BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Monday, August 15, 2011

KAJI MEKANISME AGIHAN ZAKAT

SINAR HARIAN: Selasa 16 Ogos 2011
SHAH ALAM – Mekanisme pengagihan zakat di negara perlu dikaji untuk dinikmati golongan sasar dengan mudah tanpa melalui sebarang karenah birokrasi. 

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, ramai berurusan dengan badan mengurus zakat namun terpaksa melui pelbagai prosedur bagi mendapatkan bantuan sebanyak RM100 ke RM200.

“Mengapa banyak birokrasi untuk fakir miskin? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, ada pengalaman mereka sendiri.

“Pejabat zakat mewah, gaji pegawai tinggi dan peralatan urusan juga canggih. Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan untuk mencari penerima?,” katanya.

Beliau berkata timbul persoalan ke mana perginya wang zakat dan apakah dengan jumlah ratusan juta ringgit diumumkan saban tahun tidak mampu membantu fakir miskin.

“Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan mualaf,” katanya ketika mengulas pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama.

Beliau berkata, tidak haram untuk seseorang Muslim menerima bantuan daripada bukan Muslim apatah lagi jika mereka dalam kesusahan.

“Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya pihak yang sepatut memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan.

Menurutnya, mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja itu, sesuatu tidak pelik, namun bagaimana negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan tidak memuaskan oleh masyarakat Muslim.

“Sebab utama perkara ini berlaku, adalah perbezaan pentadbiran setiap negeri dan tidak memperbaiki kelemahan untuk mengagihkan wang.

“Pejabat zakat misalnya, menunggu orang mencari mereka sedangkan pendakwah Kristian mencari orang susah selain memberi kasih sayang dan di sinilah kita tewas,” katanya.

No comments:

Post a Comment