, akar dan pucuk dianggar bernilai sehingga RM500 sekilogram.
MENGAPA PERLU MENANAM GAHARU?
Kerana pokok gaharu mempunyai nilai yang sangat tinggi.Purata setiap pokok bernilai antara RM 2 000 hingga RM 5 000 sebatang selepas 6 tahun.Setiap kita harus berusha menanam sekurang-kurangnya 1000 batang iaitu seluas dua ekar.
INGAT: 1000 BATANG X RM 3 000 = RM 3 000 000
Keperluan : 1. tanah 2 ekar
2. modal RM 20 000
Pulangan : RM 3 000 000
Masa : 6 tahun (purata pendapatan 500 ribu setahun)
Friday, December 3, 2010
MENGIMBAU AISHAH..
AISHAH
Gadis riang ceria
Tersenyum manis dan tertawa
Debu pasir kota mulia
Hinggap di pipimu Umaira
Sutera Bahrain yang merah
Litupi dirimu oh wanita
Terpatri janji hidup bersama
Kini kau kasih insan mulia
Teman suka dan duka
Bersama harungi segalanya
Cemburumu bukan lagi rahsia
Tanda kasih padu dijiwa
Aishah Aishah... istimewa
Aishah Aishah... si merah
Aishah Aishah... bijak mulia
Aishah Aishah... kau setia
Cintamu cinta abadi
Ke akhir hayat kau di sisi
Halaman kauraudah yang suci
Tempat kekasihmu bersemadi
Aishah Aishah... istimewa
Aishah Aishah... si merah
Dan ujian melanda
Badai fitnah semua menimpa
Hentikan deraian airmata
Kerna Tuhan tetap berkuasa
Menjadi pelindung
Dan ... segalanya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Demikian penuh gambarannya "AISHAH", digayakan dalam lagu hasil dendangan penyanyi "Yassin".Penyanyi popular "AISHAH" pula pernah mengalunkan sebuah lagu bertajuk " MERENUNG BULAN":
MERENUNG BULAN~ Merungkai kesepian gadis tak berteman hingga terdetik melupakan segala kurniaan dek tuah yang tidak menyebelahinya.Kesedaran menjelang..beliau rupanya tidak berpijak di bumi nyata kerana menggapai jauh..mengimpikan sesuatu yang jenuh, sedangkan paksi diri yang membelenggu selama ini adalah lebih murni, lebih suci..berwarna warni.
Kiranya sebuah lagi nukilan popular AISHAH bertajuk "KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH" membungkam iktikad Imam Hj. Bokhari.. terkilan dan patah tak kesampaian yang terpendam sekian lama..entah bila dapat dinokhtahkan gelodak ini, menyeru dendam menukar maaf..pada satu detik pertemuan penuh indah..bila ?bila..?
Saturday, November 27, 2010
SASA Perfume/Fragrant Award 2010
MARINA DE BOURBON Fleur de LYS
Eau De Parfum Spray
Top Notes: Lemon, Green Apple, Bamboo Leaves
Middle Notes: Jasmine, Hyacinth, White Rose, Lily
Base Notes: Cedar, Transparent Wood, Amber, Musk
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~BOSS Bottled Night
Eau De Toilette Spray
Top Notes: Birch Leaves, Lavender
Middle Notes: Cardamom, African Violet, Jasmine
Base Notes: Lauro Amarelo, Sandalwood, Musky Notes
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
He Wood Ocean Wet Wood
Top Notes: Transparent SeaAccord, Ambergris, Artemisia
Middle Notes: Violet Leaves, Violet, Musk
Base Notes: Vertiver, Cedar Wood, Patchoulli, Tonka Bean
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SEAN JOHN I Am King
Eau De Toilette Spray
Top Notes: Tangerine Zest, Juicy Orange, Succulant Cranberry Blend
Middle Notes: Lime Pie, Lemon Crème
Base Notes: Rich Labdanum Extract, Cedarwood And Vetiver Blend With White Moss, Sandalwood Essences And Clean Powdery Undertones
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Temptation for both him and her, this sexy and delectable scent is sure to complement one another.
Be Delicious Men
Eau De Toilette Spray
Top Notes: Green Apple, Coffee Granita
Middle Notes: Pomarose Apple, African Coffee
Base Notes: Ambery Applewood, Dark-roasted Coffeewood
Be Delicious
Eau De Parfum Spray
Top Notes: Green Cucumber, Sparkling Grapefruit, Magnolia
Middle Notes: Tuberose, White Muguet, Rose, Violet
Base Notes: Sandalwood, Blonde Woods, White Amber
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Resistance is futile as the forces of nature of this seductive scent draw you together.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
She Wood Crystal Creek Wood
Eau De Parfum Spray
Top Notes: Hawthorn, Jasmine Petalsk Musk
Middle Notes: Crystalline Watery Accord, Violet Leaves, Violet
Base Notes: Vertiver, Vegetal Ambern White Wood, Sandalwood
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ANNA SUI Rock Me! Summer of Love
Top Notes: Bergamot, Blue Waterhyssop, Geranium
Middle Notes: White Peach, Freesia, Giant Waterlily Accord
Base Notes: Musky Rose Accord, Sandalwood, Ambergris Accord
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
DKNY Be Delicious Fresh Blossom
Spring is here with this light and intensely feminine scent that is a mix of ripe and luscious fruits and bright flowers.
Eau De Parfum Spray
Top Notes: Grapefruit, Cassis Apricot
Middle Notes: Muguet, Petal Rose, Jasmine
Base Notes: Apple Blossom, Blonde Wood Skin Accords
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
The IDOLE d’AR MANI woman is absolutely sublime and exquisite. For the woman that glows with magnetic sensuality and natural grace.
Eau De Parfum SprayTop Notes: Bitter Orange, Juicy Pear, Ginger, Davana Notes
Middle Notes: Rose Loukoum, Mythical Jasmine, Honey-Coloured Subtle Spicy
Base Notes : Patchouli, Vetiver
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BLUMARINE Bellissima
Revel in the blissful scent of Bellissima; romantic and sweet, seductive yet sophisticated. This charming scent is sure to excite your senses.
Eau De Parfum SprayTop Notes: Ginger, Orange, Grapefruit
Middle Notes: Peony Petals, Passion Flower, Sunny Sexy Flower
Base Notes: Cashmeran, Sandalwood, Vanilla, Orchid, Musk
Vanilla, Orchid, Musk
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
GUCCI Flora by Gucci
Be swept away by this bright and feminine fragrance that is inspired by Gucci’s iconic Flora pattern.
Eau de Parfum SprayTop Notes: Citrus, Peony
Middle Notes: Fresh Citrus, Peony, Rose, Osmanthus, Flower (China)
Base Notes: Sandalwood, Patchouli
Subscribe to:
Posts (Atom)