BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Friday, December 3, 2010

MENGIMBAU AISHAH..

AISHAH

Gadis riang ceria
Tersenyum manis dan tertawa
Debu pasir kota mulia
Hinggap di pipimu Umaira
Sutera Bahrain yang merah
Litupi dirimu oh wanita
Terpatri janji hidup bersama
Kini kau kasih insan mulia
Teman suka dan duka
Bersama harungi segalanya
Cemburumu bukan lagi rahsia
Tanda kasih padu dijiwa
Aishah Aishah... istimewa
Aishah Aishah... si merah
Aishah Aishah... bijak mulia
Aishah Aishah... kau setia
Cintamu cinta abadi
Ke akhir hayat kau di sisi
Halaman kauraudah yang suci
Tempat kekasihmu bersemadi
Aishah Aishah... istimewa
Aishah Aishah... si merah
Dan ujian melanda
Badai fitnah semua menimpa
Hentikan deraian airmata
Kerna Tuhan tetap berkuasa
Menjadi pelindung
Dan ... segalanya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Demikian penuh gambarannya "AISHAH", digayakan dalam lagu hasil dendangan penyanyi "Yassin".Penyanyi popular "AISHAH" pula pernah mengalunkan sebuah lagu bertajuk " MERENUNG BULAN":

 MERENUNG BULAN~ Merungkai kesepian gadis tak berteman hingga terdetik melupakan segala kurniaan dek tuah yang tidak menyebelahinya.Kesedaran menjelang..beliau rupanya tidak berpijak di bumi nyata kerana menggapai jauh..mengimpikan sesuatu yang jenuh, sedangkan paksi diri yang membelenggu selama ini adalah lebih murni, lebih suci..berwarna warni.

Kiranya sebuah lagi nukilan popular AISHAH bertajuk "KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH" membungkam iktikad Imam Hj. Bokhari.. terkilan dan patah tak kesampaian yang terpendam sekian lama..entah bila dapat dinokhtahkan gelodak ini, menyeru dendam menukar maaf..pada satu detik pertemuan penuh indah..bila ?bila..?

No comments:

Post a Comment