BANNER KEMANGI

BANNER KEMANGI

FACILITIES

FACILITIES

Monday, June 18, 2012

JOHOR LANTIK 72 GURU BERZANJI


PONTIAN 17 Jun - Kerajaan negeri melantik seramai 72 guru berzanji bagi menyemai dan menyuburkan minat tersebut di kalangan orang ramai.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, guru tersebut ditempatkan di peringkat mukim supaya pengajian berzanji dapat dilakukan secara menyeluruh.
Menurutnya, kini lebih 2,000 orang terdiri daripada kanak-kanak, remaja dan golongan dewasa telah menyertai program itu bagi mendalami serta meningkatkan lagi tahap bacaan masing-masing.
"Pelantikan guru-guru berzanji mampu menambah bilangan mereka yang mahir dalam penguasaan bacaan berzanji dan jumlah tersebut perlu ditambah dari semasa ke semasa," katanya semasa menutup program Ujian Membaca Berzanji ke-14 dan Sambutan Israk Mikraj peringkat negeri di Masjid Jamek Bandar Pontian, di sini malam tadi.
Turut hadir isterinya, Prof. Datin Paduka Dr. Jamilah Ariffin; Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Zainal Abidin Osman; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Mohd. Ali Hassan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Obet Tawil serta Mufti negeri, Datuk Mohd. Tahrir Samsuddin.
Pada majlis tersebut, qari dari Johor Bahru, Masruhan Khalil muncul johan, manakala kategori qariah dimenangi penyandang juara, Nur Haffni Salleh.
Naib johan qari dimenangi Mohamad Haszami Hassan dari Kota Tinggi dan Mohamad Fahmy Ismail yang mewakili Batu Pahat meraih tempat ketiga.
Junainah Mahmod dari Mersing muncul naib johan qariah dan Supiah Ahmad dari Kulaijaya di tempat ketiga. Daerah Batu Pahat diumumkan sebagai johan keseluruhan dengan mengumpul 158 peratus.
Menteri Besar berkata, bagi meningkatkan lagi mutu bacaan berzanji terutamanya dari segi lagu, kerajaan telah mengadakan kursus-kursus tahunan kepada guru-guru berzanji supaya mereka juga didedahkan dengan pelbagai perkara baru.
"Ia sekali gus dapat melonjakkan motivasi dalam kalangan mereka bagi terus mendidik masyarakat melalui bacaan berzanji serta sirah yang terkandung di dalamnya untuk dijadikan panduan, " katanya.
Mengenai sambutan Israk Mikraj, Abdul Ghani berkata, perjalanan Rasulullah SAW ke langit ketujuh yang berlaku dalam tempoh satu malam merupakan satu mukjizat agung yang perlu diyakini serta dihayati kebenarannya.

No comments:

Post a Comment