BANNER KEMANGI
FACILITIES
Tuesday, September 20, 2011
250,000 BEKERJA DI SINGAPURA
KUALA LUMPUR 20 Sept. - Dianggarkan 250,000 rakyat Malaysia bekerja di Singapura disebabkan tawaran gaji yang lebih lumayan.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, daripada jumlah itu kira-kira 150,000 pekerja berulang-alik ke Singapura setiap hari dan selebihnya menetap di negara jiran tersebut.
"Sebab utamanya adalah tawaran gaji yang lebih tinggi dan mereka terdiri daripada pelbagai peringkat kerja.
"Cabaran kita adalah untuk menawarkan gaji yang lebih tinggi bagi mengekalkan sumber manusia yang ada di negara ini," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran majalahPeople's Edge di sini, semalam.
Menurutnya, transformasi ekonomi adalah asas penting bagi mengatasi masalah tersebut dan ia tidak boleh dilakukan secara drastik.
"Kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengarahkan syarikat menaikkan gaji pekerja. Transformasi ekonomi yang sedang dilakukan oleh kerajaan adalah cara terbaik untuk mengatasi masalah itu," katanya.
Ditanya adakah ketiadaan peluang kerja turut menjadi punca masalah itu, beliau menjelaskan, negara mempunyai kadar pengangguran yang amat kecil iaitu 3.1 peratus sahaja.
"Jika mengikut piawaian antarabangsa, Malaysia adalah antara negara yang 100 peratus rakyatnya bekerja serta tiada masalah pengangguran.
"Malah, kita juga memberi peluang pekerjaan kepada pekerja asing. Maka isunya bukan disebabkan tiada pekerjaan tapi adalah disebabkan gaji," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment