PONTIAN 29 Jun - Fenomena El Nino yang dijangka melanda negara dijangka tidak memberi kesan kepada bekalan air di Johor kecuali kemungkinan gangguan di daerah Mersing berikutan paras air di Empangan Congok masih berada di paras tidak stabil.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, empangan tersebut membekalkan air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Tenglu yang memerlukan lapan hingga sembilan juta liter air sehari untuk 6,148 akaun pengguna selain sumber air dari LRA Sungai Mersing.
Bagi mengatasi masalah tersebut, segala bentuk sumber air yang ada di kawasan termasuk dari Empangan Labong yang digunakan bagi tujuan pertanian akan ditingkatkan keupayaannya. Kerajaan negeri akan berbincang dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang mengawal empangan tersebut.
Pendekatan sedemikian akan dapat membantu menaikkan paras air di Empangan Congok serta mengatasi bekalan air kepada penduduk di daerah tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia selepas menghadiri taklimat khas kepada Ketua-Ketua Pusat Daerah Mengundi ( PDM ) di sini, baru-baru ini.
Pada bulan Mac lalu, paras air di Empangan Congok yang merosot pada paras 4.47 meter melepasi paras kritikal 4.5 meter memaksa bekalan air berjadual dibuat.
Hal serupa turut dilakukan di daerah Kluang pada Februari lalu akibat penurunan paras air Sungai Sembrong Kiri yang menjejaskan pengeluaran di LRA Sembrong Timur.
Menurut Hasni, langkah-langkah awal yang diambil oleh Syarikat Air Johor Holding Berhad (SAJH) dan Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ) berjaya mengenal pasti masalah tersebut lebih awal.
Ujar beliau, pemantauan berterusan akan dilakukan SAJH terhadap paras air sungai dan empangan yang membekalkan air mentah kepada loji rawatan di seluruh negeri pada musim El Nino yang dijangka melanda sehingga September ini.
Jika paras air menyusut kepada tahap amaran, Pelan Tindakan Kecemasan Bekalan Air akan diaktifkan dan menyediakan keperluan logistik bagi bekalan air secara berjadual serta penghantaran bantuan bekalan air dengan menggunakan lori tangki terus kepada pengguna.
SAJH mempunyai 25 lori tangki dan jumlah akan ditambah sekiranya ada keperluan dengan mendapatkan bantuan daripada syarikat swasta serta 192 tangki statik yang akan digerakkan mengikut permintaan," katanya.
Oleh yang demikian, beliau memberitahu, langkah-langkah yang diambil bertujuan menjaga kepentingan pengguna air di negeri ini supaya tidak terjejas berikutan ancaman El Nino yang dijangka berlaku sehingga September ini.
BANNER KEMANGI
FACILITIES
Monday, June 30, 2014
Saturday, June 28, 2014
BERBUKA PUASA DI KEMANGI ?
Ramadhan menjelang lagi, kali ini edisi 1435H.Bulan ini dijanjikan Allah s.w.t kepada kita akan barakah, keampunan dan ganjaran berlipat kali ganda.Tempo harian akan jadi berubah.Disebalik pergerakan menjadi perlahan akibat menahan lapar dahaga, bazar-bazar Ramadhan, masjid dan surau, gedung membeli belah bertukar gah seketika.Kepada yang obses berbuka ala Buffet di hotel-hotel ternama, dahulukan menyemak status "Halal" disebalik keghairahan memilih menu-menu yang tip-top.
Berbuka di Kemangi ? Silakan..kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan, alhamdulillah kami panjatkan kerana pilihan tepat anda memilih lokasi kami.Halal ? Sudah tentu..Restoran Kemangi telah memegang status HALAL JAKIM sejak Oktober 2013 lagi. Selain berkonsep penuh Halaalan Toyyiba, kami menawarkan penyediaan makanan yang pantas dan lazat.
Ramadhan tidak pernah menjanjikan kelapangan buat kami kerana status yang selalu "fully booked".Sekiranya berhajat, tempah meja anda seawal mungkin ataupun kehabisan.
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
TEMPAHAN: 012-9880972
OPERASI RAMADHAN: 4pm-11pm
Friday, June 27, 2014
BUFFET/IFTAR RAMADHAN 2014 JOHOR BAHARU
MARHABAN YA RAMADHAN 1435H
Puasa bulan Ramadan difardukan pada bulan Syaaban tahun kedua Hijrah. Sebelum itu, ibadah puasa telah diamalkan dalam kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi SAW.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183)
Akan tetapi, kewajipan berpuasa pada bulan Ramadan belum disyariatkan lagi ketika itu. Persamaan antara mereka dengan umat-umat terdahulu adalah daripada segi pensyariatan puasa itu sahaja. Kemudian, umat Nabi Muhammad SAW secara khususnya telah difardukan berpuasa pada bulan Ramadan.
Pendapat Ibnu al-Qayyim yang berkata: Puasa memberi kesan yang menakjubkan dalam menjaga anggota luaran dan kekuatan batin dan menjaganya daripada bercampur dengan benda-benda yang rosak dan membinasakan (tubuh badan) dengan membuangnya demi kesihatan tubuh badan. Ia mengembalikan kekuatan di dalam melawan hawa nafsu dan dapat menolong seseorang kepada mencapai darjat takwa."
Berdasarkan kepada ayat di atas, dapatlah disimpulkan bahawa natijah puasa itu ialah untuk mencapai ketakwaan. Inilah hikmah yang terbesar daripada perlaksanaan ibadat puasa yang penuh dengan adab dan etikanya.
Berdasarkan takrif di atas, dapat disimpulkan bahawa takwa boleh menjadikan seseorang melakukan amar makruf dan nahi mungkar, di samping taqarrub kepada Allah SWT dengan amalan sunat.
Kepentingan takwa amat jelas apabila dinyatakan bahawa manusia yang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa.
Semoga puasa kita pada kali ini dan dengan kedatangan Ramadan al-Mubarak akan menjadikan kita benar-benar bertakwa kepada-Nya. Amin
TEKANAN DARAH RENDAH
PERNAHKAH anda terasa hendak pitam atau pening ketika hendak bangun setelah duduk terlalu lama atau selepas menundukkan kepada?
Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa keadaan tersebut terjadi dan pernahkah terfikir bahawa anda mempunyai masalah kesihatan?
Lazimnya apabila situasi tersebut berlaku, masyarakat hanya menganggap perkara tersebut hanyalah sesuatu yang biasa kerana ia tidak berpanjangan.
Tetapi tahukah anda, perkara yang dianggap sesuatu yang biasa itulah kadang kala mampu mengundang risiko di luar jangkaan.
Ini kerana senario di mana anda terasa hendak pitam atau pening ketika hendak bangun setelah duduk terlalu lama atau selepas menundukkan kepada menandakan tekanan darah ketika itu adalah rendah.
Dan tahukah anda bahawa sekiranya anda mengalami tekanan darah rendah, ia menandakan bahawa anda mungkin menghidap penyakit-penyakit tertentu yang boleh memudaratkan anda?
Menurut Perunding Kardiologi, Hospital KPJ Ampang Puteri, Datuk Dr. Ismail Yaakob, penyakit tekanan darah rendah atau hipotensi merupakan satu keadaan yang jarang berlaku dalam kalangan masyarakat jika hendak dibandingkan dengan tekanan darah tinggi.
Tambah beliau, pesakit akan mengalami tekanan darah rendah di mana bermaksud sama ada salah satu bacaan bahagian atas (sistolik) kurang daripada 90 dan tekanan bawah (diastolic) kurang daripada 60 mmhg atau kedua-duanya kurang daripada angka tersebut.
Tekanan darah rendah
Katanya lagi, tekanan darah rendah merupakan suatu situasi yang boleh dirawat dan apa yang penting adalah untuk mengetahui apakah punca sebenar berlakunya tekanan darah rendah.
Begitupun, Dr. Ismail mengingatkan bahawa tekanan darah sebenarnya dipengaruhi oleh banyak faktor seperti emosi, tahap tekanan, aktiviti fizikal, keadaan semasa (demam atau tidak), saiz tubuh badan, posisi badan, makanan yang diambil serta suhu persekitaran.
Dan disebabkan itulah bacaan tekanan darah boleh berubah-ubah dalam selang masa yang singkat dan kebiasaannya bacaan tekanan darah lebih rendah pada waktu malam.
Antara penyebab tekanan darah rendah adalah berlakunya kekurangan volum darah (cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal), dehidrasi (yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit), dan masalah jantung (denyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah), kehamilan, dan sebagainya.
Dr. Ismail turut menjelaskan tekanan darah rendah adalah berpunca daripada pelbagai penyakit yang telah sedia ada seperti penyakit jantung koronari, lemah jantung, gangguan rentak jantung, masalah injap jantung, penyakit buah pinggang, kencing manis yang tidak terkawal, paras gula rendah, penyakit berkaitan sistem endokrin seperti penyakti adrenal dan tiroid, serta kesan sampingan daripada ubat-ubatan yang diambil selain faktor genetik.
Ia juga tidak terkecuali kepada mereka yang mengalami alahan yang teruk dan situasi ini boleh menyebabkan tekanan darah menjadi rendah.
Tekanan darah rendah boleh mengakibatkan setiap organ daripada badan tidak mendapat aliran darah yang mencukupi dalam masa yang singkat dan akibat daripada ini timbulnya gejala atau simptom hipotensi.
Dan sekiranya keadaan ini berlaku pada bahagian otak (tidak dapat bekalan darah yang diperlukan) pesakit boleh pitam atau pengsan.
Tetapi perlu dinyatakan di sini bahawa tekanan darah boleh berubah-ubah dalam tempoh masa yang sekejap sahaja di mana ianya boleh naik ataupun turun dan mengukur tekanan darah amat penting bagi menunjukkan tahap kesihatan seseorang itu," ujarnya ketika ditemui, baru-baru ini.
Ujian tekanan
Berbicara lanjut mengenainya, Dr. Ismail menyatakan, ujian tekanan darah dilakukan dengan mengambil dua ukuran dengan bacaan dan bagi tekanan darah normal dan optimal adalah sekitar 120/80 mmHg.
Nombor 120 menunjukkan tekanan ke atas arteri akibat denyutan jantung atau sistolik di mana jantung ketika ini mengecut dan nombor 80 pula menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman dipanggil diastolik dan ketika ini jantung mengembang dan apabila salah satu bacaan ini rendah, menandakan tekanan darah anda rendah.
Bagaimanapun Dr. Ismail memberitahu, masalah timbul apabila tekanan darah turun secara mendadak yang biasanya disebabkan oleh penyakit berkaitan dengan pendarahan akut, kurang darah (anemia), kandungan gula yang rendah atau jangkitan kuman.
Jika tekanan darah turun daripada 120/80 kepada 90/60 secara mendadak atau dikatakan sebagai perubahan akut, menunjukkan sesuatu yang tidak normal.
Keadaan ini amat berbahaya kerana akan menyebabkan kekurangan oksigen di tempat penting seperti jantung dan otak yang boleh menyebabkan pesakit pitam atau lebih teruk, pengsan.
Justeru, darah mungkin tidak mempunyai cukup masa untuk sampai ke otak dan situasi ini dipanggil hipotensi postural malah anda boleh juga terasa pening jika anda berbaring terlalu lama.
Katanya lagi, adalah dinasihatkan jika anda mengalami simptom tekanan darah rendah seperti rasa pening atau loya dan adalah sangat penting untuk anda berjumpa dengan doktor kerana ia bukan hanya untuk tahu kenapa tekanan rendah terjadi tetapi pesakit juga perlu tahu berapa cepat tekanan darah mereka menurun dalam satu-satu masa dan ini penting untuk mengelak perkara yang lebih serius terjadi.
Tekanan darah rendah juga boleh menyebabkan kematian dalam sesetengah keadaan, namun sebab-sebab lain mengapa anda mungkin berasa pening perlu diselidik.
Antara ujian yang doktor lakukan kepada pesakit yang mengalami tekanan darah rendah ialah ujian darah melihat kepada paras gula, kolesterol, hemoglobin, fungsi buah pinggang, ujian elektrokardiogram (ECG), echocardiogram iaitu ultrasound jantung, dan ujian tekanan (stress test).
Untuk kes-kes tertentu ujian yang lebih spesifik perlu dilakukan seperti ujian paras hormon, ujian tilt table, dan ujian menuver valsalva.
Masyarakat hari ini tidak peka atau kurang kesedaran mengenai tekanan darah rendah kerana mereka tidak nampak risiko yang bakal dihadapi pada masa akan datang.
Cuma sekiranya mereka mempunyai gejala atau tanda-tanda awal seperti cepat lelah, pening kepala ketika posisi badan berubah, sukar untuk berkonsentrasi, mata berkunang-kunang, mual, kulit berasa dingin, pucat dan lembap, pernafasan cepat dan pendek, berpeluh sejuk, dan cepat haus, segeralah berjumpa dengan doktor kerana ia pastinya ada sesuatu yang tidak kena dengan anda," tuturnya lagi.
Dr. Ismail juga menyatakan bahawa tekanan darah rendah ini sering terjadi kepada wanita-wanita hamil kerana hormon kehamilan iaitu progesteron merehatkan dinding salur darah dan menyebabkan tekanan darah menurun dan tekanan darah biasanya kembali normal selepas bersalin.
Jadi sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti yang dinyatakan, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Thursday, June 26, 2014
DAPATKAN SIJIL HALAL SEBELUM PROMOSI BUFFET RAMADHAN
PUTRAJAYA - Dapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri terlebih dahulu sebelum pengusaha premis makanan atau hotel-hotel mempromosi juadah Ramadan mereka, nasihat Jakim hari ini.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, para pengusaha diingatkan agar tidak menggunakan ungkapan seperti 'Bufet Ramadan', 'Makanan Berbuka Puasa', 'Iftar Ramadan' atau 'Makanan Bersahur' sewenang-wenangnya yang boleh mengelirukan pengguna Islam.
“Ini kerana ungkapan-ungkapan tersebut termasuk dalam takrif halal dan perbuatan menggunakan ungkapan sedemikian dengan sewenang-wenangnya boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Perihal Dagangan (APD) 2011, Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) dan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
“Oleh yang demikian, hanya premis yang mendapat pengesahan pensijilan halal Malaysia oleh Jakim atau Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri sahaja boleh menggunakan ungkapan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau juga menasihatkan para pengguna Islam supaya bijak memilih premis menawarkan bufet Ramadan yang diperakui halal oleh Jakim atau Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri.
“Gunakanlah kuasa sebagai pengguna ini sebaiknya dalam memilih premis untuk tujuan berbuka puasa kerana premis yang menawarkan promosi bufet Ramadan dan telah mendapat pensijilan halal ini pastinya telah diperiksa dan dijamin pematuhan halalnya. Ini untuk mengelakkan daripada perkara yang was-was,” kata Othman.
Sehubungan itu beliau berkata pada bulan Ramadan, pemantauan lebih tertumpu kepada restoran, premis makanan, dan hotel yang mengadakan promosi berbuka puasa bagi memastikan pihak yang menawarkan perkhidmatan tersebut benar-benar mematuhi keperluan perundangan.
Beliau juga menasihatkan premis dan hotel yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia supaya sentiasa mematuhi piawaian yang ditetapkan kerana pemantauan dan penguatkuasaan berterusan akan dijalankan.
“Sekiranya didapati mereka tidak lagi mematuhi piawaian pensijilan halal yang ditetapkan, tindakan undang-undang juga boleh dikenakan ke atas mereka tanpa kompromi,” katanya.
Othman berkata permohonan pensijilan halal pada dasarnya bersifat sukarela dan sejak 2010 hingga Jun tahun ini, sebanyak 2,151 premis makanan, restoran dan dapur hotel telah mendapat sijil pengesahan halal Malaysia di seluruh negara manakala 358 lagi masih dalam proses untuk mendapatkannya.
"Dalam masa yang sama, sebanyak 351 premis makanan, restoran, dan dapur hotel gagal di peringkat permohonan atas faktor tidak menepati piawaian pensijilan halal Malaysia seperti ramuan kritikal yang tidak mempunyai sijil halal, masalah kebersihan, premis yang menyediakan menu tidak halal dan apa-apa yang diputuskan oleh Panel Pengesahan Halal Malaysia," katanya.
Othman menambah kata bahawa sebanyak 2,860 permohonan telah diterima daripada premis makanan, restoran dan dapur hotel dalam tempoh yang sama.
Berdasarkan statistik Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan yang menjalankan pemeriksaan ke atas premis makanan termasuk dapur hotel yang
mengadakan promosi bufet Ramadan tahun lepas, Othman berkata empat premis telah dikenakan tindakan penggantungan Sijil Pengesahan Halal, manakala empat premis lain diambil tindakan serta disiasat di bawah APD 2011 dan tujuh premis diberikan amaran.
“Jakim masih memantau pematuhan APD 2011 di premis-premis ini selepas tempoh tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan akta berkenaan sekiranya masih ingkar,” katanya.
Othman berkata maklumat premis makanan, restoran dan dapur hotel yang mempunyai sijil pengesahan halal boleh didapati melalui Direktori Halal Malaysia di www.halal.gov.my.

Monday, June 23, 2014
PENAMBAKAN SELAT JOHOR TAK PERLU EIA
JOHOR BAHRU - Kerja penambakan laut bagi projek "Forest City" yang dibimbangi Singapura berkemungkinan memberi kesan terhadap alam sekitar republik itu, tidak memerlukan laporan Kesan Alam Sekitar (EIA) kerana keluasan yang ditambak tidak melebihi 50 ekar (20 hektar).
Menurut Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor Mokhtar Abdul Majid, pada ketika ini kerja penambakan laut di Selat Johor, berhampiran Laluan Kedua, Gelang Patah itu hanya melibatkan kawasan seluas 49 ekar (19.6 hektar).
"Memandangkan keluasan kawasan yang ditambak tidak melebihi 50 ekar, maka ia tidak memerlukan laporan EIA," katanya kepada Bernama hari ini ketika ditanya tentang projek penambakan laut yang mendapat perhatian kerajaan Singapura itu.
Beliau mengesahkan projek penambakan laut di Selat Johor terbabit dilaksanakan oleh syarikat pemaju daripada China, Country Garden Holdings Ltd dan anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).
Mokhtar berkata, kerja penambakan laut itu bermula pada awal Mac lepas dan dijangka mengambil masa selama lapan bulan untuk siap.
Dua hari lepas, Kementerian Luar Singapura menyatakan kebimbangannya tentang kemungkinan kesan merentasi sempadan ke atas republik itu akibat projek pembangunan hartanah itu di Selat Johor.
Jurucakapnya berkata ada kewajipan antarabangsa bagi pihak berkuasa Malaysia serta Singapura untuk bekerjasama dalam perkara itu dan meminta Malaysia mengemukakan maklumat berkenaan kerja penambakan terbabit.
Mokhtar berkata, pihak JAS Johor telahpun mengemukakan maklumat tertentu berkenaan projek penambakan laut "Forest City" seluas 49 ekar itu kepada ibu pejabat JAS bagi tindakan lanjut.
Selain penambakan laut melibatkan kawasan seluas 49 ekar, pihak JAS Johor katanya, turut dimaklumkan terdapat cadangan tambahan untuk menambak 5,000 ekar lagi di bawah projek "Forest City" itu.
Bagaimanapun, katanya pihak berkenaan perlu mengemukakan cadangan terperinci tentang penambakan laut itu dan laporan Kajian Terperinci Kesan Alam Sekitar (DEIA) kepada ibu pejabat JAS.
Memandangkan sehingga kini belum ada cadangan secara rasmi, mahupun laporan DEIA tentang cadangan penambakan kawasan seluas 5,000 ekar di Selat Johor itu, beliau berkata pihaknya tidak dapat mengulas lanjut tentangnya.

SALAHGUNA LOGO HALAL: DENDA 1 HINGGA 5 JUTA
KUALA LUMPUR - Individu yang didapati menyalahgunakan logo halal pada produk mereka berdepan dengan denda RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun, manakala syarikat pula boleh didenda tidak kurang RM5 juta.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata perkara itu diperuntuk di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.
"Sebenarnya yang tetapkan barangan halal ataupun tidak halal itu tanggungjawab Jakim (Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia), namun jika produk itu tidak halal tetapi dicetak logo halal pada pembungkusannya maka pengeluar akan didakwa menurut Akta Perihal Dagangan 2011," katanya di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai produk 'Bihun Istimewa Cap Masjid' keluaran sebuah kilang di sini yang mengguna pakai logo halal pada pembungkusannnya sedangkan syarikat tidak mempunyai pensijilan halal Jakim.
Isu itu terbongkar susulan penyebaran beberapa keping gambar pemprosesan bihun yang dibuat dalam keadaan kotor dan jijik menerusi laman sosial.
Sementara itu, mengulas barangan kawalan sempena Aidilfitri, Hasan berkata pihaknya sedang meneliti senarai barangan yang berkenaan.
"Kami akan umumkan secepat mungkin selepas senarai dimuktamadkan," katanya yang ditemui selepas melancarkan buku 'Patent Drafting Manual for Beginners' yang diterbitkan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Terdahulu dalam ucapannya, Hasan berkata MyIPO kini dalam proses membuat kajian impak bagi mengukur tahap kesedaran mengenai kepentingan perlindungan hak harta intelek dalam kalangan kumpulan sasaran iaitu usahawan, belia dan pelajar.
Katanya kajian MyIPO mendapati permohonan hak harta intelek meningkat daripada 31,279 pada 2009 kepada 41,638 pada 2013.
"Bagaimanapun, permohonan tempatan hanya sekitar 40 peratus daripada jumlah keseluruhan permohonan diterima," katanya.
Mengenai buku itu, Hasan berkata ia bertujuan membantu pemilik-pemilik harta intelek khususnya pereka cipta dalam teknik-teknik pendraftan spesifikasi paten yang mengikut kehendak Akta Paten 1983 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.
Ini bagi tujuan pemfailan permohonan paten yang menggariskan teknik pendraftan paten sama ada secara nasional atau penfailan antarabangsa.
Hasan berkata buku itu dijual pada harga RM60 dan turut diedarkan secara percuma kepada semua perpustakaan awam dan institusi pengajian tinggi seluruh negara.

MALAYSIA PERLU COP HARAM, BUKAN HALAL
SHAH ALAM - Ahli Akademik, Profesor Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan supaya Malaysia mengwujudkan label 'haram' berbanding menggunakan sijil halal.
Menurut Mohd Asri, perubahan itu penting kerana sebagai negara Islam, barangan halal lebih banyak daripada barangan yang haram.
"Pasal kita pergi rumah orang Islam dalam negara yang dikatakan negara Islam, sepatutnya tidak timbul soal haram.
"Yang haram itu sedikit, kalau kita hendak cop, kita cop yang sedikit itulah. Apa yang jual haram, kalau dia tidak cop haram kita ambil tindakan.
"Bagi saya tiada orang buat cop haram palsu. Langkah ini akan memudahkan lagi umat Islam di negara kita, sepertimana yang dibuat di Tesco iaitu ada bahagian Non Halal," katanya ketika sesi wacana Sinar Harian kali siri ke-29 hari ini.
Sementara itu ketika menyentuh mengenai isu umat Islam yang termakan khinzir pula, Asri menegaskan bahawa Tuhan itu bersifat pemaaf, dan Tuhan tidak menghukum manusia yang melakukan perkara yang tidak disengajakan oleh mereka.
“Tidak perlu membersihkan darah.
“Kalau kita termakan khinzir, Tuhan tidak akan menghukum atas kesilapan tersebut,kerana Tuhan tidak menghukum manusia yang ‘tersilap’,” jelasnya.

BELI PRODUK MUSLIM, MAJUKAN EKONOMI UMAT
SHAH ALAM - Bagi memastikan ekonomi umat Islam terus berkembang maju, serta soal halal haram tidak timbul umat Islam disaran agar membeli barangan keluaran Muslim.
Menurut Pensyarah Pengajian Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Asri Zainul Abidin, umat Islam perlu merubah minda serta amalan, supaya lebih mengutamakan barangan keluaran Muslim ketika membeli barangan keperluan.
"Jadi Muslim beli barangan Muslim, semua beli barangan Muslim.
"Tapi kita tidak 'support' diri kita, jadi perkara ini perlu diubah, jadikan ini satu kesedaran," katanya pada Wacana Sinar siri ke-29 bertajuk Isu Halal: Apa Hak Pengguna, di Auditorium Sultan Muhammad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini.
Oleh itu Asri menegaskan bahawa umat Islam boleh mencontohi sikap masyarakat Yahudi dari segi memperkayakan ekonomi masyarakatnya.
"Yang bagusnya orang Yahudi ini ialah mereka sokong sepenuhnya keluaran barangan orangnya.
"Mereka teliti dan betul-betul memastikan bahawa satu-satu produk keluaran masyarakatnya, baru mereka beli," jelasnya.

EXCELIFE LANCAR MINUMAN TERUS TANPA GULA
EXCELIFE Nutriceuticals (Excelife), anak syarikat ZY Phyto Industries Sdn Bhd melancarkan tiga jenis minuman botanikal terus diminum tanpa gula yang pertama di Malaysia.
Pengarah Urusan ZY Phyto Industries Sdn Bhd, Sharifah Ameelia Akma Mohd Ramly berkata, minuman itu boleh didapati dalam tiga perisa dan mempunyai khasiat berbeza.
“Minuman ini ada perisa berbeza iaitu Excelife FIRM yang berperisa strawberi, Excelife FIT berperisa anggur dan Excelife FRESH yang didatangkan dalam perisa epal.
"Setiap minuman ini mempunyai khasiat dan fungsi tersendiri iaitu Excelife FIRM berfungsi membantu menjaga kesihatan dalaman wanita, Excelife FIT untuk bantu meningkatkan tenaga dan Excelife FRESH bertujuan membantu mengekalkan keremajaan kulit,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Pelancaran Produk Minuman Kesihatan dan Kecantikan Excelife, baru-baru ini.
Katanya, minuman itu dalam bentuk sedia untuk diminum yang pertama di Malaysia.
“Gaya hidup kini memang mencabar dan memerlukan pengguna untuk sentiasa berada dalam keadaan bergerak pantas setiap masa.
“Jadi dengan minuman seperti ini pengguna masih boleh kekalkan kesihatan dalaman serta luaran hanya dengan sebotol minuman sahaja, tanpa perlu dibancuh,” katanya.
Menurut Sharifah Ameelia, syarikat itu merancang melantik ejen dan stokis bagi tujuan pemasaran dan pengedaran yang lebih mantap.
“Kami juga akan lancarkan kempen yang pelbagai untuk memastikan produk ini mendapat tapak yang kukuh dalam pasaran,” katanya.

KAMBING GOLEK ISTANA BAMBU-AMPANG, SELANGOR
SANTAI Ramadan bersama cita rasa nusantara menjadi tema Restoran Istana Bambu, Ampang, Selangor tahun ini. Para pengunjung akan disajikan dengan lebih 70 menu berbuka puasa yang menyelerakan.
Masakan kampung tradisional, sajian Cina, Thailand dan Arab antara variasi yang ditawarkan restoran dengan kapasiti 600 tetamu itu.
Menu istimewa yang wajib dicuba pengunjung termasuklah kambing golek, ayam bakar Sunda, patin tempoyak, asam pedas, masak lemak daging salai dan makanan laut menggunakan resipi khusus Istana Bambu.
Kuih-kuih tradisional seperti cara berlauk, kaswi, cara manis dan pulut panggang pasti memenuhi selera kampung anda.
Mungkin selepas menjamah makanan berat, rehatkan perut seketika sebelum menyambung eksplorasi gastronomi anda dengan mencuba seleksi pencuci mulut yang disediakan. Rangkaian tiga jenis bubur iaitu bubur nangka, pulut hitam dan serawa durian sememangnya tepat untuk mereka yang berjiwa Melayu.
Pilihlah teh lemon ais, kordial mangga dan oren serta minuman panas seperti teh tarik sebagai pelepas dahaga. Namun untuk pembasah tekak yang lebih memuaskan, pilihan ais batu campur dan cendol jangan sesekali dilepaskan.
Selain keenakan sajian klasiknya, suasana di Istana Bambu itu sendiri menciptakan pengalaman berbuka puasa yang mendamaikan. Seni bina kampung restoran di pinggir Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) itu disempurnakan dengan penggunaan buluh bagi membentuk latar desa tepian sawah yang sederhana.
Atmosfera sebegitu mampu menggantikan kebosanan warga kota terhadap ruang makan atau restoran berkonsep moden. Malah kemudahan utama seperti surau turut disediakan.
Mereka yang bercadang untuk mengadakan majlis berbuka puasa korporat atau berkumpulan disarankan membuat tempahan lebih awal.
BABY EATS BY JUSTLIXA
Puas melayari internet, ibu ini akhirnya menemukan bermacam-macam jenis resipi yang bukan sahaja berkhasiat untuk bayi malah juga sedap.
Menariknya resipi masakan tersebut tidaklah disimpan untuk dirinya sahaja, sebaliknya Nor Haliza atau lebih selesa dengan panggilan Liza memuat naik resipi dan gambar ke dalam akaun facebooknya untuk dikongsi bersama rakan-rakan.
Dari sehari ke sehari, Liza bukan sahaja mendapat maklum balas yang baik daripada sahabat-sahabat di facebook, malah ada yang turut mahu menempah makanan bayi padanya.
Ramai yang menghantar pesanan menerusi kotak mesej, tidak mahu menghampakan mereka maka saya ambil tempahan dan jual.
"Saya sedar, ibu-ibu zaman sekarang ramai yang bekerja dan sukar memperuntukkan masa untuk menyediakan makanan berkhasiat untuk anak-anak.
"Setelah mendapatkan ilmu dan bereksperimen saya menghasilkan makanan bayi mengikut usia bayi dengan pelbagai perisa," katanya yang ditemui di kediamannya yang terletak di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.
Ibu kepada dua anak ini menghasilkan makanan daripada puri mentega kacang, kentang manis ayam, pasta dan macam-macam lagi.
Melihat potensi mengembangkan perniagaan, Liza telah melabel bekas makanan bayi dengan nama Baby Eats by Justlixa.
Kami bermula pada April tahun lalu dan kini lebih setahun perniagaan ini berlangsung. Makanan bayi yang kami hasilkan terbahagi kepada beberapa kategori seperti 6 hingga 10 bulan dan satu tahun ke atas.
Istimewanya Baby Eats by Justlixa ini tidak mengandungi garam dan gula. Bahan-bahan yang menjadi penyedap kepada makanan ini adalah pilihan berkualiti. Kami guna stok ayam daripada ayam organik kerana kami tidak mahu sebarang bahan kimia masuk ke dalam tubuh bayi menerusi pemakanan," ujarnya.
Tiap kali menjual saya turut menyalurkan satu panduan pemakanan untuk diikuti ibu bapa. Ini penting kerana perut bayi memang sensitif, jadi dengan mengikut panduan pemakanan boleh mengelakkan bayi dari sakit perut dan tidak selesa.
Antara maklum balas ibu bapa yang saya terima ialah, anak mereka yang dulunya cerewet makan suka dengan Baby Eats ini. Adakalanya ibu bapa turut tumpang makan sekali kerana rasanya yang sedap," tambah Liza lagi.
Sebagai penjual, Liza memang mengambil berat akan pelanggannya.
Dia akan mengambil rekod bayi, bertanya ibu bapa akan sejarah alahan anak kerana pengabaian terhadap makanan yang menyebabkan alahan memang mendedahkan bahaya kepada kesihatan bayi.
Ramai pelanggan yang anak mereka alah terhadap lobak, jadi bila ada alahan lobak bahan tersebut tidak dimasukkan dalam masakan," katanya sambil memberitahu suaminya, Mohd. nizam Zainudin, 30, adalah tukang masak yang bertanggungjawab menyediakan makanan bayi tersebut.
Bagi ibu bapa yang berminat menempah Baby Eats by Justlixa boleh melakukan pra tempahan. Ini penting bagi memastikan kesegaran produk.
Setakat ini kami berjaya mendapat tempahan di seluruh Malaysia. Kami merancang untuk memperluaskan pasaran kami di taman asuhan kanak-kanak (taska) dan kedai yang menjual barangan bayi.
"Insya-Allah, sebenarnya kami juga merancang untuk mewujudkan sebuah restoran yang mengutamakan makanan berkhasiat bagi bayi.
"Jika restoran lain fokus utama adalah makanan orang dewasa dan menu sampingan untuk kanak-kanak, kami akan melakukan sebaliknya di mana menu kanak-kanak fokus utama dan menu ibu bapa adalah sampingan. Kedai makan mesra bayi ini juga termasuk dalam perancangan kami tahun hadapan," jelasnya.
Untuk mengetahui lebih lanjut boleh layari laman sesawang justlixa.wix.com/babyeats atau talian 019-2699838.
MATA & DIABETES
Bilangan pesakit yang didiagnosis semakin bertambah tiap tahun tetapi masih ramai yang tidak mengetahui mereka menghidapnya sehingga keadaan bertambah teruk.
Kebanyakan pesakit bukan sahaja gagal didiagnosis dengan diabetes malah mereka tidak menjaga kesihatan, pemakanan dan gaya hidup sama ada kerana jahil, tidak mahu menerima hakikat atau rasa puas hati dengan keadaan kesihatan semasa.
Diagnosis, pemantauan dan kawalan
Pakar Perunding Kanan Oftamologi, Klinik Pakar Dr. Normalina, Dr. Normalina Mansor berkata, dalam kebanyakan kes diabetes, pengambilan kalori sering kali gagal dikawal dengan baik. Ketidakseimbangan ini menyebabkan kandungan gula dalam darah lebih tinggi daripada biasa seterusnya akan merosakkan dinding saluran darah pesakit jika tidak dikawal.
Kerosakan yang berlaku kepada salur darah mungkin membawa kepada kebocoran salur darah atau berkemungkinan menyebabkan salur darah tersumbat.
Memandangkan salur darah terdapat di seluruh bahagian badan, semua organ dan struktur badan mungkin menerima kesannya.
Antara organ yang paling mudah rosak akibat kerosakan salur darah ialah mata, yang akan mengancam penglihatan pesakit di samping buah pinggang, yang boleh membawa kepada pergantungan kepada mesin dialisis seumur hidup," katanya di premisnya di Cheras, Kuala Lumpur.
Diagnosis untuk diabetes hanya memerlukan ujian darah ringkas dan tidak menyakitkan dan boleh dilakukan di mana-mana pusat kesihatan atau klinik.
Diagnosis awal membolehkan pesakit menerima rawatan segera yang selalunya lebih ringkas dan penting dalam mengelak atau memulihkan komplikasi yang timbul akibat diabetes," tambahnya.
Pemantauan penyakit diabetes hanya memerlukan alat mengukur gula darah (glukometer) yang murah dan mudah digunakan oleh pesakit di rumah.
Jika usaha mengawal penyakit lambat dijalankan, terutamanya jika gejala tertentu mula timbul, komplikasi yang berlaku ketika ini mungkin tidak dapat dipulihkan dan sering kali hanya boleh dikawal supaya tidak menjadi semakin teruk.
Mata dan diabetes
Dr. normalina berkata, salur darah di dalam mata amat halus dan menjadi antara yang pertama rosak di peringkat awal penyakit diabetes.
Perubahan pada mata akibat diabetes mungkin berlaku sebelum pesakit didiagnosis menghidap diabetes dan perubahan ini amat mudah dikesan kini dengan peralatan moden," katanya.
Jadi pemeriksaan mata secara berkala dapat membantu dalam mendiagnosis diabetes dan juga memantau perkembangan penyakit berkenaan.
Mata pesakit diabetes yang semakin teruk selalunya menunjukkan pengawalan gula yang kurang berkesan, sejajar dengan kerosakan organ lain seperti buah pinggang.
Perubahan pada mata di peringkat awal diabetes akan menyebabkan kebocoran kecil cecair atau darah daripada lubang-lubang kecil pada salur darah.
Bagi kes diabetes yang lebih teruk, salur-salur darah ini bukan sahaja akan bocor dengan lebih teruk malahan lambat-laun mungkin akan tersumbat.
Apabila semakin banyak salur darah tersumbat, aliran darah mungkin menjadi tidak normal sehingga berlakunya pendarahan dengan banyak.
Tambahan lagi, pendarahan ini mungkin diikuti dengan kesan parut yang akan menyebabkan kemusnahan kawasan dalam mata yang sensitif cahaya (retina) dan akhirnya membawa kepada pesakit menjadi buta selamanya.
Menurut Dr. Normalina, bermula dengan kelopak mata yang membengkak disebabkan keradangan sehingga kepada retina dan saraf optik boleh mengalami kerosakan sehingga menjadi buta kekal.
Kelopak mata mudah mendapat jangkitan yang akan menyebabkan keradangan dan bengkak pada kelopak mata. Biasanya pesakit akan diberikan antibiotik," katanya.
Mata pesakit diabetes juga tidak selesa kerana masalah kornea yang mudah terhakis secara berulang (micro recurrent erosion) yang menyebabkan mata tidak selesa dan kering. Ini dapat diatasi dengan ubat titis (artificial eye drop) bagi melembapkan kornea.
Dr. Normalina menambah, pesakit juga menghadapi masalah di bahagian kamar hadapan mata (interior chamber) dengan keradangan dan pendarahan yang boleh menyebabkan mata kabur serta mempercepatkan glukoma.
Mata hitam atau iris pula akan menyebabkan komplikasi di mana salur darah normal yang halus akan tumbuh pada anak mata menyebabkan pendarahan serta parut, di mana parut akan menutup pengaliran bendalir dalam mata dan boleh menyebabkan glukoma.
Pesakit boleh dirawat dengan laser bagi 'membunuh' salur darah baru yang tumbuh dan mengurangkan komplikasi. Bagaimanapun rawatan laser tidak dapat mengembalikan penglihatan yang hilang dan hanya melambatkan komplikasi," katanya.
Pesakit diabetes juga jelas Dr. Normalina biasanya mengalami masalah berkaitan dengan kanta seperti perubahan refluksi mata sekejap kabur sekejap terang. Ini berlaku apabila gula dalam darah meningkat menyebabkan kanta mata cembung dan mengurangkan cahaya masuk ke dalam mata dan bila gula normal, kanta menjadi normal dan penglihatan terang semula. Pesakit disaran mengawal paras gula.
Pesakit juga mudah mendapat katarak (pemutihan kanta) dan rawatan pembedahan bagi menukar kanta baru.
Dr. Normalina berkata, selain kamar hadapan mata, kamar belakang juga mengalami masalah keradangan dan pendarahan. Kesan dan rawatan sama seperti kamar hadapan.
Masalah retina juga mendatangkan masalah seperti saraf dan salur darah yang akan menyebabkan salur darah tidak normal dan tersumbat dan menyebabkan kekurangan oksigen ke retina.
Dinding salur darah menjadi nipis dan bocor serta mengeluarkan bendalir menyebabkan retiopati diabetes dan jika tidak dikawal boleh menyebabkan kekangan pada retina. Tanda-tanda seperti pendarahan dalam mata dan retina yang berparut boleh menyebabkan retina menjadi lekang.
Ini boleh dirawat dengan laser bagi menghalang pertumbuhan salur darah baru tetapi tidak dapat mengembalikan penglihatan yang hilang," katanya.
Dr. Normalina menambah, saraf optik juga berpotensi rosak kerana bekalan darah yang berkurangan boleh menyebabkan buta. Ini boleh diatasi dengan pembedahan.
Motor akula (occular motor) juga mungkin boleh menjadi bengkak dan menyebabkan pesakit menghadapi masalah penglihatan tengah (central vision) dan pesakit menghadapi masalah untuk membaca tetapi masih boleh melihat.
SEDAPNYA STEAK TONY ROMA'S-MUTIARA DAMANSARA
Bagi penggemar stik sejati kepuasan menikmati stik bukan sekadar tekstur daging yang lembut, sebaliknya rasa rempah yang sebati dengan daging menjadi perkara yang turut diberi tumpuan.
Perkara inilah yang menjadi resepi utama restoran Tony Roma's yang terkenal dengan hidangan stik rusuk yang segar lagi menyelerakan.
Baru-baru ini bertempat di E Curve, Mutiara Damansara, tatkala berpeluang menikmati menu baru di Tony Roma's , rambang mata untuk memilihnya memandangkan semuanya tampak menyelerakan.
Kebanyakan tetamu yang hadir mengambil masa dan relaks. Kemudian, dengan tenang nikmati hidangan Tony Roma's yang sangat terkenal dengan keenakan rusuknya.
Syarat menimati stik ini sangat mudah, tidak perlu terburu-buru sebaliknya makan satu persatu.
Hampir semua hidangan hadir dalam saiz yang besar.
Pun begitu, terdapat juga hidangan dalam saiz kecil,
Sempena Piala Dunia 2014 yang sedang berlangsung, Tony Roma's menghidangkan empat menu utama, The Raising Steaks iaitu Filet Medallions dengan sos cendawan, Ribeye Steak dengan sos bawang panggang, New York Strip yang dihidangkan bersama asparagus dan lada daging bacon dan New York Strip dengan sos lada merah panggang.
Kelazatan rusuk Tony Roma's bukan sahaja terletak pada sos yang digunakan, malah tekstur daging yang lembut memainkan peranan.
Begitu juga hidangan sampingan yang tidak kurang menyelerakan yang didatangkan bersama kentang bakar dan coleslaw istimewa.
Restoran ini juga menyediakan pembuka selera, hidangan utama, desert dan minuman.
Minuman menarik yang dihidangkan menggabungkan buah-buahan yang diberi nama Virgin Romaritas.
Selain itu, terdapat pembuka selera seperti boneless buffalo bites (isi ayam), potato skin dan half onion loaf (jejari bawang).
Sunday, June 22, 2014
MAKANAN HALAL UNTUK UMAT ISLAM
UMAT Islam bukan sahaja perlu mencari rezeki daripada sumber dan pekerjaan yang dibenarkan dalam Islam, malah kita juga perlu memastikan setiap makanan dan minuman yang diambil itu tidak ‘jatuh’ dalam hukum haram. ALLAH SWT menghalalkan sesuatu itu kerana ia baik untuk manusia. Sekiranya diharamkan sesuatu itu kerana ia memudaratkan manusia.
Baru-baru ini apabila media menyiarkan berita mengenai dua produk coklat yang dikatakan mengandungi DNA babi, masyarakat Islam di negara ini gempar dan terkejut. Reaksi ini boleh kita faham kerana apa sahaja produk makanan yang mengandungi daging babi atau bahan yang ada kaitan dengan babi bukan sahaja tidak halal, bahkan najis. Isu ini sebenarnya amat sensitif kepada umat Islam kerana berkait dengan hukum ALLAH SWT yang melibatkan makanan halal dan haram.
Berhubung dengan prinsip makanan halal ini, ALLAH SWT telah berfirman yang bermaksud: "Diharamkan kamu memakan bangkai binatang, darah yang mengalir, semua bahagian babi, binatang yang disembelih tetapi tidak menyebut nama ALLAH dan binatang yang mati kerana tercekik, terpukul, terjatuh, ditanduk, binatang yang mati dimakan binatang buas kecuali yang sempat disembelih jika masih kuat bernyawa.’’ (Surah al-Maidah, ayat tiga).
Dari segi hukum menurut perspektif Islam, semua jenis makanan di muka bumi ini adalah halal dimakan kecuali beberapa jenis yang terang-terang diharamkan oleh ALLAH SWT dan Rasul-Nya. Bagaimanapun, oleh kerana industri makanan dikuasai orang bukan Islam, akan terjadi pengeluaran dan pengedaran makanan tidak halal itu melimpah di pasaran dan menenggelamkan makanan halal. Kemajuan pesat teknologi dalam pemprosesan dan pengeluaran makanan menyebabkan makanan halal sentiasa terdedah kepada pencemaran najis secara tidak disedari.
Terdapat berbagai bentuk pencemaran makanan halal di pasaran, terutama dari sudut kaedah penyediaan makanan halal yang meliputi kaedah penyembelihan, sumber bahan mentah, sumber ramuan, pemprosesan, pembungkusan, persekitaran dan sebagainya. Isu pencemaran makanan halal dengan najis memberi kesan yang mendalam kepada pengguna Islam kerana ia membabitkan kesucian agama Islam.
Mengikut hukum syarak, cara pemprosesan atau membuatnya juga hendaklah dipastikan ia dikendalikan dengan cara bersih, suci dan halal. Jika tidak, makanan berkenaan yang pada mulanya bersumberkan bahan mentah halal akhirnya boleh ‘jatuh’ ke dalam kategori makanan haram.
Bagi menjamin kualiti makanan halal ini, pihak industri perlu mendapatkan pengesahan halal yang dikeluarkan kerajaan dan tidak sewenang-wenangnya menggunakan sebarang logo halal. Sebenarnya, umat Islam di negara ini amat beruntung kerana pihak kerajaan terbabit secara langsung dalam usaha meningkatkan kualiti dan pengawalan pencemaran makanan halal.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) mengamalkan prosedur pemeriksaan halal yang ketat bagi menentukan pengeluaran makanan halal yang dikeluarkan di negara ini. Jakim, Jain, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Kementerian Kesihatan sebagai jentera pengawalan pencemaran makanan halal sememangnya telah memperhebatkan operasi pemantauan dan penguatkuasaan secara meluas serta berterusan bagi menentukan syarikat industri bersama pengusaha makanan halal mematuhi piawaian halal yang telah ditetapkan.
Keperluan produk halal juga boleh membawa kepada kesan kesedaran kepada pengeluaran produk halal yang lebih meluas dan intensif. Maka umat Islam seharusnya menyedari dan mengambil peluang ini, untuk berusaha mengeluar dan membekalkan keperluan makanan halal sendiri. Syarikat-syarikat Bumiputera, badan-badan koperasi dan badan-badan bukan kerajaan Islam dan lain-lain, perlu melihat aspek makanan halal ini sebagai ‘keperluan ummah’ dan terlibat secara langsung sebagai pengeluar dan pengedar produk makanan halal. Apabila hal ini menjadi kenyataan, umat Islam tidak perlu lagi menjadi pengguna makanan halal yang diusahakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

ISU HALAL BUKAN SEKADAR PADA MAKANAN
PENGGUNA terutama golongan beragama Islam begitu sensitif berhubung isu halal kerana mereka tidak mahu ditipu dengan setiap makanan yang berada di pasaran.
Baru-baru ini, pendedahan di media berhubung isu halal, menarik perhatian ramai pengguna Islam bermula dari coklat Cadbury yang mengandungi DNA babi, menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat.
Rentetan daripada peristiwa itu, Sinar Harian menganjurkan Wacana “Isu Halal: Apa Hak Pengguna” yang dikendalikan moderator, Amin Idris.
Panelnya terdiri daripada bekas Mufti Perlis, Prof Dr Mohd Asri Zainul Abidin; Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan; Ketua Laboratori Sains Halal, Institut Penyelidikan Produk Halal UPM, Prof Dr Jamilah Bakar dan Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Muhamad Naim Mohd Aziz.
Ikuti transkrip yang disediakan wartawan SITI ZUBAIDAH MAT ISA dan MOHD HAFIZ ISMAIL.
MODERATOR: Saya sempat meneliti kenyataan PPIM sebelum ini mendesak rakyat Malaysia boikot syarikat Cadbury. Setakat ini apa pendirian PPIM mengenai isu halal?
NADZIM: Isu ini DNA babi ini timbul selepas mula tersebar secara meluas di media sosial sehingga menimbulkan kegelisahan dan tanda tanya rakyat mengenai halal produk berkenaan. Namun mengapa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil masa selama tiga bulan untuk bertindak. Kami di PPIM dihujani panggilan yang cukup banyak mengenai perkara ini. Disebabkan desakan daripada rakyat kami bersama persatuan pemborong dan peruncit Islam Malaysia mengambil tindakan memboikot semua produk keluaran Cadbury.
Disebabkan itu, kami telah membuat laporan polis untuk membuat siasatan secara terperinci sekiranya wujud unsur-unsur sabotaj atau makmal yang membuat pengesahan berkenaan DNA babi ini tidak mempunyai SOP. Dalam hal ini juga, PPIM meminta supaya KKM dan Jakim membuat keputusan bersama agar jelas kepada semua rakyat.
MODERATOR: Kita memerlukan satu penerangan yang tuntas dari Jakim berkenaan isu halal dan haram ini. Jadi, sejauh mana Jakim beri sijil halal kepada pihak yang memohon?
NAIM: Sebagai badan berwibawa, pensijilan halal hanya akan dilakukan oleh Jakim dan jabatan agama Islam negeri. Tidak ada badan-badan lain yang dilantik untuk meluluskan pensijilan halal di Malaysia. Kami di Jakim juga merupakan pengguna. Adakah kami rela dan reda sekiranya berlaku kecurangan dalam industri? Pastinya tidak. Disebabkan itu apabila kami menerima permohonan, kami akan meneliti sehingga ke akar umbi setiap rantaian. Sebagai contoh dari mana sumber produk diambil, bahan ramuan dan bahan masak. Saya ambil contoh yang mudah untuk menghalalkan mi goreng mamak, ada tiga komponen untuk menghasilkan mi goreng berkenaan dan iaitu komponen mi goreng, ramuan, dan ramuan cucur udang yang dimasak bersama. Apa yang kami tekankan di sini adalah penjelasan terperinci terhadap semua ramuan terdapat dalam sesuatu produk yang memohon sijil halal.
Saya ingin berkongsi kisah sewaktu saya mengaudit sebuah kilang yang memohon pensijilan halal, di mana dari segi ramuan semua bersusun rapi sehingga kepada rantaian yang asas. Dari segi etika pemakaian dan pekerjaan Islam, semua pekerja mematuhi peraturan ditetapkan dan saya cukup berpuas hati. Namun kami menggagalkan permohonan berkenaan kerana telah menggunakan sumber air haram iaitu sumber air curi. Jika kami meluluskan kilang itu, satu dunia akan makan produk tidak halal.
Kami berkhidmat bukan hanya untuk umat Islam tetapi kami juga berkhidmat untuk semua pengguna. Hari ini bukan orang Islam sahaja mencari makanan halal, tetapi orang bukan Islam turut mencarinya kerana mereka tahu yang halal pasti terbaik dan berkualiti. Kita perlu berbangga kerana halal Malaysia dikenali di seluruh dunia. Ini merupakan kebanggaan kita yang mana kita membawa imej yang sebenar. Kita telah membawa halal ke dalam industri dan boleh bercakap dengan orang bukan Islam tentang keindahan Islam yang menginginkan kualiti, kebersihan bersama sistem terbaik.
MODERATOR: Ada dakwaan DNA babi ini boleh menyerap dalam makanan sama ada secara sengaja atau tidak. Boleh terangkan bagaimana perkara ini berlaku?
JAMILAH: DNA babi adalah satu komponen yang kecil yang jelas. Sebagai contoh DNA manusia berbeza dengan DNA babi kerana DNA ini berbeza-beza dan mempunyai keunikan tersendiri. Dalam konteks DNA manusia, DNA boleh dipindahkan daripada satu unit ke satu unit dengan cara bersentuhan. DNA tidak boleh berpindah sekiranya tidak berlaku sentuhan.
MODERATOR: Dalam konteks Cadbury yang dibincangkan, pada pandangan Prof, kebarangkalian untuk terkena DNA adakah secara sengaja?
JAMILAH: Sebelum membuat sebarang keputusan, saya perlu meneliti secara terperinci, bagaimana proses penghasilan coklat itu dijalankan. Perkara ini termasuklah bahan-bahan yang digunakan untuk membuat coklat, di mana coklat berkenaan diedarkan, siapa yang mengendalikan mesin dan bagaimana ia dimakan.
Dalam teknologi pembuatan ini kita boleh bahagikan kepada dua kaedah pembuatan iaitu diusahakan oleh industri besar dan juga secara kecilan. Sekiranya ia diusahakan secara kecilan, pasti proses pembuatan ini banyak menggunakan anggota tangan bermula proses pembuatan ramuan sehinggalah kepada produk dibungkus. Besar kemungkinan pencemaran produk ini boleh berlaku. Manakala dalam industri besar, pastinya proses penghasilan produk akan menggunakan mesin sepenuhnya. Kebarangkalian untuk berlaku pencemaran ini sangat rendah.
Pencemaran boleh berlaku dengan penelitian secara terperinci di mana bahan bukti bahan tercemar itu perlu melalui analisis saintifik. Ada kaedah yang sensitif dan ada kaedah memerlukan ujian dilakukan berulang kali bagi menentukan kesahihan kandungan tercemar tersebut. Daripada ujian yang dilakukan kita akan mengetahui punca sebenar pencemaran tersebut.
MODERATOR : Masyarakat kita begitu sensitif dalam soal babi. Sehingga menyebut babi itu satu kesalahan besar dan perlu ditukar sebutannya kepada khinzir.
MOHD ASRI : Tajuk hari ini adalah berkaitan isu halal, merujuk kepada isu makanan. Perkataan lawan bagi halal adalah haram. Tetapi bila sebut sahaja soal haram orang akan ingat babi. Namun kita lupa bahawa konsep halal itu luas, begitu juga konsep haram. Tetapi bila timbulnya isu termakan babi, ibarat runtuhnya dunia ini. Berbalik kepada konsep halal dalam agama, ia begitu luas. Islam diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW berbeza dengan agama-agama sebelumnya. ALLAH ciptakan semua yang di atas bumi ini untuk kamu. Kerana itu dalam Islam, asal dalam setiap perkara itu harus. Bukan haram, bermaksud jika kita tidak dapat membuktikan ianya haram, ia adalah halal, bukan sebaliknya. Jadi jika kita ada makanan, orang yang mengatakannya halal tidak perlu buktikan, tetapi siapa mengatakannya haram, perlu dibuktikan. Itu kaedah agama. Sebab itu apa sahaja haiwan yang ada adalah halal melainkan setelah ia dibuktikan haram. Khinzir dibuktikan dengan nasnya haram dan ada juga yang khilaf seperti dipersetujui para ulama dan Mazhab Malik yang mengatakan anjing sebagai khilaf. Ini menunjukkan konsep halal itu luas. Contoh, sekiranya seekor binatang tidak dapat ditentukan sifatnya sama ada hukumnya halal atau haram, maka hukumnya adalah halal. Begitu juga apabila kita menjamu daging di rumah seorang Muslim, tidak perlulah kita minta penjelasan bagaimana lembu itu disembelih. Berbalik kepada konsep umum. Kerana itu apa yang dicop halal oleh Jakim sebagai halal, adalah halal. Tetapi tidak semestinya apa yang tidak dicop Jakim sebagai halal, belum tentu haram.
Kerana itu jangan ada salah faham dalam agama. Andai kata kita termakan sesuatu yang haram, tuhan tidak akan terus menghukum atas kesilapan itu kerana Nabi Muhammad SAW menyebut dalam hadisnya yang bermaksud, ‘Allah mengampunkan salah dan silap’. Bukan apabila kita makan sesuatu yang haram kita harus bersihkan diri dengan cara menukar darah dan sebagainya. Ini adalah tanggapan yang salah mengenai halal dan haram. Sebelum ini saya pernah mencadangkan, bahawa dalam sebuah negara Islam, kita tidak perlukan cop halal, sebaliknya cop haram, kerana di dalam negara Islam sepatutnya barangan halal lebih banyak dijual berbanding yang haram. Jadi kalau hendak cop, cop yang sedikit dan tindakan perlu diambil ke atas mereka yang gagal mempamerkan cop haram pada produk yang haram.

Subscribe to:
Posts (Atom)