BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Sunday, May 29, 2011

AKHIRNYA "BIR HALAL" JADI HARAM !



JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.

Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.
Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.

“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.
“JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara,” katanya.
Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin (gambar) ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.



“Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi.
“Kuantiti itu amat kecil dalam kebanyakan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan. Ia bukan najis dan boleh dimakan atau diminum umat Islam,” katanya.


Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah.
Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.
“Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.
“Persoalan bagaimana alkohol ini wujud dalam minuman ‘halal’ berkenaan masih dalam siasatan berikutan ia berkemungkinan di kilang di dalam bangunan sama dengan minuman keras,” katanya.

Friday, May 27, 2011

SK PARIT RAMBAI, PONTIAN

Jamuan Tengahari Sempena Perpisahan: Khamis 26 Mei 2011 @ 2.30 petang










AGRO BANK PONTIAN

Jamuan Makan Malam: Khamis 26 Mei 2011 @ 6 petang



Wednesday, May 25, 2011

SEK. DATO' ALI HAJI AHMAD(SDAHA), PONTIAN

Jamuan Makan Malam Sempena Sambutan Hari Guru 2011: Selasa 24 Mei 2011 @ 9 malam







PEJABAT KESIHATAN PONTIAN

Jamuan Makan Malam: Selasa 24 Mei 2011 @ 9 malam



SECRET RECIPE NAFI GUNA GELATIN BABI

Sinar Harian: Rabu 25 Mei 2011
 
SHAH ALAM – Secret Recipe menafikan khabar angin mengatakan produk keluaran syarikatnya mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam dua bahan yang digunakan untuk ramuan kek keluaran mereka.
Eksekutif Halal Secret Recipe, Wan Zawani Wan Ahmad berkata, pihaknya kesal berlaku hebahan dalam beberapa blog yang memberitahu kedua-dua bahan yang dikenal pasti mengandungi gelatin babi. 
“Kami amat kesal kejadian begini boleh berlaku walhal perkara ini langsung tidak terjadi di syarikat kami kerana kami sepenuhnya menggunakan bahan-bahan ramuan yang halal serta mendapat persijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). 
“Jika terdapat sebarang kemusykilan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak kami di talian 03-78034891 dan berhubung dengan saya,” katanya kepada Sinar Harian. Semalam, mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pula turut mendakwa bahan itu kini digunakan rangkaian kedai pembuat kek terkenal dalam produk mereka yang sebahagian besar pelanggan adalah masyarakat Islam. Sementara itu, laman web milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan. Zawani berkata, syarikatnya tidak pernah menggunakan bahan keluaran syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd, sebaliknya menggunakan beberapa bahan diambil dari rangkaian syarikat sama yang beroperasi di Belgium. “Kesemua bahan diambil di Belgium terlebih dahulu mendapat perakuan halal daripada Jakim. Malah, kita tidak ada kena mengena atau mengambil bahan ramuan dengan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd,” katanya.

   

Tuesday, May 24, 2011

MAKAN MENGIKUT TATACARA ISLAM

Makanan dan minuman adalah bahan asas yang paling penting di dalam kehidupan seharian seseorang manusia. Ia adalah suatu keperluan yang tidak dapat diabaikan kerana kesihatan dan kekuatan seseorang itu sebahagian besarnya bergantung kepada makanan dan minuman yang diambil selain ketentuan Allah SWT.
Rasulullah SAW pernah menggambarkan di dalam hadis baginda kedudukan orang yang sihat antaranya, sesiapa yang mempunyai pencarian yang cukup (rezeki yang banyak) dan mempunyai tahap kesihatan yang baik seolah-olah seseorang itu merasakan dunia ini dia yang punya. (riwayat Tirmizi)
Manusia memerlukan makanan disebabkan beberapa perkara faktor:
* Membekalkan haba dan tenaga bagi menjaga dan mengekalkan suhu badan, bagi tugas-tugas pernafasan dan aliran darah, membantu fungsi otot serta proses penggantian zat dalam badan (metabolisme badan).
* Membentuk tisu-tisu baru dalam tempoh pertumbuhan badan dan juga untuk membaiki tisu-tisu yang sudah reput atau mati dan rosak . Kanak-kanak memerlukan bekalan yang mencukupi agar proses pembesaran mereka tidak terbantut.
* Untuk mengawal aktiviti pelbagai organ tubuh badan terutamanya jantung.

Makanan

Walaupun makanan adalah keperluan utama tetapi pengambilannya tidaklah boleh sewenang-wenangnya.
Dalam hal ini Rasulullah SAW yang menyatakan antara lainnya yang bermaksud: "Kami adalah suatu kaum yang tidak akan makan kecuali lapar dan apabila kamu makan tidak pula sampai kekenyangan".
Walaupun seseorang itu tidak mampu untuk mengikut cara pengambilan makan atau diet Rasulullah SAW secara total tetapi apa yang lebih penting makanlah sekadar yang perlu.
Rasulullah SAW memberi garis panduan makan dan minum untuk umat Islam antaranya adalah:
* Tidak terlalu kenyang. Kegemaran makan sampai padat adalah sesuatu yang amat dibimbangi nabi SAW ke atas umatnya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Yang paling saya takuti di antara hal-hal yang saya takuti adalah besar perutnya gendut kerana banyak makan, terus menerus tidur, kegemaran tidur yang melampaui batas, bersikap malas, lemah keyakinan, tidak mempunyai pendirian yang tegas dan tetap".
* Makanlah sekadar yang mencukupi asalkan dapat berdiri untuk bekerja kerana keadaan lapar juga boleh mematahkan semangat berusaha atau bekerja.
* Isi perut hendaklah dibahagikan kepada tiga bahagia iaitu 1/3 makan dan 1/3 untuk minum dan 1/3 lagi untuk pernafasan sehingga jiwa menjadi baik dan bersih.
Ada beberapa hal yang perlu diberi perhatian dalam urusan makan dan minum iaitu:
* Perut besar yang selalu dipenuhi makanan itu adalah rumah penyakit, sedangkan menjaga diri sebelum sakit adalah pengubatan. Jika dihinggapi penyakit sukar untuk diubati dan memakan masa untuk sembuh. Oleh itu bersederhanalah dalam makan dan minum.
* Kekuatan tubuh badan bukan dengan sebab banyak makan tetapi dengan pengambilan makanan dan minuman yang mencukupi dan seimbang.
* Jikalau perut sudah penuh berisi dengan makanan maka sempitlah ruang untuk air dan juga udara. Sekiranya hal ini berlaku timbullah rasa malas, lesu dan lalai.
Keadaan ini amat membahayakan kesihatan kerana akhirnya seseorang itu akan sering sakit-sakit, fikiran tumpul serta hilang semangat untuk bekerja.
Apabila garis panduan ini dipatuhi atau diikuti dapatlah mengelakkan dari rasa sendat, mual, susah bernafas dan sebagainya selepas makan. 

Setiap individu seharusnya mengetahui bahawa:
* Perut adalah rumah penyakit seseorang. Pepatah ada mengatakan "anda adalah apa yang anda makan".
* Kekuatan tubuh badan bukanlah disebabkan banyak makan tetapi berkaitan pengambilan makanan yang baik dan seimbang.
* Jika perut sudah dipenuhi dengan makanan dan minuman, maka ruang udara akan menjadi sempit dan berkurangan; ini akan menimbulkan rasa malas, lesu dan lalai.
Apabila terasa lapar hendaklah terus makan, jangan bertangguh kerana apabila ditangguh-tangguh akan menyebabkan seseorang itu akan mengambil makan yang berlebihan sehingga dua kali ganda.
Jika diikuti prosedur pengambilan makanan yang ditetapkan oleh Islam fenomena lebih berat badan dan obesiti tidak akan berlaku. Islam melarang seseorang terus tidur selepas makan sama ada pada siang hari atau malam. Setiap kalori atau tenaga daripada makanan hendaklah terus dibakar dengan melakukan pelbagai gerak kerja atau aktiviti.
Kalori yang tidak diguna atau dibakar akan disimpan di dalam badan dalam bentuk lemak dan terus berkumpul daripada masa ke semasa jika tidak dikawal.
Obesiti di kalangan kanak-kanak satu fenomena perlu ditangani dengan baik. Ada beberapa faktor penyebab fenomena ini berlaku. Antaranya:
* Kurang keprihatinan ibu bapa
Ibu bapa tidak mengambil berat tentang kepentingan makanan berkhasiat, sajikan makanan kepada keluarga asalkan kenyang, sedangkan Islam menggesa supaya seseorang itu memakan makanan yang halal lagi berkhasiat.

Sarapan pagi

Keluar rumah tanpa sarapan sama ada bagi kanak-kanak sekolah atau pekerja merupakan satu amalan yang tidak sihat, kecuali berpuasa. Keadaan ini akan menjejaskan kadar metabolisme.
Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Nestle (M) Berhad pada tahun 2001 ke atas 12,000 murid sekolah rendah (berumur tujuh hingga 12 tahun di seluruh negara) mendapati, lebih 30 peratus kanak-kanak sekolah rendah tidak bersarapan.
Antara alasan paling kerap adalah tidak cukup masa (48 peratus) dan tidak berselera (30 peratus). Pilihan makanan sarapan paling lazim adalah roti, nasi lemak, nasi goreng dan kuih.
Didapati pengambilan makanan harian juga tidak teratur. Semakin ramai kanak-kanak gemar kudapan seperti ais krim, buah, bijirin sarapan pagi, kentang goreng, coklat dan makanan ringan.
Hasil kajian ini menunjukkan masih ada ibu bapa yang kurang ambil berat kepentingan bersarapan, sedangkan anak-anak sepatutnya makan sebelum mereka memulakan kelas.
* Mementingkan rasa makanan, mengenyangkan, murah berbanding khasiat
Trend hari ini makanan segera menjadi amalan dan kegemaran, sedangkan kandungan makanan yang dijual itu mengandungi kadar lemak, garam dan juga gula yang tinggi.
Ini amat membahayakan kesihatan. Namun makanan inilah yang banyak dijual di merata-rata tempat. Ini bermakna kanak-kanak dan murid-murid sudah disogok dengan makanan ini, lebih-lebih lagi dengan harga RM1 sudah dapat dibeli berbanding makanan lain.
Selain makanan segera yang digoreng, nasi lemak adalah makanan tumpuan pelajar. Dengan harga antara RM1.20 sehingga RM3 mereka sudah dapat membeli sebungkus nasi lemak.
Kajian mengenai khasiat nasi lemak perlu dibuat, kerana dulu masyarakat beranggapan minyak kelapa tidak elok untuk kesihatan sedangkan pada hari ini masyarakat pula mengambil minyak kelapa dara.

Pengaruh iklan

Iklan makanan segera ada di mana-mana sahaja dan yang paling berkesan adalah di televisyen.
Makanan dibungkus dengan gaya yang menarik untuk memancing kanak-kanak, ada yang gunakan kartun-kartun, gambar-gambar haiwan, kenderaan dan pelbagai lagi.
Anak-anak kecil yang menghabiskan banyak masa mereka di depan kaca televisyen sudah tentu akan terpengaruh dengan iklan-iklan yang disajikan kepada mereka. pihak berwajib patut memberi panduan cara pengambilan yang baik.

Memanjakan anak

Ada ibu bapa yang memanjakan anak-anak dengan menyogokkan makanan segera. Di rumah terdapat pelbagai pelbagai jenis makanan segera, snek kurang zat dan minuman sedia diminum dengan pelbagai jenama.

Kurang aktif

Kanak-kanak hari ini kurang aktif kerana mereka kurang ruang untuk bergerak, terkurung di dalam rumah kerana faktor keselamatan. Duduk di depan televisyen atau di depan komputer bermain play station berbekalkan makanan ringan atau jajan.

Tuesday, May 17, 2011

MA'HAD AGAMA JLN. SEK. ARAB, PONTIAN

Jamuan makan tengahari sempena sambutan Hari Guru: Isnin 16 Mei 2011 @ 2 petang

Monday, May 16, 2011

NASI ULAM UTARA

Bahan-Bahan :

Nasi putih sebanyak yg anda suka
Ikan bakar (ambil isinya sahaja)
Udang kering (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk)
Ikan masin goreng (hancur2-hancurkan dan ambil isinya)
Sedikit kerisik
Bawang merah/bawang besar (dipotong halus dan digoreng tanpa minyak)
Serai (dihiris nipis)
Daun kesum,daun kunyit,daun limau purut,daun kaduk,daun pegaga atau daun-daun yg dirasakan sesuai (Semua daun ni dipotong nipis halus-halus )
Sedikit serbuk lada putih
Sedikit garam
Cara-caranya :
Gaulkan rata-rata kesemua bahan dengan nasi serta hidangkan dengan lauk kegemaran anda.Sedap dimakan bersama daging bakar, ayam bakar, telur masin dan ayam masak merah.

Wednesday, May 11, 2011

KTM 2011' GEMPARKAN POTIAN

UTUSAN MALAYSIA: Khamis 12 Mei 2011

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
editjohor@utusangroup.com.my



PONTIAN 11 Mei - Keheningan bandar di Penghujung Benua Asia di sini ini tiba-tiba 'digemparkan' dengan kehadiran kumpulan penunggang basikal dengan pelbagai gaya pakaian awal tahun 1930-an hingga 1970-an.
Mereka menggayakan pakaian peon, kerani, cikgu, posmen, penjual air botol, penghantar barang, ke kelab malam, tentera Jepun, mandor ladang serta penjual nasi kandar yang menggunakan basikal sebagai kenderaan utama pada waktu itu.
Jenama basikal yang digunakan seperti Raleigh, BSAm Hercules, Hooper, Chooper, Sumbeam, Humber dan Robin Hood yang semuanya dihasilkan di London dari awal 1920-an hingga 1970-an. Itulah ragam 220 peserta program Kayuhan Terowong Masa (KTM) 2011 dari seluruh negara termasuk seorang peserta dari Indonesia.
Menurut Pengerusi Penganjur, Mofti Marzuki, 45, program anjuran Kelab Basikal Klasik Johor dengan kerjasama Kelab Basikal Antik itu melibatkan 17 pasukan dari dalam dan luar negara seperti Komunitas Sepeda Tua Indonesia (Kosti), Kelab Speda Klasik Kota Tinggi (KSKKT), Gerek Tua Alor Star (Getuas), Speda Klasik Sijangkang dan Pemilik Basikal Klasik Negeri Sembilan.
"KTM 2011 merupakan aktiviti kayuhan yang mampu mengimbau semula kenangan silam ketika negara pada era 1920-an hingga 1970-an apabila basikal merupakan kenderaan utama masyarakat.
"Namun kegemilangan dan keunikan basikal lama mula pudar dan hilang akibat perubahan arus kemodenan dengan penghasilan kereta, motosikal atau kenderaan awam," katanya ditemui di Stadium Mini Pontian, di sini baru-baru ini.
Program tersebut dirasmikan Penolong Pegawai Daerah Pontian, Nurul Fadila Jaafar yang turut menaiki basikal mengelilingi bandar Pontian sejauh 12 kilometer bersama peserta KTM 2011 bermula dari Dataran Seri Perhentian menuju ke Jalan Taib, Jalan Parit Masjid, Jalan Sekolah Arab dan berhenti rehat di Pusat Perdagangan Pontian serta berakhir di Menara Jam Dataran Sri Perhentian.
KTM 2011 merupakan wadah dan usaha bagi memperluaskan kefahaman masyarakat terutamanya generasi muda mengenai kepentingan hubungan penduduk yang berbilang kaum di negara ini, kata Mofti.
"Pemilihan bandar Pontian bagi mempromosikannya sebagai destinasi pelancongan yang berdaya maju sejajar dengan kedudukannya di Tanah Penghujung Benua Asia," katanya.
Menurutnya, KTM 2011 juga dapat memperkenalkan pelbagai jenis basikal lama yang jarang ditemui generasi muda dan program dimeriahkan dengan jualan alat ganti kepada pemilik atau peminat basikal antik yang berminat membelinya," katanya.
Selain itu, para peserta turut mengadakan aktiviti kemasyarakatan dan kerja amal membantu golongan yang memerlukan, katanya.
Sementara itu, Pengerusi Kelab Basikal Antik Benut (KBAB), Azreen Mukayat, 27, berkata, pihaknya selaku tuan rumah dan penganjur bersama KTM 2011 gembira dengan sambutan yang diberikan oleh kelab-kelab basikal dari seluruh negara.
Menurutnya, walaupun baru ditubuhkan tujuh bulan lalu, KBAB yang dianggotai 30 ahli berjaya menganjurkan program tersebut dengan meriah dan kini pihaknya menyasarkan untuk menarik lebih ramai keahlian.
"Nyata program ini mendapat sambutan ramai dan penduduk gembira kerana dapat menyaksikan pelbagai jenis basikal yang digunakan sejak dulu," katanya.

Wednesday, May 4, 2011

MASTIKA-Mei 2011




MAJALAH SOLUSI-Mei 2011



Dewan Solusi merupakan majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan di Malaysia. Majalah ini merupakan majalah bercorak dakwah dan diterbitkan secara bulanan.

Majalah ini diterbitkan oleh syarikat penerbit Telaga Biru Sdn Bhd.

Released by: LeeSha

Date: Isu 31

File type: PDF, 32.9MB

Pages: 112

MAJALAH PC-MEI 2011





Tuesday, May 3, 2011

MASTERCHEF MULA "SERANG" MALAYSIA

Utusan Malaysia-Selasa 3 Mei 2011
MULA diperkenalkan pada tahun 1990 di saluran BBC di United Kingdom, program realiti masakan, MasterChef tidak perlu menunggu lama untuk mengecapi populariti luar biasa.
Bertahan sehingga ke hari ini, fenomena MasterChef terus menular hampir ke seluruh dunia sehingga menjadikannya sebagai salah sebuah program realiti paling popular.
Maka itu, tidak hairanlah apabila 'virus' MasterChef sudah merebak dan difahamkan lebih daripada 10 buah negara sudah pun memiliki francais MasterChef untuk tayangan di negara masing-masing.
Antaranya adalah Amerika Syarikat, Greece, Indonesia, India, Croatia, Australia, New Zealand, Filipina dan Sweden.
Semuanya merangkumi francais MasterChef dan juga Junior MasterChef yang ternyata sudah berjaya menambat hati jutaan penonton.
Kini, siri popular itu sudah bersiap-sedia untuk menyerang Malaysia apabila stesen berbayar terulung negara, Astro sudah pun berjaya memiliki hak penyiarannya untuk tayangan di negara ini.
Bakal bersiaran Oktober ini di Astro Ria (saluran 104, Astro), MasterChef Malaysia dilihat mampu mencetus satu fenomena baru dalam industri penyiaran negara.
Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi berkata, pihaknya begitu optimis dengan penerimaan masyarakat terhadap MasterChef Malaysia kelak kerana ia akan memberikan sentuhan yang segar dalam penerbitan program realiti di negara ini.
Ujarnya lagi, apa yang bakal ditonton kelak pasti membuatkan penonton teruja untuk menyaksikannya.
"Kami tidak mahu menunggu lama untuk mendapatkan francais MasterChef di negara ini kerana ia merupakan sesuatu yang cukup hangat diperkatakan oleh masyarakat ketika ini.
"Bukan itu sahaja, inilah masanya untuk kita melihat sendiri bakat terpendam rakyat tempatan dalam mencipta serta melahirkan masakan yang mampu membawa ke peringkat tertinggi," ujarnya optimis.
Azlin Reza berkata demikian sewaktu majlis pelancaran MasterChef Malaysia yang berlangsung di Bangsar, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pada majlis itu juga turut diumumkan pemilihan dua chef terkemuka iaitu Chef Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Papa Joe dan Chef Zubir Md. Zain sebagai juri sepanjang uji bakat MasterChef berlangsung.
Ketika ditanya tentang kesukaran untuk mendapatkan hak penyiaran MasterChef di negara ini, Azlin Reza tidak menafikan prosesnya begitu rumit dan mencabar.
"Kami telah berbincang dengan pemegang hak program itu di United Kingdom selama hampir setahun. Selepas beberapa siri perbincangan dan percaya dengan kredibiliti Astro, barulah mereka membenarkan kami berbuat demikian.
"Apatah lagi, peminat MasterChef di negara ini memang cukup besar dan atas alasan itu, kami tidak teragak-agak untuk membawanya kepada penonton negara ini," jelas Azlin Reza yang enggan mendedahkan jumlah bayaran untuk mendapatkan hak eksklusif MasterChef.
Walaupun MasterChef merupakan produk antarabangsa, namun, beliau menjanjikan versi Malaysia nanti akan tetap memiliki sentuhan tempatan terutama dari aspek penyediaan makanan dan resipi yang dicipta.
Pihaknya juga yakin dengan penerimaan masyarakat terhadap rancangan itu walaupun MasterChef Malaysia menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
"Saya tidak melihat bahasa akan menjadi masalah sepanjang MasterChef Malaysia bersiaran nanti. Itulah keunikan negara kita yang memiliki masyarakat majmuk yang pastinya memberikan tontonan menarik kelak.
"MasterChef Malaysia juga sebenarnya mahu menonjolkan kreativiti rakyat tempatan dalam menyediakan makanan serta melahirkan resipi baru tetapi tetap memiliki nilai budaya dan warisan negara ini.
"Ditambah dengan sedikit elemen penyediaan makanan antarabangsa, saya pasti MasterChef Malaysia akan berada dalam liganya tersendiri," ulasnya panjang lebar.
Ditanya tentang hos rancangan itu, Azlin Reza menjelaskan pihaknya memang ada menyenaraikan beberapa nama yang difikirkan layak untuk mengemudikan program itu.
Namun, ia terlalu awal untuk didedahkan kerana pihaknya perlu mengadakan beberapa siri perbincangan.
"Kami mahu utamakan sesi uji bakat terlebih dahulu dan Insya Allah, semuanya akan diumumkan dalam sidang akhbar yang seterusnya," katanya lagi.
Dalam majlis itu juga, Astro turut mengumumkan hadiah yang akan menanti pemenang MasterChef Malaysia yang berupa wang tunai sebanyak RM100,000. Malah, Astro juga akan menerbitkan dan mengedarkan buku resipi juara MasterChef Malaysia.

MENU RESTORAN KEMANGI