BANNER KEMANGI
FACILITIES
Saturday, December 5, 2015
LITTLE FAT DUCK-HIGHWAY GOURMET
KINI, trak bergerak mula menjadi pilihan peniaga makanan. Trak kecil seakan menjadi medium alternatif memperkenalkan produk makanan masing-masing. Setiap satunya mempunyai cara paling unik dan harga berpatutan. Konsepnya, pesan, bayar dan makan. Salah satu trak bergerak menjadi pilihan kami ialah LFD Highway Gourmet.
LFD Highway Gourmet hasil cetusan idea empat sahabat karib. Menurut Idel Ishak selaku wakil pemilik, LFD diwujudkan ke pasaran makanan Malaysia terutamanya di Lembah Klang bertujuan untuk memudahkan para pencinta makanan mendapatkan makanan yang sedap, mudah dan ekonomi dari segi harganya. Walaupun premis ini diniagakan tidak khusus dalam satu lokasi seperti premis kedai, namun para peminat LFD boleh mendapatkan lokasi terkini melalui penggunaan media masa seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain. Nak tahu di mana LFD kerap berada? Ayuh ke SS15 Subang. Terbaru, kunjungi cawangan berkonsepkan kedai, LFD Express Gourmet di One Utama, Damansara.
Konsep pesan, bayar dan makan menjadikan LFD popular di kalangan warga kota yang sentiasa sibuk. Setiap hari ia akan bergerak ke lokasi yang ditunggu-tunggu pembeli. Kebiasaannya pada waktu tengah hari LFD berada di lokasi pejabat. Harga yang ditawarkan amat berpatutan. Menu ala barat seperti spaghetti carbonara, bolognese, aglio alio dijual dengan harga RM5.00. Sup cendawan pula dengan harga RM4.00. Tidak dilupakan pemanis mulut, puding susu dengan harga RM3.00 sahaja.
Labels:
MAKAN SPOT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment