BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Thursday, November 29, 2012

POKOK KRISMAS TERTINGGI DI DUNIA


Krismas LEGO
Pereka model, Libor Udzral dan Muhammad Khairul (kanan) menunjukkan isyarat bagus setelah selesai menyempurnakan pelancaran model pokok Krismas.
NUSAJAYA – Memeriahkan kedatangan Krismas yang bakal disambut penganut agama Kristian bulan depan, Legoland Malaysia, berjaya menghasilkan replika pokok Krismas menggunakan kepingan lego yang merupakan struktur pokok tertinggi pernah dihasilkan di taman tema Legoland di dunia.

Struktur pokok yang tinggi hampir sembilan meter itu dibina menggunakan 427,695 kepingan lego membabitkan 15 hingga 20 ahli pasukan dipamerkan hingga Januari tahun hadapan.

Pengurus pereka modelnya, Stefan Bentivogio berkata, struktur pokok yang dihasilkan dengan 260 hiasan bersama 108 lampu LED dengan berat 6,057 kilogram itu mengambil masa 10 minggu atau dianggarkan dalam 3,440 jam untuk disiapkan.

“Kita menggunakan program komputer untuk membantu proses rekabentuk. Struktur seperti pokok Krismas ini yang diperbuat lebih daripada 400,000 kepingan lego memerlukan rekabentuk dan dimensi yang tepat.

“Jadi, ia dipecahkan kepada 40 bahagian utama sebagai memastikan kita dapat memasang semula pokok tersebut pada masa hadapan.

"Satu lagi pertimbangan yang dibuat adalah faktor cuaca. Jadi rekabentuk pokok ini dapat menahan angin, haba dan hujan,” katanya kepada media, di sini, semalam.

Pokok Krismas ini adalah yang ketiga dihasilkan selepas di Legoland California dan Legoland Florida dan bersempena perayaan tersebut, waktu operasi Legoland Malaysia dilanjutkan sehingga jam 8 malam.

PROMOSIKAN TANAH PENGHUJUNG BENUA ASIA


PONTIAN 26 Nov. - Tanah penghujung benua Asia di Tanjung Piai akan terus menjadi ikon pelancongan kepada pengunjung dari dalam dan luar negara di daerah ini.
Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Wee Jeck Seng, berkata, usaha tersebut akan menjadi nilai tambah kepada promosi pelancongan Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) kerana kawasan yang terletak di dalam Taman Negara Johor Tanjung Piai (TNJTP) itu adalah lokasi penting selain Kukup Laut yang dikenali ramai.
"Pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh sama-sama memainkan peranan bagi membantu memajukan lagi TNJTP supaya kehadiran pelancong bertambah pada setiap tahun. Sebagai daerah yang sinonim dengan penghujung benua Asia, tarikan tersebut perlu dipelihara agar menjadi aset penting.
"Oleh itu, amat wajar semua pihak memberi perhatian kepada kawasan tersebut menerusi penganjuran pelbagai aktiviti yang mengambil nama sempena kawasan tersebut," katanya ketika berucap merasmikan Kayuhan Amal Penghujung Benua Asia di Pusat Perdagangan Pontian, di sini baru-baru ini.
Program anjuran Persatuan Tionghua Pemuda Pontian dengan kerjasama beberapa jabatan serta NGO tempatan yang bertujuan mengumpul derma itu melibatkan kayuhan basikal sejauh 70 kilometer pergi dan balik ke Tanjung Piai.
Seramai 350 penunggang mountain bike menyertai program tersebut mewakili kelab mahupun individu dari dalam dan luar daerah termasuk 12 peserta dari Singapura.
Tambah Jeck Seng, pihaknya menyambut baik penganjuran tersebut kerana dapat membantu memperkenalkan Tanjung Piai melalui aktiviti beriadah bagi mereka yang belum pernah sampai ke kawasan berkenaan.
"Kayuhan amal ini juga memberi peluang kepada orang ramai untuk menyumbangkan sesuatu kepada negara, di samping menanamkan sikap ingin berbakti kepada masyarakat. Diharapkan lebih banyak NGO tampil dengan program seperti ini pada masa depan," katanya.

Sunday, November 25, 2012

TANDA REZEKI ITU BERKAT



KEBERKATAN rezeki adalah antara perkara utama yang mesti dititikberatkan dalam hidup. Rezeki bukan sekadar wang, harta, makanan dan minuman. Sebaliknya jodoh, anak, pangkat, nama baik, kedudukan dan sebagainya juga boleh disebut sebagai rezeki. Namun dalam artikel kali ini saya merujuk rezeki kepada pendapatan yang kita perolehi sama ada dengan bekerja sendiri, mengambil upah atau makan gaji. Rezeki yang dicari dan diusahakan itu pula dibawa pulang ke rumah untuk diberi makan anak isteri. Ada orang memandang ringan akan isu keberkatan rezeki ini. Pada mereka ia hanya isu kecil yang tidak perlu diperbesarkan. Mereka ini tidak sedar wujudnya kaitan langsung antara keberkatan rezeki dengan nasib, kualiti perhubungan, kejayaan anak-anak, dan segala aspek kehidupan..
Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan rezeki tidak berkat. Pertama, kerana ia jelas datang dari sumber pendapatan yang haram seperti berjudi, rasuah, mencuri, menipu, nombor ekor, pelaburan haram dan seumpamanya. Namun, ada yang tidak menyedari bahawa secara halus rezeki itu boleh hilang keberkatan apabila kita yang dibayar upah atau digajikan untuk melakukan sesuatu pekerjaan, atau memikul sesuatu tugasan tetapi tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Sebaliknya apa yang berlaku ialah pelbagai masalah di tempat kerja seperti curi tulang, datang lewat, malas, kerja tidak mencapai kualiti, melakukan kerja lain sewaktu dalam masa bekerja, main-main, dengki, irihati dan seumpamanya.
Oleh itu eloklah dalam artikel kali ini kita lihat apakah antara tanda-tanda keberkatan rezeki bagi membolehkan kita sama-sama melakukan audit diri atau muhasabah.

Hati semakin dekat dengan Allah dan Jiwa Tenang
Tanda-tanda yang pertama bahawa rezeki itu berkat ialah hati semakin dekat dengan Allah. Kita bukan sahaja menjaga solat lima waktu sebaliknya ditambah dengan amalan-amalan sunat. Mulut juga sentiasa berzikir dan suka pula membaca dan menelaah al-Quran.

Pemurah
Kita mudah untuk memberi sedekah dan menunaikan zakat.

Jauh daripada kejahatan manusia dan bala
Kalau kita datang lambat, malas, kerja tidak bersungguh-sungguh, hasil kerja tidak berkualiti dan sebagainya, majikan akan menegur, menasihati dan mungkin mengambil tindakan. Namun, gaji penuh tetap diberikan. Majikan tidak pernah mengaudit gaji kita. Misalnya, katalah gaji kita ialah RM1500 sebulan. Disebabkan kita malas maka majikan bayar RM1200 sahaja. Sebabnya, RM300 ringgit itu dipotong atas sikap malas kita itu. Sebaliknya, apabila kita malas, majikan tidak pernah memotong gaji bulanan kita. Namun, kita lupa bahawa Allah menjalankan auditnya. Maka Allah tarik sebahagian rezeki itu dengan pelbagai ujian dan masalah dalam hidup yang datang bertimpa-timpa seolah-olah kita memang bernasib malang. Bulan ini telefon bimbit hilang, bulan depan kereta pula dipecah orang. Kalau begitulah keadaannya maka eloklah kita audit gaji yang diterima setiap bulan sebab bimbang kalau-kalau itulah punca kepada segala masalah tersebut.

Keluarga harmoni dan anak-anak cemerlang

Sentiasa merasa cukup dan syukur

Friday, November 23, 2012

TIDAK SARAPAN JEJASKAN PEMBELAJARAN


Akibat tiada pengambilan diet makanan seimbang pada waktu pagi, murid sekolah terdedah kepada masalah kekurangan nutrien yang penting dalam badan sekali gus menjejaskan tumpuan serta pembelajaran mereka di sekolah.
Malah lebih buruk lagi, kata Pengetua Penyiasat Kaji Selidik Pemakanan Asia Tenggara (Seanuts) Malaysia, Prof. Poh Bee Koon, kekurangan nutrisi dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang dipanggil kebuluran tersembunyi atau hidden hunger.
''Kebuluran tersembunyi merupakan masalah kekurangan nutrisi atau zat yang tidak dapat dilihat seperti kekurangan vitamin D dan kalsium yang diperlukan tubuh manusia.
''Kanak-kanak yang menghidapi masalah ini kelihatannya nampak sihat dari segi fizikal namun sebenarnya tidak menerima komponen nutrien secukupnya yang diperlukan untuk tumbesaran mereka'', katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar Pemakanan dan Pembangunan Kanak-kanak di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Kaji selidik Seanuts baru-baru ini mendapati 3,542 kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun tahun di negara kita mengalami kekurangan nutrisi dalam badan.
Hal ini mungkin disebabkan 32.1 peratus murid berumur tujuh hingga 12 tahun terlepas sarapan atau langsung tidak bersarapan.
Mengikut kajian Jabatan Nutrisi dan Diebetik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2007 di 47 buah sekolah rendah bandar dan 41 sekolah luar bandar mendapati 32.1 peratus murid terlepas sarapan termasuk 7.5 peratus murid yang langsung tidak bersarapan.
Kelompok ini tidak bersarapan dengan alasan tidak mempunyai masa, mereka tidak lapar dan tidak mempunyai selera makan.
Bagi murid yang mengambil sarapan pula memberi sebab untuk sihat dengan mengambil menu kegemaran mereka seperti roti, nasi goreng dan mee goreng.
Kajian tersebut turut mendedahkan sarapan merupakan waktu yang paling diabaikan dalam kehidupan harian kanak-kanak ini berbanding waktu makan tengah hari dan makan malam.
Oleh sebab itu, tegas Bee Koon, ibu bapa seharusnya mengambil perhatian serius terhadap pemakanan anak-anak bagi membantu tumbesaran mereka seiring dengan usianya.

MENGANGKAT MARTABAT TALAPIA


Sebahagian besar masyarakat di negara ini masih menganggap ikan air tawar sebagai ikan kelas kedua, sekali gus menyebabkan mereka lebih gemar memilih ikan laut sebagai lauk utama.
Berdasarkan perangkaan, secara purata seorang individu di negara ini hanya memakan lima kilogram ikan air tawar setahun berbanding 46 kilogram ikan laut.
Bagi mengangkat martabat ikan air tawar, syarikat Tilapia House Sdn. Bhd. (Tilapia House), yang memasarkan filet ikan tilapia bermutu tinggi, membuka sebuah restoran yang menyediakan masakan berasaskan ikan berkenaan di Seremban, Negeri Sembilan.
Restoran yang diberi nama The Yellow River itu baru dibuka di Oakland Commercial Centre, Seremban.
The Yellow River menawarkan lebih daripada 20 jenis menu ala carte termasuk nasi goreng, sajian Barat, snek dan minuman.
Sebanyak 60 peratus daripada hidangan tersebut berasaskan filet tilapia yang dipasarkan oleh Tilapia House.
Antara menu pilihan di situ adalah tilapia black pepper, gulai tilapia Yellow River, sup tilapia, nasi goreng tilapia filet, selain masakan ala-Barat seperti tilapia fish n' chips, tilapia Slices & sambal serta cekodok tilapia & sambal.
Sementara itu, set hidangan yang menjadi pilihan pula mengandungi nasi, gulai tilapia Yellow River, sambal udang petai, ulam, air sirap dan pencuci mulut yang ditawarkan pada harga RM19.00.
Pengarah Tilapia House, Affandi Ab. Latif berkata, buat permulaan, restoran itu dibuka setiap hari Isnin hingga Sabtu, mulai pukul 11 pagi hingga 11 malam.
Katanya, restoran itu menerima sentuhan dekorasi moden dan lengkap dengan pendingin udara, selain mampu memuatkan sehingga 70 orang pada satu-satu masa.
Beliau berkata, walaupun hiasan dalaman restoran itu kelihatan moden, namun harga makanan dan minuman yang ditawarkan adalah berpatutan.
Ini kerana katanya, tujuan utama restoran ini dibuka adalah untuk meningkatkan standard ikan tilapia yang selama ini mungkin dianggap bertaraf rendah kerana merupakan ikan air tawar.
Beliau menjelaskan, ikan tilapia yang dimasak di restoran tersebut adalah dalam bentuk filet bermutu tinggi.
"Ikan tersebut diternak di Tasik Temenggor, Perak oleh Trapia Malaysia Sdn. Bhd. (Trapia Malaysia), menggunakan kaedah dan kepakaran teknologi dari Norway yang berpengalaman luas dalam penternakan ikan tilapia.
"Matlamat utama pembukaan restoran ini adalah untuk mempromosikan produk filet tilapia dengan menawarkannya melalui pelbagai jenis masakan," katanya kepada S2.
Turut hadir pada majlis pembukaan restoran itu adalah Pengarah Urusan Tilapia House, Mufadzir Huzaireen Mazlan dan Chef Eksekutif The Yellow River, Sharifuddin Thani.
Affandi juga menjelaskan, perkataan Yellow River dipilih bagi menamakan restoran itu dengan tujuan mahu dikaitkan dengan gulai masak kuning atau masak lemak cili api yang menjadi identiti masakan popular di negeri ini.

Wednesday, November 21, 2012

MEE KARI KETAM DI SHAH ALAM & DATO KERAMAT


MI kari ketam dan mi kari udang galah menjadi buruan pengunjung restoran.

Bagi berkongsi rasa bersama orang ramai, Usamah bersama adik kembarnya, Ubaidah membuka restoran khas menyajikan resipi rahsia neneknya, mi kari ketam iaitu Restoran Mee Ketam KL di Kompleks Anjung 7, Shah Alam pada 2010 dan kini menguruskan cawangannya di Bangunan Flat Baitulmal, Dato Keramat sejak Mei lalu.
Cerita Usamah, mi kari ketam turut menjadi pilihan untuk diketengahkan memandangkan hidangan kari merupakan selera universal yang boleh diterima ramai.
"Pulau Pinang sememangnya terkenal dengan keenakan pelbagai resipi malah ada yang menganggap ia syurga makanan melihat kepada variasinya.
"Namun, susah untuk melihat hidangan mi kari ketam di Kuala Lumpur berbanding menu Pulau Pinang yang lain sedangkan hidangan ketam agak terkenal di sana dalam pelbagai resipi seperti mi rebus dan sup kicap.
"Rahsia keenakannya ialah pengawalan api ketika menumis kari sehingga pecah minyak sebelum memasukkan rempah-rempah lain kerana jika kari hangit, maka keseluruhan kuah kari ketam itu tidak menjadi.
"Keunikan kuah kari ketam berbanding kari lain juga datang daripada rasa manis ketam yang melengkapkan rasa rempah kuah kari tersebut," ujarnya yang menggunakan sehingga 70 ekor ketam sehari dalam satu periuk besar.
PelbagaiSelain mi kari ketam, restorannya turut menghidangkan pelbagai hidangan makanan laut lain yang fokus kepada ketam dan udang galah iaitu bihun sup ketam, mi kari ketam nipah dan mi kari udang galah.
Malah, hidangan ketam dan udang galah dalam pelbagai teknik masakan seperti kari, sup, masak cili dan lada hitam yang dihidang bersama nasi putih turut menjadi buruan pengunjung di sini.
Terang Usamah, dia memastikan kesemua bahannya segar dimana ketam nipah diambil dari Pulau Ketam, Kelang manakala udang galah diimport dari Sabah kerana ia lebih besar malah tangan udang penuh dengan isi.
Harga ketam bunga bermula dari RM4 seekor, ketam Nipah pula dari RM7 seekor manakala udang galah gred A yang segar bermula RM10 dan ternyata lebih murah berbanding kebanyakan restoran lain.

Tuesday, November 20, 2012

ROKOK HARAM..EPALPUN HARAM !




Seorang lelaki bercerita, "Ketika aku melaksanakan solat tahiyyatul masjid, aku mencium bau asap rokok yang menyengat dan mengusik khusyukku. Setelah mengucapkan salam, aku menoleh mencari sumber bau.

Aku mendapati seorang lelaki Mesir dengan bibirnya yang hitam. "Aku akan menasihatinya nanti setelah solat," gumamku. Namun, seorang anak kecil berusia sekitar 9 tahun tiba-tiba terlebih dahulu menghampiri lelaki tersebut. Terjadilah dialog antara mereka berdua.

Si anak membuka bicara,

"Assalamu'alaikum pakcik. Pakcik dari Mesir?"

"Ya pakcik dari Mesir."

"Pakcik kenal Syeikh Abdul Hamid Kasyak?"

"Ya, pakcik kenal."

"Syeikh Jadul Haqq?"

"Ya, pakcik kenal."

"Syeikh Muhammad Al-Ghazali?"

"Ya, pakcik kenal."

"Pernah tak pakcik dengar kaset-kaset ceramah dan fatwa mereka?"

"Ya, pakcik pernah dengar."

"Bukankah mereka semua tu adalah para syeikh (alim ulama') yang mengatakan bahawa rokok tu haram, tapi kenapa pakcik membelinya?"

Dengan agak tergagap, lelaki itu menjawab, "Bagi pakcik, rokok tak haram!"

"Rokok hukumnya haram, pakcik. Bukankah Allah telah berfirman, 'Dan (Allah) mengharamkan bagi mereka segala yang buruk.' Pakcik ada ke baca bismillah dan ucap alhamdulillah sebelum dan selepas merokok?" tegas anak kecil itu.

"Dalam Al-Quran takde ayat yang secara tegas menyatakan bahawa rokok tu haram," sangkal pakcik tu.

"Pakcik, rokok tu haram, sebagaimana buah epal juga haram," lanjut si kecil.

Lelaki Mesir itu pun mula naik pitam dan berkata, "Buah epal haram? Atas dasar apa kamu menghalalkan dan mengharamkan, wahai anak kecil?"

"Cuba pakcik beritahu ayat Al-Quran yang secara tegas menyatakan bahawa epal tu halal," pinta si kecil.

Lelaki itu bingung dan diam terpaku. Tidak sanggup lagi dia berbicara. Air matanya tumpah hinggalah ketika iqamat dikumandangkan. Selesai solat, lelaki itu menoleh ke arah anak kecil itu dan berkata, "Nak, pakcik bersumpah demi Allah, pakcik takkan morokok lagi buat selamanya." 


Monday, November 19, 2012

TENAGA LEBIH MUDA BERBANDING USIA !



SECARA analogi, adalah tidak keterlaluan jika mengibaratkan tubuh manusia seperti kereta. Bagi kereta yang sudah sampai jarak kilometer perjalanan yang perlu diservis, pemiliknya perlu menghantar kenderaan itu ke bengkel untuk pemeriksaan komponen, menukar minyak enjin dan sebagainya.
Jika rutin tersebut diabaikan, pasti lambat laun jentera tersebut akan hilang prestasi seterusnya 'meragam'.
Begitu juga dengan tubuh manusia. Darah yang mengalir di dalam tubuh umpama minyak enjin bagi memastikan kelancaran fungsi setiap organ.
"Jika minyak hitam perlu ditukar baharu, manusia tidaklah perlu sehingga menukar darah. Memadai dengan merawat darah yang ada.
"Setitik darah sudah mampu menentukan pelbagai jenis penyakit, apatah lagi lebih 50 jenis penyakit berpunca daripada darah dan toksik dalam darah itu sendiri," kata Dr. Mohammad Hazimi Hamzah daripada Pusat Pakar Perubatan Ozon dan Rejuvenasi (OMRSC).
Darah terdiri daripada 40 peratus pepejal (sel darah) dan 60 peratus cecair (plasma). Ia berfungsi membekalkan oksigen, zat makanan dan menjadi medium untuk seluruh sistem organ dalam badan manusia.
Tambah Mohammad Hazimi, apabila darah sudah menjadi punca penyakit, rawatan boleh dilakukan pada darah dengan kaedah terapi ozon.
Ia merupakan cabang perubatan komplementari yang sudah bertapak di Malaysia seawal tahun 1999. Konsep rawatan terapi ozon tersebut seolah-olah kaedah berbekam yang mengeluarkan darah untuk melancarkan aliran darah dalam badan, tetapi terapi ozon membersihkan darah dengan cara menapisnya.
"Rawatan ozon membolehkan kadar oksigen dalam darah berada pada tahap optimum dan ia menjadikan seseorang itu lebih bertenaga sehingga proses penyembuhan penyakit menjadi lebih cepat.
"Ia adalah rawatan alternatif kepada pesakit bagi membantu proses penyembuhan penyakit. Selain itu, ia mengelakkan seseorang daripada bergantung harap pada ubat-ubatan yang terlalu banyak atau mengurangkan dos ubat yang diambil," ujarnya.
Singkir toksin
Jelas Mohammad Hazimi, sesiapa sahaja boleh mendapatkan rawatan itu kerana ia tidak khusus buat mereka yang berpenyakit. Selain meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan, rawatan itu juga boleh menggalakkan proses antipenuaan, penyingkiran toksin dan pengurusan berat badan.
Tiada had umur ditetapkan bagi menjalani rawatan tersebut. Sungguhpun begitu, kebiasaannya peringkat umur 17 tahun hingga 60 tahun disarankan untuk berbuat demikian.

SEMUA alat dan komponen pemindahan darah tidak akan diguna semula.


"Begitupun, wanita yang mengandung dan uzur (datang haid) tidak digalakkan melakukannya. Golongan yang menghidap penyakit Glukosa-6-Fosfat Dehidrogenase (G6PD) pula perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mendapatkan rawatan," jelasnya.
G6PD merupakan penyakit genetik iaitu tubuh tidak kekurangan enzim glukosa-6-fosfat dehidrogenase yang membantu sel-sel darah merah berfungsi secara normal.
Terapi ozon secara amnya boleh dijadikan alternatif untuk rawatan penyakit-penyakit seperti kolesterol tinggi, darah tinggi, diabetes melitus, ketidakseimbangan hormon, malaise (tidak sedap badan), gout, obesiti dan masalah kulit.
Semua pesakit perlu berjumpa dengan perunding terapi atau doktor bertugas terlebih dahulu untuk berbincang tentang masalah kesihatan yang dihidapi.
"Apabila segala maklumat latar belakang kesihatan pesakit diperoleh termasuk ujian darah, barulah pelan rawatan disediakan," katanya.
Sekali pandang, prosedur rawatan ozon seperti rawatan dialisis yang dijalankan ke atas pesakit yang mengalami kerosakan buah pinggang.
Terdapat pelbagai kaedah rawatan dan OMRSC menggunakan kaedah Extracorporeal Blood Oxygenation and Ozonation (EBOO) yang menyertakan vitamin dan mineral mengikut dos yang bersesuaian dengan pesakit.
Setiap pesakit perlu mengikut nasihat dan menjalankan rawatan susulan bagi menjamin kesan yang lebih efektif terhadap rawatan ozon tersebut.
Ujar Mohammad Hazimi, rawatan tersebut mengambil masa selama satu jam dan lebih kurang 30 mililiter darah akan ditapis dalam seminit dan 1,800 mililiter dalam satu sesi rawatan.
"Darah akan keluar dan masuk ke dalam satu alat yang dipanggil dialyzer yang berfungsi menapis segala toksin, kolestrol dan sel-sel yang berisiko menyebabkan kanser.
"Darah yang sudah ditapis akan masuk melalui satu tiub dan ozon yang dicampur dengan oksigen tulen akan 'ditembak' ke dalam darah tersebut (pengoksigenan dan pengozonan) sebelum diserap masuk kembali ke dalam salur darah," terangnya sambil memberitahu pesakit tidak akan berasa sakit sepanjang rawatan kecuali sedikit ketika proses mencucuk jarum branula.
Mohammad Hazimi menambah, rawatan ozon tersebut tidak mempunyai kesan sampingan. Pesakit boleh pulang tanpa rasa terhuyung-hayang, cuma pesakit disarankan minum air sekurang-kurangnya sebanyak tiga liter dalam tempoh 24 jam selepas rawatan.
"Pesakit tidak perlu bimbang kerana semua alat-alat yang digunakan tidak akan diguna semula.
"Bagi pesakit kronik, kita sarankan mereka untuk membuat rawatan sebanyak tiga kali selama tiga minggu berturut-turut dan kemudian rawatan susulan," katanya yang turut berpengalaman dalam bidang perubatan Islam, moden, komplimentari, akupuntur, herba dan homeopati.

DARAH yang telah ditapis dan dimasukkan oksigen serta ozon akan bertukar warna merah cerah berbanding merah pekat sebelumnya.


Rawatan pelengkap
Mohammad Hazimi menjelaskan, rawatan ozon tidak mengetepikan kepentingan perubatan moden, kerana ia lebih kepada pelengkap bagi perubatan moden.
Contohnya, pesakit yang berhadapan dengan masalah darah tinggi tidak akan disuruh menghentikan pengambilan ubat.
Terapi ozon sebaliknya bertindak membersihkan darah daripada radikal bebas yang boleh mengganggu penyerapan ubat. Secara tidak langsung, terapi ozon membantu keberkesanan perubatan moden.
"Pesakit yang mengalami masalah strok, diabetes, kencing manis dan darah tinggi, kami mencadangkan agar rawatan dilakukan setiap minggu bergantung kepada keadaan pesakit. Jika keadaan seseorang itu bertambah baik, rawatan hanya dilakukan sebulan sekali.
"Darah pesakit yang keluar berwarna merah pekat dan selepas ditapis dan dimasukkan oksigen dan ozon, darah akan berwarna merah cerah menandakan darah tersebut sudah bersih," ujarnya yang turut mengalu-alukan pesakit yang baru sahaja didiagnosis menghidap kanser peringkat awal.
Dalam pada itu, seorang pesakit, Faridah Hussaini, 49, dan suaminya Abang Bohari Abang Johari, 63, sanggup merentas Laut China Selatan untuk datang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk mendapatkan rawatan terapi ozon.
Faridah dan suami dari Petrajaya, Kuching mula mendapatkan rawatan pada bulan Jun tahun lalu selepas disyorkan oleh temannya.
"Sebelum ini, saya sering mengalami migrain dan turut mengambil suplemen. Namun, rakan saya memberitahu jika tidak cuci darah, suplemen tidak boleh menyerap dengan baik ke dalam badan," katanya.
Menurut Faridah yang menafikan proses itu menyakitkan, selepas beberapa minit terapi dijalankan kepadanya, dia dapat melihat bendasing kuning dalam darah yang keluar melalui tiub sebelum ia ditapis.
"Dahulu, setiap minggu pasti saya dan suami datang ke pusat rawatan ini untuk melakukan terapi ozon, tetapi kini kami ke sini sebulan atau dua bulan sekali mengikut kelapangan.
"Badan akan rasa segar dan ringan sebaik sahaja rawatan selesai. Migrain yang dihidapi sebelum ini juga semakin berkurangan," katanya.
Bagi Faridah dan suami, kesihatan merupakan sesuatu yang tidak ternilai harganya.
"Bagi saya, kesihatan itu sangat penting bagi membolehkan kita beribadat. Jika berbelanja untuk benda lain kita sanggup, kenapa untuk kesihatan sendiri perlu berkira?," katanya.

Sunday, November 18, 2012

SNOGURT BUKA CAWANGAN KE 13 DI PONTIAN



PONTIAN 18 Nov. - Sebuah lagi rangkaian kafe produk beku yogurt sejuk beku tempatan, Snogurt sudah dibuka di Pusat Perdagangan Pontian menjadikannya cawangan yang ke-13 di negeri ini dan yang ke-32 di seluruh negara.
Pengarah Urusan Snogurt Sdn.Bhd., Joy Leow berkata, pihaknya mensasarkan 42 buah cawangan menjelang penghujung tahun ini dengan usaha sedang dilakukan bagi menjayakan hasrat tersebut dengan tumpuan diberikan kepada pusat beli-belah di bandar-bandar utama di seluruh negara.
"Pemilihan bandar Pontian khususnya di Pusat Perdagangan Pontian amat sesuai memandangkan kawasan itu merupakan tempat tumpuan ramai dengan pelbagai kemudahan perniagaan yang ada.
"Selain keluarga, kami juga mensasarkan golongan remaja untuk mengunjungi Snogurt di Pontian ditambah dengan adanya kemudahan wifi secara percuma kepada pelanggan," katanya kepada pemberita selepas perasmian kedai tersebut, di sini baru-baru ini.
Majlis pelancaran dilakukan duta Snogurt, penyanyi dan pelakon jelita Raja Farah Raja Abd. Aziz yang juga individu pertama membuka cawangan Snogurt di negara ini.
Leow yang gembira dengan sambutan penduduk tempatan berkata, penubuhan sesebuah cawangan Snogurt memakan belanja RM400,000 termasuk kerja pengubahsuaian dan peralatan.
"Kami ingin mempelawa mana-mana pihak yang berminat membuka perniagaan secara francais di lokasi yang strategik dan mampu menarik kehadiran ramai pengunjung di Johor," katanya.

Tuesday, November 13, 2012

32 RAHSIA ISRAEL YANG TAK PERNAH KITA TAHU



1. Tahukah anda bahawa selain daripada orang Yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?


2. Tahukah anda bahwa setiap warga Yahudi yang ada di seluruh negara di seluruh dunia menjadi warganegara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negaranya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar Palestin?


3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khusus untuk membezakan mereka antara warga Yahudi dan bukan Yahudi?


4. Tahukah anda bahwa Jurusalem bahagian timur, Tepi Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya Barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan bahagian dari Israel?


5. Tahukah anda bahawa Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk warga Yahudi dan memberikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel menyalurkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk Yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya disalurkan kepada 120 ribu penduduk Palestina di daerah itu?


6. Tahukah anda bahawa Amerika menyumbangkan US$5 Billion dari cukai pajaknya setiap tahun kepada Israel?


7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar US$1.8 Billion setiap tahunnya? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh negara di benua Afrika?


8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar  US$4 Billion dari Amerika yang terdiri dari pesawat tempur F 16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan negara penyokong utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua fasiliti yang diminta Israel untuk menjamin kewujudannya.


9. Tahukah anda bahawa pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran peraturan oleh Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.


10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan penyediaan senjata nuklear? Dan menolak pasukan penyiasat PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya?


11. Tahukah anda bahawa sebelum tertubuhnya negara Israel pada tahun 1948, sudah memiliki kemudahan membuat senjata nuklear?


12. Tahukah anda bahawa Pemerintah Tinggi Israel di Jabatan Perang mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?


13. Tahukah anda bahawa Israel meletupkan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika, Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 yang lain, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh negara Islam?


14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?


15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan sistem politik konservatif terhadap identiti warga Yahudi agar kekal menjadi warganegara itu?


16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri, Ariel Sharon sebagai 'tidak bersalah' dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang membunuh lebih dari 1000 orang Palestin yang terdiri daripada kanak-kanak, wanita dan orang tua?


17. Tahukah anda bahawa pada tanggal 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para buruh Palestin yang sedang menunggu buas di sebuah perhentian bas untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarah setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?


18. Tahukah anda bahawa sampai tahun 1988, semua bangunan dan pejabat di Israel hanya boleh menempelkan keterangan mencari kerja dengan perkataan: "kerja kosong hanya untuk warga Yahudi", "Seorang karyawan dicari, dengan syarat perlu warga Yahudi"?


19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 perusahaan media Amerika untuk menonjolkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?


20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak parti radikal Molodeit untuk menjadi pesaing utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu berideologi radikal dengan persepsi utama untuk membersihkan Israel dari warga bukan Yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?


21. Tahukah anda bahwa Perdana Menteri Israel pertama, David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh warga Arab dari Israel?


22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel, Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk membunuh warga Palestin? Bahkan dia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya Paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel: "Tuhan akan membalas semua kejahatan warga Arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Kerananya dilarang semua warga Yahudi untuk memberikan rasa kasih saying kepada warga Arab, dan wajib bagi setiap Yahudi untuk menembak senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga Arab untuk membunuhnya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk"……


23. Tahukah anda bahawa Palestin merupakan penjara terbesar di dunia?


24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah yahudi?


25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agung Israel sudah mengeluarkan keputusan melarang penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan Perisikan Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?


26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses pembelajaran dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor?


27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang antarabangsa yang diterbitkan pada tanggal 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin kerana terhalang dengan perjanjian yang ditandatangani pakatan OSLO?


28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang negara-negara arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tepi Barat. Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga keamanan dan keselamatan diri?


29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konvensyen Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin?


30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon sudah tidak diendahkan lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang askar Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi askar Israel terus menyerang, menembak orang awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka.


31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?


32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah negara rasisme dan apartheid sama seperti keadaan Afrika Selatan?

RAMALAN TAPAK TANGAN..MAIN-MAIN JE, JANGAN PERCAYA !


Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas… Setiap garisan mempunyai maksud yang tertentu.Bagi yang minat bab tilik menilik..so boleh la menilik skrg..hehehe..
1. Garis Kehidupan
Garis bertanda nombor 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin ia panjang dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorang itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunyai garis yang sedemikian lebih-lebih lagi jika garisnya mencecah hingga ke penghujung.
2. Garis kecergasan
Garis bertanda nombor 2 ini pula bersangkutan dengan tahap pemikiran dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorang pelajar, jika ia jelas, terang dan lurus, ia memperlihatkan bahawa kamu seorang yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran dan kamu berupaya untuk belajar dengan lebih gigih.. Bagi kamu, setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha yang gigih. Tidak hairanlah orang yang mempunyai garis ini mampu menjejakkan kaki ke me nara gading tanpa sebarang masalah.
3. Garis hati/cinta
Garisan ini melambangkan perasaan dan percintaan kamu. Sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang dan lurus, ia menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. Manakala sekiranya garis itu putus-putus dan terdapat cabang-cabang lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut, ada di antara kamu yang mempunyai garis putus-putus ini ‘ curang’ dan menjalinkan hubungan cinta dengan lebih daripada seorang gadis/jejaka dalam masa yang sama!
4. Garis kejayaan
Cuba kamu perhatikan garis yang bertanda nombor 4 ini. Adakah ia terdiri daripada satu garis sahaja? Kadangkala terdapat sesetengah orang yang mempyai dua atau lebih garisan ini. Dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa juga yang diceburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak tangan kamu itu.
5. Garis matahari ( Sun line)
Bukan semua orang yang mempunyai garis ini yang kelihatan dengan begitu jelas dan nyata. Sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, ia menunjukkan kamu akan menjadi kaya dan terkenal dalam kehidupan kamu. Sebab itulah, ada orang yang mampu meraih kejayaan dalam dua bidang yang dilakukan dalam masa yang sama. Ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.
6. Garis kesihatan
Sama seperti garis kehidupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas, lurus dan tidak putus-putus. Sekiranya garis ini putus-putus, ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. Begitu juga sebaliknya.
7. Garis perkahwinan
Sekiranya garisan itu membentuk bulatan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal dan bahagia selama-lamanya. Perkahwinan wujud hanya sekali saja dalam hidup kamu. Tiada lagi yang kedua dan seterusnya…
8. Garis bilangan anak
Setiap orang pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya mata sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa orang anakkah yang kamu inginkan? Tidakkah kamu perlu mengetahuinya? Apa yang perlu kamu lakukan ialah dengan mengira berapa banyak garisan halus dan pendek yang kamu miliki dan ia sebenarnya mewakili jumlah bakal anak kamu nanti. Misalnya kamu mendapat terdapat empat garisan Dan ini bermakna jumlah anak kamu nanti ialah empat orang.
9. Garis perjalanan
Adakah kamu ini seorang yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar, suka merantau atau melawat tempat-tempat asing? Sudah tentunya kamu ini mempunyai garisan perjalanan yang cukup jelas dan terang, seperti yang dinyatakan pada garisan bernombor 9. Tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga suka hidup berpindah-randah dan mudah bosan dengan sesuatu tempat.
10. Garis kewangan
Setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempurna dan bahagia. Tentu sekali ia mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. Bagi kamu yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas dan terang, dikatakan kamu mampu memperolehi Wang yang banyak melalui pekerjaan yang kamu lakukan itu.
11. Garis pergelangan tangan
Cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya. Terdapat garis-garis seolah-olah gelang kan ? Diramalkan, setiap garis membentuk gelang itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. Kira saja berapa gelang yan gkamu ada dan ramalkan jumlah hayat kamu sendiri! Tapi awas! Jangan terlalu percaya sangat…. Ajal dan maut di tangan Tuhan kan ?
Bila jari kamu dirapatkan….
Apa yang kamu lihat bila merapatkan kesemua jari kamu itu di antara satu sama lain? Adakah semuanya rapat-rapat? Kemudian Cuba kau perhatikan di antara jari kelengkeng dan jari manis kamu sewaktu kamu rapatkan keduanya. Cuba dekatkan jari kamu itu dengan Mata kamu dan tengok sama kamu boleh lihat ada sebarang ‘gap’ di antaranya… Sekiranya kamu dapat melihat cahaya di antara keduanya… Bermaksud ia tidak rapat dan renggang… Maknanya kamu ini seorang yang cukup pemurah.
Malah kadangkala kamu juga terlalu boros dalam berbelanja. Walau bagaimanapun kamu ini bukan seorang yang kedekut! Sebaliknya sekiranya tiada ruangan di antara kedua jari itu bile dirapatkan, ini bermakna kamu ini kedekut orangnya dan pentingkan diri sendiri! Betul ke?
Sememangnya terlalu banyak rahsia yang tersemadi pada tangan kita…. walaubagaimana pun ini cuma ramalan saja dan jangan telalu fanatik sangat untuk mempercayainya

HIKMAH LELAKI DIHARAMKAN EMAS


Perhiasan adalah sebuah benda yang digunakan untuk menghias atau mempercantikkan diri. Bagi wanita, perhiasan merupakan bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari segi penampilannya. Berbicara tentang perhiasan, pasti tidak akan lari daripada emas. Emas adalah elemen barang perhiasan yang banyak digunakan selain daripada berlian, permata berharga yang lain.
Lelaki Haram Memakai Emas Lelaki Haram Memakai Emas
Dari Abi Musa RA bahawa Rasulullah saw bersabda, ”Telah diharamkan memakai sutera dan emas bagi laki-laki dari umatku dan dihalalkan bagi wanitanya..” [HR Tirmizi dengan sanad hasan sahih]
1400 tahun yang lalu, setiap kali perintah Allah SWT turun melalui RasulNya, para sahabat tak pernah bertanya dan langsung melakukannya ketika itu juga. Hampir jarang ada penjelasan ilmiah. Dan biasanya kemudian, pada beberapa ratus tahun lagi tersingkap kebenaran misteri dalam berbagai perintah Rasul itu. Begitu pula dengan larangan lelaki memakai perhiasan dibuat dari emas termasuk emas putih.
Secara perubatan, inilah fakta kenapa hal itu berlaku dalam Islam. Para ahli fizik telah menyimpulkan bahawa atom pada emas mampu menembus ke dalam kulit dan masuk ke dalam darah manusia. Dan jika lelaki mengenakan emas dalam jumlah tertentu dan dalam jangka waktu yang lama, maka dampak yang ditimbulkan iaitu di dalam darah dan air kencing akan mengandungi atom emas dalam peratus yang melebihi had (dikenali dengan sebutan ” Migrasi Emas “).
Dan apabila ini terjadi, maka akan mengakibatkan penyakit Alzheimer. Alzheimer adalah suatu penyakit dimana orang tersebut kehilangan semua kemampuan mental dan fizik serta menyebabkan kembali seperti anak kecil. Alzheimer bukan penuaan normal, tetapi merupakan penuaan paksaan atau terpaksa. Dan mengapa Islam membolehkan wanita untuk mengenakan emas ? Wanita tidak menderita masalah ini karena setiap bulan, partikel berbahaya tersebut keluar dari tubuh wanita melalui keuzuran.
Fakta: Pakar perubatan di China telah membuat rawatan ‘Negatively Charged Gold Nanoparticles’ untuk mengubati Alzheimer.
Mahabesar Allah. Wallahualam

Monday, November 12, 2012

TABASCO DAPAT PENGESAHAN JAKIM

RANGKAIAN produk sos Tabasco banyak digunakan dalam penyediaan makanan harian keluarga di Malaysia.


PRODUK makanan daripada jenama Tabasco sudah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh pengeluar, Mcllhenny Company.
Mereka menegaskan bahawa pembuatan dan kandungan sos lada tersebut mematuhi hukum Islam dan Piawaian Halal Malaysia.Jakim telah mengesahkan status halal khususnya sos lada jenis Pepper Sauce, Buffalo Style Hot Sauce, Chipotle Sauce, Garlic Pepper Sauce, Green Pepper Sauce, Habanero Pepper Sauce dan juga Sweet and Spicy Pepper Sauce.
Pengarah Serantau Mcllhenny Company, Kan Cheung berkata, pihak syarikat sentiasa prihatin dengan tanggungjawab sosial kepada pengguna Islam di Malaysia dan juga seluruh dunia.
"Pensijilan halal untuk sos lada keluaran syarikat amat penting untuk mengukuhkan lagi jenama Tabasco di Malaysia." jelasnya.
Ramuan asli Tabasco seperti cuka, lada dan garam masih dikekalkan sejak 140 tahun dahulu. Ketiga-tiga ramuan tersebut adalah dijamin 100 peratus semula jadi dan tidak mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) haiwan. Ia kini boleh didapati di bahagian halal semua pusat jualan runcit makanan seluruh Malaysia.Dengan pengesahan daripada pihak Jakim itu, persoalan pengguna Muslim yang sebelum ini gusar tentang status produk tersebut sudah terjawab. Tabasco diedarkan secara eksklusif di Malaysia oleh GBA Corporation Sdn. Bhd.

HIDANGAN SEGAR BABA & NYONYA


KEBIASAANNYA sesebuah restoran akan menyajikan hidangan istimewa dengan mengekalkan resipi asli untuk memastikan sajian mereka menarik perhatian dan digemari ramai.
Namun dalam keadaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, kini menjadi trend di sesebuah restoran menawarkan hidangan pelbagai konsep, sesuai dengan cita rasa pengunjung.
Nyonya Valley yang terletak di Cyberjaya Garden, Cyberjaya merupakan antara restoran yang menyajikan hidangan asli keturunan Baba dan Nyonya dengan turut menawarkan masakan India (mamak) dan selatan Thailand.
Tentunya menu yang ditawarkan di restoran eksklusif itu mempunyai sedikit kelainan berbanding dengan masakan Baba dan Nyonya di Melaka.
Ini kerana di Nyonya Valley, hidangannya tertumpu kepada resipi Baba dan Nyonya Pulau Pinang yang tidak dapat lari daripada pengaruh masakan mamak dan selatan Thailand.
Ditanya perbezaan masakan Baba dan Nyonya di Pulau Pinang dengan negeri lain, Pengurus Besar restoran tersebut, Muzahhir Abdullah menekankan perbezaan rasa pedas dan manis masakan yang dihidangkan di Nyonya Valley.
Menurutnya, bahan-bahan yang digunakan dalam masakan di restoran itu telah dicampur aduk dengan ketiga-tiga bahan daripada masakan tersebut sehingga mencetuskan aroma tersendiri.
Sungguhpun begitu, katanya, dalam masa yang sama, keaslian masakan Baba dan Nyonya tetap dipertahankan.
Beliau menjelaskan, gabungan bahan asas daripada ketiga-tiga masakan tersebut dilakukan bagi menyesuaikannya dengan cita rasa penduduk tempatan, selain memenuhi selera pengunjung antarabangsa yang sentiasa memenuhi ruang makan di restoran itu, terutama pada waktu makan tengah hari.
Restoran yang beroperasi pada pukul 11 pagi sehingga 11 malam itu dibuka pada 1 Ogos tahun lalu. Selain di Cyberjaya, Nyonya Valley mempunyai cawangan di Ukay Boulevard, Selangor dan Taman Segar, Kuala Lumpur.
Menurut Muzahhir, antara masakan yang popular di restoran itu adalah kari kepala ikan, char kuetiau, hee bee butler prawn, nyonya otak-otak, nyonya deepfried tofu dan kambing panggang.
Keenakan masakan popular katanya tidak lengkap tanpa minuman seperti soya dan ais kacang, selain jus buah-buahan segar.
''Bahan masakan yang kami gunakan dihasilkan sendiri oleh tukang masak kami dan mereka turut menggunakan ramuan lain yang boleh menyedapkan lagi masakan," katanya.
Dalam pada itu, katanya, bagi memastikan kesegaran hidangan yang disediakan, semua hidangan dimasak apabila dipesan sahaja.
''Tidak dinafikan pendekatan itu mengambil sedikit masa tetapi kami percaya para pelanggan akan berpuas hati apabila menikmati hidangan yang mereka pesan.
''Sebab itulah, kami menyarankan agar para pelanggan membuat tempahan awal supaya hidangan yang dipesan itu dapat disediakan lebih awal," katanya.
Sempena sambutan ulang tahun pertama restoran itu, pihaknya mengadakan promosi potongan harga 50 peratus untuk 20 hidangan terpilih bermula pukul 3 petang hingga 10 malam.
Promosi sah sehingga akhir November ini dan sebarang pertanyaan, sila hubungi talian             03-42602728      .

Friday, November 9, 2012

PELABURAN ISKANDAR MALAYSIA CECAH RM100 BILLION


ISKANDAR Malaysia terus menjadi tarikan pelabur tempatan dan antarabangsa sama ada untuk tujuan pendidikan, riadah, kediaman atau pelancongan.

JOHOR BAHARU 9 Nov. - Iskandar Malaysia telah bersedia untuk mencapai pelaburan RM100 bilion selepas mencatatkan RM99.79 bilion pelaburan terkumpul sehingga suku ketiga tahun ini.
Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim berkata, 42 peratus daripada jumlah pelaburan yang diperoleh telah dibelanjakan setakat September tahun ini.
Untuk tahun ini sahaja sehingga September, beliau berkata, koridor ekonomi itu telah berjaya menarik sejumlah RM15 bilion dalam pelaburan kumulatif.
"Kami begitu agresif dalam usaha promosi kami untuk menarik lebih ramai pelabur ke Iskandar Malaysia. Saya gembira melihat projek pemangkin seperti Legoland Malaysia juga telah membantu mengukuhkan nilai proposisi Iskandar Malaysia di platform global," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
"Kami yakin yang RM100 bilion boleh dicapai tidak lama lagi," kata beliau dalam maklumat terkini jumlah kumulatif Iskandar Malaysia yang telah dicapai sejak koridor ekonomi berkeluasan 2,217 km persegi, bersempadan Malaysia, dilancarkan enam tahun lepas.
Menurut beliau, 63 peratus (RM62.7 billion) daripada pelaburan kumulatif yang diterima datang daripada sumber domestik sementara 37 peratus (RM37.09 bilion) ialah daripada entiti asing.
Dalam tahun 2008, nisbah ialah 45 peratus domestik dan 55 peratus asing, kata beliau.
"Kami melihat peralihan ini sebagai sesuatu yang positif dan menggalakkan dan pada masa yang sama pelaburan akan terus mengalir masuk dan peserta domestik juga dipastikan yang mereka tidak akan ketinggalan di belakang," kata beliau.
Daripada jumlah RM99.79 bilion pelaburan kumulatif yang dicatatkan oleh Iskandar Malaysia, pelaburan dalam pembuatan menguasai RM33.36 bilion, hartanah RM32.94 bilion, kerajaan RM7.31 bilion, utiliti RM9.52 bilion, pelancongan RM2.03 bilion dan lain-lain RM14.63 bilion.
IRDA berkata, ia akan terus menjangkau ke pelbagai pemegang saham menerusi acara-acara seperti Hari Terbuka Transformasi JB, Sidang Kemuncak Kelestarian Iskandar Malaysia, Festival Pembelajaran Iskandar dan Forum Transformasi Bersama.
Bulan depan, Iskandar Malaysia akan menjadi hos kepada Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) dan IRDA dan rakan-rakannya berharap dapat bersama-sama lebih 1,500 delegasi yang akan menyertai acara itu.