GEORGE TOWN - 31 Julai 2012: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pengusaha restoran supaya secara automatik mengenakan caj perkhidmatan pada harga makanan mereka supaya pengguna tahu kos sebenar makanan itu.
Presidennya S.M Mohamed Idris turut menyaran pengusaha menyatakan nilai sebenar cukai perkhidmatan dalam bentuk nilai mutlak dan bukan dalam bentuk peratus.
"Pengguna keliru berapa kos sebenar yang sepatutnya mereka perlu bayar untuk makan di restoran apabila caj tambahan yang hanya dinyatakan dalam nilai peratus tidak dimasukkan ke dalam harga individu," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata tidak adil pengusaha meletakkan harga lebih rendah pada menu atau iklan mereka, sedangkan pelanggan sebenarnya terpaksa membayar lebih untuk makanan mereka.
Mohamed Idris juga mencadangkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)memantau perolehan pengusaha restoran yang mengenakan cukai perkhidmatan supaya tidak berlaku penipuan dan penindasan terhadap pengguna.
Beliau turut mengesyorkan JKDM mengarahkan pengusaha restoran mencetak nombor lesen kebenaran mengutip cukai pada resit harga makanan untuk memudahkan pengguna menyemak dengan jabatan berkenaan jika terdapat sebarang keraguan berhubung perkara itu.
"Terdapat pengusaha restoran yang tidak layak mengutip cukai kerana perolehan mereka kurang dari RM3 juta setahun, tetapi mereka kutip juga (cukai) dan ada juga yang letak kadar cukai terlalu tinggi sedangkan perkhidmatan yang diberi tidak seberapa," katanya. - Bernama
BANNER KEMANGI
FACILITIES
Tuesday, July 31, 2012
CAP GESA PENGUSAHA RESTORAN PAMER HARGA SEBENAR
FERI KENDERAAN BELUNGKOR-CHANGI BEROPERASI TAHUN DEPAN
KOTA TINGGI - 31 Julai 2012: Perkhidmatan feri pengangkutan kenderaan antara Terminal Feri Tanjung Belungkor dan Terminal Feri Changi, Singapura akan beroperasi akhir tahun depan sebagai kemudahan kepada pelancong ke negara ini sekaligus membantu merangsang pembangunan di kawasan timur Johor.Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata perkhidmatan feri yang dikenali sebagai RoRo (Roll-on/Roll-off) itu akan memudahkan pelancong khususnya rakyat Singapura untuk memandu sendiri ke negara ini terutamanya di sekitar bandar Kota Tinggi, Desaru dan Pengerang."Seperti diketahui, kawasan sekitar Desaru dan Pengerang bakal pesat membangun ekoran projek pembangunan hab minyak dan gas. Maka, untuk jangka masa sederhana, pengusaha feri di terminal ini memutuskan untuk menghidupkan semula perkhidmatan feri RoRo ini supaya van, kereta, bas kecil boleh sampai terus ke kawasan ini," katanya kepada pemberita selepas melawat terminal berkenaan, di sini, hari ini.Kong berkata perkhidmatan feri RoRo pernah dijalankan di terminal tersebut pada tahun 1993, namun, perkhidmatan itu ditamatkan pada 2002 akibat kekurangan pelancong ke kawasan tersebut.
Beliau berkata pada masa kini terminal feri berkenaan hanya mengendalikan feri penumpang dengan dua perjalanan pada hari biasa manakala empat perjalanan pada hujung minggu dan cuti umum.Katanya, perjalanan antara Tanjung Belungkor dan Terminal Feri Changi mengambil masa kira-kira setengah jam dan sejumlah 148,925 penumpang direkodkan menggunakan terminal feri berkenaan sejak 2010 sehingga kini.Sementara itu, Kong yang terdahulu melawat pembinaan Depoh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Kempas Baru, di sini berkata depoh berkenaan yang dibina dengan kos hampir RM42 juta dijangka siap Julai tahun depan.Beliau berkata pembinaan depoh seluas 40 hektar itu amat diperlukan bagi menggantikan sebahagian kemudahan keretapi yang terdapat di Stesen Keretapi Tanjong Pagar, Singapura, yang telah ditutup pada 1 Julai tahun lepas."Terletak berhampiran Stesen Kempas Baru, depoh itu akan dilengkapi dengan kemudahan pejabat pentadbiran, bengkel koc, bengkel lokomotif, enam landasan sisian bagi menyelenggara lokomotif dan koc, sistem semboyan serta beberapa infrastruktur seperti pondok pengawal dan kawasan letak kenderaan," katanya. - Bernama
Monday, July 30, 2012
LEGOLAND MALAYSIA DIBUKA 15 SEPTEMBER INI
Ketua Pegawai pembangunan Theme Attractions and Resorts Sdn. Bhd., Muhammad Zainal Ashikin berkata, taman tema itu telah 98 peratus siap dengan sebahagian besar infrastruktur dan permainan sudah pun dipasang.
"Kami kini di dalam proses untuk meletakkan sentuhan terakhir dengan pengujian permainan, pemasangan 15,000 model-model Lego menggunakan 50 juta kepingan Lego dan proses terakhir pengindahan taman mengikut tema," katanya kepadaUtusan Malaysia di sini.
Legoland Malaysia adalah taman tema pertama seumpamanya di rantau ini, diuruskan oleh Theme Attractions and Resorts, sayap operasi dan pengurusan Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) bagi Bahagian Rekreasi dan Pelancongan.
Taman tema Legoland itu adalah keenam di dunia selepas Legoland Billund, Legoland Windsor, Legoland California, Legoland Deutschland dan Legoland Florida.
Legoland Malaysia itu turut dibangunkan bersama Merlin Entertainments dengan kos RM720 juta di kawasan seluas 31 hektar di Medini North, pusat gaya hidup Iskandar Malaysia.
Muhammad Zainal berkata, pihaknya menyasarkan sejumlah sejuta pelancong pada tahun pertama operasi Legoland Malaysia.
Menurut beliau, setakat ini hampir 63,000 pas tahunan dan pas harian telah dijual kepada orang ramai sejak ia dilancarkan lewat tahun 2011.
Mengulas mengenai perkembangan projek-projek lain di sekitar Legoland, Muhammad Zainal menambah, pihaknya juga merancang pelbagai pembangunan lain seperti taman tema air dan Hotel Legoland pada 2014.
Saturday, July 28, 2012
PASAR MALAM TEMPAT TIBI MENULAR
HIDUP BERSEDERHANA
Oleh AMINUDIN MANSOR
DR. AMINUDIN MANSOR berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah, Persuratan Melayu.
DR. AMINUDIN MANSOR berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah, Persuratan Melayu.
Sesuai dengan falsafah dan hikmah puasa yang mengajar manusia menahan diri daripada makan dan minum di siang hari kerana melaksanakan tuntutan ibadah kepada Allah. Melaluinya secara tidak langsung dapat mengurangkan jumlah dan bilangan kekerapan makan dan minum secara teratur. Lantaran itu, perbelanjaan seharian akan lebih berhemat dan selamat daripada membazir atau boros.
Islam juga amat menekankan tentang bimbingan kepenggunaan dan mendidik agar sederhana dalam berbelanja terutama di bulan Ramadan. Bulan puasa sewajarnya mendidik umat Islam supaya menahan nafsu mata dan nafsu perut agar tidak boros berbelanja. Sifat dan amalan sederhana dalam makan dan perbelanjaan sangat digalakkan oleh Islam kepada umatnya.
Sempena Ramadan lagi sudah terdapat pelbagai tawaran harga murah dan juadah dijual di bazar Ramadan yang menguji iman. Sifat sederhana adalah sifat hamba-hamba Allah yang dekat dengan-Nya. (rujuk al-Furqan: 67)
Jelaslah sifat sederhana ini amat dititikberatkan dalam kehidupan umat Islam. Seseorang yang bersifat sederhana tidak mudah ditimpa kesusahan dan kepapaan. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kesedaran terhadap kesusahan orang lain yang harus dibantu.
Jadikan kesederhanaan sebagai cara hidup yang baik dan sihat. Tidak akan melarat sesiapa sahaja yang mengamalkan cara hidup yang sederhana.
Melalui sifat kesederhanaan akan lahirlah rasa syukur, sabar, tawakal dan insaf di hati seseorang. Sifat-sifat ini juga banyak membawa kebahagiaan hidup kepada pengamal sifat ini terutama dalam suasan ekonomi meleset dan harga barang melambung tinggi.
Cerdik pandai Islam pernah berkata, kesenangan hati dan ketenangan jiwa adalah lebih berharga daripada kesenangan kerana pangkat dan kekayaan yang melimpah ruah. Apabila manusia tidak memerdekakan jiwanya daripada harta benda, maka harta benda yang dimilikinya itu akan menguasainya.
Oleh itu, carilah kesenangan hati dan ketenangan jiwa di bulan Ramadan dengan mengamalkan kesederhanaan dalam berbelanja. Godaan nafsu mata seperti kata peribahasa, 'rambang mata' ketika membeli-belah haruslah dikawal bagi mengelakkan pembaziran. Belilah barang atau makanan yang perlu sahaja supaya tidak melakukan pembaziran.
Imam Abu Hanifah pernah berkata, sepotong roti, segelas air dan sehelai kain yang diperoleh dengan jalan halal, lebih baik daripada hidup mewah yang kemudian menimbulkan penyesalan.
Sikap sederhana ini ditekankan apabila barangan menjadi berkurangan sewaktu musim kemarau dan kelaparan. Inilah yang telah diceritakan dalam al-Quran dalam kisah Nabi Yusuf a.s., yang telah mengurangkan penggunaan barangan sepanjang tujuh tahun yang subur untuk disimpan buat menghadapi musim kemarau. (rujuk Yusuf: 47).
Dalam hal hidup sederhana Nabi SAW bersabda: "Makanlah, minumlah, pakailah dan bersedekahlah, jangan berlebih-lebih (boros) dan janganlah untuk bermegah-megah." (riwayat Abu Daud dan Ahmad).
Thursday, July 26, 2012
KAPTEN STEAMBOAT & GRILL
Barisan kereta pelbagai nombor pendaftaran yang memenuhi ruang meletak kenderaan premis itu membuktikan konsep panggang dan rebus melibatkan pelbagai jenis daging, ikan dan aneka 50 jenis makanan laut segar yang dipadankan dengan tomyam atau sup pilihan, mendapat sambutan ramai sejak ia beroperasi setahun lalu.
Perniagaan yang diusahakan dua beradik, Saiful Harith Halim, 25, dan Saiful Hanif Halim, 24, itu sebenarnya sejak awal lagi sudah 'diintai' oleh pelanggan ketika proses pemasangan papan tanda sebelum mula beroperasi lagi.
Saiful Harith yang merupakan pemegang ijazah Sarjana Muda (Perniagaan dan Pengangkutan) Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, sejak beroperasi sambutan yang diterima sangat menggalakkan kerana pelanggan datang berulang dan turut membawa rakan mereka.
"Kami juga gembira dengan kehadiran pelanggan dari Singapura yang datang secara berkumpulan dalam jumlah yang besar antara 15 hingga 20 orang, selain warga asing yang menetap di bandar raya ini seperti warga Jepun, Korea, Australia, Hong Kong dan China," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Menurutnya, restoran dengan kapasiti 120 orang setiap hari pada satu-satu masa itu beroperasi setiap hari dari pukul 4 petang hingga 12 malam dan turut menerima tempahan menerusi telefon untuk penghantaran ke taman perumahan berhampiran.
Bagi Saiful Hanif pula, inisiatif memulakan perniagaan itu adalah hasil dorongan ibunya, Saadah Ahmad yang sering menghidangkan masakan panggang seperti daging kambing madu atau daging lembu dan ayam yang diperap dengan rempah lada hitam atau halia di samping masakan rebus semasa dia dan abangnya masih kecil.
Lepasan Kejuruteraan Telekomunikasi dari Universiti Multimedia, Melaka itu berkata, masakan tersebut diletakkan dalam menu pilihan Kapten Steamboat and Grill selain udang madu, sotong lada hitam manakala steamboat pula seperti jejari ketam, bebola ikan, bebola udang, udang kara, kupang New Zealand, ikan, pelbagai jenis mi dan sayur-sayuran.
"Bagi menjamin cita rasa enak, sebahagian besar bekalan bahan-bahan tersebut kami peroleh secara segar yang kemudian diperap dengan rempah terpilih. Begitu juga dengan kupang New Zealand memang kami dapat bekalan terus dari New Zealand dengan kekerapan sekali seminggu.
"Selain itu kita juga menghidangkan nasi goreng, mi goreng sambal sotong dan bermacam-macam lagi menu yang boleh ditempah secara ala-carte serta pelbagai pencuci mulut termasuk aiskrim, puding kastad, kek brownies dan pelbagai jenis minuman," katanya.
Tambah Saiful Hanif, segala resipi dipelajari daripada Saadah yang merupakan pakar masakan panggang selain melakukan kajian dan tinjauan ke beberapa premis panggang dan rebus di sekitar Lembah Klang dan Johor Bahru sendiri melibatkan trend orang ramai, harga dan tarikan.
Ujarnya, harga hidangan di Kapten Steamboat and Grill adalah pada kadar berpatutan serta mampu dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat terutama mereka yang berpendapatan sederhana selain perkhidmatan majlis makan bersama keluarga, ulang tahun, jamuan kelas dan banyak lagi yang boleh diubahsuai mengikut kehendak pelanggan.
"Bagi memastikan restoran sentiasa segar di samping sentiasa mengubah suai susun atur dan hiasan dalaman, kami akan menukar menu setiap dua bulan.
"Kami turut mengadakan Bufet Ramadan dengan menawarkan harga RM28 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak pada hari biasa dan RM32 (dewasa) dan RM15 kanak-kanak pada Sabtu dan Ahad," katanya.
Mereka yang ingin mendapatkan keterangan lanjut berhubung Kapten Steamboat and Grill boleh menghubungi talian 017-7111792 (Harith) atau 019-7710765 (Hanif).
JAKIM LANCAR 'OPS BUFET RAMADHAN'
Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
Dalam pemeriksaan hari ini, pasukan penguat kuasa Jakim dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melakukan pemeriksaan mengejut di sebuah hotel di Kajang.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Azizan Shaari berkata, hasil pemeriksaan terhadap dapur hotel berkenaan mendapati ada bahan-bahan yang meragukan status halalnya.
"Menurut maklumat yang diterima, hotel ini mempunyai restoran tidak halal yang turut menyediakan makanan berasas daging babi. Justeru, menerusi prosedur baru, mana-mana hotel yang menyediakan masakan berasaskan daging babi, Jakim tidak akan mengeluarkan sijil halal," katanya pada sidang akhbar selepas pemeriksaan ke atas hotel tersebut di sini.
Tegas Azizan, pihaknya telah mengarahkan hotel berkenaan supaya menurunkan kain pemidang serta tidak mengeluarkan sebarang risalah mempromosi bufet Ramadan tersebut.
"Kita akan menyediakan kertas siasatan dan seterusnya diserahkan kepada pihak kementerian. Kemudian kes ini akan disiasat di bawah Akta Perihal Dagangan 1972," katanya.
Tambahnya, operasi ini akan dijalankan secara berterusan sepanjang bulan Ramadan ini dan berharap pengusaha-pengusaha hotel supaya tidak memandang remeh amaran yang telah dikeluarkan Jakim ini.
Baru-baru ini, Jakim memberi amaran kepada hotel dan premis makanan di negara ini yang tidak mempunyai sijil halal supaya tidak menggunakan istilah bufet Ramadan sewenang-wenangnya.
Larangan penggunaan istilah bufet Ramadan itu bertujuan untuk tidak mengelirukan umat Islam terhadap status halal di premis makanan.
Sementara itu, Azizan turut menasihatkan orang ramai yang ingin menganjur majlis berbuka puasa, supaya memilih hotel yang disahkan halal oleh Jakim atau pihak Jabatan Agama Islam Negeri.
"Peringatan juga diberikan kepada agensi-agensi kerajaan. Ini kerana hasil pemeriksaan kami di hotel ini mendapati beberapa agensi kerajaan yang membuat mesyuarat dan majlis berbuka puasa di sini sedangkan premis ini tidak mempunyai sijil halal," ujarnya.
Tuesday, July 24, 2012
PENAPIS AIR HALAL BUMIPUTERA MUSLIM
Pengalaman 19 tahun bekerja di enam syarikat ternama penjual alat penapis air, menjadi sandaran buat Ketua Pegawai Eksekutif Hijrah Toyyibah Network (Hijrah), Mohamad M Said membuka syarikat menjual penapis air keluaran Bumiputera pertama di negara ini.Bertempat di Jalan Abdul Ghani, Tangkak, Ledang, syarikat Hijrah yang bermula sejak enam tahun lalu, kini berkembang maju dan mempunyai 16 produk penapis air yang diperakui halal daripada Jabatan Agama Islam (Jakim), selain kelulusan Kementerian Kesihatan.
Menggunakan slogan ‘Halal untuk semua’, Hijrah dilihat sebagai penyelesaian masalah kepada pengguna yang mementingkan penggunaan alat penapis air yang halal dan terjamin kebersihannya.
Kajian bersama penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), ujian dilakukan terhadap bahan utama dalam pembuatan kartrij bio seramik iaitu menggunakan cangkerang laut yang kaya dengan magnesium dan kalsium bagi menggantikan tulang haiwan yang disifatkan tidak halal.
Mohamad berkata, penggunaan cangkerang laut sebagai kartrij penapisan air tidak meluas kerana harganya yang agak mahal, berbanding tulang haiwan.
Menurutnya, sebagai syarikat pengeluar penapis air, pihaknya tidak berdepan masalah untuk mendapatkan bahan tersebut dengan harga yang rendah.
“Sebagai umat Islam, kita wajar mencari dan menggunakan alat penapis air yang mempunyai logo halal.
“Kami akan memastikan kerja-kerja pemasangan alat ini mengikut syariah dengan seluruh ruang pejabat dan kilang akan dipasang dengan alunan bacaan ayat suci al-Quran bagi memperoleh keberkatan dan mengelakkan sebarang gangguan,” katanya.
Mohamad berkata, produk terkini keluarannya iaitu alat penapis air menggunakan buluh dan tempurung kelapa yang dikenali sebagai Bio Ionize Bamboo.
“Buluh mempunyai banyak keistimewaan kerana kandungan anti oksida yang tinggi dan dipercayai boleh menghindarkan pelbagai penyakit termasuk gout.
“Hijrah sememangnya memberi fokus kepada pengguna Islam untuk membantu mereka menikmati kehidupan sihat dengan cara minum minuman yang bersih dan bebas toksid,” katanya.
Beliau berkata, pengguna tidak perlu bimbang kerana produk Hijrah dijual dengan harga yang berpatutan antara RM500 hingga RM2,400.
Bagi pengguna yang tidak berkemampuan tetapi mempunyai hasrat untuk memiliki alat penapis air katanya, syarikatnya turut menyediakan pembelian melalui skim ansuran mudah bulanan serendah RM60 sebulan tanpa faedah.
Katanya, Hijrah turut menawarkan sistem pembelian tukar ganti pada produk penapis air yang tidak mempunyai logo halal dengan harga RM200 hingga RM300.
“Jadi wang ini boleh digunakan sebagai wang pendahuluan untuk membeli produk penapis air Hijrah, secara tidak langsung dapat meringankan beban pengguna.
“Sejak tahun 2006, Hijrah sudah menjual hampir 25,000 penapis air yang dibantu oleh 250 stokis seluruh negara,” katanya.
Mohamad tidak pernah berasa gentar dengan persaingan yang ada kerana yakin dengan kekuatan yang dimiliki oleh Hijrah.
“Kami memberikan perkhidmatan terbaik termasuk menghantar surat dalam masa 30 hari sebelum tamat tempoh kartrij yang tidak ditawarkan syarikat lain.
“Bayaran serendah RM100 dikenakan dan penukaran ini dilakukan secara berasingan,” katanya.
Beliau juga menyasarkan untuk memiliki 500 stokis hujung tahun ini, di mana setiap stokis memerlukan modal RM2,000 dan pihaknya akan memberi produk bernilai hampir RM10,000, bagi membantu orang Islam berniaga menambah pendapatan.
Kajian bersama penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), ujian dilakukan terhadap bahan utama dalam pembuatan kartrij bio seramik iaitu menggunakan cangkerang laut yang kaya dengan magnesium dan kalsium bagi menggantikan tulang haiwan yang disifatkan tidak halal.
Mohamad berkata, penggunaan cangkerang laut sebagai kartrij penapisan air tidak meluas kerana harganya yang agak mahal, berbanding tulang haiwan.
Menurutnya, sebagai syarikat pengeluar penapis air, pihaknya tidak berdepan masalah untuk mendapatkan bahan tersebut dengan harga yang rendah.
“Sebagai umat Islam, kita wajar mencari dan menggunakan alat penapis air yang mempunyai logo halal.
“Kami akan memastikan kerja-kerja pemasangan alat ini mengikut syariah dengan seluruh ruang pejabat dan kilang akan dipasang dengan alunan bacaan ayat suci al-Quran bagi memperoleh keberkatan dan mengelakkan sebarang gangguan,” katanya.
Mohamad berkata, produk terkini keluarannya iaitu alat penapis air menggunakan buluh dan tempurung kelapa yang dikenali sebagai Bio Ionize Bamboo.
“Buluh mempunyai banyak keistimewaan kerana kandungan anti oksida yang tinggi dan dipercayai boleh menghindarkan pelbagai penyakit termasuk gout.
“Hijrah sememangnya memberi fokus kepada pengguna Islam untuk membantu mereka menikmati kehidupan sihat dengan cara minum minuman yang bersih dan bebas toksid,” katanya.
Beliau berkata, pengguna tidak perlu bimbang kerana produk Hijrah dijual dengan harga yang berpatutan antara RM500 hingga RM2,400.
Bagi pengguna yang tidak berkemampuan tetapi mempunyai hasrat untuk memiliki alat penapis air katanya, syarikatnya turut menyediakan pembelian melalui skim ansuran mudah bulanan serendah RM60 sebulan tanpa faedah.
Katanya, Hijrah turut menawarkan sistem pembelian tukar ganti pada produk penapis air yang tidak mempunyai logo halal dengan harga RM200 hingga RM300.
“Jadi wang ini boleh digunakan sebagai wang pendahuluan untuk membeli produk penapis air Hijrah, secara tidak langsung dapat meringankan beban pengguna.
“Sejak tahun 2006, Hijrah sudah menjual hampir 25,000 penapis air yang dibantu oleh 250 stokis seluruh negara,” katanya.
Mohamad tidak pernah berasa gentar dengan persaingan yang ada kerana yakin dengan kekuatan yang dimiliki oleh Hijrah.
“Kami memberikan perkhidmatan terbaik termasuk menghantar surat dalam masa 30 hari sebelum tamat tempoh kartrij yang tidak ditawarkan syarikat lain.
“Bayaran serendah RM100 dikenakan dan penukaran ini dilakukan secara berasingan,” katanya.
Beliau juga menyasarkan untuk memiliki 500 stokis hujung tahun ini, di mana setiap stokis memerlukan modal RM2,000 dan pihaknya akan memberi produk bernilai hampir RM10,000, bagi membantu orang Islam berniaga menambah pendapatan.
SKIM WAKAF JOHOR DIPERKENAL
JOHOR BAHRU – Majlis Agama Islam Johor (Maij) memperkenalkan skim Saham Wakaf Johor dalam memberikan kemudahan kepada umat Islam dalam melaksanakan ibadah dan ia bermula dengan RM10 bagi satu unit.
Penolong Pengarah Wakaf, Mustapahayuddin Abdul Halim berkata, skim yang diperkenalkan sejak tahun 1993 itu diakui lebih mudah melalui pelbagai kemudahan pembayaran termasuk bayaran di kaunter Maij atau Proses Pertukaran Kewangan (FPX).
Menurutnya, skim ini diperkenalkan apabila menyedari tidak semua individu yang ingin melaksanakan ibadah mampu mewakafkan tanah atau bangunan, malah melalui sumber kewangan diperoleh ia disalurkan kepada projek saham wakaf.
“Dengan adanya skim saham wakaf ini, seluruh umat Islam tidak kira miskin atau kaya berpeluang untuk beramal jariah mengikut kemampuan masing-masing.
"Malah ada semasa kita mengadakan ceramah, pelbagai peringkat umur menyertainya termasuk pelajar dan warga emas.
“Projek yang termasuk dalam saham wakaf adalah Wakaf Bangunan Peniagaan di Fortune Point, Taman Perindustrian Nusa Cemerlang, Nusajaya membabitkan kos sebanyak RM1,573,560.
Ia bertujuan memuka peluang perniagaan di Wilayah Pembangunan Iskandar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Pihaknya turut menyediakan projek wakaf Mushaf al-Quran melalui skim berkenaan membabitkan kos pembelian RM1,485,000.
Sebanyak 30,000 naskah Mushaf al-Quran akan diperuntukkan, seterusnya diagihkan ke sekolah-sekolah agama di seluruh negeri.
Selain itu, skim berkenaan turut disalurkan kepada wakaf sekolah agama dengan kos dianggarkan RM280 juta untuk membangunkan sebanyak 121 sekolah agama di negeri ini, manakala Wakaf Asrama Pelajar Mesir dengan kos RM6 juta.
“Skim ini bukan sahaja dibuka untuk umat Islam di negeri ini, malah kita pernah menerima wakaf daripada orang bukan Islam, termasuk orang Islam yang tinggal di luar negara seperti Jepun, Brunei dan Singapura.
“Kita mempelawa orang ramai untuk melaksanakan ibadah wakaf khususnya di bulan Ramadan ini, untuk keterangan lanjut sila layari www.e-wakafjohor.gov.my,” katanya.
BEKALAN MINYAK MASAK DI JOHOR MENCUKUPI
JOHOR BAHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor memberi jaminan bekalan minyak masak di negeri ini khususnya sepanjang bulan Ramadan dan musim perayaan adalah mencukupi.
Pengarahnya Ayob Abd Rahman berkata, hasil pemeriksaan dan pemantauan di pasar raya dan kedai-kedai runcit di setiap daerah, mendapati bekalan masih mudah diperoleh.
"Kita dapati bekalan minyak masak adalah mencukupi, cuma apa yang berlaku sekarang pelanggan menghadapi masalah kekurangan bekalan jenama-jenama tertentu terutama jenama peringkat nasional," katanya selepas mengadakan lawatan ke sebuah kilang memproses minyak masak di Taman Mount Austin di sini, hari ini.
Menurutnya secara purata bekalan minyak ke negeri Johor adalah 6,606 metrik tan sebulan dan ia mencukupi untuk menampung permintaan di negeri ini.
Katanya, Johor mempunyai sebuah kilang memproses minyak masak dan ia boleh meningkatkan pengeluarannya sebanyak 10 peratus, bagi menampung keperluan yang meningkat di musim perayaan.
Sehubungan itu, katanya, pengguna tidak perlu melakukan pembelian panik.
"Kita hendak beritahu pengguna bahawa kandungan minyak masak itu sebenarnya semua sama, tidak ada perbezaan kerana standard telah dikeluarkan pihak Lembaga Minyak Sawit Malaysia," katanya.
Menurut beliau, tindakan tegas boleh dikenakan terhadap peniaga yang melakukan penyelewengan Akta Kawalan Harga 1946, Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Perihal Dagangan 1972 dan Akta Pelindungan Pengguna 1999.
Katanya, sejak awal tahun ini hanya tiga kes berkaitan penyelewengan minyak masak dilaporkan membabitkan nilai rampasan RM250,000. - Bernama
Pengarahnya Ayob Abd Rahman berkata, hasil pemeriksaan dan pemantauan di pasar raya dan kedai-kedai runcit di setiap daerah, mendapati bekalan masih mudah diperoleh.
"Kita dapati bekalan minyak masak adalah mencukupi, cuma apa yang berlaku sekarang pelanggan menghadapi masalah kekurangan bekalan jenama-jenama tertentu terutama jenama peringkat nasional," katanya selepas mengadakan lawatan ke sebuah kilang memproses minyak masak di Taman Mount Austin di sini, hari ini.
Menurutnya secara purata bekalan minyak ke negeri Johor adalah 6,606 metrik tan sebulan dan ia mencukupi untuk menampung permintaan di negeri ini.
Katanya, Johor mempunyai sebuah kilang memproses minyak masak dan ia boleh meningkatkan pengeluarannya sebanyak 10 peratus, bagi menampung keperluan yang meningkat di musim perayaan.
Sehubungan itu, katanya, pengguna tidak perlu melakukan pembelian panik.
"Kita hendak beritahu pengguna bahawa kandungan minyak masak itu sebenarnya semua sama, tidak ada perbezaan kerana standard telah dikeluarkan pihak Lembaga Minyak Sawit Malaysia," katanya.
Menurut beliau, tindakan tegas boleh dikenakan terhadap peniaga yang melakukan penyelewengan Akta Kawalan Harga 1946, Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Perihal Dagangan 1972 dan Akta Pelindungan Pengguna 1999.
Katanya, sejak awal tahun ini hanya tiga kes berkaitan penyelewengan minyak masak dilaporkan membabitkan nilai rampasan RM250,000. - Bernama
GULAI KAWAH RIAS BATANG PISANG BALING
BALING - Gulai kawah campuran rias batang pisang dengan daging atau tulang lembu sudah tidak asing lagi kepada masyarakat di sini.Peniaga gulai kawah, Abd. Malik Mat Khir, 45, berkata, dia terpaksa mendapatkan rias batang pisang daripada sekurang-kurangnya 10 pokok pisang setiap hari untuk dimasak bersama daging cincang atau tulang lembu.Abd. Malik yang berpengalaman memasak gulai kawah hasil belajar daripada tukang masak kenduri kahwin, memberitahu, bukan semua gulai kawah mampu menarik minat dan selera pembeli.Katanya, warna kuahnya yang kekuningan dan cair mampu menarik selera pembeli.Abd. Malik berkata, ramuan rempah untuk membuat gulai kawah adalah daripada jenis serbuk kari yang sesuai yang tidak terlalu pedas dan tidak berkuah pekat.Menurutnya, sejak dua hari berniaga di pasar Ramadan pekan Baling, setiap petang lebih 300 bungkus gulai kawah dijual kepada pelanggan.Bermula pukul 3 petang, Abd. Malik akan mula menumis bahan gulai di bazar Ramadan itu dan menjualnya seawal pukul 5 petang dengan harga RM3 sebungkus
JANGAN BUFET RAMADHAN TANPA SIJIL HALAL
JOHOR BAHRU — Restoran atau hotel yang menggunakan perkataan bufet Ramadan tetapi dalam masa yang sama tidak mempunyai sijil halal boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan.
Pengarah Jabatan Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor, Ayub Abd. Rahman berkata, perkataan Ramadan boleh mengelirukan umat Islam yang beranggapan premis itu menyajikan makanan halal.
"Jika digunakan perkataan bufet Ramadan, tetapi dia tidak mempunyai logo dan sijil halal yang sah kita akan ambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas melawat sebuah kilang memproses minyak di sini hari ini.
Katanya, ia termasuk premis menggunakan ayat al-Quran yang melambangkan makanan orang Islam, tetapi tidak memiliki sijil halal yang sah juga boleh dikenakan tindakan.
Mana-mana pihak yang didapati bersalah berbuat demikian boleh dikenakan denda RM1 juta atau penjara tiga tahun, manakala bagi syarikat denda RM5 juta mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 yang telah dikuatkuasakan bermula 1 Julai lepas. — BERNAMA
RAMADHAN BUKAN BEBAN
ALHAMDULILLAH Ramadan telah melabuhkan tirainya kepada kita semua untuk sama-sama cuba meramadankan diri, sama ada ibadat yang wajib atau sunat.
Tetapi malangnya sebahagian orang merasakan Ramadan sebagai bebanan dan kesukaran dengan gambaran sikap puasa sebagai bebanan kepada mereka.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Allah SWT naungkan kepada kamu dengan berlabuhnya bulan Ramadan ini dengan Rasulullah SAW bersumpah: Tiadalah berlalu ke atas orang Islam bulan yang lebih baik bagi mereka daripada bulan Ramadan dan tidak kepada munafik lebih teruk daripada bulan Ramadan. Sesungguhnya Allah SWT menulis pahala ganjarannya sebelum menjelmanya bulan dan juga menulis dosa serta kehinaan sebelum masuknya bulan Ramadan." (riwayat Imam Ahmad dan al-Baihaqi).
Sebenarnya orang yang beriman melihat kepada laba dan keuntungan pahala yang dianugerahkan Allah kepada yang beriman dan beramal bersungguh-sungguh pada bulan Ramadan seperti berpuasa dengan sepenuh hati, melakukan qiamullail, terawih, witir dan lain-lain.
Sedangkan orang munafik melihat kepada habuan nafsu dan syahwat. Justeru, perasaan pertama terlintas kepada mereka bila Ramadan mengunjunginya dengan perasaan lapar, dahaga, letih, penat, mengantuk, malas, susah, banyak terganggu dan tergendala program kehidupan mereka selama 11 bulan.
Atas asas inilah mereka merasa sukar dengan munculnya Ramadan yang membawa 1001 rahmat dan kelebihan.
Daripada Abi Mas'ud al-Ghifari, katanya Rasulullah SAW bersabda: "Kalaulah hamba-hamba Allah mengetahui kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadan, nescaya mereka bercita-cita supaya bulan Ramadan berlaku sepanjang tahun." (riwayat al-Tabarani, Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya dan al-Baihaqi.
Inilah yang terjadi kerana tanpa kefahaman yang jelas menyebabkan mereka begitu hanyut dalam kehidupan sehingga lalai untuk beribadat.
Akhirnya mereka hanya melihat puasa sebagai amalan ritual atau semata-mata kewajipan tanpa memahami kelebihan yang begitu banyak dalam bulan tersebut.
Oleh kerana itu hendaklah kita cuba menghayati kelebihan Ramadan dan keistimewaannya untuk kita lakukan acara ibadat dengan sebanyak mungkin. Jadikanlah Ramadan kali ini lebih baik daripada Ramadan lalu dari sudut laba dan keuntungan akhirat. Penuhilah masjid dengan beriktikaf dan solat serta menghadiri majlis pengajaran ilmu.
Semoga kita menjadi hamba Allah yang benar-benar melaksanakan ibadat yang wajib dan sunat agar kita meraih takwa di sisi Allah SWT. Amin.
PELABURAN BARU 10.67 BILLION
Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim berkata, dengan pelaburan baru itu, jumlah kumulatif komitmen pelaburan yang direkodkan IRDA sejak 2006 hingga Jun tahun ini kini mencecah RM95.45 bilion.
Daripada jumlah komitmen pelaburan yang melibatkan pelbagai sektor itu, sebanyak 43 peratus berjaya direalisasikan dengan 62 peratus (RM58.95 bilion) melibatkan pelaburan domestik dan 38 peratus (RM36.5 bilion) mewakili pelaburan asing.
"IRDA sentiasa bersemangat dengan sokongan berterusan daripada pelabur tempatan dan asing yang menyumbang kepada momentum pertumbuhan Iskandar Malaysia dan berharap ia dipertingkatkan biarpun beroperasi dalam persekitaran ekonomi yang kompetitif.
"Menurut maklumat terkini, pelaburan utama di Iskandar Malaysia diwakili oleh Asia sebanyak 42 peratus, Eropah (40 peratus) dan Asia Barat (14 peratus)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, sejak 2006, sektor pembuatan di Iskandar Malaysia mencatatkan komitmen pelaburan berjumlah RM32.71 bilion, sektor hartanah (RM29.8 bilion), utiliti (RM9.52 bilion) dan kerajaan (RM7.31 bilion).
Selain itu, sektor petrokimia mencatatkan pelaburan berjumlah RM5.1 bilion, pelabuhan dan logistik (RM3.74 bilion), pelancongan (RM2.03 bilion), pendidikan (RM1.55 bilion) dan penjagaan kesihatan (RM1.6 bilion).
"Sektor perkhidmatan pula terdiri daripada enam sektor iaitu kewangan, logistik, kesihatan, pendidikan, pelancongan dan kreatif adalah sektor yang diberikan penekanan daripada sembilan sektor yang dipromosikan.
"Kami juga sedang meninjau teknologi hijau, ekonomi hijau dan masyarakat rendah karbon (LCS) yang bakal menjadi trend masa depan dan IRDA akan melancarkan Rangka Tindakan LCS yang dijangka menjadi ikutan di negara ASEAN," katanya.
Beliau berkata, Iskandar Malaysia kini di peringkat persediaan bagi pembukaan Marlborough College Malaysia, Universiti Southampton Kampus Malaysia, masing-masing pada Ogos dan Oktober ini selain Legoland Malaysia pada September
Sunday, July 22, 2012
GASTRIK TAK HALANG PUASA
Setiap kali tiba Ramadan, setiap kali alasan yang sama diberikan, gastrik dan tidak boleh lapar menyebabkan tidak boleh menjalankan Rukun Islam ke tiga.
Tetapi apakah kaitan antara gastrik dan puasa? Benarkah gastrik membataskan seseorang untuk menunaikan ibadah puasa?
Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding atau lapisan mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif.
Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut antaranya sakit perut, pada bahagian atas abdomen atau ulu hati, perut senak, berangin atau pedih, kembung, sendawa, loya, hilang selera makan atau turun berat badan.
Secara semulajadi sel perut menghasilkan asid hidroklorik dengan pH1 hingga 2 yang mencernakan makanan.
Asid yang kuat ini boleh menghakis besi dan sel perut menghasilkan lapisan mukosa sebagai perlindungan terhadap kesan asid tadi.
Orang yang mengadu sakit perut apabila lapar menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan jika sakit perut selepas makan mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa lemah.
Ramai menganggap serangan gastrik kerap berlaku semasa bulan Ramadan kerana tidak makan dan tahap asid dalam badan meningkat.
Sebenarnya semasa berpuasa, seluruh sistem penghadaman berehat dan rembesan asid hidroklorik dalam perut menurun dan masalah sakit atau senak akibat asid perut yang tinggi tidak timbul.
Pakar Gastroenterologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Abdul Malik Jamal Buhari berkata, sakit perut semasa berpuasa bukan disebabkan gastrik tetapi tabiat pemakanan semasa berbuka.
"Semasa berbuka, mulakan dengan makanan ringan seperti kurma, sedikit kuih atau buah-buahan, tunaikan solat maghrib dan selepas itu barulah ambil makanan lebih berat," katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.
Malangnya apabila tiba masa berbuka, ramai yang berbuka dengan makanan berat dan bersifat kompleks yang menyebabkan ketidakhadaman.
Makanan kompleks seperti berempah, lemak dan pedas menjejaskan kelancaran sistem pencernaan menyebabkan sakit perut.
Sebenarnya mereka yang menderita gastrik masih juga boleh menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan.
Dua kali Semasa Ramadan, kita hanya makan dua kali sehari dan tidak makan di antara dua masa makan buka dan sahur.
Dr. Malik berkata, semasa berbuka dinasihatkan hanya minum air dan makan makanan yang ringkas seperti kurma atau buah-buahan kering.
Kurma dan makanan kering amat baik kerana dapat merangsang asid untuk menerima lebih banyak makanan.
Kurma juga kaya dengan garam galian seperti potasium selain lambat membebaskan tenaga.
Seelok-eloknya kata Dr. Malik, selepas minum air dan kurma, solat dulu sebelum sambung makan yang lebih berat dan selepas itu jangan ambil makanan berat.
Semasa bersahur pula ambil makanan seperti roti, susu, kurma atau oat kerana ketika itu perut belum bersedia menerima makanan.
Bagaimanapun sahur amat penting untuk badan kerana ia seperti mengambil sarapan pagi.
Dr. Malik berkata, sebanyak 80 peratus penderita gastrik disebabkan oleh bakteria dalam perut Helicobacter pylori (H. pylori) manakala selebihnya disebabkan oleh makanan, ubatan seperti ubat tahan sakit dan stres.
Gastrik bukan disebabkan tidak mengambil makanan tetapi mengambil makanan yang tidak teratur dan seimbang.
Mereka yang mempunyai simptom gastrik disyorkan menjalani ujian darah, ujian pernafasan dan endoskopi bagi mendapatkan sampel bakteria di dalam perut.
Gastrik yang disebabkan oleh bakteria boleh diubati dengan mengambil ubat antibiotik.
Berhenti Masalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas tiga atau empat hari iaitu apabila kesakitan hilang.
Dr. Malik menambah, individu yang ada gastrik sepatutnya boleh berpuasa jika mengamalkan kaedah pemakanan seperti disarankan agama dan pakar pemakanan iaitu melambatkan bersahur, menyegerakan berbuka dan makan secara sederhana.
"Jadi, gastrik tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak berpuasa, melainkan jika ia terlalu memudaratkan.
"Jika disahkan menghidap gastrik, jumpa dan minta nasihat doktor mengenai pemakanan, gaya hidup dan ubatan yang perlu diambil," katanya.
Tetapi apakah kaitan antara gastrik dan puasa? Benarkah gastrik membataskan seseorang untuk menunaikan ibadah puasa?
Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding atau lapisan mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif.
Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut antaranya sakit perut, pada bahagian atas abdomen atau ulu hati, perut senak, berangin atau pedih, kembung, sendawa, loya, hilang selera makan atau turun berat badan.
Secara semulajadi sel perut menghasilkan asid hidroklorik dengan pH1 hingga 2 yang mencernakan makanan.
Asid yang kuat ini boleh menghakis besi dan sel perut menghasilkan lapisan mukosa sebagai perlindungan terhadap kesan asid tadi.
Orang yang mengadu sakit perut apabila lapar menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan jika sakit perut selepas makan mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa lemah.
Ramai menganggap serangan gastrik kerap berlaku semasa bulan Ramadan kerana tidak makan dan tahap asid dalam badan meningkat.
Sebenarnya semasa berpuasa, seluruh sistem penghadaman berehat dan rembesan asid hidroklorik dalam perut menurun dan masalah sakit atau senak akibat asid perut yang tinggi tidak timbul.
Pakar Gastroenterologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Abdul Malik Jamal Buhari berkata, sakit perut semasa berpuasa bukan disebabkan gastrik tetapi tabiat pemakanan semasa berbuka.
"Semasa berbuka, mulakan dengan makanan ringan seperti kurma, sedikit kuih atau buah-buahan, tunaikan solat maghrib dan selepas itu barulah ambil makanan lebih berat," katanya semasa ditemui di pejabatnya baru-baru ini.
Malangnya apabila tiba masa berbuka, ramai yang berbuka dengan makanan berat dan bersifat kompleks yang menyebabkan ketidakhadaman.
Makanan kompleks seperti berempah, lemak dan pedas menjejaskan kelancaran sistem pencernaan menyebabkan sakit perut.
Sebenarnya mereka yang menderita gastrik masih juga boleh menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan.
Dr. Malik berkata, semasa berbuka dinasihatkan hanya minum air dan makan makanan yang ringkas seperti kurma atau buah-buahan kering.
Kurma dan makanan kering amat baik kerana dapat merangsang asid untuk menerima lebih banyak makanan.
Kurma juga kaya dengan garam galian seperti potasium selain lambat membebaskan tenaga.
Seelok-eloknya kata Dr. Malik, selepas minum air dan kurma, solat dulu sebelum sambung makan yang lebih berat dan selepas itu jangan ambil makanan berat.
Semasa bersahur pula ambil makanan seperti roti, susu, kurma atau oat kerana ketika itu perut belum bersedia menerima makanan.
Bagaimanapun sahur amat penting untuk badan kerana ia seperti mengambil sarapan pagi.
Dr. Malik berkata, sebanyak 80 peratus penderita gastrik disebabkan oleh bakteria dalam perut Helicobacter pylori (H. pylori) manakala selebihnya disebabkan oleh makanan, ubatan seperti ubat tahan sakit dan stres.
Gastrik bukan disebabkan tidak mengambil makanan tetapi mengambil makanan yang tidak teratur dan seimbang.
Mereka yang mempunyai simptom gastrik disyorkan menjalani ujian darah, ujian pernafasan dan endoskopi bagi mendapatkan sampel bakteria di dalam perut.
Gastrik yang disebabkan oleh bakteria boleh diubati dengan mengambil ubat antibiotik.
Dr. Malik menambah, individu yang ada gastrik sepatutnya boleh berpuasa jika mengamalkan kaedah pemakanan seperti disarankan agama dan pakar pemakanan iaitu melambatkan bersahur, menyegerakan berbuka dan makan secara sederhana.
"Jadi, gastrik tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak berpuasa, melainkan jika ia terlalu memudaratkan.
"Jika disahkan menghidap gastrik, jumpa dan minta nasihat doktor mengenai pemakanan, gaya hidup dan ubatan yang perlu diambil," katanya.
BBQ AYAM SERAMA
FAUZIAH Loo Abdulllah ringkas sahaja orangnya. Mengenakan baju kurung potongan Pahang dengan rambut yang dilepaskan beralun separas bahu, wanita berusia 40-an ini banyak tersenyum ketika diajak berbicara.Pengurus Restoran Serama Herbal BBQ yang terletak di Durian Tunggal, Ayer Keroh, Melaka ini bukan sahaja dikenali ramai sebagai 'Mem Besar' di Taman Serama tersebut, sebaliknya para pelanggan yang pernah berkunjung ke sini, mereka pasti tercari-cari jika kelibatnya tidak kelihatan di restoran.Apa tidaknya, selain keupayaannya menghidangkan pelbagai jenis masakan Thai yang enak dan asli serta hidangan eksotik yang dijamin halal, figura yang memiliki perwatakan lembut ini sangat mengutamakan keselesaan dan kepuasan pelanggannya.Atas dasar itu, setiap pelanggan akan disambut dengan senyuman dan sapaan mesra.Selesai sahaja mengalu-alukan kedatangan pelanggan, Fauziah akan terus membuka mulut, bercerita tentang keistimewaan hidangan yang disediakan di Restoran Serama Herbal BBQ. Pesanan kemudiannya diambil.Tidak lama selepas makanan dihantar kepada pelanggan, sekali lagi ibu kepada tiga anak ini akan bertanya kepada pelanggan tentang kualiti hidangan yang disediakan. |
"Dalam perniagaan restoran, perkhidmatan kepada pelanggan perlu menjadi keutamaan."Cita rasa setiap orang mungkin berbeza dan definisi enak atau lazat bagi sesetengah pelanggan juga subjektif.
"Apa pun, kami cuba berikan yang terbaik kepada pelanggan kerana kepuasan pelanggan adalah kualiti kami," ujarnya.Menjadi insan yang bertanggungjawab mengolah resipi kesemua masakan eksotik yang ditawarkan di restorannya, Fauziah akui, beliau tidak mudah berpuas hati dengan cita rasanya, apatah lagi pada awal pembukaan restoran tersebut awal tahun ini."Saya tidak mahu pelanggan menikmati makanan dengan cita rasa saya. Mungkin ia sedap di tekak saya, tetapi tidak pada orang lain."Disebabkan itu, saya yang pertama kali berkecimpung dalam industri makanan ini perlu bersikap terbuka dengan kritikan daripada pelanggan."Dari situ kami cuba memperbaiki cita rasa masakan dan perkhidmatan demi kepuasan pelanggan," tutur Fauziah yang mempunyai darah kacukan Cina dan Baba Nyonya.Selain popular dengan keenakan tomyam campur yang mewah dengan kombinasi udang, sotong dan cendawan, restoran yang diusahakan bersama suami, Ahmad Fauzi Mohamed, 58, ini turut menawarkan menu masakan eksotik yang semakin diminati ramai.
Masakan eksotik
"Selain masakan ala Thai, kami juga memperkenalkan menu eksotik yang dijamin halal dan sihat."Antaranya, sup herba burung merpati bersama mas cotek, burung unta masak lada hitam, ayam mutiara goreng pandan dan pelbagai menu asap salai yang menggunakan ayam serama, burung puyuh, ikan haruan dan sebagainya."Alhamdulillah, setakat ini sambutan yang kami terima sangat menggalakkan terutamanya menu tomyam campur dan sup herba burung merpati bersama mas cotek," jelas Fauziah.Lebih menarik, sumber bahan mentah terdiri daripada unggas dan ikan, semuanya diternak di Taman Serama, sebuah taman ekopelancongan yang diilhamkan oleh suaminya."Di taman ini, kami ternak pelbagai jenis unggas dan ikan air tawar."Terdapat lebih 400 spesies burung merpati dan ratusan jenis ayam eksotik dari seluruh dunia diternak di sini."Tidak ketinggalan, kami memiliki lebih kurang 2,000 ekor ayam serama yang dibiak ternak di taman ini.
"Dek kerana itu, stok bekalan bahan mentah tidak pernah menjadi masalah kepada kami walaupun restoran ini boleh menerima sehingga 500 pelanggan dalam satu masa," kata Fauziah yang diberi tanggungjawab menguruskan hal ehwal restoran, daripada membeli barang keperluan di dapur sehinggalah melayan pelanggan."Sebenarnya restoran ini dibangunkan atas idea suami. Jadi dialah yang banyak mengajar saya menguruskan bahagian operasi, pentadbiran, pengurusan pekerja sehinggalah promosi dan pengiklanan."Bukan kami tidak pernah bertelingkah tetapi kami saling mempercayai antara satu sama lain."Kami turut memiliki cita rasa makanan yang sama dan masing-masing gemar mencuba makanan baharu," dedah Farah.Menjadi isteri kepada peminat tegar ayam serama sejak beberapa tahun kebelakangan ini turut mengubah kehidupan Fauziah.Jika selama ini beliau hanya menguruskan anak-anak sementara suaminya yang bertugas sebagai ketua jurutera kapal dagang belayar ke seluruh dunia, kini rutin beliau bertambah sibuk sejak dua tahun kebelakangan ini.
"Sejak itu kami mula bergabung idea dan tenaga bersama beberapa orang rakan. Hari ini, Taman Serama yang menjadi impian suami saya sejak dahulu lagi semakin menjadi kenyataan," dedah Fauziah.Selain menempatkan Restoran Serama Herbal BBQ, taman tersebut bakal memiliki restoran terapung, ruang pameran ayam serama, ayam eksotik dan burung merpati, kedai cenderahati, hotel serta calet yang sedang dibina secara berperingkat."Ayam serama adalah kegilaan suami saya. Secara tidak langsung, saya turut menyukainya walaupun pada awalnya, saya merasakan hobi ayam serama banyak menghabiskan duit."Namun, siapa sangka, dengan duit yang dilaburkan itu jugalah, Taman Serama ini dapat direalisasikan," kata Fauziah yang mengakui sudah mahir melihat potensi ayam serama yang sesuai untuk bertanding biarpun ketika haiwan tersebut masih kecil lagi.
Jelasnya, keunikan ayam serama yang bakanya berasal daripada istana sultan Kelantan perlu dipertahankan."Kalau anda pergi ke Amerika Syarikat, Kanada, Korea, Itali hinggalah ke Asia Barat, ayam serama Malaysia sudah banyak dibela di sana, apatah lagi di Indonesia."Ini bermakna, ayam terkecil di dunia ini mempunyai peminat yang begitu ramai. Pembinaan Taman Serama ini adalah cara kami untuk mengangkat martabat ayam serama sebagai ikon warisan negara ini," katanya.
Friday, July 20, 2012
LEMANG TO'KI
Ketika menuntut dalam bidang Kemahiran Mekanikal sekitar tahun 1985, ketika usianya baru mencecah 20 tahun, Mazlan membuka kedai barangan kulit dan membaiki kasut di Bentong.Sungguhpun begitu, perniagaan tersebut tidak menjanjikan pendapatan lumayan bagi memberikan kehidupan selesa buatnya sekeluarga dan dia bertekad mahu mencari lubuk rezeki yang lain
“Semuanya berubah apabila suatu petang saya melihat saudara kepada adik ipar sedang bertungkus-lumus membakar lemang.“Ketika itu timbul idea untuk menceburi perniagaan menjual lemang,” katanya ketika ditemui di gerainya baru-baru ini.Berbekalkan tekad dan iltizam, Mazlan gigih belajar daripada sumber inspirasi beliau iaitu saudaranya sendiri mengenai kaedah membuat lemang daripada awal hingga akhir pemprosesan. Dia kemudian mencuba sendiri selama tiga tahun.
Berkat kesungguhannya, lelaki yang berasal dari Permatang Pauh, Pulau Pinang itu berniaga lemang secara kecil-kecilan di hadapan rumah sebagai persediaan awal untuk membuka perniagaan yang lebih besar.Tidak jemu menimba pengalaman, Mazlan memberanikan diri membuka gerai di hadapan lebuh raya yang merupakan laluan utama Bentong-Kuala Lumpur dan Bentong-Kota Bharu dengan modal RM500.Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Jualan lemangnya setiap kali tiba bulan Ramadan dan Syawal memberikan pulangan yang lumayan. Keuntungan diperoleh berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan modal permulaan.Sambutan yang memberangsangkan pada musim tertentu membolehkan Mazlan memperoleh hasil jualan yang mencecah RM20,000.“Idea menggunakan nama Lemang To’Ki tercetus secara tidak sengaja ketika menuntut ilmu daripada guru saya yang berasal dari Perak.“Orang Perak menggelarkan orang yang lebih tua sebagai Tok, manakala bagi orang Pahang pula panggilannya Aki dan To’Ki ialah gabungan kedua-dua nama tersebut,” ujarnya.Mazlan berpendapat, lemang sememangnya digemari oleh pelbagai kaum. Ia bukan sahaja menjadi hidangan utama pada Hari Raya Aidilfitri, malah turut dihidangkan ketika perayaan kaum Cina dan India serta dijamah pada hari biasa.
Lokasi strategik yang berdekatan dengan laluan utama Bentong-Kuala Lumpur dan Bentong-Kota Bharu juga menjadi penyumbang utama lemangnya semakin dikenali bukan saja di sekitar Pahang malah dalam kalangan pelancong luar.Lebih membanggakan premisnya turut menjadi tumpuan kerabat Diraja Permaisuri Pahang, Tengku Mariam.Saat diajukan soalan mengenai kelebihan lemang To'Ki jika dibandingkan dengan lemang-lemang lain, Mazlan hanya berkata ringkas: Sendiri rasa sendiri tahu. Bila dapat rasa, baru tahu”.Tidak mengandaikan lemang air tangannya lebih enak berbanding lemang buatan peniaga lain, dia lebih suka meletakkan soal pilihan kepada pelanggannya.Selain lemang, tidak lengkap sekiranya ia dinikmati begitu sahaja tanpa diiringi rendang ayam mahupun daging. Mazlan turut menjual hidangan sampingan itu pada harga RM5 bagi satu bekas kecil.
Salah seorang pelanggan tetap Lemang To’Ki, Suhaimi Hamzah, 34, memberitahu, dia membeli lemang di situ kerana rasanya yang enak dan lemak selain dijual pada harga yang berpatutan.Sementara itu, Tan Ah Chi, 33, menjelaskan, walaupun dirinya berketurunan Cina tetapi dia suka memakan lemang. Baginya, Lemang To’Ki menjadi pilihan dan dia tidak membeli di tempat lain.“Rasanya sangat sedap dan saya selalu menikmatinya bersama rendang ayam atau daging. Tambahan pula, premisnya tidak jauh dari rumah,” katanya.Bagi meluaskan empayar perniagaan lemangnya, Mazlan berhasrat untuk mempelbagaikan lemang dan menambah produk jualannya yang melibatkan proses membakar seperti ayam panggang, satar, sate, keropok lemang dan cendol lemang.“Pada masa akan datang, saya mahu mengkomersialkan lemang ini dalam bentuk sejuk beku supaya ia dapat menembusi pasaran antarabangsa meliputi negara Asia, Arab Saudi, China, India dan sebagainya.
“Saya juga mahu mewujudkan satu sudut galeri yang menyimpan alatan turun-temurun membuat lemang dan mempamerkan koleksi gambar kenangan daripada awal perniagaan sehingga kini,” ujarnya yang tidak sabar menanti premis baharunya beroperasi sepenuhnya.Bagi mereka yang mahu mendapatkan maklumat lanjut atau membuat tempahan Lemang To’Ki, boleh menghubungi Mazlan di talian 016-953 0544 .
HIDANGAN BARBEKU JEPUN
Jika sebelum ini anda peminat makanan Jepun dan sudah menikmati pelbagai jenis hidangan, apa kata kali ini anda menukar selera.
Masih lagi berkisar kepada makanan Jepun tetapi cara hidangan dan masakannya sedikit berbeza daripada menu sebelumnya.
Yang pasti sekali mencuba anda ingin merasainya sekali lagi.
MASIH mengekalkan resipi dari negara Jepun, Restoran BBQ Jepun Gyu-Kaku bagaimanapun menampilkan kelainan dari segi persembahan hidangan dan keunikan rasanya.
Restoran yang terletak di Lot G102, F101 & S102, Isetan, One Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor ini menyediakan sajian yang menjurus kepada cita rasa rakyat Malaysia dan kesemua sajian yang terdapat di restoran tersebut disediakan oleh chef yang berpengalaman.
Menurut Pengurus Besarnya, Devarajan Periyasamy, sesiapa yang mengunjungi Gyu-Kaku pasti memperoleh pengalaman baru dalam menikmati sajian dari negara matahari terbit itu.
Tambah beliau lagi, restoran tersebut cukup terkenal dengan hidangan barbeku dan sudah pasti ia halal.
“Di Gyu-Kaku, hidangan secara barbeku cukup terkenal dan ia lebih kepada daging yang diperap.
“Kami cuba memberikan kelainan dari segi hidangan tetapi masih lagi mengekalkan menu kegemaran rakyat Jepun.
“Peminat masakan Jepun tidak perlu bimbang kerana bahan-bahan yang digunakan dijamin bersih, segar dan sudah pasti kami ingin berikan yang terbaik dengan pelbagai menu untuk dinikmati semua," ujarnya ketika ditemui di restoran tersebut baru-baru ini.
Pada masa yang sama, jelas Devarajan lagi, bagi memenuhi selera peminat makanan Jepun pihaknya amat menitikberatkan soal kualiti dan ini dapat dilihat apabila pihaknya mengimport sesetengah bahan mentah seperti sos dari Jepun.
Selain itu, restoran yang dikendalikan di bawah Kumpulan Naza itu turut menggunakan arang yang berkualiti tinggi untuk membakar daging.
Jika dilihat daripada hidangan yang disajikan, makanan Jepun ini ringkas dan menyelerakan.
Jadi tidak hairanlah ia semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia.
Dibuka setiap hari bermula pukul 11 pagi hingga 10 malam (Ahad hingga Khamis) dan 11 pagi hingga 10.30 malam (Jumaat, Sabtu dan hari cuti), Gyu-Kaku merupakan cawangan pertama di Malaysia.
Menawarkan hidangan dengan harga bermula RM15 dan ke atas, Gyu-Kaku turut menawarkan hidangan seperti makanan laut, pelbagai jenis mi, bibimbab dan pelbagai jenis nasi.
Yang pasti tidak rugi sekiranya anda melangkah untuk menikmati hidangan di restoran Jepun ini dan ia juga sesuai untuk menu berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan ini. - Mariatul Qatiah Zakaria
Subscribe to:
Posts (Atom)