Metro Ahad 19 Disember Edisi Johor/Selatan |
Malam Sabtu 18 Disember, teman menonton bolasepak dengan kawan-kawan.Punyalah taksub teman dek pukulan Malaysia membenam ego Vietnam dengan agregat 2-0 sekaligus melangkah ke final AFF Suzuki Cup selepas 14 tahun.Keesokannya, saki baki ketaksuban itu berterusan bila teman seawal pagi bergegas mendapatkan 3 tabloid utama bahasa Malaysia.Hajat dan suspen yang teman simpan untuk menghayati detik-detik cemas perlawanan semalam yang diterjemahkan melalui tulisan, jadinya sedikit terencat gara-gara Harian Metro: AHAD 19 DISEMBER 2010 Muka Depan: "SAKIT BANG !"-"Diseksa suami di ranjang".Menambahkan kejelikan, berita dan ulasan Malaysia melangkah bergaya ke final AFF Suzuki Cup selepas 14 tahun-TIADA ?
Terkedu..kalaulah teman ini menteri kanan Malaysia yang sebok merasmikan itu ini demi agenda memartabatkan bangsa dan negara, atau paling tidak teman ini K.Rajagopal yang berjaya melangsai agenda bolasepak negara selepas 14 tahun mengintai final AFF Suzuki Cup..teman selayaknya digodam kecewa yang bukan kepalang kerana "Abang yang menyiksa, dan adik yang tersiksa di ranjang" lebih memberi makna kepada wartawan-wartawan Harian Metro. Lalu teman yang dangkal etika tabloid Malaysia inipun merasa jijik, bahkan melampau rasanya kalau tabloid HARIAN.. memancing "rating" dengan topik semberono sekaligus gagal mengetengahkan isu-isu penting negara atau dunia menjadi tajuk utamanya.Kalau kempunan sangat nak siarkan cerita sensasi yang dah berkoyan-koyan dalam simpanan menunggu masa siaran..elok pihak berkenaan berikan saja Harian Metro lesen tabloid mingguan ataupun bulanan.Itu memang patut !
No comments:
Post a Comment