- Selepas jenamanya dikenali di London, Norman berharap akan meluaskan pasaran produknya ke Asia.
SYARIKAT pengeluar rempah ratus tempatan, Norman Musa Spices Sdn Bhd memulakan operasi syarikatnya pada tahun lalu berikutan permintaan yang tinggi terhadap rempah ratus di London, United Kingdom.
Pemiliknya, Norman Musa merupakan tukang masak yang mengajar masakan Malaysia di London dan pada masa sama mempunyai restoran di sana sejak lapan tahun lalu.
Menyedari permintaan di London, beliau pulang ke tanah air untuk bekerjasama dengan kilang di sini untuk menghasilkan produk rempah kari dan puri herba.
“Setakat ini, kami mempunyai tiga produk yang boleh diperoleh di pasaran tempatan iaitu rempah kari, puri herba dan coklat.
“Manakala, produk ais krim kami pula hanya terdapat di London.
Kami akan membawanya masuk ke Malaysia dalam tempoh terdekat selepas mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,” katanya semasa ditemui di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) 2014 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Menurutnya, pasaran produknya buat masa ini hanya di Malaysia dan London.
Katanya, tumpuan utama kini adalah untuk membawa produk keluaran syarikatnya ke peringkat antarabangsa kerana permintaan rempah ratus yang tinggi.
“Sebagai permulaan, kami menyasarkan untuk meneroka pasaran China, Australia, Jepun dan Korea menjelang akhir tahun ini,” katanya.
Mengulas berhubung sasaran jualan, Norman berkata, sejak diperkenalkan tahun lalu, rempah kari keluarannya telah dijual sebanyak 40,000 paket di Malaysia dan London.
Katanya, syarikat itu menyasarkan untuk menjual 200,000 paket di Malaysia tahun ini.
“Produk kami hanya boleh diperoleh menerusi stokis. Setakat ini, kami ada 14 stokis dan berharap untuk menambah 50 stokis lagi tahun ini,” katanya.

No comments:
Post a Comment