BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Tuesday, February 14, 2012

BILA MC DONALD MENJENGAH PONTIAN...



Mc Donald.Teringat teman lewat 2 tahun lepas di karnival rakyat tepi pantai stadium mini, tatkala mencempung anak-anak bersiar-siar ambil angin petang.Tarikan utamanya hanya “Joyride kereta kuda”, lantas dengan satu kepala RM 3 yang dikenakan, kami bingkas celapak kalut-kalut takut peluang dipintas khalayak Pontian lain.Ketika roda mula berputar dienjut sang kuda, jelas kelihatan kenderaan-kenderaan di kiri kanan bahu jalan diparkir malas tanpa peraturan.Sang “Jockey” lelaki melayu berambut perang mencecah bahu, berpenampilan ala “mat saleh”,  penuh gah mengemudi pemanduannya, sesekali mencelah arahan bahasa Inggerisnya kepada sang kuda..”kiri, kanan, laju, pusing, berhenti”, demikian agakan teman.Disapa kekaguman, menjelang satu pusingan lalu berhenti untuk turun, sempat teman memuji pengendaliannya yang bersahaja tanpa risau bergeser kereta di sepanjang jalan.”Apa nama kuda ini ?” teman bertanya.”Nama pendek Mac, nama panjangnya Mc Donald”.Mendengar balasannya yang ringkas tapi padat itu, anak teman si Aniq menghambur ketawa, spontan lagi bersahaja.”Macam nama burger kuda ini”.

Tapi kali ini Mc Donald betul-betul datang Pontian, memilih tempat bernaung paling strategik di sebelah Restoran Thaj, simpang empat utama ke Pusat Perdagangan Pontian.Benarlah kata Kak Ros, McDonald bukan sahaja melihat prospek burgernya, akan tetapi pelaburan hartanahnya juga.Kalau tidak masakan McDonald melalui pemilikan individunya sanggup berhabisan mendapatkan spot paling panas.Restoran McDonald Pontian dalam masa 4 bulan lagi dijangka siap dengan bangunan 2 tingkat individu berserta kemudahan pandu lalu.Member teman Si Usop tentu tersenyum lebar, beliau dulu meluahkan kekecewaan terbuka kerana terpaksa tidak berjimat melangkau paling tidak ke Taman U hanya untuk melunaskan kerinduan Big Mac nya.Si Saiful yang berselera protokol dan sering merungut Pontian tiada makanan, barangkali lega kerana kalau McDonald, katanya pagi petang siang malam dia boleh makan.Sorang lagi member teman melabelkan McDonald “racism” pula, kenapa ?.Sebab dakwanya McDonald menjual Burger Prosperity  sekali setahun di musim tahun baru Cina sahaja.Wallahua’lam, tapi terkesan juga di minda teman akan berita hangat baru-baru ini pasal “Kopitiam Racism”.Puncanya, Kopitiam tersebut dikesan menolak permintaan perniagaan francais nya kepada Bumiputera.

Kisahnya, di mana specialnya McDonald ? Burger, dah berlambak stall tumbuh di tepi jalan.Ayam goreng, merata-mata dijaja panas dan rangup di pasar malam.Hot Spot bukan lagi eksklusif kalau masing-masing dah terlebih mampu ber”Wi-Fi” sendiri.”Mungkin pada pada logo kuning berlatar merahnya, kerana warnah merah ironinya akan menerbitkan rasa lapar dan nak makan dan kenyang dan sendawa dan esok nak datang lagi...”.Demikian luahan seorang lagi kawan, Al-Sheh Normazli di suatu malam sesudah beliau khatam artikel “Psikologi Warna”.

No comments:

Post a Comment